Wednesday 8 August 2012

Khalid Gagap Buat Tak Tahu!!!!Unisel Semakin Nazak, Akhirnya Pelajar Jadi Mangsa



Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Selangor (Gagasan Selangor) hari ini mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah segera menangani masalah yang menimpa Unisel termasuk yang terkini apabila pelajar tidak dibenarkan menduduki asrama sehinggakan segelintir pelajar ini terpaksa menjadikan ruang kaki lima Dewan Biru bersebelahan pejabat Jana Niaga Sdn Bhd dan surau asrama sebagai tempat berteduh.

Setiausahanya, Mohd Faizal Mohd Salleh meminta pihak pengurusan dan pentadbiran Unisel serta Kerajaan Negeri Selangor untuk meletakkan ketanggungjawaban dalam memastikan para pelajar ini selamat dan mendapat pembelaan yang sewajarnya, bukan menjadikan mereka mangsa dalam kemelut hutang antara pihak Unisel dengan pihak Jana Niaga Sdn Bhd.

“Dalam masa yang sama, kita juga mendesak kerajaan negeri khususnya Khalid Ibrahim untuk menutup sementara Unisel kerana kenyataannya semalam bahawa Unisel tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) merupakan satu keadaan yang sangat membahayakan, bukan sahaja kepada para pelajar malah boleh juga memudaratkan tenaga pengajar dan kakitangan Unisel itu sendiri.

“Sehubungan itu, Unisel tidak perlulah memulakan pendaftaran dan pengajian mereka 27 Ogos ini, sebaliknya uruskan dulu CF bangunan Unisel atau secara tepatnya, selesaikan dulu pembinaan asrama yang kononnya masih belum lengkap,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Gagasan Selangor juga hairan, Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Datuk Anuar Ahmad semalam dalam sidang medianya menafikan wujud dakwaan pengurusan Unisel tidak cekap dan makan ’duit’ pelajar, sehingga ’terpotong’ sejumlah wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap beberapa pelajarnya, sehinggakan difahamkan ada antara akaun pelajar tinggal RM 100 dari jumlah keseluruhan pinjaman.

“Mereka masih nak berdolak dalik, sehinggakan ’terpotong’ duit pinjaman PTPTN pelajar pun tidak dilihat sebagai bukti ketidak-cekapan pihak pengurusan Unisel dalam menguruskan pelajar ini.

“Tapi bagaimana pula selama ini pihak pengurusan Unisel yang memotong yuran pengajian dan asrama dari pinjaman PTPTN pelajar, tetapi tidak pula menjelaskan bayaran asrama kepada pihak Jana Niaga Sdn Bhd sehinggakan berhutang RM15 juta. Adakah ini pula tindakan yang menunjukkan kecekapan pihak pengurusan Unisel sehingga berhutang sehingga RM15 juta, akhirnya pelajar pula yang menjadi mangsa hari ini.”

Oleh yang demikian, Gagasan Selangor ingin mencadangkan Kerajaan Negeri Selangor untuk menggunakan Geran Selangorku untuk membantu pihak Unisel melunaskan hutang kepada Jana Niaga, demi untuk kebajikan dan keselamatan para pelajar Unisel itu sendiri.

”Jika penjenayah seperti Rafizi Ramli pun dibantu kerajaan negeri dalam membantu menyelesaikan kos guamannya, jika hutang syarikat korporat seperti Talam Corporation pun dibantu PKNS untuk menyelesaikan hutangnya, apa salahnya bantu pula pihak Pengurusan Unisel dalam menyelesaikan hutangnya kepada pihak Jana Niaga pula.

“Jika Geran Selangorku tidak dapat membantu pihak pengurusan Unisel dalam menangani masalah hutangnya, ini bukti bahawa Geran Selangorku digunakan sebagai alat politik dan bukannya digunakan untuk melestarikan rakyat Selangor. kini menjadi tanda soal ke mana arah tujuan sebenarnya, integriti penyaluran dana ini dan yang paling penting dari mana datangnya hasil dana ini

“Hakikatnya, perjuangan pihak pakatan mahu menghapuskan pinjaman PTPTN selama ini hanyalah retorik semata-mata, tetapi hakikatnya duit ini jugalah yang ’direwangkan’ mereka. Mana pergi pejuang mahasiswa seperti Adam Adli, mana perginya Khalid Ismath, Solidari Mahasiswa Malaysia (SMM) dan CheguBard, adakah isu Unisel ini tidak menjadi keutamaan kepada mereka? ” tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment