Wednesday 27 November 2013

Tahniah kepada DATO Hazali Hassan

BLOG DD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
 kepada DATO HAZALI HASSAN Exco Pemuda UMNO Malaysia kerana telah dilantik sebagai
 PENGERUSI BIROHAL
EHWAL ANTARABANGSA
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada petang tadi

Saturday 9 November 2013

SUSPEK BUNUH PEGAWAI AMBANK AKHIRNYA DI TANGKAP !!!!!!!!! TAHNIAH PDRM MALAYSIA

Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.

Thursday 7 November 2013

APABILA MERASIONALKAN SUBSIDI DIANGGAP TIDAK RASIONAL PEMBANGKANG TIADA ISU UNTUK SERANG KERAJAAN

SIAPA kata gula punca diabetes? Itulah kenyataan atau reaksi pihak-pihak tertentu sebagai tanda 'protes' terhadap keputusan kerajaan menarik balik subsidi gula dalam Bajet 2014. Ada yang melihat keputusan kerajaan itu sekadar satu alasan untuk menaikkan harga barangan tersebut. Begitulah jadinya apabila setiap keputusan atau tindakan kerajaan semuanya 'tidak kena' walaupun ada faktor-faktor tertentu yang mendorong penarikan balik subsidi berkenaan.

Langkah kerajaan merasionalkan subsidi gula dianggap tidak rasional. Mereka yang mengkritik kenaikan harga gula ini tidak menyentuh soal penjimatan perbelanjaan subsidi dan peluang memanfaatkan subsidi ini untuk program yang lebih berfaedah kepada rakyat seluruhnya. Sebagai catatan, pemansuhan subsidi itu akan menjimatkan perbelanjaan RM64.02 juta bagi bulan Oktober, November dan Disember. Mereka juga tidak bercakap mengenai penjimatan RM551.25 juta pada tahun depan berikutan pemansuhan subsidi itu.

Memang benar, gula bukanlah satu-satunya penyebab kepada diabetes. Begitu juga dengan penyakit lain seperti sakit jantung yang dikaitkan dengan rokok. Cara pemakanan dan gaya hidup tidak sihat menjadi penyebab diabetes. Cuba kita selak kembali siapakah yang berpotensi mendapat diabetes. Pertama sekali, lihatlah keturunan sendiri. Adakah ada dalam kalangan keluarga anda sama ada ibu, bapa, datuk, nenek yang sudah ada penyakit kencing manis ini? Jika ada, kita berpotensi mewarisinya. Begitu juga dengan pemakanan yang tidak seimbang (termasuk makanan manis dan berlemak) di samping gaya hidup (termasuk malas senaman), merokok serta kegemukan. Kemudian selak pula senarai makanan atau minuman yang mampu menambah risiko mendapat diabetes.

Selain mengelak atau mengurangkan secara langsung pengambilan gula putih, gula merah dan pelbagai jenis gula, macam-macam makanan mengandungi gula. Susu pekat manis, minuman kotak dan tin, kordial, minuman botol, teh tarik, minuman 3 dalam 1, jeruk manis, puding, jem, kaya dan macam-macam lagi mengandungi gula. Begitu juga dengan teh tarik, roti canai, nasi kandar, nasi lemak adalah antara menu yang menjadi santapan harian bukan sahaja pada sebelah pagi tetapi membawa kepada waktu petang, malam dan awal pagi.

Selain makanan atau minuman yang bergula, diabetis juga muncul melalui pelbagai jenis makanan lain. Maka memang benarlah, bukan 'gula' sahaja sebagai penyebab diabetis atau kencing manis ini. Maka tidak wajar mana-mana pihak meletakkan kesalahan atau menyalahkan gula semata-mata sebagai penyebab diabetes.

Bagaimanapun jika diselak secara keseluruhan, semuanya - kemanisan makanan dan minuman - berpunca daripada gula. Terimalah hakikat bahawa gula menjadi penyumbang besar kepada diabetes.

Jumaat lalu, di Dewan Rakyat, ketika Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengumumkan mengenai pengurangan subsidi gula ini, Menteri Kesihatan, Dr. S. Subramaniam kelihatan tersenyum. Beliau pada September lalu pernah mencadangkan supaya harga gula dinaikkan bagi mengelakkan diabetes. Cadangan itu juga menimbulkan reaksi sinis sesetengah pihak.

Jika keturunan menjadi punca, mungkinkah langkah yang diambil kerajaan sekarang mampu mengurangkan jumlah pesakit yang mendapat penyakit ini akibat keturunan pada masa hadapan? Mereka yang lebih pakar tentang kesihatan boleh menjelaskannya. Generasi hari ini sudah mewarisi penyakit ini daripada generasi terdahulu (mungkin ketika harga gula murah) yang tidak mengawal pengambilan gula.

Begitu juga dengan rokok. Tidak semua perokok terdedah dengan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan rokok. Mungkin mereka terlepas daripada penyakit tetapi orang sekeliling yang menanggung akibatnya sama ada isteri, anak-anak atau rakan sekerja kerana asap juga memudaratkan. Maka sekali lagi, menaikkan harga rokok bukan bermakna penyakit dihapuskan.

Kini harga gula dan rokok - kembar yang mampu memudaratkan kesihatan telah naik. Ada reaksi yang pelbagai mengenai kenaikan harga rokok dan gula ini. Bezanya, tidak banyak yang 'buat bising' apabila harga rokok dinaikkan tetapi apabila gula naik, macam-macam reaksi diterima. Sebabnya jumlah penggunanya ramai. Lebih terasa kesan adalah para peniaga yang mendakwa perniagaan mereka boleh terjejas.

Adakah kenaikan sebanyak 34 sen (dulu RM2.50 kini RM2.84 atau lebih tepat RM2.85) terlalu besar dan membebankan? Bagi sebuah keluarga sederhana, berapa kilogram (kg) gula yang diperlukan dalam sebulan? Adakah sehingga 5kg. (5kg x RM2.85 > RM14.25)? Bagi perokok, berapa pula kos yang terpaksa dibayar untuk merokok, sama ada rokok biasa atau elektrik? Selepas mengambil kira harga gula dan rokok ini, adakah kos barang keperluan yang mampu memudaratkan ini lebih tinggi berbanding kos bulanan lain bagi setiap keluarga? Banyak lagi kos lain yang kita perlu bayar dalam kehidupan seharian ini melebihi harga gula atau rokok. Contohnya kos perubatan, terutama apabila mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Tidak dinafikan, pihak yang akan terasa kesannya ialah para peniaga (mungkin terkecuali bagi rokok). Ada yang memberi alasan, penarikan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga gula menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman yang mungkin menyebabkan pengguna atau pembeli akan merungut. Adakah ini sebagai alasan untuk menaikkan harga? Kenaikan mungkin tidak dapat dielakkan jika peniaga mengambil kira pelbagai kos seperti pengangkutan, buruh, bahan mentah dan macam-macam lagi. Tetapi wajarkah kenaikan harga gula sebanyak 34 sen menyebabkan segelas teh tarik naik 30 sen? Adakah peniaga akan rugi dan tidak mampu menampung kenaikan 34 sen sekilo sekiranya kuantiti gula atau susu dikurangkan? Berapa pula keuntungan yang diperoleh jika satu gelas teh tarik dinaikkan 10 sen?

Begitu juga dengan kuih-muih yang mengandungi gula. Adakah sebiji kuih terpaksa dinaikkan sehingga 30 sen? Sudah tentu tindakan ini amat melampau. Dalam hal ini, ketika Subramaniam gembira kerana mampu mengurangkan kos perubatan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek 'pening kepala' memikirkan langkah untuk mengatasi keghairahan peniaga yang bakal mengambil kesempatan menaikkan harga minuman dan kuih-muih ini.

Hasan mengingatkan para peniaga supaya tidak menaikkan harga makanan dan minuman secara melampau. Katanya: ''Apabila harga gula naik, mereka (peniaga) boleh menampung kos itu dengan mengurangkan kuantiti gula dalam penyediaan makanan dan minuman,''.

Semua pihak harus bersatu untuk sesuatu yang mampu membawa kepada kebaikan. Berani berhijrah, ubah tabiat penggunaan gula. Sewajarnya kita membayar harga yang mahal untuk sesuatu yang memudaratkan. Terdapat laporan mengatakan ada lebih 60 jenis penyakit (ada yang kata lebih 136 jenis) adalah disebabkan gula. Hargailah wang ringgit yang dibelanjakan supaya ia berbaloi untuk kesihatan kita.

KARPAL OKU KECEWA KEMENANGAN PAS DI PRK SUNGAI LIMAU !!!!! TAKBIRRR

SEKURANG-KURANGNYA kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu semua parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran dapat dilihat dari dua aspek.

Pertama, betapa DAP tidak dapat menutup perbezaannya dengan sekutunya Pas, sekaligus menunjukkan hubungannya dengan Pas sekadar berkepentingan politik sempit semata-mata dan tiada persamaan dalam asas perjuangan mereka. Kenyataannya itu secara jelas terkena kepada Pas, parti yang didaftarkan dengan menggunakan nama Islam. Mereka tidak pernah sekata dalam banyak perkara dasar. Karpal sebenarnya telah mempamerkan belangnya secara terbuka.

Lagipun, kalau diamati, DAP walaupun tidak mengaitkan dirinya dengan mana-mana kaum,  berpandangan semua tahu bahawa ia parti yang cenderung memperjuangkan kepentingan satu kaum. Justeru, jika itu teori dan kepercayaan Karpal, bagaimana pula dengan kedudukan DAP?


Kedua, amat jelas DAP semakin terdesak dengan kemelut dalamannya iaitu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang walaupun telah diadakan semula, ia masih berpanjangan. Terdapat ahli-ahli DAP membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih tidak berpuas hati dengan pemilihan semula CEC tersebut. Jadi, Karpal seolah-olah mahu mengalih perhatian ramai terhadap masalah dalaman partinya yang nampaknya tiada kesudahan.

Ketika DAP berdepan dengan proses pemilihan CEC yang terus dipersoalkan yang difahamkan sehingga sekarang belum disahkan lagi, ia seolah-olah cuba mengheret sama pihak lain termasuk sekutunya dalam kemelut yang melibatkan soal pendaftaran.

Karpal perlu memastikan partinya menyelesaikan dahulu isu dalaman sebelum bercakap soal lain yang menyentuh pihak-pihak lain.










“Inilah strategi DAP. Mereka mahu terapkan konsep Malaysian Malaysia yang menganggap semua bangsa adalah sama rata dan DAP mahu menghapuskan bangsa.

Monday 28 October 2013

Friday 4 October 2013

Gelombang Baru KDN (Biarlah pembangkang takut dengan 'bayang-bayang yang tiada)

KENAPAKAH pakatan pembangkang bagaikan 'cacing kepanasan' apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan 2013)?
Walaupun kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpuluh-puluh kali menjelaskan undang-undang itu bertujuan mencegah jenayah terancang tetapi pemimpin pembangkang seolah-olah 'pekakkan telinga' dan 'butakan mata' untuk menerima penjelasan itu.
Mereka terus mempolitikkan undang-undang tersebut dan ada lidah rasmi mereka menganggap ia lebih keji daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Entah mengapa peruntukan yang paling mereka takuti ialah memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.
Apabila menyentuh sahaja peruntukan ini pembangkang bagaikan takut kepada bayang-bayang atau diburu mimpi ngeri. Mereka terpekik terlolong membantah peruntukan ini.
Biar pun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tiada niat dan tujuan tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula menyatakan undang-undang baharu itu hanya melibatkan tindakan terhadap penjenayah, tidak sesekali disasar kepada ahli politik, ia masih belum mencukupi untuk 'mengubati' kebimbangan tidak bertempat pembangkang.
Justeru tidak perlulah lagi, kerajaan khususnya KDN mahupun PDRM hendak melayan kerenah pembangkang itu. Apa yang penting sekarang ialah soal ketenteraman dan keselamatan negara.
Biarlah pembangkang hendak buat protes 40 hari 40 malam, biarlah mereka terpekik terlolong atas pentas-pentas ceramah kerana dalam keadaan mereka tiada modal politik untuk meraih sokongan maka 'tunjuklah sedikit ihsan' kepada mereka untuk terus memprotes.
Hakikatnya, kita tidak perlu peduli apa kata pembangkang kerana selama ini pun mereka tidak pernah memuji sebarang usaha kerajaan, sebaliknya yang sering kita saksikan apa sahaja isu, segalanya mahu dipolitikkan.
Siang malam, pagi petang, subuh hingga senja dalam pemikiran pembangkang seolah-olah tidak ada perkara lain, mereka cuba melihat apa sahaja usaha kerajaan dari sudut negatif.
Mereka membentangkan hujah macam- macam yang kadang kala memualkan termasuklah soal hak asasi manusia. Malah mereka juga bersedia untuk membela penjenayah daripada kaum tertentu kononnya atas dasar tersebut tetapi langsung tidak berkata apa-apa apabila ada anggota polis yang tercedera atau terbunuh ketika menjalankan tugas.
Kalau betul mahu memperjuangkan hak asasi biarlah ia merangkumi semua pihak termasuklah untuk pasukan keselamatan juga. Tetapi ini tidak berlaku kerana seolah-olah bagi mereka, hak asasi hanya terpakai untuk orang yang mereka bela sahaja, apakah ini dinamakan keadilan?

Sebab itulah, kerajaan tidak perlu pening kepala untuk memikirkan apa yang pembangkang lakukan. Apa yang penting sekarang undang-undang tersebut sudah diluluskan oleh Parlimen dan apabila diwartakan maka laksanakan ia dengan sebaik-baiknya.
Sudah cukup selama ini, pasukan polis dilihat tidak bertaring dan kehilangan tenaga apabila ISA dan beberapa peruntukan undang-undang lain dimansuhkan.
Kini sudah ada undang-undang yang seperti mana kata Khalid memberi lebih 'tenaga' kepada polis dalam menangani jenayah khususnya jenayah terancang.

Oleh itu, apa pun pembangkang hendak kata biarlah mereka ibarat 'si luncai yang terjun dengan labu-labunya'. Apa yang perlu diutamakan ialah undang-undang itu akan mampu memberikan perasaan selamat dalam kalangan rakyat dan masa yang sama semakin yakin dengan kesungguhan kerajaan menjamin keselamatan mereka dan meningkatkan keamanan negara.
Kalau pembangkang ikhlas sudah pasti mereka akan menyokong undang-undang ini kerana ia untuk kepentingan rakyat. Pembangkang sering mendabik dada kononnya mereka pejuang rakyat sehinggakan kerjasama mereka pun dinamakan 'pakatan rakyat'. Kononnya, untuk memberi mesej kepada rakyat bahawa merekalah perjuang rakyat yang sejati tetapi apabila kerajaan melaksanakan sesuatu untuk kesejahteraan rakyat, mereka pula menentangnya.
Inilah sikap dan kualiti pembangkang yang ada di negara kita. Jarang sekali mereka menghamburkan pujian kepada sebarang usaha kerajaan, semuanya mahu dikritik, dikecam dan dibidas, seolah-olah kerajaan melaksanakan sesuatu itu bukan untuk kebaikan rakyat.
Namun begitu, kita percaya rakyat sudah bijak menilai, pembangkang boleh berkata dan berhujah apa sahaja tetapi sama ada segala yang mereka lontarkan itu benar atau tidak, bermotif politik atau tidak, maka biarlah rakyat menilainya.
Undang-undang ini bukanlah satu-satunya perkara yang menjadi sasaran serangan pembangkang, sebaliknya selama ini sudah banyak perkara menjadi 'mangsa' serangan mereka.
Bagi pembangkang, seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh melakukan sesuatu dengan baik dan sempurna, mereka sahaja yang pandai mentadbir, mereka sahaja yang bijak merangka atau menggubal undang-undang dan sudah pasti seolah-olah mereka sahaja begitu prihatin dengan hak asasi rakyat.
Tetapi apabila kita kaji sikap sebenar pembangkang maka kita akan mendapati, segala yang diperjuangkan tidak lebih hanya bermotif politik dan kadang kala mereka bagaikan 'takut kepada hantu yang tiada' dan bimbang kepada bayang-bayang yang tidak wujud. Itulah kualiti pembangkang di negara ini!


#TestedTeam4UMNO

UMNO ZAHIDI HAMIDI PENAMPOR MALAYSIAKINI

Padan muka wartawan Malaysiakini kene sergah dengan Datuk Seri Zahid Hamidi pasal suka spin kenyataan Menteri, termasuk beliau
Kalau aku jadi Zahid Hamidi, aku tepuk dahi dia 100x baru dia tau..baru kena tepuk bahu, muka dah terkulat-kulat...

Tapi apa nak heran, Anwar dah biasa dah gertak-gertak dan marah-marah wartawan..tuduh wartawan RTM, TV3 sebagai perkakas UMNO lah, BN lah..macam-macam..la















#TestedTeam4UMNO

10 Calon Peluang Terbaik Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno

SEMENTARA menanti bermulanya Pemilihan Umno pada 7 Oktober ini, berikut adalah sepuluh calon yang dirasakan mempunyai peluang terbaik menjadi Ahli Majlis Tertinggi daripada senarai 64 calon yang layak serta peranan-peranan mereka setakat ini.


1. Idris Haronumno-idris-haron
Ketua Menteri Melaka penggal pertama dan penyandang Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Wira Idris Haron telah menyatakan hasrat mempertahankan kerusi ketua Umno Bahagian Tangga Batu September lalu. Pencabar beliau Badrul Hissham Abdul Aziz menarik diri dari bertanding.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu adalah Ahli Parlimen Tangga Batu sejak memenangi kerusi itu pada 2004 sehinggalah beliau bertanding kerusi Sungai Udang pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.
Beliau juga pernah menyandang jawatan timbalan menteri Pengajian Tinggi ketika di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum dilantik ke Parlimen, Idris adalah pengerusi Majlis Daerah Alor Gajah.

Beliau memegang ijazah kejuruteraan elektrik dari sebuah universiti di Amerika Syarikat dan pernah belajar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Melaka, dari 1979 hingga 1983 serta pernah memenangi anugerah pelajar terbaik.

umno-rahman_dahlan2. Abdul Rahman Dahlan

Ahli Parlimen dua penggal, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilantik ke Parlimen sejak 2008 atas kerusi Kota Belud.

Ketika PRU12 tahun 2008, Abdul Rahman, yang ketika itu adalah pegawai Umno, mendakwa pernah ditawarkan oleh parti pembangkang PKR untuk keluar dari parti.

Selepas PRU13, Abdul Rahman dilantik sebagai menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta ahli jawatankuasa Public Accounts Committee (PAC). Secara profesional, beliau adalah pengarah Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS).

Abdul Rahman memegang dwi-ijazah dalam bidang ekonomi dan pengurusan dari dua universiti di California. Beliau juga adalah bekas suami kepada bekas personaliti Ntv7 Datin Norazlina Awang Had.

umno-jamil-khir-sinar3. Jamil Khir Baharom

Ditugaskan untuk menjaga hal-ehwal agama Islam dengan mengetuai Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) di bawah Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga adalah bekas tentera berpangkat major-general di Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat). Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan mencabar Datuk Suhaimi Abdullah untuk kerusi ketua bahagian Jerai.

Jamil Khir, yang juga Ahli Parlimen Jerai, turut dikenali sebagai personaliti yang lantang bersuara berhubung isu-isu homoseksual. Beliau berhasrat meningkatkan taraf kehidupan penduduk kawasan beliau yang merangkumi nelayan, petani dan pekerja kilang.

Beliau juga adalah ahli jawatankuasa penasihat untuk rancangan agama di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sering muncul dalam forum perdana.

umno-razali_ibrahim4. Razali Ibrahim
Selepas berfikir panjang sama ada untuk bertanding pada penggal ini, Datuk Razali Ibrahim, naib ketua Pemuda Umno, akhirnya memutuskan untuk bertanding sebagai ketua Umno Muar.
Seorang peguam dan juga Ahli Parlimen Muar sejak 2004, Razali pernah dilantik sebagai timbalan menteri Belia dan Sukan pada tahun 2009.

Pendidikan awal beliau adalah di sekolah-sekolah tentera (Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Baru and Sekolah Kebangsaan TLDM Lumut, Perak).

umno-Mahdzir_Khalid-awani5. Mahdzir Khalid

Ahli Majlis Tertinggi sejak 2005 dan memegang jawatan sebagai timbalan menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Mahdzir Khalid akan terus mempertahankan kerusi beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi dalam pemilihan kali ini.
Beliau juga adalah bekas setiausaha Biro Penerangan Umno Kedah dan pernah juga menjawat jawatan sebagai ketua penerangan Pokok Sena.

Ahli Parlimen Padang Terap itu juga pernah mewakili Pedu ketika Perhimpunan Perundangan Negeri Kedah dari 2004 hingga 2013.

Beliau menjadi Menteri Besar Kedah yang kesembilan pada tahun 2005, selepas Datuk Seri Syed Razak Syed Zain meletak jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Beliau kehilangan jawatan pada 2008 selepas Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya pada tahun tersebut.

umnotawfiq6. Tawfiq Abu Bakar Titingan

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan memulakan karier politik sebagai ahli biasa, kemudian ketua Pemuda dan kini adalah ketua Umno Tawau.

Beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Abas sejak 2004, Tawfiq sememangnya aktif dalam politik sejak 1995 dan beliau juga adalah anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Hj. Abu Bakar Titingan.

Tawfiq, seorang graduan kejuruteraan kimia dari Universiti New South Wales, juga adalah seorang usahawan dan sebelum itu bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat gas dan minyak.

umno-raja-nong-chik7. Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Beliau adalah timbalan pengerusi BN Wilayah Persekutuan dan ahli Umno Lembah Pantai. Pernah menjadi senator pada tahun 2008 dan dilantik sebagai menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar semsa penggal pertama pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Raja Nong Chik bertanding menentang ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada PRU13 namun kalah.
Beliau adalah seorang akauntan bertauliah dan memegang ijazah ekonomi dari University of Wales. Raja Nong Chik bersekolah di Methodist Boys' School, Kuala Lumpur dan kemudian di Victoria Institution sebelum menamatkan persekolahan di Maktab Tentera Diraja.

umno-maznah_abdul_hamid8. Maznah Abdul Hamid

Datuk Maznah Abdul Hamid adalah satu daripada lapan calon wanita yang bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi.
Calon lain adalah Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Datuk Rosni Zahari, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Dr Norraesah Mohamad, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Seri Dr Zaharah Sulaiman dan Datuk Seri Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Digelar "Iron Lady", Maznah juga dikenali kerana usaha beliau dalam bidang keusahawanan dan merupakan wanita pertama mengurus syarikat keselamatan terbesar di Malaysia, Securiforce Sdn. Bhd.

Ibu kepada lima anak ini adalah graduan dari Business school for Investors di Singapura and Business School for Entrepreneurs and Industrial Security di Amerika Syarikat.

umno-_Alwi_Che_Ahmad_sinar9. Alwi Che Ahmad

Dikaitkan dengan slogan kempen yang unik “Ingat Tanda Putera, Ingat Saya", Datuk Alwi Che Ahmad, ahli politik dari Kelantan yang juga berminat untuk bertandiing jawatan timbalan ketua bahagian Ketereh.

Lima daripada 14 calon yang bertanding dalam pemilihan ini turut merebut kerusi Ahli Majlis Tertinggi.
Alwi, timbalan ketua bahagian Ketereh akan menentang pengerusi jawatankuasa perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketua bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa, Ketua bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman, dan bekas keua bahagian Rantau Panjang Datuk Mohd Zain Ismail.


umno-Ismail_Sabri_Yaakob10. Ismail Sabri Yaakob

Menteri Pertanian dan Asas Tani ini dicabar bekas setiausaha politik sendiri Datuk Mohd Azizan Che Omar untuk jawatan ketua bahagian.

Ahli Parlimen Bera MP ini juga adalah ketua bahagian tersebut sejak 2004. Beliau pernah memegang portfolio menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pernah menjadi pengerusi Kompleks Sukan Negara sebelum menduduki Parlimen. Ismail Sabri juga pernah menjadi menteri Belia dan Sukan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi

AIRMTA RAKYAT DUN IJOK SENGSARA ADUN HILANG KEMANA

Kira-kira 200 pembeli rumah teres kos sederhana Taman Alam Perdana, Ijok dekat sini mendesak Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan berhubung kelewatan penyerahan kunci rumah sedangkan projek perumahan itu telah siap sepenuhnya.

Wakil pembeli, Kapten (B) Amiruddin Abdullah, 55, berkata, ini kerana projek itu telah diambil alih oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) sejak 15 bulan lalu tetapi kunci masih belum diserahkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

"Kami percaya masalah ini akan selesai sekiranya beliau (Abdul Khalid) campur tangan kerana LPHS dan PNSB itu sendiri dibawah kuasa kerajaan negeri.

"Sebenarnya Menteri Besar patut selesaikan isu ini seperti yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dahulu, tetapi selepas menang sekali lagi pada PRU-13, masalah ini masih berterusan," katanya ketika ditemui semasa mengetuai sesi bantahan aman di Taman Alam Perdana di sini.

Menurut Amiruddin lagi, alasan kunci rumah di situ tidak boleh diserahkan kerana timbul beberapa masalah antara PNSB dengan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.(IWK) membabitkan spesifikasi pembetungan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) tidak boleh diterima lagi.

Ini kerana dakwanya, sebanyak 365 unit rumah teres kos sederhana di kawasan itu telah diserahkan kepada peneroka pada April lalu dengan alasan mereka membelinya secara tunai.

Sehubungan itu, Abdul Khalid diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pihaknya menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu menanganinya.

Sementara itu, seorang pembeli, Azli Mokhtar, 39, berkata, dia telah membayar ansuran pinjaman rumah di Taman Alam Perdana itu sejak 13 tahun lalu dan pada masa yang sama terpaksa menyewa rumah lain.

"Sampai bila kami terpaksa menjalani kehidupan seperti ini.Sudahlah rumah dibeli tidak boleh diduduki, pada masa sama bayaran pinjaman dengan pihak bank perlu dijelaskan setiap bulan,"katanya dengan nada kesal

NAK TAHU APA YANG ADUN IJOK BUAT TENGOK NI




Saturday 22 June 2013

'PR ada helah besar'

Hasrat Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan dalam PRU13 dilihat sebagai satu helah besar untuk menggunakan dana awam bagi mengemukakan bantahan keputusan pilihan raya secara keseluruhan.

Ketua Pembangkangnya, Datuk Shamsuddin Lias berkata, keputusan itu tidak wajar dilaksanakan di negeri ini walhal PR telah memenangi dua pertiga kerusi di Selangor pada pilihan raya lalu.

"Perkara itu sepatutnya selesai, pilihan raya sudah berjalan, keputusan pun mereka menang, apa lagi mereka nak?

"Tapi saya nampak ini agenda besar, ketidakpuasan hati di peringkat Parlimen, kerana mereka kalah, kalau dia menang, tak kata pilihan raya ini banyak masalah, tak adalah nak tubuh suruhanjaya seperti ini," katanya kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kerajaan negeri yang mahu menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri ini pada PRU13 lalu.

Dalam pada itu, Adun Sungai Burong itu menegaskan langkah itu hanya membazirkan wang rakyat, masa dan tenaga yang sepatutnya boleh dimanfaatkan kepada pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

"Ya, ia tidak wajar ditubuhkan, mereka dah menang banyak di Selangor, dua pertiga majoriti, kita jadi minoriti dan semakin kecil, apa lagi dia nak buat lagi suruhanjaya.

"Kita memang tak setuju membazir masa tenaga wang ringgit, baik tumpu kepada perkara lain," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengulangi pendirian kerajaan negeri yang mahu menubuhkan suruhanjaya itu susulan banyak kepincangan berlaku dalam PRU13.

"Kita tengok tentang dakwat kekal, pengundi hantu, daftar pemilih dan sebagainya, itu perlu diatasi dengan sebaik mungkin.

"Sebab itu kita mahu adakah siasatan untuk memulihkan kewibawaan sistem pilihan raya dalam negara kita," dakwa beliau.

Sementara menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Datuk Teng Chang Kim, penubuhan suruhanjaya siasatan itu wajar dilakukan atas dasar prinsip, bukannya soal kalah atau menang.

"Di Selangor kita menang, tidak bererti menang itu tiada penyelewangannya, niat kerajaan negeri Selangor adalah mengharapkan pilihan raya dijalankan yang adil dan bersih.

"Walaupun kita menang tapi tidak bererti kita terima keputusan itu, walhal ada kekotoran di kawasan tertentu," tegas
nya.

Wednesday 10 April 2013

TERKINI GARA-GARA HARAM MENGUNDI PAS,PONDOK AGAMA DIROBOHKAN DI KELANTAN !!!!


SELEPAS Deklarasi Persidangan Ulama' Pondok semalam mengambil keputusan bahawa HARAM mengundi PAS, PKR dalam PRU13, kerajaan negeri Kelantan dibawah pentadbiran Nik Aziz Nik Mat secara senang hati telah merobohkan dan menyita pondok agama yang menyokong BN.

Bagi menutup sedikit lubang supaya tidak terkena tempias Nik Aziz, Majlis Daerah Tumpat (MDT) mengeluarkan notis sita secara tiba-tiba. Sedangkan sebelum ini mereka tidak mempunyai masalah apa pun dengan pihak Majlis Daerah Tumpat. Kenapa baru sekarang?

Monday 8 April 2013

Papagomo VS Anwar Ibrahim Pilihanraya PRU13





Pemilik blog Papagomo akan bertanding sebagai calon bebas untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik yang menjadi jurucakap calon itu berkata, Papagomo sedia bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh atau mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mohamad Rafi berkata, keputusan untuk bertanding itu dibuat kerana dia benar-benar serius meminta agar Anwar berundur secara terhormat daripada arena politik negara ekoran pelbagai isu moral yang didakwa membelenggu pemimpin itu.

"Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video-video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum,


Sunday 7 April 2013

CIRI-CIRI UTAMA : BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13


CIRI-CIRI UTAMA:

BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
Membina Lebuh raya Pan Borneo.

Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

Sekolah satu sesi diperluaskan.

Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

Transformasi sekolah vokasional.

4,000 anggota Polis setiap tahun.Penggunaan SafeCam.

Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

#ManifestoBN #PRU13 #GE13

Friday 1 March 2013

BIADAP..!!! Bagi Pembangkang Nyawa Polis & Tentera Tiada Harga..!..!


Jenis bangsat memang macam tu..!

Beberapa pemimpin dan pemerhati politik hari ini menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah hari ini dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Mereka berkata, kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.

"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.

"Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap insiden pencerobohan di Lahad Datu," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.

Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Ahli Parlimen Batu itu. Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia, terkorban.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .

"Umno tidak akan mempermainkan soal keselamatan negara dan tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada negara tercinta yang Umno telah berjuang untuk memerdekakan.

"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata, seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.

Tegasnya, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Laman Twitter dan Facebook turut dihujani komen-komen yang menghentam kenyataan Tian Chua itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya.

Saturday 16 February 2013

Sedari Hakikat Transformasi Kerajaan BN Untungkan Rakyat



Rakyat Malaysia perlu menyedari hakikat segala pembaharuan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui pelbagai program transformasi berjaya menjadikan kehidupan masyarakat lebih baik kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata apa yang dilakukan kerajaan BN menunjukkan ia mengotakan janji yang dibuat, tidak seperti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong.

"Rakyat Malaysia perlu berfikir tentang pembaharuan transformasi yang telah dilakukan (BN). Orang lain hanya pandai cakap sahaja tetapi tidak dapat buat sesuatu," katanya ketika berucap pada sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2013 di Taman Puchong Utama semalam.

Majlis yang dihadiri puluhan ribu tetamu itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Dr Rais berkata sambutan meriah di Puchong mencerminkan bahawa masyarakat Tiong Hua khususnya tidak putus-putus menyokong usaha murni kerajaan pimpinan Najib, yang telah memperkenal pelbagai program transformasi yang banyak membawa manfaat kepada mereka.

"Kalau dicongak, malam ini membuktikan masyarakat Tiong Hua bersatu hati, dan (sambutan terhadap) program yang terlaksana sebelum ini menunjukkan sokongan dan kebangkitan masyarakat berbilang kaum menjadi kenyataan," katanya.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen serta Menteri Pertanian dan Industi Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan dan artis tempatan seperti Daniel Lee, Cheryl Koh, Shila Amzah serta Jamal Abdillah.

PM @NajibRazak - Amalan Perkongsian Konsep Terbaik Untuk Malaysia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata amalan perkongsian perlu dikekalkan kerana ia merupakan konsep terbaik untuk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.
Beliau berkata konsep tersebut sememangnya telah lama dipraktikkan iaitu menerusi perkongsian kuasa sejak merdeka serta perkongsian kekayaan sehingga membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang aman makmur.

"Kita juga kongsi raya...kaum lain datang untuk sama-sama sambut Tahun Baharu Cina. Kalau nak capai potensi yang maksimum, maka konsep (berkongsi) yang unik pada Malaysia ini mesti dikekalkan," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2013 di Puchong semalam.

Datuk Seri Najib mengingatkan rakyat bahawa sikap keterlaluan atau "memilih jalan sendiri" tidak boleh diamalkan di dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Majlis yang disertai hampir 50,000 pengunjung itu turut dihadiri isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara tetamu kenamaan lain yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Mengulas lanjut mengenai konsep perkongsian, Datuk Seri Najib berkata: "Kalau kita sanggup berkongsi kekayaan, berkongsi menghadapi cabaran serta masalah dan bermuafakat maka Malaysia akan jadi negara yang berjaya."

Beliau menarik perhatian bahawa kaum Cina di negara ini sememangnya terkenal dengan kerajinan bekerja sehingga mendorong kepada kejayaan.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata kejayaan mereka juga adalah kerana usaha kerajaan sejak merdeka yang telah mewujudkan keadaan selesa bagi membolehkan mereka mencapai kejayaan secara berterusan.

Dalam pada itu, beliau menaruh harapan Malaysia akan melakar lebih banyak kemajuan dan kejayaan di tahun baharu ini.

Friday 15 February 2013

Khalid Ibrahim Makin Pening – Lagi Ibu-Bapa Tuntut Janji Bantuan RM50 untuk Anak-Anak Pra-Sekolah


Selepas gagal membatalkan saman yang difailkan oleh kumpulan ibu tunggal berhubung pembayaran elaun sebanyak RM100 sebulan serta tuntutan kumpulan yang menuntut air percuma, kerajaan negeri Selangor hari ini terus berdepan dengan satu lagi tuntutan iaitu berkaitan bantuan pendidikan prasekolah.

Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, ini berikutan kerajaan negeri dalam manifesto kempen pilihan raya umum 2008, telah berjanji akan memberi bantuan RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang menghadiri pendidikan peringkat asas tersebut.



Jelas beliau, manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan.

“Kerajaan Selangor hari ini jelas gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas.

Dalam masa yang sama, kita menafikan bahawa BBRS menghalang atau menakutkan ibu-bapa Pra Sekolah untuk menerima bantuan pra persekolahan dari kerajaan pakatan negeri Selangor. Persoalannya, kerajaan negeri tidak telus untuk menyampaikan maklumat menyeluruh kepada rakyat Selangor khususnya kepada ibu-bapa yang mempunyai anak di pra-sekolah, mengapa pilih bulu, mengapa pilih kasih,” ujarnya kepada pemberita selepas bersama-sama dengan kumpulan ibu-bapa dari kawasan Kuala Selangor, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam yang mengadakan demostrasi menuntut janji PRU12 dari kerajaan negeri, di sini pagi tadi.

Tambahnya, kenyataan yang dibuat oleh seorang wakil rakyat dalam website Selangorku merupakan kenyataan yang melulu dan tidak bertanggungjawab, satu pembohongan besar dengan menuduh kerajaan pusat menyekat bantuan Skim Tunas kerajaan negeri Selangor.

“Hakikatnya, YB Dr halimah seorang wakil rakyat yang tidak prihatin dan tidak mengambil tahu jumlah sebenar anak-anak di prasekolah di negeri Selangor. Untuk tahun 2013, kerajaan negeri Selangor Cuma mensasarkan 5,000 ibu-bapa sehingga Disember 2013.

Kalau YB Dr Halimah begitu prihatin di atas kanak-akanak prasekolah, dah lari dari sasaran sebenar kerana di negeri Selangor sahaja, ada kira-kira 25ribu hingga 30ribu kanak-kanak yang belajar di Tadika Kemas, Tabika Perpaduan dan tadika swasta di negeri Selangor.

Kenyataan Dr Halimah bahawa bantuan ini, RM50 atau bantuan Skim Tunas ini untuk keluarga yang berpendapatan RM1500 ke bawah tetapi janji dalam manifesto tak sebut langsung. Mengapa hari ini ada syarat?,” ujarnya lagi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.

Persoalan seterusnya, mengapa Skim Tunas ini baru dilancarkan pada 1 Julai 2012, setelah empat tahun pakatan PKR-DAP-PAS mentadbir negeri Selangor. Janji yang dibuat ialah pada tahun 2008, bagaimana dari tahun 2008 hingga 2012, siapa yang nak bayar tuntutan ini.

“Sepatutnya pembayaran ini sudah dibuat sejak Mac 2008 sehinggalah tahun 2013. Sehubungan dengan itu, nasihat kepada Dr Halimah, jangan berbohong kepada rakyat negeri Selangor. Kalau nak buat Skim Tunas ini, buatlah dengan ikhlas, jangan banyak main politik, jangan cakap tak serupa bikin, jangan tidak bertanggung dan tuduh yang bukan-bukan kepada kerajaan pusat,” tambahnya lagi.

Tuesday 22 January 2013

Najib tiba di Gaza, PM Malaysia pertama lawat Palestin


GAZA - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan ke Gaza hari ini.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.

Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.

Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55km dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

Di Gaza, Najib dijadual melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Selepas itu, Najib akan berlepas ke Kaherah dan mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir Mohamed Morsi.

Perdana Menteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir, dan isteri, tiba di Kaherah 9 malam tadi, waktu tempatan.

Syabas: Fakta sebenar krisis air di Selangor Buat Khalid Gagap Makin Bisu

BERIKUTAN gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29 Disember 2012, Syabas telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan air ini.

DAKWAAN 1

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala (periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case). Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

DAKWAAN 2

YAB Menteri Besar Selangor turut menyebut bahawa insiden pump tripped bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ianya merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana sistem VSD merupakan sebahagian daripada komponen penting di dalam sistem rumah pam ini, justeru insiden pump tripped juga mempunyai kaitan dengan operasi VSD. Sekiranya mana-mana komponen sistem mengalami kerosakan akibat sistem yang beroperasi melepasi kapasiti (overload), VSD tidak boleh dihidupkan.

DAKWAAN 3

YAB Menteri Besar Selangor turut menyatakan alat gantian pada sistem pam berkenaan boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan courier dan bukan hanya dari Finland seperti yang didakwa SYABAS.

Ingin dinyatakan bahawa SYABAS telah dimaklumkan secara lisan oleh pembekal berkenaan bahawa alat ganti didapati dari Finland. Walaupun begitu isunya adalah berapa lama alat ganti dapat diterima setelah dipesan. Dalam kes ini, ada satu di antara alat pengganti mengambil masa 2 ½ bulan untuk diterima.

DAKWAAN 4

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa SYABAS gagal mengenalpasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan termasuk mendakwa siasatan mereka mendapati pam Nombor 2 telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki.

Punca sebenar kegagalan rumah pam adalah disebabkan ianya beroperasi dalam keadaan overload dalam tempoh yang lama. Kerosakan sebenar yang berlaku pada sistem rumah pam disebabkan kerosakan pada komponen elektrik dan elektronik. SYABAS mempunyai bukti di mana terdapat dokumen yang merekodkan segala aktiviti di rumah pam, termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan.

Salinan dokumen ini telah diserahkan kepada SPAN yang telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menjalankan pengauditan terhadap kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut. Sementara itu, Pam No. 2 di rumah pam Wangsa Maju sering mengalami kerosakan pada sistem VSD.

Setiap kali berlaku kerosakan, kerja-kerja pembaikan dibuat oleh pihak ABB selaku pembuat/pembekal VSD ini kerana kerja-kerja ini hanya boleh dilakukan oleh jurutera pakar dari syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidak dapat bertahan lama apabila kerosakan berulang dan sistem pam tidak berada dalam keadaan stabil kerana beroperasi dalam keadaan overload.

Proses pembaikan yang berulang ini telah kerapkali berlaku dan telah mengambil masa yang lama. Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, rumah pam tersebut masih mengeluarkan air melebihi seperti biasa bagi menampung permintaan pengguna.

DAKWAAN 5

YAB Menteri Besar Selangor mendakwa bahawa sepanjang tahun 2012, hanya 18 hari sahaja pam pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari (JLH).

SYABAS menafikan dakwaan ini kerana SYABAS mempunyai rekod dan statistik yang menunjukkan bahawa pam-pam di Wangsa Maju telah beroperasi melepasi 200 JLH sebanyak 2,023 kali sepanjang tahun 2012 dan bukan 18 hari seperti didakwa menteri besar.

DAKWAAN 6

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa kerajaan negeri sudah mengetahui masalah kerosakan rumah pam Wangsa Maju dan pernah menegur SYABAS lebih awal, namun tindakan tidak dibuat.

Dakwaan ini juga tidak benar kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang teguran atau yang seumpamanya kepada SYABAS, sama ada bertulis ataupun lisan.

DAKWAAN 7

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa bahawa permohonan SYABAS membangunkan sistem pengepaman tambahan baru di Wangsa Maju dibuat pada November tahun lepas dan disokong pada awal tahun ini.

Dakwaan ini tidak benar kerana cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di Wangsa Maju telah dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun 2009 diikuti dengan cadangan yang sama kepada Pejabat Menteri Besar Selangor pada Januari 2010, namun tiada respon atau maklumbalas diterima sehingga bulan Mac 2012 apabila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk meluluskan cadangan ini dan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembinaan rumah pam tambahan ini yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Dari bulan Mac 2012 sehingga hari ini, pembangunan sistem pam tambahan ini oleh Kerajaan Negeri Selangor masih di tahap reka bentuk.

DAKWAAN 8

YAB Menteri Besar Selangor juga mendakwa SYABAS memberi alasan tidak cukup duit untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik tetapi rakyat Selangor tidak mahu kenaikan tarif air. Kerajaan negeri menurutnya, bersedia membaiki kerosakan rumah pam jika SYABAS tiada wang dan keupayaan.

SYABAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa SYABAS tidak mempunyai wang untuk membaiki pam itu kerana tarif air tidak naik. Ini adalah rekaan menteri besar sendiri. Sekiranya kerajaan negeri selaku pemegang saham 30% dalam SYABAS ingin membantu dengan menyediakan dana untuk penyelenggaraan alat-alat di rumah-rumah pam SYABAS, kami amat mengalu-alukannya.

DAKWAAN 9

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataannya di Sinar Harian mengatakan bahawa kerajaan negeri mengganggap kelalaian SYABAS merupakan pure negligence dan criminal in nature dan menganggap gangguan bekalan air merupakan tindakan sabotaj dan rekacipta oleh SYABAS bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor. Menurutnya, SYABAS tidak mampu membekalkan air kepada rakyat dan berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif dari semasa ke semasa.

Sementara itu Adun Teratai, YB Janice Lee, mendakwa isu air dimainkan media kawalan Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan Kerajaan Selangor sedangkan ianya adalah kegagalan SYABAS. Gangguan bekalan air menurutnya adalah antara sabotaj UMNO-BN terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS menyangkal semua dakwaan di atas kerana:
= Kerosakan pada pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memenuhi permintaan bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya disenggara secara berjadual sepanjang masa.

= Isu kekurangan bekalan air terawat telah sekian lama dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan diketahui umum serta menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa tahun ini. Kerajaan negeri sendiri telah memperakui kesahihan perkara ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khushrin Munawi sejak bulan Julai 2012 dan juga cadangan membina loji air dengan teknologi membran dan mengoperasikan semula loji air Bukit Jelutong. Tidak timbul isu gangguan bekalan air ini adalah sabotaj dan rekacipta SYABAS.

= Isu kenaikan tarif yang diperuntukan dalam Perjanjian Konsesi SYABAS (walaupun sehingga kini kenaikan tarif masih ditangguhkan oleh kerajaan negeri) merupakan isu berasingan yang tidak berkaitan dengan kekurangan bekalan air terawat yang perlu ditangani oleh kerajaan negeri dengan menambah kapasiti loji rawatan air. SYABAS hanya pengagih bekalan air yang dibekalkan oleh operator-operator loji rawatan air yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

= Isu SYABAS sengaja merekacipta krisis ini tidak timbul kerana tidak ada seorang pun yang waras akan tergamak melakukannya, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kepentingan orang ramai. Ia juga tidak logik kerana SYABAS terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi bagi menguruskan bekalan air alternatif kepada pengguna.

SYABAS juga mempunyai rekod dan statistik yang menyokong kenyataan SYABAS tentang kekurangan bekalan air terawat. SYABAS telah menghantar maklumat tersebut kepada kerajaan negeri menerusi audit yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga kepada wakil-wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah SYABAS.

DAKWAAN 10

YB Xavier juga mengatakan bahawa pembekalan dan agihan air adalah merupakan tanggungjawab SYABAS dan bukan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi dan kerajaan negeri sedia jadi saksi kepada pengguna memfailkan tuntutan terhadap SYABAS.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa:

= Peranan dan tanggungjawab hakiki SYABAS yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi adalah mengagihkan air terawat kepada pengguna dan mengutip caj bekalan air daripada pengguna berdasarkan tarif digazetkan kerajaan.

= Air terawat ini dijual dan dibekalkan oleh operator loji yang telah dilantik sendiri oleh kerjaan negeri untuk merawat air termasuk SPLASH, Konsortium Abass dan Konsortium Air Selangor yang mana kerajaan negeri mempunyai saham di dalamnya. Oleh yang demikian, SYABAS tidak bertanggungjawab dalam menentukan atau meningkatkan kapasiti loji rawatan air.

= Dari aspek penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti dan pembangunan baru sistem infrastruktur agihan air yang dikategorikan sebagai program CAPEX tertakluk kepada kelulusan SPAN yang merujuk kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Seperti telah diketahui umum, kelulusan sebahagian besar dari program CAPEX ini telah dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak tahun 2008. Ini bermakna kerajaan negeri telah menghalang SYABAS daripada membuat kerja kerja penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti, atau pembangunan projek-projek baru sistem infrastruktur agihan air ini.

= Bagi memastikan operasi berjalan seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi, kenaikan tarif air perlu diselaraskan berdasarkan kepada perjanjian konsesi namun perkara ini telah ditangguhkan oleh kerajaan negeri. SYABAS bagaimanapun kekal mengurus operasi tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan dan penyenggaraan infrastruktur sistem agihan air. Kekangan yang dihadapi dari pelarasan tarif hanya menyebabkan SYABAS terpaksa menangguhkan sebahagian pembayaran kos belian air dari operator loji.

= Adalah tidak wajar bagi kerajaan negeri yang memegang 30% ekuiti dan mempunyai wakil dalam Lembaga Pengarah SYABAS memberikan galakan kepada pengguna untuk memfailkan saman terhadap SYABAS sedangkan ketidakupayaan dan kekangan yang dihadapi oleh SYABAS disebabkan oleh halangan kerajaan negeri dari meluluskan projek-projek di bawah program penambahbaikan, menaiktaraf, mengganti ataupembangunan baru (Program CAPEX) seperti dicadangkan oleh SYABAS.

DAKWAAN 11

YB Xavier juga mendakwa bahawa isu air berlaku disebabkan keangkuhan SYABAS dan SYABAS tidak menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mendapatkan bantuan lori tangki dari PBT tetapi SYABAS meminta bantuan dari syarikat bekalan air daripada luar.

= SYABAS ingin menegaskan bahawa dalam mesyuarat harian Jawatankuasa Khas Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau wakilnya, perkara ini telah dibincang dan dibentangkan. Oleh yang demikian, tidak timbul isu di mana SYABAS tidak meminta bantuan atau tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan tersebut adalah tidak benar.

= Walaupun dalam mesyuarat yang diadakan setiap hari, SYABAS telah maklumkan kepada kerajaan negeri tentang bantuan yang diperlukan bagi meringankan masalah yang ditanggung pengguna, namun bantuan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan negeri menerusi pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), memulakan penghantaran bantuan 4 buah lori tangki hanya mulai 5 Januari 2013 iaitu selepas 6 hari kejadian berlaku.

Berikutnya pada 7 Januari 2013, 3 buah lori, 8 Januari 4 buah, 9 Januari 4 buah, 10 Januari 2 buah, 11 Januari 10 buah, 12 Januari 13 buah, 13 Januari 10 buah dan 14 Januari 2 buah lori. Penghantaran lori-lori tangki ini tidak tetap kerana ada hari-hari yang tiada lori dihantar.

Selain daripada itu, bantuan yang dihantar oleh kerajaan negeri juga tidak menyeluruh kerana tidak menyediakan sukarelawan dan petugas petugas untuk membantu mengangkat air ke rumah-rumah pengguna. Sebagai sebuah negeri yang besar seperti Selangor, sepatutnya lebih ramai petugas sukarelawan dan bantuan lori-lori tangki dapat disediakan.

Malahan sebahagian lori-lori yang digunakan juga didapati tidak menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan dan tidak sesuai digunakan untuk membekalkan air. Oleh itu, lori-lori tersebut terpaksa dihantar semula untuk proses cucian dan selepas diuji, barulah air tersebut boleh digunakan.

DAKWAAN 12

Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraidah Kamaruddin, mendakwa SYABAS tidak mengambilkira perancangan jangka panjang dalam aspek penyenggaraan, sistem naiktaraf, pemantauan berkala, sistem sokongan lebih efektif dan pengurusan berwibawa.

SYABAS menafikan dakwaan ini dan ianya tidak benar kerana program penyenggaraan berkala rumah pam ini adalah sebahagian daripada program penyenggaraan tahunan peralatan infrastruktur sistem agihan air terawat yang dimajukan pada awal tahun setiap tahun kepada SPAN untuk kelulusan seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi SYABAS.

Manakala laporan status kerja-kerja penyenggaraan dimajukan sekali dalam tempoh enam bulan kepada SPAN untuk pemantauannya. Bagi kerja kerja menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan pembangunan baru infrastruktur sistem agihan yang melibatkan program perbelanjaan modal (CAPEX), SYABAS telah dihalang daripada melaksanakannya apabila ianya dibekukan oleh SPAN atas arahan kerajaan negeri sejak bulan Julai 2008. SYABAS hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja kerja kritikal sahaja serta penyelenggaraan rutin, itupun selepas mendapat kelulusan SPAN.

Dalam keadaan keadaan seperti ini, SYABAS seolah olah 'terikat tangannya' dan tidak banyak yang mampu dilakukan akibat daripada arahan pembekuan ini. Oleh itu, mendakwa SYABAS tidak mengambil kira perancangan jangka panjang adalah tuduhan yang tidak berasas dan tidak adil sama sekali.

DAKWAAN 13

YAB Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa gangguan bekalan air membuktikan kegagalan projek penswastaan air kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan kompeten SYABAS menyangkal dakwaan ini dan bertegas bahawa gangguan bekalan air adalah disebabkan kegagalan rumah pam yang telah beroperasi secara overload dalam tempoh yang panjang disebabkan permintaan yang meningkat berterusan.

Kegagalan rumah pam berfungsi adalah berkait dengan permintaan yang meningkat sehingga menyebabkan rumah pam terpaksa beroperasi melebihi kadar kebiasaannya sementara menunggu bekalan air terawat tambahan yang belum disediakan oleh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri atas alasannya sendiri tidak mahu menerima hakikat yang disokong oleh fakta-fakta bahawa Selangor mengalami kekurangan dalam pengeluaran air terawat berbanding permintaan yang meningkat.

DAKWAAN 14

Dalam keadaan yang sama, Adun Teratai, YB Janice Lee mendakwa bahawa isu masalah air menunjukkan ketidakupayaan Puncak Niaga dan SYABAS mengendalikan pengurusan air kerana krisis ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Selangor.

SYABAS menyangkal dakwaan ini dan menegaskan bahawa menteri besar dan kerajaan negeri telah dimaklumkan semenjak tahun 2005 lagi bahawa permintaan air terawat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat iaitu pada kadar 3.5% setiap tahun dan pengeluaran air dari kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi.

Sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuk. Keadaan bertambah buruk apabila rezab bekalan air yang tinggal pada masa ini adalah lebih kurang 1% sahaja. Kerajaan negeri bertanggungjawab menambah kapasiti rawatan air manakala di bawah Perjanjian Konsesi, SYABAS hanya dipertanggungjawabkan ke atas pengagihan air terawat kepada pengguna berdasarkan kuantiti dibekalkan oleh operator loji, syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri bagi merawat dan membekal air kepada SYABAS.

Kerosakan pam disebabkan rumah pam Wangsa Maju terpaksa beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air. Kerosakan ini boleh berlaku dan telah berlaku walaupun ianya diselenggara secara berjadual sepanjang masa.

Keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan kelewatan membangunkan sistem pam tambahan yang hanya diluluskan pada bulan Mac 2012 menyebabkan SYABAS terpaksa menguruskan rumah pam ini pada tahap overload untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Selain itu, dakwaan terhadap Puncak Niaga adalah tidak adil kerana Puncak Niaga tidak terlibat dalam isu ini, disebaliknya membantu dalam mengoperasikan loji Sungai Langat pada tahap overload sehingga 520 JLH daripada biasa 470 JLH.

DAKWAAN 15

YB Zuraidah seperti disiarkan di Sinar Harian mendakwa bahawa SYABAS gagal menyediakan back-up bekalan air yang mencukupi kepada penduduk dan tidak mempunyai pelan kecemasan untuk mengatasi masalah ini.

Dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana back-up bekalan air wujud dengan adanya kapasiti rezab bekalan air terawat yang mencukupi. Pada masa ini, rezab kapasiti bekalan hanya sekitar 1%, jauh lebih rendah daripada paras selesa industri bekalan air (20%).

Tanggungjawab bagi menyediakan rezab kapasiti bekalan air terawat yang mencukupi adalah kerajaan negeri, bukannya SYABAS. Situasi di kawasan Gombak dan Kuala Lumpur boleh di elakkan jika bekalan air terawat mempunyai rezab kapasiti yang mencukupi.

SYABAS telah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi. Namun dalam keadaan keadaan tertentu, SYABAS tidak dapat mengelak daripada berlaku masalah yang mengakibatkan SYABAS tidak dapat menjalankan obligasinya dengan berkesan jika terdapat pihak lain tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Misalnya jika berlaku pencemaran sungai akibat tumpahan minyak dan loji loji rawatan terpaksa berhenti operasinya, SYABAS tidak dapat menyalurkan air kepada pengguna. Sebagai memenuhi tanggungjawabnya SYABAS membekalkan air menerusi lori lori tangki bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna. Namun demikian bukanlah tanggungjawab SYABAS membersihkan sungai dari tumpahan minyak atau memastikan sungai tidak tercemar. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Sangat tidak adil meletakkan kesalahan ini kepada SYABAS kerana krisis air berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawabnya. Apatah lagi kerana kerajaan negeri memiliki 30% saham di dalam SYABAS tetapi membiarkan SYABAS berhadapan dengan segala kekangan tanpa menghulurkan sebarang bantuan, sebaliknya mencari kesalahan dan kelemahan SYABAS semata mata.

Semasa krisis ini berlaku, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan SYABAS pada 29 Disember 2012 jam 8:00 pagi. Pelan ERP ini yang beroperasi 24 x7 adalah sekretariat bertindak setempat bagi memantau dan mengurus bekalan bantuan air kepada pengguna yang menghadapi gangguan bekalan air.

Bekalan air dihantar kepada pengguna bagi kawasan gangguan kali ini diberikan melalui lori-lori tangki (86 buah) dengan jumlah penghantaran sebanyak 2,891 trips (sehingga 12 tengah hari 12 Januari 2013) dan 287 tangki statik. Bagaimanapun, keupayaan pelan Tindakan Kecemasan adalah terhad kerana mana-mana bekalan air tidak dirancang, direkabentuk dan dibina untuk kegagalan (designed not to fail).

KESIMPULAN

Belum pernah terjadi sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat. Kerajaan negeri perlu memikirkan soal kesejahteraan rakyat, kebajikan rakyat dan meluluskan program-program yang dicadangkan SYABAS untuk kebaikan rakyat.

Sikap menyalahkan SYABAS yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa memberikan bantuan yang sewajarnya umpama ‘baling batu sembunyi tangan’. Tindakan kerajaan negeri menghalang program-program menaiktaraf, membaik pulih, mengganti dan menjalankan projek-projek baru sistem agihan bekalan air menerusi pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) sangat tidak wajar.

SYABAS berharap kerajaan negeri yang mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat dapat melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini.

SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Wednesday 16 January 2013

ISU AIR : "SENANG JE SALAHKAN SYABAS" KERAJAAN SELANGOR - @ZINMOHAMED

Kerajaan Selangor sepatutnya membantu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyelesaikan isu air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu, bukannya mengambil sikap menuding jari, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata sebagai pemegang 30 peratus saham dalam Syabas, kerajaan Selangor sepatutnya bersama-sama syarikat konsesi air itu berusaha memastikan bekalan air dapat disalur terus kepada rakyat tanpa gangguan.

"Kuasa kerajaan negeri mampu menyelesaikan isu ini dengan sistematik sekiranya mereka bertindak rasional demi masa depan rakyat negeri Selangor namun sebaliknya mereka (pemimpin kerajaan Selangor) menggunakan isu air ini untuk memenuhi agenda politik mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd Zin berkata kerajaan BN mencadangkan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk menangani krisis air di Selangor Julai tahun lepas, namun kedua-duanya tidak dipersetujui kerajaan Selangor pimpinan PKR.

"Kami telah berusaha mencadangkan kepada kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun mereka bermain 'silap mata' dengan menggunakan alasan remeh temeh kononnya tarif air akan dinaikkan selepas Langat 2," katanya.

Beliau mendakwa kerajaan Selangor tidak serius dalam menangani isu air sedangkan apa yang berlaku pada masa kini jelas menggambarkan risiko yang bakal dihadapi jika tindakan segera tidak diambil dalam memastikan bekalan air cukup di negeri itu.

"Masalah air di Selangor bukan soal politik tetapi ia berkaitan masa depan negara, jika Langat 2 tidak dibina menjelang 2016, satu krisis air akan berlaku dan satu demi satu kilang di Selangor terpaksa ditutup," katanya.

Mohd Zin berkata kerajaan Selangor tidak sepatutnya terus berdegil dan tidak mahu mengaku kesilapan mereka mengenai usaha menyelesaikan masalah isu air di negeri itu.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco Selangor di sini, Abdul Khalid terus menyalahkan Syabas yang didakwanya tidak mempunyai program khusus mengurangkan kadar air tidak terawat (NRW) dari 30 hingga 15 peratus.

Beliau turut meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) menyemak status usaha yang dilakukan oleh Syabas ke arah itu.