Saturday 17 December 2016

KEMENTERIAN GILA PROJEK MOBILEPRENEUR MAMPU BANTU USAHAWAN BELIA UNGGUL DI NEGARA MALAYSIA

Pertama sekali tahniah di ucapkan kepada menteri yang tidak pernah kering idea dan di benci oleh pembangkang kerana beliau dan kementeriannya banyak bantu tolong orang susah iaitu Dato Seri Ismail Sabri Bin Yaakob 

Kedua Aku amat tertarik dengan satu program di kementerian ini iaitu program MOBILEPRENEUR

Disini aku nak bagi tahu Sesiapa pun boleh menjadi usahawan. Yang penting ialah perlu sabar dan tabah.Kelompok yang dikenal pasti ramai menjadi usahawan ialah belia itu sendiri. Pelbagai faktor yang menjadikan belia sebagai usahawan pilihan.


Antaranya, semangat waja dalam diri yang muda, sanggup berdepan dengan risiko, berani, ingin bersaing dan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.

Atas faktor itu, aku difahamkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM5 juta bagi 500 usahawan belia seluruh negara untuk bergiat sebagai usahawan bergerak melalui projek Mobilepreneur bagi tahun 2016.

Langkah sebegini sesuatu yang menggalakkan dan pro aktif dari kerajaan sendiri.Sekurang-kurangnya program itu memberi peluang kepada belia daripada golongan miskin tegar, berpendapatan rendah dan mempunyai kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.Jangan harap akademik semata-mata, tetapi asasnya ialah ingin berubah dan mengubah nasib.

Aku dapat maklum menerusi projek Mobilepreneur ini, kadar bantuan bagi setiap penerima adalah berjumlah RM10,000 membabitkan motosikal, peralatan dan kursus. Wah, langkah sebegini dilihat sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan belia terutama di kawasan luar bandar menjalankan perniagaan atau perkhidmatan tanpa memerlukan modal besar untuk membuka premis perniagaan.

Mengikut yang dimaklumkan, setakat ini, lima negeri iaitu Kelantan, Negeri Sembilan,Pahang, Selangor dan terbaru Melaka sudah diagihkan bantuan berkenaan, manakala negeri lain akan menyusul kemudian.Aku berharap kementerian yang dipertanggungjawabkan itu hendaklah meneruskan projek ini kerana sudah tentu ia dapat memberi impak kepada 500 usahawan ini.
Aku juga berharap usahawan ini dapat merealisasikan dengan jayanya hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperkenalkan konsep perniagaan baharu iaitu Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur.

Mereka ini menjalankan perniagaan dengan cara konsep perniagaan menggunakan motosikal itu dan juga wang yang dapat seorang RM10,000 yang meliputi kos membeli motosikal RM5,000, pembelian peralatan RM4,000 manakala RM1,000 lagi untuk latihan boleh digunakan sebaik-baiknya terutama program sebegini adalah sebahagian Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Ke Arah Menangani Kos Sara Hidup.

Perniagaan menerusi Mobilepreneur itu lebih mudah tanpa memerlukan modal besar untuk membuka premis perniagaan sekaligus mampu menjimatkan kos usahawan muda terlibat.
Aktiviti perniagaan dengan cara bergerak menggunakan motosikal itu lebih berorientasikan kepada perkhidmatan yang bercirikan mesra pelanggan.

Misalnya untuk servis kereta, motosikal atau penghawa dingin, pelanggan tidak perlu lagi ke bengkel mahupun ke kedai servis. Pelanggan hanya perlu menghubungi usahawan Mobilepreneur ini untuk datang ke tempat mereka, dan ini lebih menjimatkan masa pelanggan.

Emmy Hazrul
Wartawan Budak Baik

Wednesday 26 October 2016

Wakil DAP lurus bendul - Rizal Mansor

Wakil DAP lurus bendul - Datuk Rizal Mansor

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik disifatkan sebagai seorang pemimpin yang lurus bendul apabila tidak dapat membezakan antara bahasa realiiti dan cakap sindiran.

Pembantu kepada Rosmah, Datuk Rizal Mansor mendakwa, wakil DAP begitu naif apabila cuba memainkan isu remeh dan tidak berasas apabila mendakwa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui beliau ada isteri Malaysian Officer 1 (MO1) ketika di Parlimen, kelmarin.

Menurut beliau, jika begitulah tahap mentaliti dan IQ pemimpin parti pembangkang, maka tidak hairanlah mengapa majoriti rakyat menolak kepimpinan mereka.
"Memang dia (Wei Aik) boleh dicop sebagai seorang lurus bendul sebab antara cakap serius dan nada sindiran pun tak boleh nak beza.

"Pemikiran Datin Seri lebih tinggi dari ahli Parlimen DAP itu, jadi bila diusik, beliau balas balik dengan cakap menyindir...itupun tak faham ke? katanya.

Seterusnya Rizal menasihatkan Wei Aik supaya beri fokus lebih kepada isu yang lebih besar dan bermanfaat seperti perbahasan Bajet 2017 atau bagaimana mahu membela nasib pengundi di kawasan sendiri daripada memanipulasi cerita remeh temeh itu.

"Bila masa pembentangan Bajet 2017, dia (Wei Aik) pakat keluar dewan padahal isu itu ada kepentingan besar kepada negara dan rakyat.

"Senang cerita Ahli Parlimen Tanjong ni tak layak pun jadi wakil rakyat...taraf dia belum sampai tahap itu lagi," sindir Rizal.

Datuk Rizal Mansor

Tuesday 25 October 2016

1MDB : Husni Jawab, Husni Tanya

Adakah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedar bahawa beliau pernah menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini ketika bertanyakan soalan sama di Dewan Rakyat, semalam.

