Tuesday 22 January 2013

Najib tiba di Gaza, PM Malaysia pertama lawat Palestin


GAZA - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.

Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.

Syabas: Fakta sebenar krisis air di Selangor Buat Khalid Gagap Makin Bisu

BERIKUTAN gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, Syabas telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.

DAKWAAN 1

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

DAKWAAN 2

YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.

DAKWAAN 3

YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.

DAKWAAN 4

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.

Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.

Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

DAKWAAN 5

YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.

DAKWAAN 6

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

DAKWAAN 7

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.

Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.

DAKWAAN 8

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.

DAKWAAN 9

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:
= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.

= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.

= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.

SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

DAKWAAN 10

YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:

= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.

= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.

DAKWAAN 11

YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.

= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.

= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.

Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.

Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.

DAKWAAN 12

Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.

Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.

Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.

DAKWAAN 13

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.

Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.

DAKWAAN 14

Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.

Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.

Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.

Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.

DAKWAAN 15

YB Zuraidah seperti disiarkan di Sinar Harian mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).

Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.

SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.

Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).

KESIMPULAN

Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.

SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Wednesday 16 January 2013

ISU AIR : "SENANG JE SALAHKAN SYABAS" KERAJAAN SELANGOR - @ZINMOHAMED

Kerajaan Selangor sepatutnya membantu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyelesaikan isu air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu, bukannya mengambil sikap menuding jari, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata sebagai pemegang 30 peratus saham dalam Syabas, kerajaan Selangor sepatutnya bersama-sama syarikat konsesi air itu berusaha memastikan bekalan air dapat disalur terus kepada rakyat tanpa gangguan.

"Kuasa kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu ini dengan sistematik sekiranya mereka bertindak rasional demi masa depan rakyat negeri Selangor namun sebaliknya mereka (pemimpin kerajaan Selangor) menggunakan isu air ini untuk memenuhi agenda politik mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd Zin berkata kerajaan BN mencadangkan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk menangani krisis air di Selangor Julai tahun lepas, namun kedua-duanya tidak dipersetujui kerajaan Selangor pimpinan PKR.

"Kami telah berusaha mencadangkan kepada kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun mereka bermain 'silap mata' dengan menggunakan alasan remeh temeh kononnya tarif air akan dinaikkan selepas Langat 2," katanya.

Beliau mendakwa kerajaan Selangor tidak serius dalam menangani isu air sedangkan apa yang berlaku pada masa kini jelas menggambarkan risiko yang bakal dihadapi jika tindakan segera tidak diambil dalam memastikan bekalan air cukup di negeri itu.

"Masalah air di Selangor bukan soal politik tetapi ia berkaitan masa depan negara, jika Langat 2 tidak dibina menjelang 2016, satu krisis air akan berlaku dan satu demi satu kilang di Selangor terpaksa ditutup," katanya.

Mohd Zin berkata kerajaan Selangor tidak sepatutnya terus berdegil dan tidak mahu mengaku kesilapan mereka mengenai usaha menyelesaikan masalah isu air di negeri itu.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco Selangor di sini, Abdul Khalid terus menyalahkan Syabas yang didakwanya tidak mempunyai program khusus mengurangkan kadar air tidak terawat (NRW) dari 30 hingga 15 peratus.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) menyemak status usaha yang dilakukan oleh Syabas ke arah itu.

Monday 14 January 2013

GEMPAR !!!! @NohOmar Saman Kerajaan Selangor, Adun Sekinchan

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah memfailkan saman fitnah terhadap kerajaan negeri Selangor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Sue Lim kerana didakwa memfitnah beliau.


Noh berkata, kerajaan negeri Selangor melalui akhbar rasminya, SelangorKini dalam keluaran 25 November sehingga 2 Disember 2011 telah menerbitkan dua artikel yang dikatakan memfitnah beliau berbunyi: "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" serta artikel yang turut menyiarkan kain rentang "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani".


"Satu kita saman kerajaan negeri bersama enam yang lain termasuk sidang pengarang SelangorKini dan satu lagi kepada Adun Sekinchan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata, saman sebanyak RM10 juta setiap satu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,Selangor pada 9 Mac lalu melalui peguam beliau, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Noh menegaskan, penerbitan kata-kata fitnah itu boleh menjatuhkan reputasi beliau sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang, menteri dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran pengurusan kes.

Sunday 13 January 2013

Tabung Rumah Pangsa diwujud jika BN rampas kembali Selangor

Tabung khas bagi tujuan menyelenggara rumah-rumah pangsa di Selangor akan diwujudkan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri tersebut.

Pengerusi Pemuda BN Negeri Selangor, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal berkata, antara manifesto yang akan dibawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah mewujudkan tabung berkenaan bagi menampung kekurangan dana terutamanya dalam kerja-kerja penambahbaikan bangunan kediaman mereka.

"Di bawah kerajaan BN terdahulu, tabung ini ada, namun di bawah kerajaan negeri sekarang, sudah tidak kelihatan lagi dan perkara tersebut sememangnya menimbulkan persoalan.

"Kami tidak faham mengapa hal seperti penyelenggaraan rumah-rumah pangsa tidak diberikan perhatian kerajaan Selangor ketika ini walhal keperluan tersebut amat diperlukan bagi kebajikan dan keselesaan rakyat," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Serdang berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan pam air baharu bagi penduduk Pangsapuri Taman Seri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang di sini hari ini.

Yang hadir sama Penolong Kertua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Hairuddin Ahmad dan Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Taman Seri Kenari, Azlan Bahrin.

Tambah Ungku Md. Salleh, tabung itu nanti diharap dapat membantu penduduk di rumah-rumah pangsa dalam urusan penyelenggaraan kemudahan lif serta mengecat bangunan.

Sementara itu jelasnya, pam air baharu yang diserahkan tersebut merupakan tindakan segera bagi mengatasi kerosakan pam yang membawa kepada krisis air yang menimpa penduduk pangsapuri ini sejak dua minggu lalu.

"Pam baharu bernilai lebih RM11,000 ini merupakan sumbangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas masalah itu diajukan kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Diharap bantuan ini dapat menyelesaikan masalah air yang menimpa kira-kira 600 keluarga di pangsapuri ini," katanya.

Sementara itu seorang penduduk, K. Kalewani, 42, menyambut baik dan berterima kasih terhadap perhatian BN bagi mengatasi masalah yang menimpa penduduk di sini.

"Sekarang masalah air di sini sudah selesai dan kami berasa terharu dan berterima kasih terhadap kepimpinan BN setempat yang membantu," katanya.

Bagi Normah Dolhan, 37, bantuan yang diterima amat dihargai, sekali gus tidak lagi perlu baginya untuk berulang-alik mengambil bantuan air.

"Saya tinggal di tingkat lapan pangsapuri ini dan sememangnya menjadi masalah untuk sentiasa berulang-alik mengambil air di bawah, apabila pam air baru ini ada, keadaan kembali seperti biasa," katanya.

Sementara itu bagi warga emas, Chong Fong Mui, 58, bantuan yang diberikan ini merupakan tanda keprihatinan BN tanpa mengenal kaum.

"Ketika masalah air menimpa, penduduk di sini terutama warga tua mengalami banyak kesukaran, sehubungan itu bantuan pantas yang diberikan ini memang dihargai," katanya.

GEMPAR !!!!!! KUIS BAKAL SENASIB UNISEL

Prestasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mentadbir Selangor semakin mencapai kemuncak kegagalannya berikutan banyak kelemahan telah terdedah kepada rakyat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin (gambar) berkata, kini Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula menerima kesan akibat kelemahan pentadbiran Lembaga Pengarahnya yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, GAPS mahu beberapa perkara dipertimbangkan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku termasuk campur tangan Sultan Selangor kerana KUIS dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Sebuah jawatankuasa bebas juga harus dibentuk untuk menyiasat segala perkara yang dimajukan melalui penyerahan memorandum itu dan sebarang prosiding disiplin yang sedang dibuat terhadap mereka yang menandatangani memorandum tersebut, harus ditarik balik serta dihentikan sama sekali.

"Selain itu, Rektor KUIS harus bersikap lebih mesra rakyat dengan menggunakan pendekatan dialog dan berhemah dalam menangani masalah serta polemik yang timbul," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai tindakan keras pihak pengurusan KUIS terhadap hampir 200 ahli akademik dan kakitangannya yang menghantar memorandum hilang keyakinan terhadap pihak pentadbiran.


Memorandum yang diserahkan itu antara lain katanya, turut mengandungi rasa kesal dan marah kumpulan terbabit setelah dua tahun gaji mereka tidak dinaikkan, tiada elaun selama enam bulan selain kebajikan kakitangan juga diabaikan.

Ujar beliau, kegagalan pentadbiran KUIS menjadi satu lagi episod sedih dan tragis rakyat selepas asrama pelajar miskin di Kampung Pandan dirobohkan oleh Yayasan Selangor, pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) elangor tidak diluluskan dan kerugian puluhan juta ringgit yang dialami oleh Universiti Selangor (Unisel).

"Boleh dirumuskan kerajaan Selangor gagal dalam semua bidang yang diuruskan dan lebih malang, difahamkan kerajaan negeri Selangor langsung tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada KUIS dalam masa empat tahun ini," katanya.


Kekal BN di Putrajaya, rampas Selangor : @NajibRazak @NohOmar

KLANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat Selangor supaya mengubah kepimpinan kerajaan negeri Selangor kepada Barisan Nasional (BN) selain mengekalkannya sebagai kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Jangan ubah kerajaan Persekutuan, ubah kerajaan negeri (Selangor). Kita ubah (kerajaan) di Selangor, kekalkan BN di Putrajaya," katanya semasa berucap pada Himpunan Rakyat Pesta Ponggal 2013 di Padang Cetti di sini, hari ini.

Beliau berkata jika pembangkang mengajak rakyat mengubah kerajaan, rakyat Selangor telah pun berbuat demikian dengan memilih kepimpinan pakatan pembangkang sebelum ini.

Namun, beliau meminta rakyat Selangor untuk menilai sama ada pemerintahan kerajaan pakatan pembangkang itu benar-benar boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka termasuk masyarakat India di negeri ini.

Perkara itu ketara apabila kerajaan pakatan pembangikang gagal menyelesaikan banyak masalah di Selangor seperti bekalan air bersih dan kutipan sampah selain tidak mengotakan banyak janjinya dalam Manifesto Pilihan Raya 2008.

Beliau berkata antara janji yang tidak ditunaikan Kerajaan negeri Selangor ialah pemberian elaun kepada ibu tunggal.

"Pembangkang di Selangor kata nak buat macam-macam untuk Sekolah Tamil tapi 'elek' (tiada dalam Bahasa Tamil). Saya boleh sebutkan satu per satu Sekolah Tamil yang kita bantu," katanya.

Selain Sekolah Tamil, Najib berkata kerajaan juga membantu badan bukan kerajaan (NGO) India seperti Sri Murugan Centre (SMC) meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan masyarakat India.

Perdana Menteri berkata sudah lebih empat tahun rakyat Selangor tertipu dengan janji manifesto pakatan pembangkang dan beliau melabelkan janji pembangkang sebagai "Janji Kampung Buah Pala" sempena sebuah kampung di Pulau Pinang, di mana kerajaan pembangkang gagal mengotakan janjinya untuk memastikan ia tidak diambil pemaju.

"Kita jangan kena tipu, kita boleh kena tipu sekali tetapi jangan berkali-kali. Jangan nak merendahkan intelek kaum India untuk berfikir," katanya.

Najib berkata jika BN diberi mandat mentadbir negeri Selangor, kerajaan pimpinan BN akan memastikan negeri ini lebih hebat, maju dan berjaya.

Perdana Menteri juga berkata sepanjang empat tahun lepas, BN telah banyak membantu kaum India seperti bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil, skim mikro-kredit dan peningkatan kemasukan pelajar-pelajar India ke matrikulasi.

Walaupun pendekatan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat termasuk kaum India sudah berubah, Najib berkata beliau tidak boleh mengatakan masalah itu telah selesai.

