Monday 30 April 2018

Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan. Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera. Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera. Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’, di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin. Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi.


 Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif

  1. Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan. Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion.
  2. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera. Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera. Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya.
  3. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’, di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin. Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU.
  4. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut.
  5. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi.

Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah

3. Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah

  1. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah satu jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara, yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. Mereka kebanyakannya adalah pakar ekonomi, bukannya ahli politik. Jaringan keselamatan sosial sedemikian sedang dilaksanakan di banyak negara-negara lain. Sesetengah negara menggelarnya sebagai “manfaat pengangguran” yang menyasarkan kepada mereka yang menganggur. Bagaimanapun, BR1M menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah. Kedua-duanya, pada dasarnya, adalah satu bentuk elaun keselamatan sosial kerana ia menyasarkan kumpulan rentan.
  2. Kita berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi menyeluruh semasa kepada subsidi yang menyasarkan hanya untuk mereka yang memerlukan. Semua orang (termasuk yang kaya dan warga asing) mendapat manfaat daripada subsidi menyeluruh ini. Dengan menghapuskan subsidi menyeluruh, kita menjana penjimatan yang kemudiannya disalurkan kepada mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Dan kita akan dapat memberi kumpulan yang layak ini lebih daripada apa yang mereka akan terima daripada skim subsidi menyeluruh. Oleh itu, BR1M perlu dilihat dalam konteks subsidi yang disasarkan, dan Jawatankuasa Fiskal percaya bahawa ia akan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan mekanisme subsidi.
  3. BR1M juga memberi ganti rugi kepada mereka yang memerlukan bagi sebarang perbelanjaan tambahan yang mungkin ditanggung akibat daripada GST. Sesetengah pihak mendakwa bahawa GST adalah cukai regresif kerana setiap orang termasuk golongan miskin adalah tertakluk kepadanya. Bagaimanapun, dengan adanya BR1M, GST bukan regresif kerana kumpulan berpendapatan rendah ini mendapat ganti rugi. Selain itu, sebahagian besar daripada hasil GST akan dibelanjakan untuk komuniti yang rentan ini.
  4. Beberapa ahli politik berkata walaupun adanya BR1M, rakyat “tidak bersyukur.” Ini adalah mengapa mereka percaya ia rasuah dan tidak berada di laman yang sama dengan Jawatankuasa Fiskal. Kami melihatnya sebagai satu langkah ekonomi, tetapi ahli-ahli politik melihatnya semata-mata dalam konteks politik. Untuk makluman anda, BR1M diberikan kepada semua orang tanpa mengira kecenderungan politik mereka. BR1M diberikan tanpa mengira bila pilihan raya diadakan. Nurani saya jelas. BR1M adalah satu langkah ekonomi, bukannya rasuah dan saya telah menyatakan sebab-sebabnya.
  5. Orang selalu berkata, “Berikan seseorang ikan dan kamu memberinya makan untuk sehari. Ajarkan seseorang memancing dan kamu memberinya makan buat selamanya.” Namun, dalam dunia sebenar, kita perlu melakukan kedua-duanya. Memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama, melabur dalam pendidikan/meningkatkan kemahiran/meningkatkan produktiviti. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar daripada bajet kita. Selain itu, kita juga mewujudkan entiti seperti TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak program latihan kerajaan yang lain di bawah pelbagai kementerian.