Wednesday 31 October 2012

Jersey Baru Malaysia AFF Suzuki Cup 2012


Mungkin gambar ini tidak terang, tunggu pelancaran nanti. Sama-sama dapat gambar baru dan nilaikan

GOLONGAN NELAYAN DAN PETANI TERUS TERBELA DI BAWAH BN PM LAHIRKAN PERHARGAAN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
Beliau berkata pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara.

“Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.

“Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati,” katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah.

Selain itu, Najib menegaskan tugas mengendalikan urusan sesebuah kerajaan bukan sesuatu yang mudah, bukan semata-mata ikut suka hati sendiri atau sekadar menyedapkan halwa telinga pengundi.

“Sebab itulah kita sebagai sebuah negara yang semakin hari semakin berjaya, ada perancangan yang jelas dan berjuang melakukan perubahan yang besar. Untuk mencapai sebuah negara maju, kita perlu kepada kemajuan yang seimbang dan tidak boleh meminggirkan mana-mana golongan.

“Kalau kita dengar pembangkang hendak mansuhkan hutang, hapuskan tol, naikkan gaji minimum, kurangkan harga minyak…semuanya sekali boleh sebabkan ekonomi kita runtuh dan jika itu berlaku, hasil kerajaan juga akan merudum,” katanya.
Najib memberi contoh mengikut Islam “kalau meninggal dunia wajib lunaskan hutang, kalau kita tak sempat, waris kita kena selesaikan. Kalau mati tanpa melunaskan hutang, berat pada roh kita nanti…seksa nanti, tapi pembangkang senang-senang kata hapuskan hutang, itu bukan ajaran Islam”. katanya.

Lebuh raya sungai

Menyentuh permintaan Pertubuhan Peladang Kedah supaya dilaksanakan projek lebuh raya sungai dari Empangan Pedu di bahagian utara Kedah hingga ke daerah Kuala Muda di bahagian selatan, perdana menteri berkata kerajaan tiada masalah melaksanakannya.
“Kita (kerajaan) boleh bagi…tapi kena bagi (Barisan Nasional) menang jugalah (pilihan raya umum ke-13). InsyaAllah masalah-masalah yang dihadapi golongan petani, penternak dan nelayan yang disebutkan, akan diambil perhatian,” katanya.
Projek lebuh raya sungai itu dicadangkan bertujuan mengalihkan aliran air sungai yang bengkak-bengkok di beberapa daerah di Kedah, seperti di Pendang, bagi mengelakkan berlaku kerosakan tanaman padi akibat air sungai masuk ke kawasan sawah padi.

Sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh banyak padi yang rosak dan musnah, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar hingga jutaan ringgit untuk diberikan kepada petani sebagai ganti rugi.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kerajaan persekutuan di bawah beberapa insentif seperti insentif pengeluaran beras, insentif peningkatan hasil, elaun sara hidup nelayan dan insentif tangkapan ikan negeri kepada petani, penternak dan nelayan.

Najib menyifatkan golongan petani, penternak dan nelayan sebagai wira yang tidak didendang kerana usaha dan perjuangan mereka adalah di belakang tabir serta tidak menonjol.

“Golongan ini mempunyai jasa yang sangat besar kepada kita, kenapa saya kata bahawa golongan ini wira yang tidak didendang…yang sebenarnya golongan petani, penternak dan nelayan ini mempunyai jasa yang begitu besar kepada negara.

“Mereka memberi sumbangan yang cukup besar kerana nasi yang kita makan saban hari adalah hasil daripada daripada titik peluh petani, ikan yang dijadikan lauk adalah kerana para nelayan sanggup meniti gelombang, panas matahari terik samudera untuk beri bekalan ikan kepada kita semua, begitu juga ayam dan daging yang kita makan buah dan sayur sebagainya kerana titik peluh serta jasa dan kesungguhan mereka,” katanya.

Oleh itu, katanya, golongan petani, penternak dan nelayan sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan kerana itu di bawah Belanjawan 2013, sebanyak RM5.8 bilion diperuntukan kepada Kementerian Pertanian dan Asas Tani bagi pembangunan ekonomi golongan ini.

KEJAMNYA KERAJAAN SELANGOR -KUNCI DI SERAH TAPI TAK BOLEH PINDAH


Perasaan gembira penduduk Kampung Berembang yang diberi kunci unit rumah masing-masing di Pangsapuri Berembang Indah hanya bersifat sementara.

Mereka masih tidak dapat berpindah masuk ke pangsapuri itu kerana masih terdapat banyak masalah di pangsapuri berkenaan.

Penduduk mendakwa, walaupun sebelum ini pemaju dan kerajaan negeri berjanji mengambil masa hanya tiga tahun untuk dipindahkan ke situ, tetapi disebabkan masalah teknikal, mereka terpaksa menunggu lagi sembilan tahun untuk dipindahkan ke pangsapuri berkenaan.


Sudahlah menunggu sejak sekian lama, apabila menerima kunci kediaman mereka daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor pada Ogos lalu, mereka mendapati pelbagai masalah lain pula yang tidak diselesaikan oleh pihak pemaju.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor diminta memeriksa pangsapuri itu dan memastikan semua masalah telah diselesaikan agar penduduk boleh berpindah masuk dengan senang hati.

Seorang penduduk Kampung Berembang, Shahfarin Razlan, 46, ketika ditemui berkata, pihak pemaju mengeluarkan surat kepada mereka bahawa bangunan tersebut telah siap sepenuhnya dan boleh diduduki pada bila-bila masa.

"Tetapi apabila tiba di pangsapuri ini, kami mendapati bekalan elektrik dan air masih tiada.

"Pihak pemaju seharusnya memastikan bahawa tiada masalah seumpama itu di pangsapuri ini sebelum mengeluarkan surat itu," ujarnya.


Seorang suri rumah, Laila Osman, 43, yang kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara berkata, dia terpaksa melangsaikan bayaran yang diminta pemaju walaupun ketika itu umat Islam sedang sibuk dengan persiapan menyambut Aidilfitri.

"Bayangkan, mereka kutip duit sebelum hari raya, tetapi kami langsung tidak membantah kerana mahukan rumah yang selesa untuk keluarga. Tetapi apabila melawat ke pangsapuri ini, kami mendapati masih terdapat beberapa masalah yang tidak selesai.

"Dulu semasa tinggal di Kampung Berembang, kami dipindahkan ke PPR Beringin, tetapi disebabkan PPR tersebut mempunyai masalah kami dipindahkan ke Pangsapuri Berembang Indah pula.

"Tetapi pangsapuri baru pun menghadapi masalah," ujarnya.


Dalam nada sama, Aida Suhaida Shariff, 21 berkata, hampir setiap hari dia dan keluarga menjenguk ke pangsapuri berkenaan untuk melihat sama ada meter air dan elektrik telah dipasang.

"Setiap kali datang, pasti kami akan kecewa kerana ada sahaja masalah yang masih tidak selesai. Tiada bekalan air dan elektrik, dan pelbagai masalah lagi," katanya.

Oleh itu, dia dan penduduk lain pangsapuri itu meminta Syarikat Perspektif Masa Sdn. Bhd. (PMSB) selaku pemaju segera menyelesaikan masalah tersebut dan dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor juga harus menjalankan tanggungjawab memantau dan memastikan pangsapuri berkenaan telah benar-benar sedia untuk diduduki.

Tuesday 30 October 2012

NORIAH JAWAB KHALID -Langat 2 lebih baik daripada teknologi membran


Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) adalah lebih baik daripada projek teknologi penapis air membran yang cuba dilaksanakan kerajaan negeri Selangor kerana ia lebih ekonomi dan berdaya maju untuk mengelak krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon memberitahu Dewan Rakyat hari ini, kajian yang dilaksanakan sejak 1990 mendapati Langat 2 adalah lebih ekonomi dan berdaya maju dengan memindahkan air dari negeri Pahang ke Selangor.

“Kajian kita mendapati dari dulu lagi ini keputusan yang terbaik untuk rakyat. Membran memerlukan sumber air mentah yang banyak. Lima sungai Selangor kita sudah ambil dan guna (bahan mentah) secara optimum.

“Sebab itu Langat 2 terbaik untuk bekalan air kepada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. (Kerajaan Selangor) Asyik tukar-tukar teknologi yang akhirnya meletakkan risiko kepada rakyat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak).

Kerajaan Negeri Selangor masih belum memberi kelulusan kepada Langat 2 yang dilaksanakan untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.

“Kita sudah mulakan projek (Langat 2) tersebut, tunggu persetujuan sahaja dari kerajaan Selangor,” katanya.

Noriah berkata bagi menghadapi dan mengatasi krisis bekalan air itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM606 juta untuk projek mitigasi bagi menampung permintaan air di kawasan yang terjejas.

Kepada soalan asal Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai status terkini projek Langat 2, Noriah berkata pembinaan loji rawatan air itu dilaksanakan melalui Tender Pakej 2A yang kini dalam proses penawaran tender.

Tender Pakej 2A telah diiklankan pada 4 Sept lepas dan akan ditutup pada 20 Nov ini dan pembinaan loji ini dijangka dimulakan pada pertengahan 2013.

MB SELANGOR (ADUN IJOK) DI HALAU DI KG RANTAU PANJANG DUN IJOK


KALAU SETAKAT DATANG NAK TUNJUK MUKA BAIK TAK PAYAH,BEGITULAH LUAHAN RASA SEORANG PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DARAH DAN RANTAU PANJANG,YANG BERANG DENGAN KEHADIRAN KHALID IBRAHIM YANG DI SIFATKAN SEBAGAI TETAMU TAK DIUNDANG KE PROGRAM TERSEBUT

URGENT! KANAK-KANAK HILANG! SEBARKAN!


URGENT! KANAK-KANAK HILANG! SEBARKAN! NAMA : DANIAL SYAHIFIE UMUR : 12 TAHUN SEKOLAH : PELAJAR SRI ANNURIAH SUNGAI UDANG MELAKA FIZIKAL : BERBADAN GEMPAL, WARNA KULIT SAWO MATANG, TINGGI LEBIH KURANG 4 KAKI. MINTA SEMUA TOLONG SEBARKAN GAMBAR INI SEGERA. JIKA TERJUMPA SILA HUBUNGI NORASHIKIN BASIRON DI 012-6069494. TELAH HILANG SEMENJAK 18 OKTOBER 2012.

WAJIB BACA PENIAGA PKNS DIBERI KATA DUA DAN DI USIR


Lebih 200 peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini melahirkan rasa bimbang kemungkinan mereka diusir dari premis perniagaan itu jika ia diambil alih pihak lain.

Yang Dipertua Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Amran Yahya berkata ini kerana, kesemua peniaga di kompleks berkenaan belum memperbaharui kontrak sewa premis berkenaan sejak isu kenaikan sewa pada Januari lepas.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak PKNS dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar berjumpa peniaga terbabit dan menerangkan situasi sebenar yang bakal dihadapi mereka.

"Kami ini ibarat mentimun dan mereka durian. Kami faham pelaksanaan korporat yang ingin dilakukan oleh PKNS. Kami bimbang apabila ia dilakukan, adakah nasib kami peniaga yang telah mencari rezeki selama 30 tahun di kompleks ini akan terbela," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Amran berkata sehingga kini majoriti peniaga di Kompleks PKNS menjalankan perniagaan berdasarkan perjanjian bulanan dengan kadar sewa antara RM750 hingga RM10,000 sebulan.

Beliau berkata PKNS sepatutnya tampil berbincang dengan peniaga serta mementingkan usaha termasuk mempromosikan kompleks berkenaan supaya mampu menarik lebih ramai pengunjung.

"Kami harap apa juga tindakan yang akan diambil oleh PKNS, mereka turut memikirkan nasib dan prihatin terhadap kami," katanya.

Peguam yang mewakili para peniaga berkenaan, Kamarudin Ahmad berkata PKNS memberikan kerjasama yang baik walaupun memilih untuk mengadakan perjanjian bulanan dengan peniaga.

"Peniaga berharap nasib mereka terbela serta PKNS menerima pandangan penyewa di premis ini tanpa membelakangkan mereka," katanya.

Semalam, ketika diminta mengulas cadangan kenaikan sewa lot kedai di Kompleks PKNS di sini, Abdul Khalid berkata usahawan Bumiputera yang tidak mampu membayar sewa akan diberi bantuan.

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES


KUALA LUMPUR 30 Okt – Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.

Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.

“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.

“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.

“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.

“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.

“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.

Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.

“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.

“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.

Sumber: http://www.rembau.com.my

Undi PKR Dan PAS, Kukuhkan DAP


DALAM Pilihan Raya Umum 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan atas dasar demi memperjuangkan nasib seorang pemimpinnya telah mencapai kejayaan agak cemerlang. Parti itu yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 'berjaya' menewaskan dua parti pembangkang lain iaitu DAP dan Pas apabila memperolehi 31 kerusi.

Ketika itu DAP memperolehi 28 kerusi manakala Pas 23 kerusi. Bagaimanapun jumlah kerusi yang diperolehi oleh PKR berkurangan apabila ramai ahli Parlimennya membuat keputusan meninggalkan parti itu menjadi wakil rakyat Bebas.

PKR mampu berdiri tegak dan mendabik dada menjadi sebuah parti yang paling berkuasa di kalangan pakatan pembangkang kerana keupayaan mereka merampas kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini diwakili oleh UMNO.

Mengikut keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 terdapat kira-kira 15 kerusi milik UMNO yang berjaya dirampas PKR. Kejayaan PKR itu juga dianggap kejayaan bagi DAP dalam usaha mengurangkan kekuatan UMNO di dalam Dewan Rakyat.

Sebab itulah DAP tidak pernah ambil pusing mengenai kekuatan PKR kerana mereka memahami PKR berbeza dengan Pas. PKR tidak memperjuangkan Islam dan sentiasa sahaja menyokong apa juga yang dilakukan oleh DAP termasuklah dalam soal hak-hak orang Melayu.

Aspirasi

Sikap pemimpin-pemimpin PKR yang memperjuangkan kesamarataan dilihat tidak ada bezanya dengan perjuangan Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP. Oleh itu DAP tidak perlu gusar tentang jumlah kerusi mereka dalam Dewan Rakyat kerana PKR biar pun berada dalam parti berbeza tetapi membawa aspirasi parti tersebut.

Inilah agenda yang tidak disedari oleh pengundi-pengundi Melayu yang bertindak menolak UMNO dalam pilihan raya umum lalu dengan memberikan kerusi parti tersebut kepada PKR. Mereka begitu yakin tiada bezanya antara wakil rakyat PKR dan UMNO kerana kononnya kedua-duanya akan memperjuangkan nasib Melayu.

Bagaimanapun mereka terlupa bahawa perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR tidak boleh disamakan dengan perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO. Ia memandangkan pemimpin-pemimpin UMNO sama sekali tidak akan berkompromi dalam soal melibatkan orang Melayu dan agama Islam.

Tetapi situasi ini tidak berlaku dalam pakatan pembangkang kerana PKR akan sentiasa mengikut telunjuk DAP seperti mana Pas yang dilihat hanya 'pak turut' sahaja dalam parti itu. Sebab itulah, berbanding hubungan dengan Pas, hubungan antara PKR dan DAP jauh lebih rapat dan akrab.

Apabila pemimpin-pemimpin DAP menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas, maka PKR paling ke depan menyokong pendirian DAP itu. Pemimpin-pemimpin PKR tidak pernah mempedulikan perasaan Pas kerana mereka tahu Pas tidak mampu berbuat apa-apa.

Lanjutan itu, dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang, PKR dan DAP dianggap berkongsi idealisme yang sama. Apa kata DAP itulah kata PKR, apa pendirian DAP itulah yang akan disokong PKR, apa tindakan DAP itulah yang akan disertai oleh PKR.

Demikianlah hebatnya hubungan antara PKR dan DAP sehingga wujud persepsi bahawa mengundi PKR sama juga dengan DAP kerana teras dan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu tidak ada bezanya. Walaupun Pas menyedari perkara ini, namun parti itu masih mahu berada dalam pakatan pembangkang kerana impian Pas ialah bersama-sama bertakhta di tampuk kekuasaan dengan kedua-dua parti.

Keadaan itu sudah tentulah menggembirakan PKR untuk terus memainkan peranannya memperkukuhkan kedudukan DAP secara tidak langsung dalam Dewan Rakyat memandangkan selama ini PKR tidak mempunyai apa-apa kekuatan khususnya di peringkat akar umbi.

Kebanyakan kerusi yang mereka menangi terutamanya kerusi milik UMNO bukan kerana PKR kuat atau mempunyai penyokong yang ramai tetapi disebabkan pada 2008 ada sentimen yang cukup kuat untuk menolak UMNO berikutan perasaan tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan negara ketika itu.

Tindakan terburu-buru pengundi Melayu memberikan undi mereka kepada PKR dengan hasrat untuk memberi isyarat kepada UMNO supaya mendengar denyut nadi rakyat ternyata membawa padah kerana ia memberi laluan kepada PKR untuk membolot kerusi berkenaan.

Tetapi kemenangan PKR itu tidak mendatangkan manfaat kepada orang Melayu yang menyokong mereka kerana kemenangan tersebut sekali gus memperkukuhkan kedudukan DAP memandangkan mereka sudah ada parti yang diketuai oleh pemimpin Melayu yang akan menyokong perjuangan politik mereka.

'Kekuatan' DAP untuk meraih sokongan orang Melayu semakin kukuh apabila Pas juga berada di dalam pakatan pembangkang. Sikap pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas yang turut bermati-matian berkempen untuk memenangkan calon-calon PKR dan DAP tanpa melihat kesannya kepada orang Melayu telah menyebabkan DAP bertambah kukuh.

Pendirian

PKR sama sekali tidak mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi, mereka mengharapkan sokongan pengundi DAP dan Pas untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dari segi jentera pilihan raya, PKR adalah parti yang mempunyai jentera paling lemah dalam pakatan pembangkang.

Namun semua itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan selagi Pas bersama pakatan pembangkang. Pas bukan sahaja bersedia bertungkus-lumus memenangkan calon PKR malah di Kelantan bersedia mengorbankan kerusi miliknya untuk membolehkan PKR bertanding.

Bagaimanapun pengorbanan Pas tidak begitu dihargai oleh PKR, sebaliknya PKR lebih bersedia senada dan sekata dengan DAP dalam semua isu termasuklah hukum hudud. Pas sengaja melupakan bahawa tindakan mereka menyokong PKR bukannya sekadar memperkukuhkan pakatan pembangkang tetapi lebih daripada itu menguatkan DAP.

Sejarah politik negara telah menunjukkan bagaimana DAP agak sukar mendapat sokongan orang Melayu. Walaupun parti itu mendakwa parti pelbagai kaum tetapi apa yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim sudah membuktikan segala-galanya.

DAP pun tahu sejauh manakah kekuatan mereka untuk meraih sokongan pengundi Melayu, kalau bersendirian mereka tidak akan mampu berbuat demikian kerana amat memahami sentimen orang Melayu terhadap mereka.

Tetapi kini dengan menjalin kerjasama dengan PKR, DAP sudah tidak perlu risau lagi perkara itu, apatah lagi diperkukuhkan pula kesepakatan bersama Pas. Biar pun DAP tahu antara parti itu dan Pas mempunyai ideologi cukup berbeza namun dengan adanya PKR, mereka boleh 'memakai topeng' PKR untuk meraih sokongan orang Melayu.

'Pemakaian topeng' inilah yang memungkinkan DAP begitu berkuasa dalam pakatan pembangkang dan sentiasa seiringan dengan PKR sehinggakan biarpun PKR tidak lagi mempunyai kerusi terbanyak dalam kalangan pakatan pembangkang namun DAP tetap memberikan penghormatan kepada Anwar untuk menjadi ketua pembangkang.

Kalau DAP ikhlas sudah tentu mereka akan memberikan kedudukan itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Pas mempunyai kerusi lebih daripada PKR, tetapi DAP tidak berbuat demikian kerana tidak yakin Pas akan membawa aspirasi perjuangan mereka seperti mana PKR.

DAP masih ragu dengan pendirian Pas dalam soal perjuangan orang Melayu dan umat Islam, oleh itu bagi DAP, Pas hanya layak digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu melalui kekuatan jenteranya sahaja dan bukannya harus diberi kedudukan melebihi PKR apatah lagi DAP.

Justeru orang Melayu seharusnya memahami mainan politik tersirat DAP dan PKR ini, jika tidak mahu 'menang sorak kampung tergadai'.

Monday 29 October 2012

PKNS :@NOHOMAR AJAR MB PERLU BUAT KENYATAAN RASMI BUKAN SI FAEKAH


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa membuat kenyataan rasmi berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu yang berjumlah RM321 juta.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hanya pengakuan atau penafian rasmi daripada Menteri Besar mengenai perkara itu ditunggu oleh seluruh rakyat Selangor.

Beliau berkata, kenyataan konkrit daripada Abdul Khalid yang mewakili kerajaan negeri amat penting kerana ia mampu menjelaskan semua kontroversi yang melanda negeri Selangor ketika ini.

"Saya bukannya mahu tuduh, sebab itu saya mahu Menteri Besar tampil memberikan penjelasan... Saya nak maklumkan saya mempunyai bukti terhadap dakwaan tersebut, sebab itu saya berani membangkitkan perkara ini.

"Sekarang ini saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat apa reaksi Menteri Besar... Sebaik sahaja beliau membuat kenyataan rasmi, saya akan memberikan komen... Namun apa yang diperhatikan Menteri Besar seolah-olah takut untuk berdepan dengan rakyat,"

Mengulas isu yang sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Menteri Besar perlu memberi kata putus mengenai perkara tersebut memandangkan ia akan menentukan nasib para usahawan dan peniaga-peniaga Melayu di Selangor.

"Jika pertukaran pengurusan berlaku, ia sememangnya akan menyulitkan para peniaga yang beroperasi di sana terutamanya mengenai sewa premis dan juga krisis pengurusan pada masa depan," katanya.

Selain itu katanya, sebagai Menteri Besar cemerlang seperti mana yang dicanang-canangkan oleh pakatan pembangkang, Abdul Khalid perlu berani untuk berdepan situasi ini, selain menjawab mengenai isu Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (Unisel).

"Kali pertama saya cabar beliau berhubung isu Yayasan Selangor dan kedua pula berkaitan Unisel.

"ini merupakan cabaran ketiga dan saya sangat menuntut penjelasan daripada Abdul Khalid memandangkan sebelum ini beliau sering mengatakan PKNS aset penting,"






Saturday 27 October 2012

Khas Untuk Khalid Ibrahim : Petua Mengatasi Penyakit Gagap


Madu dicampurkan dengan garam, kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya. Ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan. -SEKIAN Farit Ismeth Emir - Pak Ngah-

Friday 26 October 2012

ALERT !!!!!! @NOHOMAR BUAT FAEKAH MEROYAN TAK TENTU PASAL


Patutlah ramai pemimpin PKR nie bengang dan menyampah dengan Setpol Khalid Ibrahim yang bernama Faekah Husin nie … Minah nie suka sangat keluarkan statement yang menampakkan lagi kebodohan bos dier, siapa lagi kalau bukan Khalid Gagap.

Hari nie dia menggesa Noh Omar digesa untuk memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan rakyat Selangor kerana mendakwa PKNS mahu menjual lima asetnya pada harga RM321 juta.

Bagi dier, Noh nie memalukan UMNO & BN kerana memliki menteri kabinet yang ‘naif’ tentang hal ehwal korporat, jelas membuktikan bahawa beliau tidak mahir selok belok urus tadbir korporat.

Bagi aku, PKR dan Pakatan serta Khalid Ibrahim yang patut malu kerana memiliki seorang Setpol yang bodoh & bangang …..

Sebelum ini Noh mendakwa, aset-aset terlibat yang dikatakan bakal dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Namun Faekah mengatakan kesemua aset komersial yang dimaksudkan Noh itu masih kekal milik PKNS.

Menurutnya, PKNS ketika ini sedang dalam proses menyelaras aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS di mana salah satu inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan syarikat milik penuh perbadanan itu iaitu Private Real Estate Company atau PREC. (sila rujuk Selangorku)

Aku nak tanya Faekah, kalaulah PKNS sedang membuat penstrukturan semula aset2 nie atau PKNS, mengapa ada urusan ‘JUAL-BELI’ ke atas lima aset tersebut ….

Menara PKNS mahal tu (RM90 juta), SACC (RM93juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM88juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42juta) & Wisma Yakin RM7 juga …. Masyukkk tu. Kalau bukan untuk dijual, mengapa wujud nilai yang berjuta-juta nie ….

Apalah susat sangat, kalau yea pun nak buat pemindahan syarikat atau sebagainya, tubuhlah syarikat A, B, C, D, E ….

Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) tukar kepada Company A, Shah Alam Convention Centre (SACC) (RM93 juta) pergi ke Company B , Kompleks PKNS Shah Alam (RM88 juta) pergi ke company C, Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) pergi ke company D dan Wisma Yakin (RM7 juta) ke company E.

Lagi satu, aku nak tanya si faekah nie …. Kenapalah dalam urusan PKNS nie cepat ajer dia menjawab…. Tapi mengapa bila kena tang Unisel, dia senyap…diam mencuka jer minah nie ??? Ataupun sebab dia ada kepentingan dalam Unisel, sebab tu dia diam dan sekarang dia nak muncul sebagai hero dalam PKNS, boleh plak dia dapat kepentingan dalam PKNS nanti…

Hahahaha…… Faekah ohhhh Faekah …. Tunggu ada masa lagi, takkan nak dedah semuanya ….

BN mungkin umum nama calon lebih awal : Tengku Adnan


PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon UMNO sahaja malah semua parti komponen BN. Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran UMNO Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih.

Tengku Adnan berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.
"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu sudah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu

Thursday 25 October 2012

JOM BACA : Kisah Berliku Pengislaman Nicolas Anelka

Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.


Anelka dikenali sebagai penyerang yang sangat produktif dalam mencipta peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada saingan Liga Inggeris (British Primiership League / BPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi peledak gol terbanyak dengan 22 gol. Jumlah ini lebih banyak berbanding pasangan penyerangnya di Chelsea iaitu Didier Drogba.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba merupakan pasangan penyerang yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Kedua-duanya dikenali sebagai penyerang yang kehausan gol. Anelka merupakan antara bintang bola sepak dunia.


Di sebalik kegarangannya dalam meledakkan bola ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang amat dingin dengan orang lain. Dia jarang tersenyum di atas padang. Kadang-kadang rakan-rakannya sering berasa serba salah jika mahu bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus dalam permainan.


Di barisan hadapan The Blues (Chelsea), Anelka dikenali sebagai pemain yang amat tenang tetapi begitu garang di depan lawan. Dia juga seorang pemain yang tidak beremosi seperti dahulu lagi. Tidak seperti semasa dia bermain di Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles ini dikenali sebagai pemain bola sepak yang suka merajuk dan emosional.


Memeluk Islam


Kini Anelka sungguh berbeza. Anelka di kenali sebagai pemain yang tenang, tidak baran, dan tidak mempunyai masalah di dalam dan di luar padang lagi sejak bermain di Chelsea. Apa sebenarnya yang terjadi terhadap Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya semakin bijak mengawal diri? Dalam temubual dengan sebuah media di Inggeris, ketika ditanya tentang perubahan sikapnya, Anelka menjawab dengan bersahaja.


''Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya berasa tenang menjadi seorang Muslim, sebuah agama yang amat tenang dan saya banyak belajar erti kehidpupan dari Islam,'' kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.


Sebelum ini Anelka menyembunyikan identiti keislamannya di khalayak awam. Tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Munich yang berasal dari Perancis, yang selalu berdoa sebelum perlawanan bermula. Anelka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.

''Bagi saya, agama adalah hal peribadi, tidak perlu dihebohkan kepada orang ramai,'' terangnya. Namun sejak kebelakangan ini, ketika orang ramai sudah mengetahui identitinya sebagai seorang umat Islam, Nicolas Anelka tidak menafikannya.

Bilakah Anelka memeluk Islam?

Perpindahannya ke kelab Turki, Fenerbahce, selepas berhijrah dari Manchester City pada tahun 2004, Anelka telah menerima hidayah untuk memeluk Islam. Pemain yang memiliki nama penuh Nicolas Sebastien Anelka ini mengumumkan secara rasmi bahawa dirinya telah menjadi seorang Muslim.

Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes iaitu sebuah bandar kecil yang terletak di pinggiran barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Dia juga bukan seorang penganut agama Kristian seperti yang dianggap oleh sebahagian orang ramai. Anelka dulunya benar-benar tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Namun di waktu dirinya tidak beragama, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dari situlah Anelka mula tertarik dengan Islam. ''Saya sudah menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,'' katanya di dalam wawancara dengan sebuah majalah Arab, Super Magazine.


Dalam temuramah Anelka bersama majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan alasannya mengapa dia memilih Islam. Bagi Anelka, Islam adalah cara hidup yang paling sesuai dengan dirinya. ''Saya merasa selesa dan tenang dengan agama dan hidup saya ketika ini".

enganut Islam, diakui penyerang Chelsea ini bahawa Islam banyak membawa perubahan positif di dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam menuntutnya untuk sentiasa bersikap rasional dan positif. Dan perkara inilah yang mempengaruhi sikap tenangnya ketika berada di atas padang. ''Islam banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang tenang, fokus terhadap apa yang ingin dilakukan dan mempunyai semangat juang yang tinggi,'' katanya.


Dalam wawancara yang dimuatkan di dalam majalah Match, majalah yang diterbitkan di Perancis, Anelka mendedahkan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahupun di luar padang. ''Saya menjalani karier dan kehidupan yang sukar sebelum ini. Saya mencari-cari kedamaian dan erti kehidupan. Dan akhirnya saya menemui Islam.''


Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakech, Maghribi. Anelka merancang untuk menetap di UAE selepas bersara nanti. Selain bermain bola sepak, Anelka juga meminati dan bermain tenis dan beliau juga pernah berlakon dalam filem berjudul ''Le boulet'' sebagai pemain bola sepak bernama Nicolas.


Tetap berpuasa


Sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan penganut agama Islam yang taat, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan tidak membebankan Anelka untuk tetap menjalankan aktivitinya di padang bola sepak. Seperti kebanyakan pemain bola sepak Muslim yang lain, Anelka tetap berusaha menjalankan ibadah puasa.


Dalam wawancara dengan majalah FourFourTwo, Anelka mendedahkan bahawa sebagai seorang Muslim yang taat, dia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajipan puasa. ''Sebenarnya puasa bukanlah perkara yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya pada tahun-tahun yang lepas. Namun dalam beberapa kali Ramadhan, saya mengalami dua atau tiga kecederaan. Hanya sebab ini yang membuatkan saya tidak berpuasa.''


Bersyahadat di Fenerbache


Sejak menyatakan bahawa dirinya sudah memeluk agama Islam tahun 2004, Anelka telah mempunyai nama Islam iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka kepada agama Islam ini berlaku ketika dia bermain bersama kelab gergasi Turki, Fenerbahce.


Nama Anelka melonjak naik semenjak bermain untuk Arsenal. Kemudiannya Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan 22.3 juta pound. Kemudian Anelka kembali lagi ke kelab asalnya, Paris Saint-Germain dengan nilai perpindahan sebanyak 20 juta pound.


Meskipun selesa di Paris, Anelka kembali ke Liga Perdana Inggeris untuk bermain dengan Liverpool dengan status pemain pinjaman. Selepas itu, dia berpindah ke Manchester City dengan nilai perpindahan 13 juta pound pada awal musim 2002-2003. Setelah bersama tiga musim dengan Manchester City, Anelka berpindah ke Fenerbahce. Di kelab Turki inilah, Anelka mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas itu Anelka kembali lagi ke Lige Perdana Inggeris. Anelka menyertai Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound. Kemudian pada musim 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai 15 juta pound.

Biodata Anelka
Nama Penuh: Nicolas Sebastien Anelka

Nama Muslim: Abdul Salam Bilal Anelka

Tempat Lahir: Versailles, Perancis

Tarikh Lahir: 14 Mac 1979

Isteri: Barbara Tausia

Kelab Sekarang ini: Chelsea FC

Masuk Islam: 2004

Kerjaya Profesional:

1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)

2. Arsenal (Inggeris)

3. Liverpool (Inggeris)

4. Real Madrid (Sepanyol)

5. Manchester City (Inggeris)

6. Fenerbahce (Turki)

7. Bolton Wonderes (Inggeris)

AIRMATA RAKYAT DUN IJOK MB SELANGOR ABAI BANTUAN MASJID DAN SURAU



IJOK: Jemaah surau di Ijok mendakwa tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan negeri sejak 2008 lagi walaupun telah beberapa kali permohonan dibuat.

Hasil tinjauan mendapati setiap surau di kawasan tersebut terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi mendapatkan dana untuk meneruskan aktiviti keagamaan mereka.



Duit sendiri

Surau ini memang tidak pernah dapat peruntukan dari kerajaan negeri. Seingat saya kali terakhir Jemaah surau ini mendapat bantuan adalah pada 2008, itupun daripada kerajaan terdahulu.

“Lepas 2008 tak pernah dapat. Kami terpaksa guna duit sendiri untuk sediakan segala kemudahan. Saya pernah hantar surat di pejabat Menteri Besar sebanyak empat kali, tapi masih tidak dapat peruntukan,” tegas Zaini.

Menurutnya lagi, antara perkara yang diusahakan mereka sendiri adalah mendapatkan lampu jalan dan menurap jalan masuk ke surau tersebut.


Tambah beliau, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pernah berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM5000 pada 2008 bagi membaiki bangsal yang roboh, tetapi sehingga kini wang tersebut tidak diterima yang akhirnya memaksa Jemaah menggunakan wang sendiri untuk membaikinya.

Tidak lokek

Perkara tersebut disokong oleh seorang ahli Jemaah surau itu, Miskiah Ishak, 64.

Menurutnya, Jemaah di surau tersebut bertuah kerana terdapat anak-anak kariah yang telah berjaya yang tidak lokek untuk memberikan sumbangan.

“Kalau nak harap kerajaan negeri, memang tiada. Dulu kata nak beri RM5000 tapi akhirnya tiada juga. Sudahnya kami kutip-kutip duit antara anak kariah. Ada anak-anak kariah yang sudah berjaya yang sumbangkan RM1000-RM2000.

“Nak harap bantuan memang tiada. Dulu waktu Barisan Nasional memerintah, peruntukan tak pernah habis. Tapi sekarang tak pernah dapat sebarang peruntukan,” katanya.


Sementara itu Imam Surau Nurul Hamidin, Haji Abdul Manap Suradi, 65, berkata, sejak tahun 2008 bantuan yang diterima oleh surau tersebut setiap tahun hanyalah RM200 yang diberikan hanya pada bulan Ramadan.


Bantuan JAIS

Itu pun katanya, bukan bantuan daripada kerajaan negeri sebaliknya daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kerajaan negeri tidak pernah beri peruntukan bantuan. Yang ada, Umno bahagian yang selalunya beri wang dan barangan keperluan. Kerajaan negeri tak bagi.

“Situasi ini bukan sahaja dialami di surau saya, tetapi di semua enam surau yang ada di Ijok ini. Elaun untuk Imam juga tiada,” katanya.

Menurutnya lagi beliau sudah penat untuk meminta bantuan daripada kerajaan negeri kerana beliau pasti yang permintaan tersebut tidak akan tertunai.

“Saya ada minta bantuan, tapi tak tertunai. Contohnya saya ada minta khemah dan beberapa kemudahan asas yang lain, tapi tak dapat. Jemaah di sini semakin bertambah,” tambah beliau.



MB tak lawat surau

Menurutnya lagi, Ahli Dewan Undangan Ijok yang juga merupakan Menteri Besar, langsung tidak pernah datang melawat ke surau tersebut.

“Kalau dia pernah datang mesti dia tahu masalah Jemaah di sini. Jalan nak masuk, gelap. Jadi menyukarkan Jemaah-jemaah yang sudah berumur untuk ke surau. Jalan masuk juga sempit. Jadi ADUN sendiri tak pernah turun padang, macam mana dia nak tahu masalah kami. Harapkan wakil sahaja tak guna,” tegas beliau.

Sama seperti di Surau Nurul Ehsan, Jemaah di Surau Nurul Hamidin turut mengadakan kutipan wang di kalangan mereka untuk menaiktaraf kemudahan surau.

Sebagai contoh katanya, hasil kutipan wang mereka itu telah dimanfaatkan untuk membina satu dewan makan.

Walaupun tidak sempurna katanya, tapi lebih elok daripada tiada.


Abai tanggungjawab

Bekas nazir Masjid Nurul Iman yang juga merupakan Pengerusi Surau As-Saidah turut berkongsi kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri yang menurutnya mengabaikan kepentingan agama di Selangor.

Menurutnya, Khalid yang memegang portfolio Agama di Selangor telah mengabaikan tanggungjawab beliau di dalam kebajikan Islam di negeri ini.

“Khalid ini dia pegang hal ehwal agama negeri, tapi tak pernah turun surau. Jadi mungkin sebab itu semua surau di negeri ini diabaikan.

“Sepatutnya, dia yang memegang hal ehwal agama perlu lebih agresif di dalam memelihara kepentingan Jemaah,” tegas beliau.


Khalid politikkan isu agama

Menurutnya lagi, Khalid sebagai Menteri Besar hanya mempolitikkan isu agama untuk kepentingan kumpulan beliau sendiri bukannya untuk kepentingan Ummah.

Sejak 2008 katanya, Surau As-Saidah tidak pernah langsung menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri Selangor.

“Kalau ada bantuan sekalipun, itu wang zakat. Zakat bukan peruntukan kerajaan negeri. Itu tanggungjawab Majlis Zakat,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri di bawah Khalid dilihat lebih banyak menggunakan peruntukan wang zakat daripada peruntukan yang sepatutnya digunakan.


Kalau Bab Bantuan Gereja,Tokong Dan Kuil Khalid Sanggup Turun Padang Dan Memberikan Bantuan Dengan Segera



TERKINI !!!! KHALID&KERAJAAN SELANGOR TIDAK BERPERI KEMANUSIAN BEKAS PENEROKA SUNGAI BUAYA TUNTUT PULANGKAN TANAH


Sekumpulan bekas peneroka Felda Sungai Buaya, Rawang, dan waris mereka hari ini menuntut kerajaan negeri Selangor memulangkan tanah seluas 419.57 hektar milik mereka yang didakwa dirampas pada 2010 dan membatalkan prosiding perampasan terhadap tiga lagi keping tanah seluas 451.62 hektar milik mereka di Mukim Serendah, Hulu Selangor.

Kira-kira 40 orang yang mewakili 362 bekas peneroka dan waris terbabit berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini pada pukul 11.30 pagi dan memegang pelbagai kain rentang bagi menyatakan tuntutan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri menerusi wakil mereka Noryzal Zainal Abidin.

Berdasarkan memorandum itu, bekas peneroka terbabit mendakwa pada 1994 mereka telah menubuhkan satu syarikat dikenali sebagai Murna Jaya Development Berhad (Murna Jaya) bagi menjual dan memajukan tanah mereka secara usahasama dengan mana-mana pemaju yang berminat dan berkemampuan.


Seterusnya pada 1996, Murna Jaya telah mengikat perjanjian usahasama dengan syarikat pemaju dikenali sebagai Bandar Sungai Buaya Sdn Bhd (BSB) untuk memajukan keseluruhan tanah peneroka menjadi sebuah bandar baharu di kawasan itu.

BSB kemudian telah membangunkan sebahagian daripada tanah peneroka dengan mendirikan rumah kediaman dan blok kedai kira-kira 3,275 unit, bagaimanapun sekitar 1998, BSB tidak dapat meneruskan projek itu dengan lancar disebabkan kejatuhan ekonomi serantau sehingga akhirnya memaksa BSB menghentikan terus kerja pembangunan di kawasan itu.

Ekoran itu, persetujuan telah dicapai di mana menjadi tanggungjawab BSB untuk memulangkan kembali kira-kira 654.37 hektar tanah milik peneroka dan sebahagian lagi tanah di Mukim Serendah, Hulu Selangor, sebagai ganti rugi atas kegagalan BSB menyiapkan projek itu selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Mei 2005 yang mengarahkan BSB berbuat demikian.




Kesemua tanah yang perlu dipulangkan kembali kepada Murna Jaya telah didaftarkan atas nama BSB sebagai tuan punya berdaftar kecuali tanah di Mukim Serendah.

Bagaimanapun disebabkan BSB menghadapi masalah kewangan yang serius segala perancangan untuk memulangkan serta mendaftarkan semula tanah tersebut atas nama Murna Jaya tidak dapat dilaksanakan disebabkan kegagalan BSB menjelaskan cukai tanah yang telah tertunggak.

Akhirnya pada awal 2009, Murna Jaya telah menerima satu notis sebagai tuan punya benefisial berhubung dengan kegagalan tuan punya (BSB) menjelaskan cukai tanah yang tertunggak sebanyak RM8.22 juta.

Ekoran itu, Murna Jaya telah mengambil inisiatif untuk menyelamatkan tanah tersebut seperti menghantar beberapa pucuk surat kepada pihak kerajaan negeri untuk mengemukakan beberapa cadangan tetapi usaha itu gagal dan pada 11 Ogos 2011 mereka menerima surat daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor memaklumkan bahawa lapan hakmilik tanah mereka berkeluasan 419.57 hektar telah dirampas mengikut Akta Perampasan Tanah.

Ketika ini kerajaan negeri juga telah memulakan prosiding bagi merampas tiga lagi hakmilik tanah seluas 451.62 hektar di Mukim Serendah atas alasan cukai tertunggak sebanyak RM3.5 juta.

Murna Jaya melalui peguam mereka iaitu Tetuan Wan Haron & Associates telah menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bertarikh 26 Julai 2012 yang menyokong permohonan Murna Jaya untuk penangguhan prosiding perampasan itu untuk jangkamasa enam bulan bagi meneliti dokumen berkaitan tetapi sehingga kini Menteri Besar didakwa masih belum membuat keputusan berhubung permasalahan itu.

Sehubungan itu peneroka terbabit menuntut kerajaan negeri menerima cadangan Murna Jaya untuk menyelesaikan jumlah cukai tertunggak bagi kesemua 2,152.8 hektar tanah yang telah dirampas termasuk tanah yang terlibat dalam prosiding perampasan di Mukim Serendah secara berperingkat seterusnya memulangkan kembali tanah berkenaan kepada Murna Jaya untuk diteruskan pembangunan.

Mereka turut menuntut kerajaan negeri mempercepatkan dan menanggung segala kos perbelanjaan untuk proses pecah tanah itu seterusnya mengeluarkan geran berasingan kepada setiap pembeli atau pemilik rumah atau tanah masing-masing selain menaik taraf kemudahan asas serta melaksanakan projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini.

Sementara itu, wakil peneroka terbabit, Abu Hasan Mohd Sidek, 70, yang telah menetap di sana sejak 40 tahun lepas merayu supaya kerajaan negeri bertimbang rasa dengan menerima tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.


"Kami akan bayar tunggakan cukai tetapi secara berperingkat kerana kami orang susah. Kami beri tempoh selama 14 hari untuk Menteri Besar membuat keputusan terhadap tuntutan kami sebelum kami ambil tindakan lebih drastik dan tegas selepas ini,"

1 perhimpunan BERDARAH akan diadakan pada 26 okt 2012


1 perhimpnan BERDARAH akan di adakn pada 26 okt 2012 ini, jangan peduli dengan amaran polis. Di harap semua umat Islam di Malaysia BERSEDIA! Anda di haruskan membawa senjata sprti parang, pisau dan juga kapak dll yg tajam! PERHIMPUNAN BERDARAH ini bertempat di Masjid dekat rumah anda.. sasaran anda ialah(Lembu dan kambing).


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA,MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA BLOG DURHAKA DERKHALA

Wednesday 24 October 2012

Inilah Masjid Yang Berdinding Dua Kalimah Syahadah


Sejak dirasmikan 2010 lalu, bangunan ini sudah mencuri perhatian tidak hanya warga sekitar tetapi juga di dunia maya. Masjid yang terletak di Padalarang ini termasuk to 5 "Building Of The Year 2010" oleh National Frame Building Association.

Acara terbesar yang melibatkan para arkitekdi seluruh dunia ini menempatkan Masjid Al Irsyad dalam kategori religious architecture. Menurut ArchDaily, situs arkitek terpopular, Masjid Al Irsyad cukup popular di antara tempat ibadah yang lain dan hanya dikalahkan oleh Gereja Tampa Covenant, Florida, Amerika Syarikat.


Jika umumnya masjid memiliki kubah atau menara, tidak dengan Masjid Al Irsyad. Masjid yang dirancang oleh Ridwan Kamil, arkitek Indonesia ini direka mirip Ka'bah, berbentuk kubus dengan warna abu-abu. Rekaanya sederhana, tidak banyak ornamen namun tetap memiliki keindahan tersendiri.

Dinding masjid terbuat dari batu bata yang disusun sedemikian rupa sehingga membentuk celah yang terbaca sebagai dua kalimat syahadah.

Selain memiliki fungsi artistik, lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai ventilasi udara. Menjelang malam ketika lampu di dalam masjid mulai dinyalakan, sinar lampu akan menerobos celah ventilasi sehingga jika dilihat dari luar tampak seperti masjid yang memancarkan cahaya berbentuk kalimat syahadah. Sangat mengagumkan.

Keindahan tidak hanya tampak dari luar masjid. Di dalam masjid terdapat 99 lampu bulat berukir asmaul husna yang jika dinyalakan, cahayanya akan membentuk siluet nama-nama suci Allah SWT. Terasa sekali kemegahannya.

Masjid Al Irsyad juga seolah ingin mendekatkan kita pada alam. Lantai tepi mimbar dimanfaatkan untuk kolam di lantai. Suara gemericik air kolam memberikan suasana teduh yang dapat menambah ketenangan ketika beribadah.

Dinding di belakang mimbar juga dibiarkan terbuka sehingga jama'ah dapat menikmati pemandangan Padalarang yang menyegarkan.

Didirikan di atas lahan seluas 1.100 meter persegi, masjid berkapasitas 1.500 jama'ah ini selain menjadi tempat ibadah juga menjadi tujuan wisata tak hanya bagi para sekitar Bandung dan Jakarta tetapi juga mancanegara.

Berikut Untuk Detail foto di dalam masjidnya :





Tahukah anda siapa sebenarnya disebalik orang kuning DiGi ini?


Anda kenal dengan lelaki kuning nih? Bagi pengguna Digi, ini muka familiar .. kan kan? Bagi yang lain2 sure dah kenal ... dialah Yellow Man ... tapi siapakah di sebalik karektor penuh lucu ini?

Karektor inilah yang bergandingan dengan Lisa Surihani dalam sebuah filem 'Papa, I Love You' terbitan Metrowealth (MIG). Mereka akan bercinta dalam filem ini dan bakal bersama dengan 'pasangan bercinta' ini adalah pelakon cilik yang cukup comel - Mia Sara.

Sesuai dengan nama timangannya .. Pooh ... adalah bekas staff Kru Production, dan memang seorang yang bagi saya sangat berbakat ... ala2 cam Harith Iskandar ataupun Afdlin Shauki

Ok, inilah si cute bernama Zalif Sidek .... hero filem 'Papa, I Love You' yang bakal menjadi pasangan Lisa Surihani....


Selain berlakon dalam filem terbitan MIG itu, Zalif yang lahir pada 14 May 1985 juga turut berlakon dalam filem Bini-biniku Gangster dan muncul dalam beberapa lagi iklan terutama Digi sebagai Yellow Man dan juga dalam Astro First. Kalau tengok gambar2nya dalam MySpace ... memang nampaknya si Zalif ni tak lokek dengan senyuman, rasanya dah jadi cam trademark dia la.



Khalid Menteri Besar Selangor Paling Berjaya Kerana Anwar Ibrahim Yang Puji


UMNO Selangor lucu dengan kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang paling berjaya.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata kenyataan daripada Ketua Umum PR boleh dikategorikan sebagai sangat melucukan.

“Saya mengatakan demikian kerana rakyat Selangor sedia maklum bahawa pentadbiran kerajaan Selangor sekarang lebih suka menipu rakyat daripada memberi gambaran sebenar apa yang terjadi.

“Sebagai contoh, bila saya mendedahkan tentang kerugian yang dihadapi oleh UNISEL berjumlah RM54 juta dalam tempoh 3 tahun bermula dari tahun 2008 sehingga 2010, Menteri Besar Selangor tanpa segan silu menafikan dakwaan saya tersebut.




“Beliau (Khalid) mengatakan bahawa laporan audit tersebut tidak dimuktamadkan lagi dan menuduh saya tidak memahami tentang akaun. Sila rujuk laman web www.selangorku.com bertarikh 10 September 2012 yang bertajuk MB: Laporan Audit UNISEL Belum Diselaras, Noh Tak Faham Akaun,” ujarnya kepadadi lobi Parlimen hari ini.

Namun tegas Noh pembohongan Menteri Besar Selangor akhirnya terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini mendedahkan kerugian UNISEL.

“…dan ini secara jelas membuktikan dakwaan saya adalah betul dan juga semua jumlah yang didedahkan adalah tepat. Ini tidak termasuk hutang penyelenggaraan asrama pelajar UNISEL kepada kontraktor yang difahamkan telah pun mencecah RM 19 juta yang gagal dijelaskan. Kegagalan tersebut telah menjejaskan keselesaan dan keselamatan pelajar di asrama mereka. Perkara ini juga telah di sentuh di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

“Inikah cara pentadbiran yang dikatakan sebagai pentadbiran Menteri Besar paling berjaya? Saya berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor sudah sedar cara pentadbiran Kerajaan Selangor yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menipu rakyat”, ujarnya.

Justeru beliau mencabar sekiranya Menteri Besar Selangor adalah seorang yang mengamalkan ketelusan di dalam pentadbiran agar menafikan dakwaan bahawa Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju untuk menjual lima aset bangunan mereka iaitu Wisma Yakin (RM7 juta), Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta), PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhannya RM 321 juta.

“Sekiranya benar Menteri Besar Selangor pandai mentadbir dan telus kenapa aset-aset ini perlu dijual?,” ujarnya lagi.

Tuesday 23 October 2012

Real Madrid Buang Tanda Salib Di Logo Demi Peminat Islam


Real Madrid, bola sepak gergasi Sepanyol membuat perubahan pada logo kelab untuk mengukuhkan populariti mereka di kalangan penggemar bola sepak Islam.
Logo telah menjadi lambang mereka hampir satu abad, tetapi kini Real Madrid akan menghapuskan salib kecil dari atas mahkota.

Akhbar Marca di Sepanyol memetik sumber dalam pentadbiran kelab bola sepak, yang berkata bahawa langkah ini bertujuan untuk "mengelakkan segala bentuk salah faham dan konflik dalam kawasan di mana majoriti penduduk beragama Islam".

Bagi mereka yang tidak biasa dengan dunia bola sepak, atau bola sepak, Real Madrid boleh diletakkan setaraf dengan lain-lain sukan profesional francais yang diiktiraf di seluruh dunia - misalnya New York Yankees atau Dallas Cowboys. Ulasan tahunan mereka adalah lebih daripada $500,000 dan pasukan mempunyai bernilai anggaran bersih sebanyak hampir $ 2bilion.

Perubahan logo bertepatan dengan permulaan pembinaan sebuah resort pelancong sukan diUAE oleh Real Madrid. Ini akan menjadi taman tema pertama di dunia yang terletak di sebuah pulau buatan manusia. Taman ini akan menggabungkan kedua-dua sukan dan pelancongan. Maka sesuai bahawa salib Kristian itu perlu dikeluarkan daripada logo.

Real Madrid mengikut jejak langkah pesaing mereka di Barcelona, ​​yang juga baru-baru ini terpaksa membuang salib dari logo mereka untuk mendapat penaja di Qatar.Manchester United bila lagi?

HOT :1 Parlimen bau busuk macam bangkai bila @Khairykj pecahkan tembelang PKNS dalam Selangor IPP and toll investments.




Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan kerajaan negeri Selangor hipokrit kerana membangkitkan isu penjana tenaga bebas (IPP) dan tol lebuh raya, tetapi pada masa sama mereka mempunyai kepentingan dalam syarikat terlibat dalam kedua-dua aktiviti itu.

Khairy, yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pemuda UMNO, berkata walaupun kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sering mengkritik tindakan kerajaan Persekutuan dalam isu IPP dan tol, namun ia masih mempunyai kepentingan dalam IPP generasi pertama, syarikat Genting Sanyen (Malaysia) Sdn Bhd dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

“Mereka mengkritik, menentang tetapi pada masa sama menerima keuntungan dividen daripada pelaburan IPP tersebut… ini menunjukkan mereka hipokrit, langsung tidak apologetik.

“Walaupun pelaburan tersebut dilakukan sebelum pembangkang mengambil alih Selangor, tetapi sudah empat tahun mereka tadbir, tiada sebarang usaha diambil oleh pakatan pembangkang untuk melupuskan pegangan saham atau pelaburan dalam Genting Sanyen, ” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata jika secara prinsipnya mereka tidak setuju dengan pelaburan tersebut, sewajarnya mereka melupuskan saham berkenaan.

Turut hadir dalam sidang media itu Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng.

Khairy berkata Worldwide Holdings Berhad iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), mempunyai 25 peratus kepentingan dalam syarikat Genting Sanyen.

Selain itu, pakatan pembangkang berjanji untuk memansuhkan tol di negara ini tetapi dalam masa sama kerajaan Selangor mempunyai kepentingan sebanyak 20 peratus dalam Lebuhraya Kesas.

Beliau berkata sekiranya mengikut prinsip yang dinyatakan pembangkang dalam bajet alternatif dan Buku Jingga, mereka sepatutnya telah menjual pegangan saham berkenaan.

“Mereka (pembangkang) tidak boleh kata apa yang terkandung dalam bajet serta buku tersebut hanyalah polisi dan pada masa sama mengekalkan pelaburan dalam kedua-dua sektor yang jelas menentang dasar mereka. Mereka hipokrit.

“Ini membuktikan sikap tidak konsisten dan tidak jujur pembangkang dalam polisi mereka. Mereka boleh buat apa sahaja manifesto tetapi tidak mampu melaksanakan segala apa yang dijanjikan,” katanya.

MB SELANGOR JENIS MANDI SEMINGGU SEKALI TEKNOLOGI MEMBRAN TAK PRAKTIKAL


HULU LANGAT 22 Okt. - Krisis bekalan air yang mulai dirasai sekarang merupakan soal hidup dan mati penduduk Lembah Klang yang perlu ditangani segera dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyelesaian kepada masalah itu bukannya menerusi teknologi membran yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid kerana teknologi tersebut tidak praktikal dan kosnya lebih tinggi.

Beliau berkata, ini kerana kapasiti air di Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru kini hanya tinggal 390 juta liter sehari berbanding kapasiti penuh 2,000 juta liter dan jumlah tersebut tidak mampu untuk menampung keperluan penduduk di Lembah Klang jika paras air berterusan merosot.

Menurutnya, untuk mengatasi masalah berkenaan kerajaan Pusat baru-baru ini sudah meluluskan peruntukan RM220 juta untuk tiga bentuk projek bagi memproses tambahan 390 juta liter air sehari bagi keperluan penduduk di Lembah Klang.

"Teknologi itu bukan penyelesaian. Saya sudah mendapatkan pendapat pakar dan dimaklumkan teknologi ini langkah yang tidak praktikal, kosnya juga akan bertambah. Teknologi membran juga tidak mampu meningkatkan bekalan air.

"Apa yang perlu dilakukan adalah meneruskan projek pembangunan Langat 2 seperti dirancang kerana bekalan air yang ada sekarang tidak mampu menampung keperluan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang diiringi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar melawat terowong saluran air sepanjang 45 kilometer yang akan menyalurkan air dari Pahang serta tapak Loji Langat 2.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teoh Yen Hua.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, teknologi membran jika diperkenalkan akan menelan kos sebanyak RM95 juta untuk sebuah loji dan Selangor mempunyai 34 loji rawatan air menjadikan kos keseluruhan berjumlah lebih RM3.2 bilion.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Air Selangor hairan dan tidak faham keperluan teknologi membran sedangkan kualiti air di negara ini sudah diiktiraf badan antarabangsa.

"Pakar-pakar kejuruteraan air sudah memberitahu cadangan itu bukan penyelesaian. Pendirian kami juga sama. Jadi, saya hairan mengapa kerajaan PKR Selangor mahu membincangkan perkara sebegitu.

"Saya tidak tahu apakah Abdul Khalid mahu mempolitikkan isu air atau mahu mengalih daripada soal pokok iaitu keperluan Loji Rawatan Air Langat 2, tetapi kerajaan Pusat melihat masalah ini dari segi keperluan rakyat, bukannya politik," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kontrak pembinaan Langat 2 telah dikeluarkan dan sebanyak 20 syarikat sudah mengambil borang tawaran dengan keputusan akhir akan dibuat selewat-lewatnya Jun 2013.

Katanya, jika semua berjalan lancar dan projek pembinaan boleh dimulakan pada 2013, Langat 2 yang sudah terlewat selama 589 hari bekerja dijangka siap antara 2016 hingga 2017 iaitu dalam tempoh kritikal.-bernama-