"Ia bagaikan sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di mana rangka-rangkanya telah dibangunkan, cuma kerajaan memerlukan mandat dari rakyat bagi menyiapkan rumah itu sehingga tercapai Wawasan 2020 di mana Malaysia akan berstatus negara maju berpendapatan tinggi," katanya.

Beliau memberi jaminan jika kekayaan negara meningkat, ia akan diagih-agihkan kepada rakyat.

Najib juga berkata menerusi program turun padangnya di Pasar Jawa di sini, beliau dapat menyaksikan usaha BN selama 55 tahun memerintah di mana setiap kaum berpeluang mencari rezeki dengan adanya sokongan kerajaan.

Dengan kaum India cenderung menceburi bidang profesional seperti doktor, peguam dan jurutera, beliau berharap golongan India kelas pertengahan akan turut maju selain kerajaan akan membantu pekerja-pekerja India di ladang-ladang.

"Sebab itu kerajaan melakukan transformasi dari aspek penyampaian, sosio dan politik. Dalam empat tahun lepas, Malaysia menjadi sebuah negara hebat daripada segi kemajuan," katanya.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan memberi perhatian kepada semua kaum dan berusaha menunaikan janji-janjinya.

Berbanding pakatan pembangkang, beliau berkata BN menunaikan tanggungjawabnya dengan mengotakan janji yang boleh ditepati dan berusaha meningkatkan perbendaharaan negara untuk mendapatkan mandat rakyat.

Najib berkata BN juga memerlukan lebih masa untuk mencapai Wawasan 2020 selain sokongan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia dan 'nambikei' iaitu konsep saling percaya mempercayai dan yakin di antara satu sama lain yang diamalkan oleh kaum India.

Perdana Menteri juga berkata kehadirannya bersama-sama para pemimpin parti komponen BN pada perayaan Ponggal itu menunjukkan BN amat peka dan prihatin terhadap semua rakyat pelbagai kaum.

"Jika kita hadir majlis seperti Ponggal, kita akan lebih faham, kita akan rasa aspirasi, sensitiviti, setiap kaum, agama, keturunan, komuniti besar atau kecil yang ada di Malaysia," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim, Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Saturday 12 January 2013

Kerajaan BN sentiasa berlaku adil kepada semua kaum: @NajibRazak

KLANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada semua lapisan kaum dan masyarakat di negara ini dengan membuka sepenuhnya peluang untuk mereka mengecapi kemakmuran negara.

Berucap pada majlis Pesta Ponggal bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, masyarakat India di negara ini sudah maju dengan ada yang bejaya menjadi peniaga berjaya, peguam, akauntan dan jurutera membuktikan kerajaan BN sentiasa menjaga kepentingan semua kaum termasuk kaum India di negara ini.
Beliau juga berharap masyarakat India tidak menjadi mangsa ditipu kali kedua oleh pembangkang yang hanya pandai membuat janji tetapi tidak ditepati.

"Cukup sekali kita ditiupu tetapi jangan biarkan kita ditipu kali kedua. Jangan biarkan (pihak lain) merendahkan kemampuan masyarakat India berfikir kerana kaum India di negara ini sudah mampu berfikir dan rasional.

"Adakah kerajaan Selangor ketika ini lebih baik dari dulu. Mereka buat janji tapi elek pochik (tiada). Atas dasar nambike BN kita akan pastikan segala janji yang dibuat BN akan ditepati dan menyelesaikan masalah rakyat," katanya.


Perdana Menteri meluangkan masa bersarapan bersama hampir 500 rakyat di emporium makan Pasar Jawa Klang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi memesan rojak selain dijamu juadah termasuk lontong dan mee Jawa.
Sejurus bersarapan beliau sempat meninjau dan beramah mesraa dengan hampir 50 peniaga di Emporium Makan Llang, berhadapan dengan Pasar Jawa.

PM @NajibRazak Hargai MEDIA !!!!! Laporan tepat media tangkis cerita karut

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO (dua kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi. Turut kelihatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.
 PM mahu isi hati rakyat diketengah pada kerajaan

Kuala Lumpur: Banyak cerita karut-marut sengaja dibangkitkan pihak tertentu untuk merosakkan imej dan pandangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, Perdana Menteri berkata, media berperanan melaporkan berita mengenai kerajaan dan semua kejadian di negara ini secara tepat untuk memberi penilaian objektif kepada perkara yang sudah dilakukan parti politik seperti UMNO dan BN.
Sebab itulah peranan media kepada sebuah parti politik terpenting di negara ini adalah suatu yang kita sentiasa beri perhatian berat," Najib Razak, Perdana Menteri

“Kita juga berharap pihak media akan menjadi tali atau lidah penyambung untuk mengetengahkan isi hati rakyat kepada UMNO dan kerajaan. Saya selalu menekankan betapa pentingnya kita dapat merasai denyut nadi rakyat, serta memahami dan menghayati aspirasi mereka.

Tak tolak kritikan

“Media boleh menjadi perantara menyampaikan cetusan hati, aspirasi, kehendak serta kritikan rakyat kepada UMNO dan kerajaan. Kita tidak menghalang ada pihak membuat teguran kepada kita. Kita juga tidak menolak pihak yang mengkritik kita asalkan kritikan dan teguran itu bertujuan mencari kebaikan serta berdasarkan fakta sebenar.

“Berita yang kita tidak mahu serta mesti menolak ialah berita kepalsuan, fitnah dan sengaja diadakan, terutama menjurus kepada PRU-13 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat,” katanya berucap pada Malam Penghargaan Media – Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan kepemimpinan UMNO.

Sebagai parti politik, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, kejayaan kerajaan BN memimpin dan memajukan negara serta melaksanakan dasar untuk kepentingan rakyat, turut bergantung kepada penerimaan rakyat.

Bentuk sikap, sokongan

Sehubungan itu, beliau berkata, komunikasi, paparan mengenai perjuangan serta dasar UMNO dan BN serta persepsi media terhadap usaha dilakukan parti, akan membentuk sikap dan seterusnya sokongan rakyat kepada UMNO serta BN.

“Sebab itulah peranan media kepada sebuah parti politik terpenting di negara ini adalah suatu yang kita sentiasa beri perhatian berat,” katanya.

Thursday 10 January 2013

Malaysiakini 'biadap' - PPIM


HAH ALAM: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan portal berita Malaysiakini sebagai 'biadap' ekoran membuka ruang kepada rakyat untuk mengkritik Sultan Selangor secara terbuka melalui komen pembaca yang disiarkan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan portal itu yang menyiarkan komen pembaca yang mempertikaikan keputusan baginda yang bertitah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negeri itu.

"Dalam perlembagaan dengan jelas mengatakan Islam sebagai agama Persekutuan, jadi hal-hal yang berkaitan dengan agama, atau mengenai Melayu adalah hak-hak Diraja.

"Jadi apabila ada pihak yang menegur atau menyanggah sehingga tahap menghina (Institusi Diraja), ini bererti kita tergolong dalam kumpulan yang biadap, kurang ajar," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Justeru beliau berkata pihak-pihak yang biadap ini perlu didisiplinkan dengan peraturan-peraturan sedia ada yang boleh memberi pengajaran kepada mereka.

"Jadi bagi saya orang yang biadap dan kurang ajar ini harus didisiplinkan mereka dengan peraturan-peraturan sedia ada.

"Sama ada dihukum oleh masyarakat dan sebagainya ataupun melalui peruntukan undang-undang yang ada di mana kita mencegah untuk menghina orang-orang lain," katanya.

Beliau selain itu menggesa agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis mengambil tindakan segera ke atas portal-portal yang membuka ruang menghina Institusi Diraja.

"Jadi sebelum kita melihat api lebih membara, saya rasa eloklah (Malaysiakini) padamkan sebelum isu ini kecil. Dalam fahaman lain, masyarakat juga harus bersifat kritikal dan jangan kita berdiam saja. Kadang-kadang orang ingat berdiam ini, orang ingat kita mengiyakan perbuatan-perbuatan atau bibit untuk melahirkan kebencian dan perpecahan dikalangan rakyat," katanya.

"Rakyat yang bertamadun, dia tidak akan buat begitu. Jadi pada saya mereka ini tidak menghormati prinsip-prinsip kenegaraan, kedua tidak menghormati prinsip perlembagaan dan ketiga juga mereka melanggar adab yang kita laksanakan.

Justeru beliau meminta Malaysiakini mencontohi portal Sinar Harian yang pernah menjadi kemarahan pembaca setianya ekoran moderatornya memadamkan beberapa komen pembaca yang disifatkan melampaui batas atas beberapa isu.

"Saya rasa itu adalah satu kenyataan yang lepas tangan, bagi saya, saya tidak boleh menerima kenyataan itu, macam itu senanglah semua portal boleh tulis begini sebarang kenyataan adalah bukan tanggungjawab portal ini dan bersifat peribadi.

"Jadi peliklah sangat, kalau tidak bersetuju dengan sifat itu, kenapa portal itu siarkan?," katanya.

Berikut beberapa petikan pembaca yang disiarkan oleh Malaysiakini yang menyiarkan kritikan-kritikan yang disifatkan menghina Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah:

"May I and all the subjects of your state have the privilege and the grant to hear you, the supreme lord of the Islamic religion in the state of Selangor Darul Ehsan, may we have the honour to hear your recitation of the Holy Quran."

(Bolehkah saya dan semua rakyat di negeri Tuanku mendengar Tuanku…membaca Al-Quran…dan menterjemah setiap ayat Al-Quran dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)

"And we will be utmost gratified when you translate each of the verses in English language and in Bahasa Malaysia as well.- Victor Johan."

(Bolehkah saya dan semua rakyat di negeri Tuanku mendengar Tuanku…membaca Al-Quran…dan menterjemah setiap ayat Al-Quran dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).

"Let Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah decree as much as he likes but his decrees are not worth the paper they are written on. – Gerard Lourdesamy."

(Biarlah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah banyak mana yang dia suka namun titah baginda tidak bernilai walau dibanding dengan kertas untuk menulis titah itu).

-ANTARA POS-

Saturday 5 January 2013

RAKYAT SELANGOR TERUS JADI MANGSA KEKEJAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR- @NOHOMAR


Barisan Nasional (BN) mengecam pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor kerana dilihat gagal melaksanakan pentadbiran yang baik selain berterusan menyusahkan rakyat di negeri ini.

Terbaharu, BN negeri menerima aduan daripada 193 orang penduduk Kampung Seri Tiram Jaya, di sini yang mendakwa telah dianiaya oleh kerajaan negeri dalam soal pemberian geran tanah.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua mereka yang terlibat itu merupakan penerima tanah daripada kerajaan negeri yang mana permohonan mereka telah diluluskan ketika pentadbiran Selangor di bawah BN sebelum ini melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 80.9 hektar.

Katanya, tanah berstatus pertanian itu sebelum ini dipohon oleh penduduk kampung terbabit untuk menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit.

Menurutnya, penduduk yang terlibat telah pun memohon untuk mendapatkan geran tanah masing-masing pada 2004, malangnya sehingga hari ini tiada sebarang geran yang diberikan kepada mereka.

"Penduduk kampung yang terlibat ini juga membayar premium tanah mereka sejak 2008 kepada kerajaan negeri.

"Soalnya kenapa sehingga kini kerajaan negeri enggan memberikan geran tanah mereka. Apakah kerana tanah tersebut diluluskan permohonannya ketika pentadbiran BN atau pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang gagal melaksanakan tadbir urus yang baik kepada rakyat," katanya ketika mengadakan lawatan ke Kampung Seri Tiram Jaya di sini hari ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan keadaan itu berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri menguruskan pentadbiran selain lebih mengutamakan soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Sementara itu, seorang pemilik tanah di kawasan terbabit, Mohd. Tahrir Mustar, 59, ketika ditemui menyatakan rasa kesalnya terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak berusaha menyelesaikan masalah dihadapi mereka sejak sekian lama.

Katanya, permohonan tanah itu adalah berdasarkan peraturan kerajaan negeri dengan pembayaran premium tanah RM356 bagi setiap 0.4 hektar telah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Selangor.

"Kegagalan kerajaan negeri mengeluarkan geran memberi kesan kepada kami untuk mengusahakan aktiviti pertanian.

"Kami cuma penduduk kampung dan pendapatan kami bukanlah tinggi. Kami harap kerajaan negeri dapat memahami masalah dihadapi kerana perkara ini sudah lama berlanjutan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh menyatakan isu tanah penduduk Kampung Seri Tiram Jaya itu merupakan sebahagian daripada rintihan rakyat di negeri ini ekoran sikap kerajaan negeri yang dilihat seperti suka 'bermain kuasa' untuk kepentingan politik semata-mata.

Keadaan itu katanya, sama seperti isu bekalan air bersih yang dihadapi rakyat negeri ini apabila kerajaan negeri sering kali menyalahkan pihak lain daripada menyelesaikan masalah dihadapi.

Tegasnya, beliau difahamkan, kerajaan negeri menerima peruntukan kira-kira RM300 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek mitigasi bagi menangani masalah bekalan air bersih di negeri ini.

"Bagaimanapun, masalah bekalan air bersih ini tidak juga dapat diselesaikan. Malah, apabila berlaku masalah tersebut, kerajaan negeri seperti biasa menyalahkan pihak lain sebagai punca kepada gangguan bekalan air bersih dihadapi.

"Apakah kerajaan negeri merasakan tindakan tuding-menuding jari ini akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Selangor," katanya.

GEMPAR AHLI POLITIK DITANGKAP SELEPAS MEROGOL

Ahli politik daripada Parti Kongres Kebangsaan India, Bikram Singh Brahma ditangkap penduduk kampung selepas dia dituduh merogol seorang wanita pada pukul 2 pagi semalam, di kampung Santiputa, daerah Chirang, wilayah Assam.

Kejadian terbaharu itu menyusul selepas India digemparkan dengan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan yang berusia 23 tahun, sehingga membangkitkan bantahan seluruh negara.

Pegawai polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna berkata, penduduk digemparkan dengan kejadian awal pagi semalam, selepas Brahma ditangkap kerana dituduh merogol seorang wanita.

Brahma dikatakan melawat kampung Santipur, yang bersempadan dengan Bhutan, sebelum dia dituduh memasuki rumah wanita itu dan merogolnya.

Dia yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Daerah Baksa dan Pengelola Kongres Majlis Wilayah Bodoland, kemudian dipukul berulang kali oleh penduduk kampung itu yang menanggalkan pakaiannya, sebelum diserahkan kepada polis.
Ketua Menteri Assam, Tarun Gogoi berkata, sesiapa yang didapati bersalah berhubung jenayah kejam itu tidak terlepas daripada dakwaan, tidak kira sama ada dia merupakan ahli politik Kongres atau tidak.

Pemimpin parti itu, Digvijay Singh berkata, sekiranya Brahma didapati bersalah, dia akan dipecat daripada parti.

Sementara itu, lima lelaki yang dituduh melakukan rogol berkumpulan terhadap pelajar berusia 23 tahun di New Delhi dibawa keluar dari mahkamah berikutan kebimbangan diserang penunjuk perasaan yang marah dengan mereka.

Semalam, suspek keenam yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, mengaku menarik keluar usus mangsa menggunakan tangannya, dedah kertas pertuduhan polis.

Suspek itu, dipercayai masih bawah umur dijangka akan dibicarakan secara berasingan, menjadi perogol paling kejam di antara kesemua suspek, termasuk mencadangkan gadis itu dicampak keluar dari bas tersebut selepas dirogol.

Friday 4 January 2013

HOT NEWS!!!! FATHUL BARI (UFB) GEGARKAN KUALA SELANGOR

Sebentar Tadi Berlangsungnya Ceramah Bertajuk "KE MANA ISLAM MENJELANG 2013??"Oleh Ustaz Fathul Bari DiPerkarangan SK Assam Jawa Lebih 1000 Orang Membanjiri Dataran SK Assam Jawa Lihat Gambar