Monday 13 August 2012

Identiti Individu Yang Membocorkan Maklumat Rahsia Projek LRT Ampang Kepada Pembangkang Didedahkan.

Akhirnya, Musang berbulu ayam yang selama ini menjadi tali barut Pakatan Pembangkang dalam Kementerian Kewangan kerana mendedahkan maklumat sulit kerajaan berhubung projek LRT Apang berjaya dibogelkan.

Bukan lelaki, tetapi perempuan. Berapa agaknya jumlah sogokan yang diterima oleh perempuan ini dari Rafizi dengan menyalurkan maklumat rahsia Kerajaan kepada Pembangkang. Tidak mungkin, perempuan ini melakukan perbuatan tersebut ikhlas kerana Allah Ta'ala sedangkan dia sendiri tahu 'malapetaka' yang bakal menimpa dirinya apabila kantoi dan dikantoikan.

Nama dia adalah Dato Fauziah Yaacob, Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementeriaan Kewangan yang duduk dalam Tender Board.

Dia yang berdegil mahu kasi projek tu kepada Ingress, syarikat kroni Anwar Ibrahim dan JV partner, Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur.

Pihak Kementerian yang terlibat perlu mengenakan tidakkan tegas terhadap dalang-dalang yang menjadi tali barut Pembangkang dalam Kerajaan seperti perempuan ini agar ia dapat memberi amaran kepada musang-musang Pembangkang yang masih lagi bersarang dalam Kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan maklumat sulit Kerajaan.

Di bawah ini, aku lampirkan sedikit maklumat mengenai dalang yang selama ini menjadi duri dalam daging di dalam Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan Pembangkang membuat tuduhan salah terhadap Kerajaan dalam isu projek pembinaan LRT Ampang.


No comments:

Post a Comment