Sunday 26 August 2012

Noh Omar Diserbu Rakyat Kenapa ?


Rumah terbuka Noh Omar diserbu rakyat

RUMAH TERBUKA… Salah satu amalan yang amat digalakkan semasa menyambut Aidilfitri adalah kunjung-mengunjung antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.

Namun, dalam masyarakat hari ini, amalan itu dimeriahkan lagi dengan mengadakan majlis rumah terbuka dan ia kini menjadi tradisi di kalangan rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar turut mengadakan majlis rumah terbuka baru-baru ini untuk meraikan penduduk kawasan itu.

Lebih 15,000 orang mengunjungi dan memeriahkan majlis rumah terbuka beliau yang diadakan di Padang Astaka di Tanjong Karang.

Berkonsepkan gerai makanan, pelbagai juadah tradisional dan moden disediakan untuk menjamu penduduk setempat yang terdiri berbagai kaum dan peringkat yang hadir bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Noh yang juga Menteri Pertanian Industri Asas Tani ketika ditemui berkata, sambutan rumah terbukanya kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Katanya, ia jelas membuktikan masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh hidup dengan aman dan harmoni hasil daripada usaha mengeratkan hubungan antara kaum yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

“Sambutan ini juga membuktikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional masih padu dan saya berharap mereka akan terus bersatu padu,” katanya

No comments:

Post a Comment