Saturday 18 August 2012

NASHA SEDIA DI SAMAN PAS GEMBIRA GULING GULING KARPAL SAMAN USTAZ NASHA

'Saya sedia disaman'?

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sedia bertemu Pengerusi DAP, Karpal Singh di mahkamah.

Ahli Parlimen Bachok itu menyifatkan Karpal yang menolak dan menentang keras pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud itu sebagai telah menolak sebahagian daripada Islam yang sekali gus menolak Islam.
...

Justeru saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah.

Menolak sebahagian daripada Islam bermakna menolak Islam," katanya kepada Mingguan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini.

Karpal semalam berkata, beliau dalam perkiraan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Nasharudin berikutan ulasan bekas Timbalan Presiden Pas itu bahawa Karpal anti-Islam kerana menentang hukum hudud

No comments:

Post a Comment