Pada ketika itu, November 2011 Ahmad Husni menjawab soalan dan memberi penjelasan berkaitan syarikat pelaburan negara itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang mempersoalkan pada masa itu mengapa Ahmad Husni menjawab semua perkara berkaitan 1MDB dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Selain itu apa yang paling menarik, pada Jun tahun lepas Ahmad Husni juga berkata dalam penjelasannya berkaitan 1MDB bahawa isu kehilangan wang pelaburan milik kerajaan dalam syarikat itu yang digembar-gemburkan sebenarnya tidak pernah timbul.

"Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.

"Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang," katanya ketika menjadi panel dalam program khas Bual Bicara Dialog di TV1 pada masa itu menjawab isu syarikat itu.

Pada ketika itu juga Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen BN-Tambun dilantik sebagai jurucakap kerajaan bagi isu berkaitan 1MDB.

Kenapa kini, beliau bertanyakan semula soalan yang beliau sendiri pernah jawab.

Semalam, dalam sidang dewan beliau yang sudah meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, UMNO dan Barisan Nasional ingin tahu mengapa 1MDB ditubuhkan dan beliau turut bertanyakan berkenaan wang AS$4 bilion Dolar Amerika (RM16.69 bilion) melibatkan syarikat Aabar Investment PJS Ltd yang tidak dimiliki IPIC.

Sekarang ini, keadaannya ialah Ahmad Husni bertanyakan sendiri soalan yang dijawabnya ketika di dalam Kabinet dulu.

Perlu diingat, beliau hanya meletakkan jawatan di dalam BN dan UMNO tetapi masih lagi Ahli Parlimen BN kerana beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari parti.

Moga Husni tidak terpalit dengan virus mudah lupa bawaan Mahathir. Memalukan bila menyoal balik perkara yang beliau sendiri pernah jawab dahulu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB100, Selasa
25 Oktober 2016

Thursday 29 September 2016

Antara Air Selangor Dan 1MDB, Mana Yang Menyusahkan Rakyat?



Kerajaan Negeri Selangor hari ini sekali lagi diingatkan agar tidak menggadai nasib dan kesihatan rakyat sendiri, sebaliknya mencari jalan dalam menguruskan kesihatan rakyat pada tahap yang terbaik.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hazali Abu Hassan memaklumkan bahawa dua hari lepas fasiliti rawatan air (water treatment plant) di Sungai Semenyih terpaksa ditutup operasi (total shutdown) sebanyak tiga kali kerana terdapat kontiminasi air tercemar toksik merbahaya.

“Pencemaran datang daripada kawasan perindustrian Hi-Tech Semenyih yang terletak di utara Sungai Semenyih. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah meluluskan projek kawasan perindustrian Hi-Tech di Semenyih ini yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air Sg Semenyih .

“Apa rasionalnya Kerajaan Negeri meluluskan projek Hi-Tech Park sedemikian yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air yang berkemungkinan pencemaran sisa toksik akan berlaku seperti yang kita lihat hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Tambahnya, tindakan ini ini meletakan lebih daripada 1 juta rakyat Selangor sentiasa dalam keadaan yang merbahaya.“Sebagai pengurus bekalan air kepada Rakyat Selangor dan Lembah Kelang, Kerajaan Negeri perlu dipertanggung-jawabkan di atas segala kemungkinan masalah kesihatan yang disebabkan oleh air tercemar ini.

“Perkara ini bukan main-main dan perlu di pandang serious oleh pihak berkuasa Negeri.“Fenomena ini bukan sahaja menyusahkan Rakyat Selangor tetapi juga boleh membahayakan kesihatan mereka jika keadaan ini tidak terkawal,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Tuesday 17 May 2016

Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016 Sasar Bantu 150,000 Pelajar Miskin


Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2016 menyasarkan 150,000 pelajar lepasan sekolah cemerlang yang tercicir dalam pelajaran akibat kurang berkemampuan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jelajah berkenaan adalah kesinambungan Program Jelajah Destini Anak Bangsa 2014 yang mula bertapak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak tahun 2016. Beliau yang juga penaung dan menteri mentor JPB 2016 menyatakan inisiatif itu kini diperluaskan kepada 10 institusi pengajian tinggi (IPT) lain diseluruh negara bermula bagi kemasukan Mei ini.

Katanya, langkah berkenaan membuktikan kerajaan serius memperkasa pendidikan tinggi bumiputera supaya setanding dengan bangsa-bangsa lain selain meletakkan agenda golongan itu di mata dunia.

“Pemilihan penuntut berdasarkan kelulusan yang mereka peroleh kerana kebanyakan pelajar luar bandar ini tidak dapat melanjutkan pengajian disebabkan gagal dalam subjek tertentu terutamanya Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Bagi kemasukan Mei ini, kami sasar 37,000 penuntut untuk mendaftar di 10 IPT terlibat dan kami akan terus jelajah ke 52 Parlimen terpilih seluruh negara bagi mencapai objektif JPB 2016,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran jelajah berkenaan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, di sini.

Jelas Ismail Sabri lagi, JPB 2016 juga akan memberi fokus kepada program latihan teknikal dan vokasional (TVET) supaya peluang untuk bakal penuntut melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi selain daripada bidang akademik dapat diperluaskan.

Katanya, bakal penuntut IPT juga bebas memilih mana-mana badan pinjaman pendidikan bagi menampung pembiayaan sepanjang tempoh pengajian tersebut.

JPB 2016 diberi transformasi baharu oleh Najib untuk memberi peluang kedua kepada pelajar bumiputera melanjutkan pengajian dengan rakan strategik institusi pendidikan antaranya Universiti Kuala Lumpur (UniKL); kolej komuniti; Kolej Polytech Mara (KPTM); Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)