Thursday, 29 November 2012

Taktik pembangkang sebar maklumat palsu dalam laman sosial di luar negara didedah

Kelab Umno Luar Negara hari ini mendedahkan kegiatan pembangkang yang sering mengeluarkan maklumat salah terhadap Umno dan dasar-dasar kerajaan persekutuan dalam laman web sosial dan laman blog.

Perwakilan Kelab Umno luar negara yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat, Muhammad Haziq Syamin Abd Halim berkata, beliau sering melayari laman web sosial dan media dalam talian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Malaysia.

"Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak media online (dalam talian) dan laman web sosial yang dipercayai milik pembangkang sering melaporkan bahawa Umno parti yang tidak menegakkan Islam sebenar dan Islam di Malaysia dalam persengketaan," katanya kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Haziq Syamin berkata, beliau mendapat tahu hal sebenar yang berlaku di Malaysia setelah pulang ke tanah air untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

"Sikap pembangkang yang mengeluarkan penipuan semata-mata untuk mempengaruhi anak muda (penuntut) di luar negara mencerminkan bahawa parti pembangkang ini sememangnya tidak boleh dipercayai," katanya.

Beliau berkata, terdapat tujuh cawangan Kelab Umno Luar Negara di sekitar Amerika Syarikat, dengan yang terbesar berpusat di bandar New York dan Chicago.

"Peranan kami adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan juga penduduk tetap warga Malaysia di situ selain menyebarkan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan Malaysia," katanya.

Sementara itu, perwakilan Umno luar negara yang berpusat di Lancaster, Dir Kheidhrein Kamaruddin berkata seorang pemimpin pembangkang pernah ke kawasan di sekitar United Kingdom tahun lepas untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

"Pemimpin pembangkang itu turut menyatakan bahawa partinya akan menjadikan Malaysia negara kebajikan untuk cuba mempengaruhi anak-anak muda.

"Mereka menyebarkan ideologi songsang kerana pada pendapat mereka kumpulan pelajar ini mampu mempengaruhi landskap pemerintahan negara pada masa depan, namun kami yang peka dengan perkembangan politik semasa di tanah air tidak termakan umpan mereka,

Anggota Parlimen tersentuh dengan ucapan Speaker


KUALA LUMPUR - Hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ini menyaksikan suasana mesra selain ucapan serta kata-kata yang menyentuh hati daripada Speaker, Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Sebelum menangguhkan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat hari ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berucap menyentuh 'suka duka' beliau sepanjang mengendalikan persidangan Dewan Rakyat sejak tahun 2008.

Pandikar Amin dalam ucapan penangguhannya juga menyatakan ia mungkin menjadi persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Anggota Parlimen veteran Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) ketika diminta mengulas mengenai ucapan Pandikar Amin menyifatkan ucapan tersebut amat menyentuh perasaan.

"Ucapan tadi merangkumi perjalanan Dewan Rakyat sejak 2008 hingga hari ini. Bagi saya Tan Sri Pandikar Amin berjaya mengawal persidangan yang berlangsung dengan matang dan begitu terkawal.

"Apa yang berlaku menunjukkan Dewan Rakyat Malaysia kini sudah mencapai tahap kematangannya tersendiri berdasarkan pengalaman dan sejarah yang dilalui," katanya.

Azmi yang turut menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding PRU-13 berharap mereka yang berhasrat untuk bergelar Yang Berhormat selepas ini supaya ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara.

Sementara itu Anggota Parlimen pembangkang Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) ketika ditemui berkata ucapan terakhir yang disampaikan Speaker adalah dari hati yang tulus.

"Sepanjang empat tahun menjalankan tanggungjawab sebagai Speaker beliau menjalankan tugas dengan baik.

"Dalam keadaan tegang sekalipun Tan Sri Pandikar berjaya mengawal keadaan dengan baik. Dalam keadaan tertekan sekalipun cuma kata-kata yang terbang dari beliau," katanya.

Mohd Hatta berkata, biarpun ada ketika Speaker terpaksa menggantung seseorang Anggota Parlimen namun beliau percaya Tan Sri Pandikar Amin mempunyai hujah tersendiri.

Terdapat Anggota Parlimen yang dilihat mengambil gambar secara berkumpulan di dalam dewan persidangan sebagai kenangan sempena hari terakhir sidang Dewan Rakyat.

Antara yang dilihat bergambar ialah Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).

Sementara itu Anggota Parlimen pembangkang Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bersalaman dengan wartawan yang bertugas di lobi Parlimen.

"Saat ini sangat menyentuh emosi," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada para wartawan yang bertugas di Parlimen hari ini

Najib senarai kelemahan, kepincangan Pakatan

KUALA LUMPUR - Jangan cuba-cuba mahu bereksperimen untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang terbukti relevan sepanjang zaman sebagai pilihan utama, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Semenjak lebih 50 tahun lalu, parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional secara tali temali, menerajui negara tercinta ini dengan membawa perubahan dan pembaharuan bukan pada kadar berdikit malah dengan lonjakan berganda dengan Keberterusan Transformatif," katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno ke-66 di Dewan Merdeka, hari ini.

[UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO 2012]



Menurut Najib, BN sebagai parti pemerintah pada hari ini sentiasa bergerak ke hadapan dengan pelbagai kaedah demi memenuhi kehendak rakyat.


"Pokoknya kita pada tiap ketika mendepani kelok zaman dengan membuat perubahan yang tepat pada masanya," ujar Najib.

Meskipun katanya, jarum-jarum politik pembangkang mencucuk rakyat untuk memberi peluang kepada pembangkang, "ini adalah risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji."

Najib kemudian menyindir pembangkang yang menabur pelbagai janji manis dalam misi merampas tampuk pemerintahan.

"Jika pada peringkat janji lagi sudah tidak boleh dipegang dan dipercayai, maka lebih selamat untuk para pengundi agar menjauhi parti tersebut," kata Najib.

Tuesday, 27 November 2012

UMNO Doakan Orang Islam Tidak Menjahanamkan Sesama Sendiri

Perhimpunan UMNO malam ini mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar, kembali ke jalan yang diredhai.

Doa yang dibacakan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, jelas menunjukkan niat UMNO jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melafazkan doa itu pada penghujung ucapan beliau bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini.

Doa Muhyiddin:

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami,

Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai.

“Ya Allah, Bimbinglah kami di jalan yang lurus, Redhakanlah jalan perjuangan kami, Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah”.

Muhyiddin juga mendoakan supaya orang Islam sentiasa mentaati perintah Allah serta memohon supaya disatukan hati mereka ke jalan yang diredhai.

Pada 16 Nov lepas, Pas melafazkan doa yang dipimpin Nik Razi Nik Mat, adik Mursyidul Am Pas Nik Aziz, yang memohon kehancuran UMNO dan BN, pada perhimpunan parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu.

Antara kandungan doa itu ialah meminta UMNO dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan pembangkang.

Rakyat Selangor Muak Dengan Janji Pembangkang

Rakyat Selangor di peringkat akar umbi mula hilang sabar dengan gelagat pembangkang yang masih tidak menunaikan janji manifesto mereka, walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata sikap pembangkang yang sering berdolak-dalik daripada menunaikan janji-janji dalam manifesto mereka boleh memakan diri pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Di mana kami pergi mereka (rakyat) menyuarakan tidak sabar menunggu pilihan raya diadakan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya semasa ditemui selepas mendengar amanat Presiden UMNIO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini Selasa.

Beliau berkata perasaan muak rakyat itu kini jelas dilihat apabila mereka mula menuntut janji-janji kerajaan Selangor pimpinan pembangkang itu melalui saluran perundangan.

Baru-baru ini 2,020 ibu tunggal menuntut di mahkamah tunggakan elaun untuk ibu tunggal yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang dan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal juga menuntut supaya mereka dibayar tunggakan kerana tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama,

Kerajaan Selangor dibidas gagal tangani mangsa banjir BN pula yang disalahkan

Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mendakwa Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan masalah banjir yang melanda penduduk Kampung Sungai Serai, Hulu Langat sejak isu itu dibangkitkan pada 2008.

ADUN BN-Dusun Tua Ismail Sani berkata rata-rata penduduk Sungai Serai kecewa dengan kegagalan kerajaaan pembangkang itu mengatasi isu banjir selain dilihat sering berdolak-dalik berhubung perkara itu.
"Kerajaan Selangor boleh lulus peruntukan RM300 juta untuk bina jambatan Klang, tetapi kenapa peruntukan untuk naik taraf Sungai Serai yang tidak sampai RM10 juta, tidak boleh diberikan.

"Menteri Besar perlu buang sikap menyalahkan orang lain, terutama Kerajaan Pusat, setiap kali mereka gagal selesaikan masalah yang babitkan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Ismail berhubung perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk menaik taraf Sungai Serai, menyebabkan pihaknya tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

"Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membaiki saliran dan juga pembetungan, yang masing-masing menelan belanja sekitar RM470,000 dan RM325,000.

"Kolam takungan air juga bakal dilaksanakan dan ketika ini, ia masih dalam proses mengenal pasti dan ambil alih tapak.
"Projek ini dianggarkan bernilai RM1.5 juta," katanya. Persidangan DUN bersambung esok.

TERKINI@NOHOMAR TERPAKSA OVERHAUL KHALID DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Pengumuman pembinaan jambatan ketiga di Klang oleh kerajaan negeri Selangor hanya untuk mengaburi mata rakyat dan menutup isu bekalan air yang masih belum selesai, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau turut mempersoalkan pengumuman projek jambatan itu sekarang dan bukan sejak mula Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

"Kalau dulu kerajaan pusat menyatakan hasrat untuk melaksanakan projek jambatan itu, saya percaya mereka (kerajaan Selangor) tidak benarkan dengan memberi pelbagai alasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata misalnya isu air yang kerajaan pusat telah belanjakan berbilion ringgit demi kepentingan rakyat, hanya tinggal pembinaan kolam takungan sahaja kenapa Selangor tidak beri kebenaran.

"Jika betul ikhlas berilah kerjasama projek yang kerajaan sedang laksanakan bukannya kerana hendak menutup isu air, salahkan kerajaan pusat pula dalam isu pembinaan jambatan," katanya.

Mengulas mengenai belanjawan Selangor, Noh berkata banyak yang dibentangkan dalam belanjawan hanya teori kerana masih banyak janji belum ditunaikan dan belum ada projek besar yang boleh rakyat negeri ini banggakan.

Berikut antara intipati daripada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO

Berikut antara intipati daripada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sebentar tadi.

1. Pemimpin Pas tidak mungkin dipilih menjadi Perdana Menteri dan menegakkan negara Islam kerana DAP dan PKR tidak pernah menyokong dan mempercayai Pas.

2. Pas juga adalah sebuah parti yang lemah dan sepanjang 12 kali pilihan raya umum, bilangan kerusi yang ditandingi Pas kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen. Jika lemah, bagaimana presiden mereka dicadang sebagai Perdana Menteri?

3. Pembangkang mengamalkan politik ultra perkauman, fahaman songsang dan memecah belahkan masyarakat hanya kerana mahukan kuasa. Sejak lima dekad lalu, Pas dan DAP membawa fahaman politik benci dan fitnah yang membakar sentimen agama dan perkauman.

4. PKR pula, menerusi kenyataan Ketua Pembangkang, secara jelas mengetengahkan ideologi songsang kononnya atas nama kemunculan politik baharu, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.

5. Melalui fahaman songsang, undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka. Malahan mereka juga berpendirian orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberi hak kebebasan beragama.

6. UMNO tidak boleh alpa dan parti itu perlu bangkit untuk menjadi benteng mempertahankan masyarakat daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang.

7. Malaysia kekal aman, stabil dan makmur di bawah BN kerana parti itu sentiasa membuka pintu rundingan bagi menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum.

8. Jentera UMNO, khususnya ketiga-tiga sayap parti perlu mengatur strategi berkesan untuk memenangi hati pengundi dan memastikan perpaduan parti diteguhkan sebagai kunci kemenangan dalam PRU-13.

9. Seluruh warga UMNO perlu terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menerajui transformasi besar untuk negara.

10. UMNO akan terus mengangkat suara Melayu tanpa melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain dan berjanji komitmen itu akan terus dipegang oleh UMNO dan BN.

Monday, 26 November 2012

TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012


TAKLIMAT PRESIDEN
Majlis Taklimat Presiden
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66)
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI
Pendaftaran Perwakilan
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu, Perempuan : Baju Kurung
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Anjung Merdeka
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC

GERAI JUALAN
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC

Sunday, 25 November 2012

Mengapa Zalimi Kami! ibu tunggal tuntut elaun dijanjikan dalam manifesto

Kira-kira 100 ibu tunggal mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan SUK, di sini, hari ini bagi menuntut elaun ibu tunggal seperti dijanjikan kerajaan Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.

Mereka berkumpul sejak jam 10 pagi dengan membawa pelbagai sepanduk, termasuk bertulis 'Khalid Penipu' dan 'Berikan Elaun Kami'.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Martini Kasman, berkata pihaknya mahu menuntut janji kerana berasa teraniaya dengan janji yang ditabur Pakatan Rakyat pada PRU12.

"Kami datang ke mari dengan tujuan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk menuntut janji.

"Kita mahu janji dikotakan. Kalau janji tidak dikotakan, kita dianayai. Apabila menang kita ditinggalkan begitu sahaja," katanya kepada pemberita.

Semalam, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atas tuntutan yang sama.

Saman itu difailkan melalui tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya 2008 menjanjikan elaun kepada ibu tunggal di negeri itu termasuk elaun khas suri rumah.

Namun setelah lebih empat tahun mentadbir negeri itu, golongan ibu tunggal umpamanya diabaikan.
Exco Selangor, Rodziah Ismail sebelum ini berkata kerajaan negeri menghadapi masalah untuk melaksanakan pemberian elaun itu berikutan ketiadaan data sebenar mengenai ibu tunggal.

Tambahnya lagi, pemberian elaun itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi mungkin juga dalam bentuk latihan dan modal untuk memulakan perniagaan serta bantuan pelajaran kepada anak-anak mereka.

kena 3 biji gol RAJAGOPAL terus pengsan dibaham singa!!!


Pasukan Malaysia gagal mengekang asakan skuad Singapura selepas tewas 3-0 pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Thursday, 22 November 2012

Menangi Tiket dan Jersi Percuma #DemiHarimauMalaya Piala AFF 2012


Salam 1Malaysia!


Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November 2012 dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.


YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama!


Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter.

Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:


#DemiHarimauMalaya, saya akan ….......”

Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu!


Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November 2012. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan!

Maklumat lanjut dan jadual perlawanan terdapat di sini: http://www.fam.org.my.

Manifesto Olok-Olok: Ibu Tunggal Saman Kerajaan Negeri Selangor

Sejumlah 2,020 ibu tunggal pada Khamis memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM10.9 juta kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan oleh Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak ibu tunggal di Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor Murtini Kasman.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama telah berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Berdasarkan manifesto defendan pertama itu, setiap ibu tunggal di Selangor layak menerima elaun daripada defendan pertama, kata mereka.

Plaintif-plaintif meletakkan setinggi harapan ke atas manifesto defendan pertama sebagai tempat pembelaan kebajikan hidup plaintif melalui elaun yang dijanjikan kepada ibu tunggal tetapi sehingga kini kerajaan negeri gagal mewujudkan satu skim untuk membayar elaun kepada ibu tunggal, kata mereka.

Plaintif-plaintif mendakwa defendan kedua sebagai Ketua Eksekutif kepada defendan pertama telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat bayaran kepada plaintif dan golongan ibu tunggal di Selangor.

Oleh itu, plaintif-plaintif menuntut sebanyak RM100 sebulan bagi setiap 2,020 ibu tunggal itu bagi tempoh 54 bulan (1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012) menjadikan jumlah kesemua tuntutan mencecah RM10.9 juta daripada defendan pertama selain daripada kos.

Plaintif-plaintif juga memohon suatu perintah mengkehendaki defendan pertama mewujudkan satu skim dikenali sebagai Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor yang mempunyai garis panduan antaranya ialah bayaran elaun minimum adalah RM100 sebulan, mengadakan borang permohonan bayaran elaun ibu tunggal dan kaedah mendapatkan serta memulangkan borang permohonan.

Mereka memohon suatu perintah yang mengkehendaki defendan pertama dan kedua melantik sebuah jabatan atau agensi defendan pertama menguruskan Skim Bantuan Ibu Tunggal Selangor.

Plaintif-plaintif memohon deklarasi takrifan ibu tunggal ialah wanita berusia 18 tahun yang telah bercerai, balu, wanita pencari nafkah kepada keluarga, hidup berjauhan dari suami dan di dalam keadaan 'gantung tidak bertali'.

Sementara itu, Murtini memberitahu wartawan mereka memfailkan saman itu bagi menuntut apa yang dijanjikan kepada golongan ini dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

"Harapan kami janji mesti ditepati, dan rakyat selaku pengundi sentiasa ingat kepada manifesto," katanya.

Peguam yang mewakili para plaintif, Kamarudin Ahmad berkata selepas ini firma beliau akan memfailkan tuntutan yang sama daripada 5,000 ibu tunggal pada awal dan pertengahan bulan hadapan.

Beliau berkata kumpulan ibu tunggal yang memfailkan saman pada hari ini adalah dari kawasan Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Hulu Langat.

Majlis Hari Raya Aidil Adha Dan Deepavali Parlimen Sg Besar Buat Ng Suee Lim Merah Padam


21/11/2012 Jam 9.00 mlm, Datuk Seri Hj Noh Omar,Dato Noriah Kasnon,Dato Khir Toyo,Dato Warno Dogol DAN bersama pemimpin-pemimpin komponen BN menghadiri Majlis Hari Raya Aidil Adha Dan Deepavali Parlimen Sg Besar yg diadakan di Sekinchan Hotel & Resort


satu kebangkitan rakyat parlimen sungai besar yang bersama-sama yang hadir memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin BN


Negara ini turut bertuah kerana diwariskan pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyatnya, namun di sebalik keharmonian ada pula pihak yang mengadu domba menghasilkan bibit-bibit perpecahan.”

“Masyarakat perlu bersyukur, dengan transformasi yang dilakukan dan diusahakan Perdana Menteri, Gagasan 1 Malaysia merupakan yang terbaik untuk kita terus menjadi keluarga yang besar.”

“Dengan masyarakat berbilang kaum dan budaya ini pula, menjadikan kita masyarakat yang tidak boleh lari dari memahami budaya bangsa lain. Dengan memahami budaya bangsa lain, kita akan sentiasa berada dalam keceriaan.”

Wednesday, 21 November 2012

JANJI MUNAFIK HAK IBU TUNGGAL TERUS DI NAFIKAN SUDAH 4 TAHUN PERINTAH MANA JANJI ELAUN IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI SELANGOR?

Persatuan Ibu Tunggal Cempaka Biru daerah Gombak dan Petaling memberikan masa dua minggu kepada Kerajaan Negeri untuk menunaikan janji manifesto iaitu memberikan elaun bulanan kepada ibu tunggal.

Pengerusinya, Siti Khatijah Mohamad berkata, pihaknya pernah menghantar senarai nama 400 ibu tunggal selepas Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selayang Baru pada 2008.

Namun, menurutnya sehingga kini tiada sebarang maklum balas tentang status elaun itu sedangkan kebanyakan ibu tunggal berharap supaya ia dilaksanakan untuk
meringankan beban.

“Sudah empat tahun kami tunggu janji itu, apabila cuba mendapatkan penjelasan daripada JKKK, mereka tidak memberikan sebarang maklum balas.

“Pilihan raya semakin hampir, sekiranya kerajaan bertukar maka bagaimana nasib kami untuk mendapatkan elaun yang dijanjikan dalam manifesto PRU12 lalu,” katanya selepas membuat demonstrasi aman meminta Kerajaan Negeri menunaikan janji, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Suhaimi Shahadan.

Siti Khatijah berkata, beliau menyeru seluruh ibu tunggal di negeri ini untuk bangkit menuntut hak yang dijanjikan.

Kata beliau, sekiranya dalam tempoh dua minggu itu tiada sebarang tindakan daripada Kerajaan Negeri, seluruh persatuan ibu tunggal Selangor akan bergabung dan mahu berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

Sementara itu, Suhaimi berkata, terdapat lima kategori yang dijanjikan PR semasa pilihan raya lalu meliputi urus tadbir, sosial dan kebajikan, kesihatan, ekonomi dan keselamatan rakyat.

“Banyak janji yang dibuat tidak ditunaikan dan ada antaranya walaupun dilaksanakan tetapi tidak sempurna seperti isu air yang tidak diberikan manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

“Selain itu, isu elaun RM50 kepada anak-anak yang memasuki tadika juga kurang memberangsangkan apabila hanya 130 orang sahaja menerima manfaat itu,” katanya.

Justeru itu, beliau menuntut supaya ibu tunggal di seluruh Selangor bangkit dan bekerjasama membuat gerak kerja bermula sekarang menuntut elaun seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri

Tuesday, 20 November 2012

TUNTUT JANJI MANIFESTO 2,020 IBU TUNGGAL AKAN SAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR KHAMIS INI

Sebanyak 2,020 ibu tunggal akan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor pada Khamis ini bagi menuntut elaun kepada golongan tersebut seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Menurut peguam dari firma guaman Kamarudin & Partners, Kamarudin Ahmad yang mewakili kesemua ibu tunggal tersebut, saman berkenaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

‘‘Writ saman dan pernyataan tuntutan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Khamis ini kira-kira pukul 9.30 pagi,’’ katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan lebih 10,000 golongan ibu tunggal di Selangor akan mengemukakan saman bagi menuntut ganti rugi daripada kerajaan negeri kerana tidak menikmati elaun seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang, empat tahun lalu.

Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor, Mortini Kasman berkata, tindakan itu diambil berikutan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga hari ini masih gagal menunaikan apa yang dijanjikan kepada golongan ibu tunggal.



Siapakah yang bertuah bergelar followers ke 1 juta dan bakal ditemui oleh PM DS NAJIB

Facebook DS Najib Tun Razak 1.2 juta, kini twitter pula mencecah 1 juta. Tahniah buat PM kerana aktif mendekati golongan muda melalui media sosial! - Siapakah yang bertuah bergelar followers ke 1 juta dan bakal ditemui oleh PM?

Monday, 19 November 2012

Noriah Kasnon Dilantik Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon akan dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai timbalan menteri yang berkuat kuasa pada Selasa.

Ia berikutan dengan pelepasan jawatan bekas timbalan menteri dan naib pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie selepas tempoh senatornya berakhir pada Khamis lepas.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju supaya Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ditukar jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 20 November 2012," katanya.

Noriah sebelum ini pernah menyandang jawatan sama pada Mac 2008 hingga April 2009
“Sebagai penghargaan kepada pengalaman dan perkhidmatannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” kata Ali.

Heng dilantik sebagai senator pada 16 November 2006.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan senatornya untuk tempoh tiga tahun berturut-turut.

Sunday, 18 November 2012

BANYAKNYA DUIT KHALID IBRAHIM,KAYANYA KHALID NI

Akhirnya Khalid Ibrahim mengakui telah membeli dan membelanjakan RM650,000 untuk bas dua tingkat untuk tujuan kempen pakatan rakyat untuk pilihan raya umum akan datang.

RM10,833 sebulan dibiayai sepenuhnya Khalid untuk membayar ansuran bas berkenaan yang dibuat melalui konsep sewa beli.

Kenapa bukan Azmin yang membeli bas ini yang akan digunakan untuk kempen pilihan raya ini. Bukankah dia Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor?

Dalam masa yang sama, Khalid mengakui bas tersebut didaftarkan di bawah nama Abdul Khalid Ibrahim dan lesen dikeluarkan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

Abdul Khalid (PKR-Ijok) berkata demikian pada sidang DUN Selangor hari ini sebagai menjawab soalan daripada Datuk Mohd. Satim Diman (BN-Sri Serdang) sama ada pembelian bas itu melibatkan kewangan negeri, berapakah kos sebenar pembelian dan penyelenggaraan dan adakah proses audit dilakukan untuk memastikan transaksi ini betul, telus dan bertanggungjawab.

http://www.sahabat-gunung.com/

Lagi skandal haram kerajaan regim MB Khalid-@NohOmar pertikai rancangan jual saham Worldwide RM150 juta?

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan rancangan Worldwide Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), untuk menjual saham bernilai RM150 juta kepada sebuah syarikat bukan bumiputera.

Beliau berkata dakwaannya itu berdasarkan maklumat terbaru diperolehinya mengenai perbincangan untuk menjual saham tersebut antara dua syarikat berkenaan.

Noh berkata syarikat yang ditubuhkan pada 21 Mac lepas itu sebelum ini mempunyai dua pengarah bukan bumiputera yang juga merupakan pemegang saham tetapi berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua individu berkenaan telah meletak jawatan sebagai pengarah pada 22 Mei lepas tetapi mereka masih kekal sebagai pemegang saham.

“Pada tarikh sama (22 Mei) dua pengarah baru dilantik yang terdiri daripada pengurusan tertinggi PKNS tetapi yang peliknya dua pemegang saham masih orang yang sama (pengarah yang meletak jawatan sebelum ini).

Apa muslihat berbuat demikian adakah sengaja dirancang,” katanya dalam sidang media selepas menutup program penerangan isu-isu semasa anjuran Umno Tanjong Karang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS sama ada saham tersebut akan dijual atau sebaliknya.

Ada berani kah MB Khalid mahu menjawapnya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat akan perkembangan seterusnya daripada beliau!


Karnival Kerjaya Pemuda BN tarik minat individu cari kerja lebih baik

Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2012 peringkat Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini juga menarik minat mereka yang sudah bekerja tetapi mahu mencari pekerjaan yang lebih baik.

Pengerusi Sekretariatnya, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata pihaknya mendapati kebanyakan pengunjung merupakan golongan berumur bawah 30 tahun yang mencari peluang kerja yang lebih baik.

"Saya jangka pengunjung yang hadir akan melebihi dari sasaran awal kita sebab sambutan sangat baik dan untuk hari kedua pada hari ini pun saya rasa kira-kira 30,000 pengunjung hadir," katanya kepada Bernama.

Nazir Hussin berkata karnival itu merupakan penutup bagi tahun ini dan seterusnya akan dianjurkan pada Januari tahun depan yang mana berkemungkinan akan bermula di negeri Pantai Timur.

Sementara itu, Eksekutif Sumber Manusia Westports Malaysia Sdn Bhd, Suzy Philip berkata karnival tahun ini merupakan penglibatan tahun kedua syarikat itu yang menarik kira-kira 200 pemohon mengisi kekosongan jawatan pemandu prime mover dan kerani stor.

Suzy berkata, sejak tahun lepas menyertai karnival itu kira-kira 1,000 pemohon telah mencuba nasib yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Daripada jumlah ini pemohon yang berjaya mendapat kerja seramai hampir 300 orang. Bagaimanapun ada segelintir pemohon bersikap suka melompat kerja," katanya.

Mengulas mengenai kelayakan untuk memohon dua pekerjaan itu pakej yang mereka perlukan ialah berperwatakan menarik, memiliki sijil SPM, mempunyai lesen memandu dan sanggup bekerja keras.

Di samping itu Suzy berkata Westports turut menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan ijazah seperti Pegawai Kanan Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Penyelenggaraan.

Pegawai Pentadbiran Sumber Manusia Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Noor Hidayu Mat Ali pula berkata semasa menyertai karnival kerjaya itu pada tahun lepas, kira-kira 1,000 permohonan diisi.

Bagaimanapun kebanyakan pemohon tidak mencapai tahap kelayakan yang ditetapkan KWSP antaranya gagal mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.00 ke atas.

"Berdasarkan resume yang diterima, kita dapati pemohon memiliki CGPA bawah 3.00," katanya.

Noor Hidayu berharap pada karnival kerjaya itu lebih ramai pemohon bukan bumiputera yang mengisi kekosongan jawatan di KWSP terutamanya Eksekutif Pelaburan.

Dalam pada itu Noor Hidayu turut melahirkan rasa kecewa dengan kebanyakan calon temu duga yang sebelum ini tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap jawatan yang dipohon kerana dilihat bersikap sambil lewa.

"Calon yang datang tidak buat persediaan seperti tidak mendapatkan maklumat tentang KWSP kerana bila ditanya apa itu KWSP, mereka tidak tahu secara lebih mendalam," katanya.

Sementara itu Pengurus Kanan Bahagian Sumber Manusia Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Suhanadzatul Nadzreen Ismail berkata, beliau mendapati rata-rata pemohon kerja generasi muda kini kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi.

Katanya, sepanjang pemerhatiannya, kebanyakan mereka tidak berkeupayaan untuk berdikari kerana pada sesi temu duga mereka ditemani ibu dan bapa.

Sehubungan itu Suhanadzatul Nadzreen berharap pemohon perlu sentiasa meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga penulisan serta perlu lebih berdikari agar pemohon berjaya untuk mendapatkan pekerjaan.

Mengulas mengenai kelayakan untuk memohon jawatan tetap di syarikat insurans itu beliau berkata, pihaknya menekankan aspek calon yang berpengalaman berbanding kelayakan akademik.

Saturday, 17 November 2012

VIDEO!!!!!MasyaAllah...Pas doa hancurkan UMNO, BN? DOA KEHANCURAN UMAT ISLAM SENDIRI...BERTEPUKLAH DAP



Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembanga...
n syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.

Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.

Thursday, 15 November 2012

ALERT !!!! @NohOmar tunjuk bukti isu tanah Yayasan Selangor Khalid Terus Jadi Bisu

Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gemar mengambil tindakan lulus dulu, ulas kemudian menyaksikan pentadbiran negeri sentiasa kalut dan penuh kontroversi.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata sikap berkenaan bukan saja menyerlahkan kelemahan Menteri Besar, malah banyak keputusan dibuat merugikan rakyat negeri ini.
Misalnya, dalam isu pengambilan tanah milik Yayasan Selangor (YS) di Klang bagi membina Pusat Kebudayaan Cina. Beberapa dokumen menunjukkan kelulusan pengambilan tanah dibuat 4 Mei 2011, tapi ada pula beberapa surat memohon ulasan atau penjelasan, dihantar kepada YS selepas tarikh kelulusan itu.

Bukti lain adalah surat Pejabat Tanah dan Daerah Klang kepada YS memaklumkan kelulusan EXCO berhubung pengambilan tanah itu. Bagaimanapun, YS pada 12 Julai 2011 hantar surat tidak bersetuju dengan kelulusan EXCO itu. Ini jelas memperlihatkan kelemahan Menteri Besar, katanya semalam.

Sambil menunjukkan salinan surat EXCO, Elizabeth Wong kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac 2011 meminta tanah itu diserahkan bagi pembinaan pusat kebudayaan
terbabit, Noh turut mempersoalkan surat bertarikh 4 Mei 2011 dihantar Khalid kepada Pengurus Besar YS, Ilham Mar-zuki, meminta laporan dan kronologi berkaitan pengambilan tanah itu.
Sementara itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, menjangka negeri ini diselubungi masalah setinggan tidak terkawal jika aliran kenaikan harga rumah berterusan akibat sikap kerajaan negeri yang tidak pedulikan program rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.
Katanya, masalah itu bukan saja boleh menyebabkan sistem penempatan tidak teratur, malah turut mencetuskan pelbagai gejala sosial dan ekonomi, sekali gus mencalarkan rekod Selangor sebagai negeri termaju di negara ini.

Kajian kami mendapati kenaikan harga rumah berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri mengurus dan mengawal isu perumahan dengan berkesan. Masalah kenaikan harga ini dikesan apabila Pusat Aduan Rakyat (PAKAR) menerima terlalu banyak rungutan dan ia menyebabkan setinggan kembali menular, katanya.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan negeri memahami kepentingan kemudahan asas itu, selain turut mengambil kesempatan mencari untung besar dengan mengenakan premium tanah yang tinggi, turut dikesali terutama di kalangan pemaju projek pembangunan.

PERINGATAN SULTAN SELANGOR KEPADA KHALID GAGAP


Usah terpengaruh dakyah pemikiran bebas

Terlebih dahulu sukacita beta mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya orang Melayu di negeri Selangor dan beta berharap kita dapat menyambut tahun baru Islam ini dengan penuh azam dan pemikiran yang bernas untuk membangunkan orang Melayu serta mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Di kesempatan ini, beta berkenan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada umat Melayu berikutan isu berhubung kebebasan beragama yang telah ditimbulkan baru-baru ini.

Sebagai ketua agama Islam dan pelindung kepentingan serta hak-hak orang Melayu di Selangor, beta bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa menentukan bahawa agama Islam yang suci dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan dijaga dengan sempurna.
Sudah sampai masanya umat Islam khususnya orang Melayu di negeri ini, berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka, supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah SWT.

Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah menetapkan dengan jelas definisi orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan adalah :-

Pertama: Mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu, Kedua: Bertutur bahasa Melayu dan Ketiga: Beragama Islam

Jika salah satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang, maka ia bukanlah lagi ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan. Ini menjelaskan bahawa agama Islam lebih tinggi kedudukannya berbanding agama-agama lain. Perlembagaan juga menetapkan kedudukan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang perlu dilindungi.

Sekiranya orang Melayu dengan sewenang-wenangnya menukarkan agama Islam yang maha suci ini (murtad), maka pepatah Melayu lama “Tidak Melayu hilang di dunia" tidak boleh diguna pakai lagi kerana bangsa Melayu terhakis dan akan lenyap daripada muka bumi ini.

Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan agama Islam yang maha suci ini, sebaliknya beta mahukan orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu.

Kebelakangan ini, beta dapati kesucian Islam telah dinodai apabila hukum hakam agama dan tafsiran al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan. Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat al-Quran atau perkara berkaitan hukum Allah melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya. Ayat-ayat al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri.

Di sini beta mengingatkan supaya jangan dicampuradukkan agama dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecah belahkan masyarakat. Sebaliknya beta menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu padu, membantu antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempertahankan agama Islam yang suci ini.

Akhir sekali sebagai orang Islam, yakinlah kemungkaran yang dilakukan oleh manusia akan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan malapetaka yang dahsyat seperti yang berlaku di zaman silam.

Surah Al-Anfal, ayat 25, Allah berfirman yang maksudnya; “Dan peliharalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab siksaNya".

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Selangor yang kita kasihi ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT serta dijauhkan dari malapetaka. Beta juga berdoa semoga rakyat yang berbilang kaum di negeri ini dapat hidup bersatu padu, aman damai, dan negeri Selangor akan terus maju, makmur dan sejahtera.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121115/re_02/Usah-terpengaruh-dakyah-pemikiran-bebas#ixzz2CIiMOyvd
© Utusan Melayu (M) Bhd

PROGRAM HIMPUNAN ANAK MUDA BERMOTOR TANJONG KARANG 2012


TARIKH : 17 NOV 2012 / SABTU
MASA : 10.00 PAGI - 12.00 MLM
TEMPAT : PADANG ASTAKA TANJONG KARANG

PERTANDINGAN STREET SOCCER TERBUKA,
PERTTANDINGAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU,
PERTANDINGAN MOTOR CANTIK
BATTLE OF THE BAND


PAMERAN POLIS DAN AADK, PROGRAM DERMA DARAH, PENDAFTARAN BR1M ORANG BUJANG,

CERAMAH MOTIVASI OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN

MAJLIS PERASMIAN HIMPUNAN ANAK MUDA BERMOTOR : JAM 02.00 PTG

PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN : AWIE WINGS DAN BANDI AMUK

CABUTAN BERTUAH

PESERTA YANG HADIR DAN MENDAFTAR AKAN MENDAPAT SIJIL PENGHARGAAN DARI MAJLIS BELIA DAERAH KUALA SELANGOR KERANA MENYERTAI PROGRAM.

SEMUA RAKAN2 DIJEMPUT HADIR.. By : Oyel / 013-2696977 / 016-2227372

Khalid Gagap Disekeh @NohOmar Kerana Mempermainkan Yayasan Selangor !

Ini lagi kisah MB yang pekak.Walaupun dah berkali-kali dicabar, namun sahingga hari ini MB yang gagap ni, masih bisu.

Baik kisah pasir, YBK, aset PKNS, sampah mahupun isu air, tiada yang lebih bisu dari Khalid Gagap.

Sebelum rakyat Selangor kecoh dengan isu Pakatan Haram nak melelong aset hartanah Unisel, isu berkaitan tanah Yayasan Selangor ini telah berjaya ditenggelamkan agar isu ini didiamkan.

Namun, bangkai gajah mana nak sorok.

Bagaimanapun, Dato Sri Noh Omar berjaya membuat Khalid Gagap lebih bisu dengan cabaran yang terbaru ini.

Berikut laporan dari KLPos;

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan semula tanah Yayasan Selangor lebih awal sebelum mendapat kelulusan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Menteri Besar itu telah menghantar surat mengarahkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki supaya menguruskan pengambilalihan tanah tersebut kerana ia sudah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah.

"Sedangkan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hanya memutuskan mengenai pemilikan tanah itu pada 18 Mei 2011 telah bersetuju supaya tanah atas nama Yayasan Selangor diserah balik dengan segera tanpa syarat.

"Maknanya di sini, Abdul Khalid telah membuat keputusan lebih awal sebelum mesyuarat Exco Kerajaan Negeri berlangsung."

"Beliau cakap tidak serupa bikin dan buat kerja hentam keromo," jelas Noh kepada media di Bangunan Umno Selangor semalam.

Tambah Noh, pihaknya mempunyai bukti surat yang dihantar kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor itu yang bertarikh 22 Mac 2011 .

"Jadi kita minta dia nafikan keputusan yang pengambilalihan tanah yang telah dibuat lebih awal," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Saya Anak Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin mendakwa Yayasan Selangor telah dipermainkan oleh kerajaan Negeri demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau turut menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Abdul Khalid memberi penjelasan penuh berhubung status tanah milik Yayasan Selangor itu yang kini didakwa dipindah milik untuk memberi laluan kepada pembangunan Pusat Kebudayaan Cina.

Wednesday, 14 November 2012

SULTAN KELANTAN UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERJAAN PUSAT


Titah ucapan Sultan Kelantan yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak meminggirkan negeri ini daripada arus pembangunan merupakan `tempelak' kepada kerajaan Pas negeri.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, selama ini kerajaan Pas Kelantan sering melemparkan pelbagai tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan kononnya menganaktirikan negeri ini.

Beliau berkata, titah ucapan Sultan Muhammad V itu yang turut menegur kerajaan Pas dalam pelbagai perkara, adalah amat tepat pada waktunya kerana baginda sememangnya sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

"Itu tempelak kepada kerajaan negeri, sebab hakikat sebenarnya Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan rakyat Kelantan, kalau menganaktirikan rakyat kelantan dari awal lagi Kerajaan Pusat tidak peduli dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program tinjauan mesra cakna rakyat di sini hari ini.


Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia
sebahagian daripada Malaysia dan berharap projek dilaksanakan dapat
merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek 'Central Spine Road'. Beta
difahamkan projek itu sedang giat dilaksanakan di sempadan negeri Pahang
dan Kelantan dan akan dilaksanakan di jajahan Gua Musang termasuk pembinaan
persimpangan bertingkat di kawasan bandar baru Gua Musang," titah baginda pada
Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang
Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-43 di Istana Balai Besar

MAKIN MELAMPAU! IRENE FERNANDEZ WAJAR DIHALAU DARI MALAYSIA!!!

Sememangnya puak-puak yang kononnya berjuang atas kesamaan hak, hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk menunjukkan belang mereka. Biarpun ianya melibatkan Perlembagaan Malaysia, sensitiviti agama dan kaum, puak-puak ini tidak pernah peduli. Bagi mereka, asalkan tembolok mereka penuh, maka mereka akan melanggarnya. Apatah lagi sekiranya orang politik berada di belakang mereka.

Anehnya yang bukan main lagi kurang ajar dan beranggapan Perlembagaan Malaysia sebagai kelas keduan adalah keturunan kaum pendatang sedangkan dalam banyak hal, merekalah yang meneruskan penjajahan di negara ini.

Sedangkan kaum Bumiputera dan Pribumi langsung tidak sakit hati atau berkhianat terhadap kaum pendatang berkenaan, malahan sentiasa berusaha mewujudkan keharmonian dengan membuat pelbagai pengorbanan termasuklah menyerahkan tanah-tanah mereka untuk tujuan pembangunan seperti pembinaan jalanraya, lebuhraya mahupun pembinaan bandar-bandar baru.

Irene Fernandez, sememangnya makhluk haramjadah yang tidak perlu diberikan tempat di negara ini.

Untuk melunakkan perbuatan khianatnya, Irene Fernandez telah menggunakan nama atau lebih tepat lagi kerjasama dengan sebuah agensi yang berpangkalan di United Kingdom untuk mengkritik Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya peruntukan dalam Perlembagaan kepada Melayu-Bumiputera dan agama Islam sebagai tidak wajar, sudah ketinggalan zaman dan mewujudkan krisis perkauman yang sangat hebat di Malaysia.

Tidak ada mana-mana di dunia ini yang membenarkan Perlembagaan negara masing-masing dipersoalkan, baik dari kalangan rakyat asing apatah lagi dari kalangan rakyat sendiri.

Kalau orang Melayu dan Bumiputera yang telah bermandi darah dan melakukan pelbagai pengorbanan untuk kewujudan negara ini boleh menerima bukan Melayu-Bumiputera sebagai sebahagian dari rakyat negara ini dengan hak yang tidak sepatutnya mereka terima seperti sekarang, mengapa pula puak-puak seperti Irene Fernandez masih tidak dapat bersyukur.

Di United Kingdom sendiri, golongan pendatang amat jarang dan terlalu sukar ditemui menjadi wakil rakyat. Sedangkan di Malaysia yang dikatakan menindas dan zalim terhadap kaum lain, wakil-wakil rakyat dari kalangan bukan Melayu-Bumiputera bersepah-sepah. Bahkan mereka yang baru menerima kerakyatan seperti Zuraidah Kamaruddin juga dibenarkan jadi Ahli Parlimen - sesuatu yang tidak mungkin akan diterimanya jikalau di Singapura, negara asalnya.

Apakah kerana kerajaan UMNO-BN selama ini terlalu berlembut dan tidak pernah mengambil tindakan terhadap penghina Perlembagaan selama ini kecuali pada zaman ancaman PKM dahulu, maka puak-puak seperti Irene Fernandez bebas untuk berbuat sekehendak hati?

Sudah sampai masanya Kerajaan bertindak tegas terhadap golongan seperti ini. Kalau Amerika Syarikat mengenakan hukuman mati terhadap penghina Perlembagaan, mengapa pula rakyat Malaysia yang mempertikaikan Perlembagaan Malaysia boleh hidup bebas?

SUMBER

Salam Maal Hijrah 1434 H ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.Maksud bagi tema tahun ini:-


Tema Sambutan Ma’al Hijrah 1434H/2012M

‘WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH’

Assalamualaikum, pada 15 November 2012, bersamaan hari khamis ini kita akan menyambut tahun baru bagi kalendar Islam

Maksud bagi tema tahun ini.

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni. Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.

definisi HIJRAH :-

Tidak dinafikan bahawa hijrah mengandungi hikmah yang terlalu besar. Tidak akan habis untuk diselongkar rahsianya dan tidak akan susut untuk digali perbendaharaannya. Penulisan ini cuba untuk mencedok hanya sekelumit daripada hikmah yang terkandung di sebalik peristiwa bersejarah itu.

Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Sebelum Fathu Makkah, hijrah ke Madinah, tempat terlaksananya kedaulatan Islam, diwajibkan ke atas seluruh Muslimin kecuali mereka yang mempunyai keuzuran tertentu. Selepas Makkah berjaya dikembalikan ke tangan umat Islam, manusia memasuki agama Allah berbondong-bondong dan mereka telah bebas melaksanakan Islam serta mendirikan syiarnya di mana jua, maka tiada lagi keperluan untuk berhijrah ke Madinah. Baginda telah bersabda (maksudnya):

“Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Makkah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah manyahutnya!”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Mujasyik bin Mas’ud dan saudaranya datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam dan berkata, “Kami berjanji setia untuk berhijrah”. Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya), “Telah berlalu hijrah untuk mereka yang telah melakukannya.” Mereka bertanya, “Kalau begitu kami berjanji setia untuk apa?” Baginda menjawab (maksudnya), “Untuk Islam dan jihad.”

(Riwayat al-Bukhari)

Maksud hijrah dalam nas-nas di atas ialah hijrah dari Makkah ke Madinah. Umat Islam tidak lagi dituntut supaya meninggalkan Makkah dan berhijrah ke Madinah kerana Makkah telah menjadi negara Islam dan tiada lagi halangan untuk mereka melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Adapun mereka yang berada di dalam negara kafir yang menindas dan menghalang umat Islam daripada melaksanakan ibadah yang dituntut oleh Islam serta syiar-syiarnya, wajib berhijrah sampai bila-bila.

Imam Ahmad dan lain-lain meriwayatkan daripada Abdullah bin Waqdan, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Tidak terputus hijrah selagi Muslim diperangi oleh kuffar.”

Namun sekiranya Muslim berada dalam negara kafir yang tidak memerangi Islam serta tidak menghalang orang-orang Islam melaksanakan segala syiarnya, tidak wajib berhijrah dari negara tersebut, lebih-lebih lagi berada di dalam negara yang mengamalkan dasar terbuka serta memberi peluang kepada Muslim untuk berdakwah dan menunjukkan kebaikan Islam kepada masyarakat setempat.

Apakah ini bermakna kita tidak perlu berhijrah lagi?

Sebenarnya hijrah mempunyai dua pengertian: hijrah secara fizikal dari satu negeri ke negeri yang lain, dan hijrah dengan hati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah hijrah yang hakiki yang menjadi tunjang kepada hijrah jasmani. Perkataan hijrah mengandungi elemen, ‘dari’ dan ‘ke’ atau ‘daripada’ dan ‘kepada’. Jadi hijrah hati bermaksud berhijrah daripada cinta kepada selain Allah kepada cinta kepada Allah, daripada ubudiah kepada makhluk kepada ubudiah kepada Allah, daripada takut, berharap dan bertawakkal kepada selain Allah kepada takut, berharap dan bertawakal kepada-Nya.

Kata Ibn al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan mengharap hanya kepada-Nya. Dan hijrah kepada Rasul ialah dengan mengikuti syariat yang dibawanya dalam semua aspek, lahir dan batin.

Maka hijrah yang dituntut pada masa kini ialah:

1. Jihad fi sabilillah dengan niat yang ikhlas sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”

2. Taubat nasuha dengan meninggalkan segala kejahatan dan dosa sebelum matahari terbit dari arah barat. Daripada Mu’awiah bin Abi Sufyan r.a., beliau mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Tidak terputus hijrah sehingga terputus (peluang) bertaubat, dan tidak terputus (peluang) bertaubat sehingga matahari muncul dari arah barat.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dari barat, akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya. Peluang beramal sudah tiada lagi.”

(Riwayat Ahmad)

3. Memberi sedekah. Daripada Abi Saeid al-Khudri r.a. katanya, seorang badwi telah datang menemui Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya mengenai hijrah. Baginda bersabda (maksudnya),

“Dengar ini! Sesungguhnya hijrah itu urusannya sangat sulit. Maka adakah kamu memiliki unta?” Badwi itu menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya, “Adakah kamu mengeluarkan zakatnya?” Dia menjawab, “Ya.” Nabi sallallahu alaihi wasallam bertanya lagi, “Adakah kamu memberi sedekah sesuatu daripadanya seperti memerah susunya?” Dia menjawab, “Ya.” Lalu baginda bersabda (maksudnya),

“Maka beramallah kamu dari seberang lautan. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengabaikan amalan kamu sedikit pun.”

Ketika mensyarahkan Hadis ini, al-Hafidz Ibn Hajar berkata, “Hadis ini menunjukkan kelebihan mengeluarkan zakat unta, iaitu dengan mengeluarkan hak Allah pada unta itu menyamai kelebihan hijrah. Hadis ini juga mengisyaratkan bahawa seseorang yang menetap di negerinya dengan menunaikan zakat unta, akan memperoleh ganjaran hijrah dan menetap di Madinah.

Monday, 12 November 2012

TEKNOLOGI MEMBRAN LEBIH SESUAI UNTUK INDUSTRI BUKAN ISI RUMAH


Teknologi membran yang disaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kaedah merawat air tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah kerana sistem itu adalah kaedah penapisan air sisa untuk kegunaan industri, kata seorang pakar pengurusan air.

Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri berkata, teknologi membran kebanyakannya diguna secara mudah alih dan sering diguna oleh industri untuk memproses air yang diguna sebelum dilepaskan ke dalam sistem air sedia ada.

"Membran boleh juga digunakan untuk memproses air kumbahan kerana air kumbahan merupakan sebahagian daripada air sisa," katanya kepada pemberita di sini.


Beliau berkata, kelebihan teknologi itu hanya setakat membersihkan air untuk industri yang boleh diguna semula dalam industri atau operasi kilang.

"Selalunya bagi operasi kilang seperti kilang getah yang memerlukan penggunaan air yang tinggi yang kemudiannya diproses kembali dan diguna pakai semula dalam kilang berkenaan," katanya.

Ahmad Zaharuddin yang juga seorang pensyarah kanan, berkata kerajaan Selangor gagal melihat aspek penting bahawa teknologi membran adalah sistem yang memerlukan air mentah dan isu itu yang harus diutamakan.

"Bagaimanakah kita dapat memproses air jika kita tidak mempunyai bekalan air mentah? Isunya ialah adakah kita mempunyai air mentah yang mencukupi untuk diproses menjadi air bersih? Itu adalah pertanyaan yang cukup besar," katanya.

Mengenai pelbagai kenyataan oleh pemimpin kerajaan Selangor bahawa negeri itu mempunyai sumber air mentah yang mencukupi, Ahmad Zaharuddin berkata, ramai yang salah sangka berhubung isi itu kerana mereka bersandarkan fakta hujan dan sungai yang banyak di Malaysia.

"Tetapi pernah kita terfikir sama ada hujan yang kita nikmati setiap hari ini, ditakung? Adakah kita menyimpan hujan untuk diproses?" tanya beliau.

Katanya, walau sebanyak mana hujan yang turun di merata tempat, air hujan itu tidak boleh dipanggil air mentah untuk diproses jika tidak turun di kawasan takungan.

Beliau berkata, jika kerajaan Selangor mahu menggunakan teknologi membran, ia perlu mewajibkan semua industri di negeri itu menggunakan teknologi berkenaan bagi menyelesaikan sebahagian daripada masalah isu air mentah.

Ahmad Zaharuddin berkata, jika teknologi membran digunakan sebagai alternatif, kerajaan negeri itu perlu memikirkan tentang kos yang akan ditanggung bertahun-tahun apabila terpaksa menukar peralatan yang sedia ada.

Dalam temu bual menerusi rancangan "Soal Jawab" yang disiarkan TV3 baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Jabatan Bekalan Air Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Marzuki Mohammad, berkata kos rawatan air teknologi membran adalah jauh lebih tinggi berbanding loji rawatan konvensional, iaitu di antara lima hingga enam kali ganda.

Beliau merujuk kepada kenyataan Abdul Khalid bahawa teknologi itu membabitkan kos yang lebih rendah.

Ahmad Zaharuddin juga mempersoalkan hasrat kerajaan Selangor hendak menggunakan teknologi membran dari Kanada sedangkan Malaysia mempunyai kepakaran tersebut.

"Kita mempunyai kepakaran dalam teknologi membran di pusat membran sendiri di Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia lebih memahami suasana yang ada di negara sendiri berbanding orang luar yang hanya berminat untuk menjual teknologi mereka atau berniaga di negara ini.

Sunday, 11 November 2012

Video Kenapa Tanah Yayasan Selangor Di Rampas?-@NOHOMAR


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan dan tujuan kerajaan Selangor mengambil tanah milik Yayasan Selangor seluas 7.32 hektar di Klang.

"Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri rampas tanah itu daripada Yayasan Selangor... kita terima ia gagal dibangunkan seperti perjanjian yang dibuat namun tanah berkenaan tidak sepatutnya diambil.

Beliau berkata, alasan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri itu ekoran kegagalan sebuah syarikat membangunkannya, adalah tidak wajar kerana ia sepatutnya diberikan kepada Yayasan Selangor.

"Abdul Khalid selaku pengerusi yayasan itu sepatutnya lebih peka dan faham bahawa tanah berkenaan tetap milik Yayasan Selangor dan tidak sepatutnya dirampas oleh sesiapa termasuk kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Negeri Selangor 2012 di Dataran Banting di sini hari ini.

Noh mendakwa Yayasan Selangor masih menjadi pemilik asal seperti yang tercatat dalam geran tanah berkenaan malah yayasan itu juga yang membuat bayaran premium tanah sebelum ini.

Semalam, Abdul Khalid dalam satu sidang media, memperjelaskan bahawa tanah tersebut bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserahkan kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN.

Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah tersebut akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina.

Beliau berkata, buat masa ini lot tanah itu masih kosong dan pihaknya belum terfikir untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan di situ.

ISU AIR SELANGOR :POLITIK PUNYA PASAL,KESUSAHAN RAKYAT DI TOLAK KETEPI


Baru-baru ini kita ‘dikejutkan’ dengan kenyataan kerajaan Selangor yang berhasrat untuk mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selepas mendakwa syarikat berkenaan tidak memberikan perkhidmatan memuaskan kepada rakyat, menarik juga bunyinya itu.

Alasannya mudah.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Syabas adalah PUNCA berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang.

Katanya, ketidakmampuan Syabas itu dilihat menerusi tunggakan syarikat itu kepada operator rawatan air sebanyak RM2.8 bilion sehingga April tahun ini, selain gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi.

Dakwa beliau, berdasarkan laporan audit yang dilakukan oleh kerajaan negeri, Syabas juga tidak melaksanakan perbelanjaan modal (Capex) mereka dengan baik.

Persoalannya, mampukah kerajaan negeri memberi jaminan sekiranya mereka mengambil alih tugas-tugas Syabas ini, rakyat di negeri Selangor akan dapat ‘lari’ daripada masalah bekalan air?

Kita bercakap mengenai fakta, bukan sengaja hendak mencari kelemahan kerajaan negeri.

Perkhidmatan kutipan sampah sebagai contoh, kerajaan negeri sendiri tidak mampu untuk menguruskan kerja mengutip sampah dengan baik apabila khidmat itu diambil alih tahun lepas.

Mereka siap belanja RM200 juta untuk membel lori kompaktor, tetapi pengurusan mengutip sampah menjadi lebih teruk daripada dahulu!

Khalid juga menyatakan yang krisis air tidak meruncing seperti yang disangka, tetapi hakikatnya rakyat mula mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan yang sering ‘putus’ (silat lihat klip dibawah)

Lebih menggelikan hati, Khalid mendakwa tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup, malah sampai ke peringkat melimpah!

Hakikatnya, telah berlaku penurunan paras air yang mendadak sejak bulan lalu di beberapa kolam takungan sehingga ada yang mencapai negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.

Keadaan itu berlaku kerana tekanan air rendah dan ada tempat tidak mendapat bekalan terutama di daerah Petaling, Klang, Kuala Lumpur dan Hulu Langat melibatkan seramai kira-kira 1 juta pengguna.

Keadaan tersebut menyebabkan loji rawatan air beroperasi melebihi tahap maksimum sekali gus melepasi kemampuan kapasiti reka bentuk ekoran tekanan permintaan yang mendadak, sedangkan kolam simpanan perlu mempunyai bekalan yang mencukupi bagi menghadapi kemungkinan musim kemarau, masalah pencemaran atau gangguan sistem bekalan air.

Khalid kena ingat, pada masa depan apabila Lembah Klang menjadi lebih maju, keperluan air terawat terus meningkat selaras dengan penambahan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.

Sepatutnya Khalid dan kerajaan negeri Selangor kena bersyukur, ini kerana bagi mengatasi masalah bekalan air yang dijangka meruncing menjelang tahun 2014, kerajaan Persekutuan telah pun bersetuju untuk membina Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 iaitu projek pemindahan air dari Pahang ke Selangor melalui terowong sejauh 44.5 kilometer.

Malangnya, setelah mengadakan lima kali pertemuan dengan pihak kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan berasa hampa kerana tiada jalan penyelesaian ditemui.

Bekalan air mentah semakin berkurangan daripada kapasiti maksimum di setiap empangan.

Ini menunjukkan bekalan air mentah cukup genting, justeru, air yang dibawa dari Pahang amat diperlukan.

Malangnya, dalam hal ini, Khalid sering berdolak-dalik hingga menyebabkan kerja-kerja pembinaan empangan Langat 2 di Hulu Langat tertangguh sehingga kini.

Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu mengemukakan cadangan lain termasuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NWR) bukan jalan penyelesaian segera kerana proses penggantian paip baru akan mengambil masa yang lebih lama sedangkan krisis air itu perlu ditangani secepat mungkin.

Sebab itu tidak hairan sekiranya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘menegur’ sikap Khalid itu.

Muhyiddin dalam kenyataannya sebelum ini menggesa Khalid bertindak secara praktikal dan pragmatik dalam menangani krisis air di negeri itu demi kepentingan rakyat.

“Sekiranya beliau benar-benar memikirkan kebajikan rakyat, projek pembinaan tersebut harus disegerakan demi kebaikan dan kemudahan penduduk.

“Jika terdapat isu-isu lain yang mahu diselesaikannya, ia boleh dibincang kemudian tetapi projek ini harus disegerakan,” katanya diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang meletakkan syarat supaya Kerajaan Pusat berjanji tidak menaikkan tarif air dan mengisytiharkan projek bernilai RM10.5 bilion itu sebagai aset kerajaan negeri.

Kalau benar, Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat pentingkan nasib dan kebajikan rakyat, ‘ketepikanlah’ dulu dendam kesumat peribadi dan politik yang tidak berkesudahan….jangan sampai nanti beliau pergi kerja pun terpaksa mandi kat surau, itupun kalau tangki surau masih ada air lebihlah kan….

TAHNIAH ZULFAHMI PODIUM KEDUA ZULFAHMI

Pelumba muda negara, Zulfahmi Khairuddin (kanan) mengakhiri musim 2012 dengan sekali lagi mencipta nama apabila menduduki tempat ketiga pelumbaan Moto3 GP Sepanyol di belakang juara dari Britain, Danny Kent (tengah) dan Sandro Cortese (Jerman).

Saturday, 10 November 2012

LAGI MELAYU MEREMPAT !!!! DAP P.PINANG SEMAKIN KURANG AJAR


DAP P.Pinang semakin kurang ajar meroboh rumah warga emas yang mempunyai anak OKU..xde hati perut btul..napelah ade lagi org suke DAP ni kan?? nak roboh ke ape ke beri notis dululah, at least org dpt prepare, nak pindah barang2 berharga ke ape ke..jahat tul DAP, da mcm rejim zionis jer - anne

Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata melihat sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugor di sini dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam.

Bahagian hadapan rumah Mariam Tahir, 72, yang berusia hampir 100 tahun itu diruntuhkan oleh jentolak penguat kuasa MPPP semasa dia keluar ke pasar kira-kira pukul 9.30 pagi atas alasan dibina tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar, dia terperanjat apabila melihat pekarangan rumahnya dipenuhi anggota MPPP serta beberapa anggota polis untuk menjalankan tugas meroboh.

Jelas Mariam, dia amat kecewa dengan sikap pegawai MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya.

"Saya dah tua, anak pula OKU. Kehidupan kami bergantung dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Thursday, 8 November 2012

DR ZULKEFLY AHMAD PLURALISME JADI 'PAK SANGGUP' DEMI MENYELAMATKAN MARUAH NURUL IZZAH


MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bersedia menjadi 'Pak sanggup' bagi menyelamatkan maruah Nurul Izzah Anwar yang mengeluarkan kenyataan bahawa “Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),.

Dzulkefly yang terkenal menjadi penyokong kuat Anwar dalam Pas akan mengadap dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi pihak Nurul Izzah untuk menjelaskan isu sebenar kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Dzulkefli yakin dapat mengadap Sultan dengan secepat mungkin bagi menerangkan kenyataan Nurul Izzah sebenar yang telah dikeluarkan ketika forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Dzulkefli berkata beliau terlalu baik dengan Sultan. Saya sendiri boleh bawa kenyataan sebenar Nurul Izzah kepada Sultan.


Persoalannya kenapa Dzulkefli pula yang mahu mengadap Sultan sedangkan yang memberi kenyataan murtad adalah Nurul Izzah Anwar.

Apa Nurul tidak 'standard' berjumpa dengan Sultan kerana bapaknya Anwar Ibrahim bakal jadi 'Presiden of Malaysia'?.

Diharap pihak Istana tidak menerima Dzulkefli Ahmad untuk mengadap Sultan bagi pihak Nurul Izzah kerana Dzulkefli pun tidak tahu apa-apa kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah Anwar bagaimana beliau hendak menerangkan kepada Sultan Selangor nanti.

Tuesday, 6 November 2012

PENDEKNYE AKAL SEORANG MB SELANGOR TEKNOLOGI MEMBRAN HANYA JANGKA PENDEK,KOS TINGGI DAN TAK MUNASABAH


Kerajaan Persekutuan mahu membina loji air Langat 2 untuk mengatasi masalah kekurangan air tetapi kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat menentang projek tersebut tetapi Kerajaan Selangor menawarkan alternatif teknologi membran yang didakwa lebih murah.

Noriah hari ini menyatakan bahawa teknologi membran hanya boleh menjadi alternatif untuk jangka pendek, bukannya jangka panjang.

“Teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar. Mungkin dalam jangka pendek, tetapi tidak dapat memenuhi unjuran jangka panjang,” kata Noriah.
Menurut Noriah kos sebanyak RM95 juta untuk satu loji sahaja.


Khalid hari ini "menawarkan" projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk dimuatkan dalam program jangka masa panjang sekiranya pusat bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula air di negeri itu.

Tawaran tersebut disifatkan sebagai usaha beliau untuk 'mengikat' tangan kerajaan pusat tanpa menghiraukan kepentingan rakyat yang bakal berhadapan dengan krisis air menjelang tahun 2014.

Khalid sebaliknya menegaskan teknologi membran yang diperkenalkan baru-baru ini jauh lebih murah justeru yakin ianya mampu mengatasi masalah kekurangan air.

Bagaimanapun dalam kenyataan balas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon menegaskan keputusan kerajaan Pusat untuk meneruskan projek Langat 2 dengan alasan ia lebih menjimatkan serta dapat mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Noriah berkata teknologi membran yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor hanya dapat memberikan kesan penyelesaian jangka pendek dan ia tidak praktikal untuk jangka masa panjang.

Berdasarkan kajian sejak 1990 an, kami mendapati keputusan terbaik dan lebih menjimatkan adalah menerusi projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) ketika sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Khalid bertanya sama kerajaan Persekutuan akan menyemak semula keputusan untuk melaksanakan Langat 2 berbanding menggunakan teknologi membran untuk mengatasi krisis air di Selangor.

Noriah turut mengesahkan tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa teknologi membran yang dikemukakan oleh kerajaan Selangor itu dapat meningkatkan kapasiti air bersih di negeri itu.

`Teruskan dengan tender’

Pada ketika tersebut beberapa ahli parlimen BN mula riuh kerana projek mitigasi jangka sudah pun dijalankan.

Abdul Khalid berkata beliau sanggup membandingkan data dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai jawatankuasa kabinet untuk isu projek Langat 2.

“Kalau saya dapat buktikan teknologi membran yang kos lebih rendah, adakah kerajaan Persekutuan sanggup menolak projek tersebut. Untuk keluarkan 130,000 liter hanya RM800,000 berbanding dengan harga lebih RM30 juta. Kalau angka betul, sanggupkah menteri tolak projek ini?

“Kos lebihan (projek Langat 2) terlalu tinggi sebab itu kerajaan negeri jaga hak rakyat,” jelas Abdul Khalid.

Noriah membalas bahawa kajian persekutuan bermula sejak tahun 1990 an dan membuat keputusan paling ekonomi ialah pemindahan air dari Pahang dan Langat 2.

“Kita teruskan juga dengan tender. Saya rasa akan setuju kerana akan tukar kerajaan (Selangor). Mengata teknologi membran murah senang tapi sumber air yang diperlukan banyak.