Wednesday 22 August 2012

Program Rembang Syawal sasar jualan RM400,000


TANJONG KARANG — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan jualan kuih-muih dan makanan ringan di bawah Program Rembang Syawal yang bermula sejak dua minggu lepas di sini, mencecah RM400,000.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar berkata, sasaran itu lebih rendah berbanding jualan tahun lepas iaitu hampir RM1 juta kerana jumlah gerai yang mengambil bahagian tahun ini hanya 22 buah berbanding 29 gerai pada tahun lepas.



Katanya, program itu dimulakan pada 2011 bagi memberi ruang tambahan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana sekitar Tanjong Karang dan Sabak Bernam memasarkan kuih-muih tradisional dan kerepek hasil buatan mereka kepada orang ramai.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas melawat gerai yang mengambil bahagian dalam program berkenaan hari ini.

No comments:

Post a Comment