Tuesday 21 August 2012

RUMAH TERBUKA SERENTAK -13,000 PENDUDUK BERPELUANG HIMPUN SEMPENA MERDEKARAYA


TANJONG KARANG - Kesemua 32 kampung di Parlimen Tanjong Karang di sini akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri secara serentak pada 30 0gos ini sekali gus merangkap sambutan detik ulang tahun kemerdekaan negara ke-55.

Anggota Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) telah dimaklumkan berhubung perkara itu.

"Kita mahu penduduk kampung berkumpul dan sama-sama meraikan sambutan hari raya, seterusnya dapat meneruskan budaya pemimpin mendekati masyarakat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno dan Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang di Sungai Sireh di sini, hari ini.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Timbalan Pengerusi BN Selangor, berkata rumah terbuka itu dapat memupuk semangat gotong-royong menganjurkan kenduri yang menjadi amalan masyarakat kampung.

Beliau berkata tujuan kenduri itu juga bagi meraikan mereka yang tidak dapat menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Tanjong Karang yang dijadualkan pada 25 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment