Tuesday 26 December 2017

MENTERI BESAR SELANGOR DAN KERAJAAN NEGERI SAMPAH : Selangor belum bebas sampah

 Janji Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu menyelesaikan isu kutipan sampah di Selangor dilihat seolah-olah sekadar ‘melepaskan batok ditangga’ sahaja apabila rakyat khususnya di bandar raya ini terus berdepan dengan masalah itu.
Walaupun Timbalan Presiden Pakatan Rakyat itu pernah memberikan nombor telefon bimbit peribadi menerusi akaun Twitternya pada 4 November 2014 supaya orang ramai boleh membuat aduan secara terus mengenai isu itu, ia tidak lebih daripada gimik semata-mata bagi meraih ke­untungan politik.


Isu yang semakin merun­cing dan berterusan itu jelas menunjukkan tiada sebarang komitmen diberikan oleh kerajaan negeri untuk menanganinya secara serius.

Buktinya, hari ini, para penduduk di kawasan Taman Nusa Rhu dan Taman Puncak Perdana, Seksyen U10, di sini sekali lagi mendesak Mohamed Azmin segera menyelesaikan isu tersebut .
Rata-rata penduduk yang ditemui berasa terkilan dan berang dengan tindakan kerajaan negeri mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT) yang seolah-olah menutup mata dalam isu tersebut.
Dakwa penduduk, kontraktor yang dilantik gagal melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah mengikut jadual sehingga menyebabkan penduduk terpaksa menanggung derita.


Selain sampah bertimbun tidak dikutip berhari-hari sehingga berulat, mereka juga turut terganggu dengan bau busuk sekali gus mengundang kepada risiko kesihatan.
Penduduk Taman Nusa Rhu,berkata ada masanya sampah di kawasan kediamannya tidak dikutip lima hingga enam hari menyebabkan suasana di hadapan rumah dicemari pemanda­ngan menjijikkan.
Menurutnya, kegagalan kerajaan negeri dan PBT memantau pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja kutipan mengikut jadual menyebabkan penduduk terpaksa mencium bau sampah setiap hari.
“Bila kami mengadu sampah tidak dikutip yang datang bukan lori kompaktor tetapi lori kecil yang langsung tidak menepati spe­sifikasi.
“Air sampah keluar meleleh sehingga memenuhi atas jalan di kawasan perumahan kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Masalah itu telah dikemukakan kepada pihak KERAJAAN NEGERI , WAKIL RAKYAT DAN PBT, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini.
kerajaan negeri tidak seharusnya memandang ringan isu tersebut yang jelas telah menjejaskan kualiti dan kesejahteraan penduduk di situ.
“Anak-anak pun sukar untuk bermain di luar rumah disebabkan udara tidak nyaman berpunca daripada sampah yang membusuk dari sehari ke sehari,” katanya.
isu ini seperti tiada penyelesaian apabila banyak aduan daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan komitmen kerajaan negeri dalam peng­urusan sampah.

Sudah sebulan disah berlaku penyelewengan Kenapa Azmin abai saranan Selcat?





Sikap membisu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap lima saranan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berkaitan skandal tanah di Kampung Su­ngai Yu, meskipun sudah hampir sebulan disahkan berlakunya penyelewengan, mencetuskan pelbagai persoalan.

Ahli Jawatankuasa Selcat, Datuk Sulaiman Razak berkata, Mohamed Azmin perlu membuktikan kete­lusan pentadbirannya berhubungan skandal di Sungai Yu dengan melaksanakan semua lima saranan Selcat, terutama menggantung proses pemberimilikan tanah sehingga Jawatankuasa Pemilihan yang baharu dilantik selain mengesahkan semula kelayakan para pemohon.


“Mohamed Azmin jangan lupa beliau sendiri berjanji dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini seandainya terbukti berlaku penyelewengan dalam skandal berkenaan, proses pemberian tanah tersebut akan dibatalkan tetapi sehingga kini, saya lihat tiada sebarang tindakan yang menjurus ke arah itu (pembatalan) dibuat oleh kerajaan negeri.

“Persoalannya sekarang di mana ketelusan kerajaan negeri dan Mohamed Azmin? Soal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat semula kes ini, itu isu lain tetapi sebagai Menteri Besar, beliau bertanggungjawab untuk mengambil tindakan seperti disarankan Selcat,”


Wujudnya pelbagai skandal dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu dan antara yang paling pelik adalah bagaimana 18 individu yang nombor kad pengenalan mereka tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh melepasi tapisan kerajaan negeri sehingga diberikan kelulusan memiliki tanah.


Pendedahan berterusan itu kemudiannya memaksa Selcat untuk bersidang dan Pengerusinya, Hannah Yeoh, yang juga Speaker DUN Selangor daripada DAP pada 8 Disember lalu mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses pemilikan tanah tersebut.

Enam hari selepas pengakuan Hannah itu, SPRM seterusnya bertindak membuka semula kertas siasatan dan telah memanggil 26 saksi untuk dirakamkan percakapan termasuk salah seorang daripadanya adalah Exco kerajaan PKR Selangor.


Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang menambah, Mohamed Azmin tidak perlu berdolak-dalik dengan menyalahkan pihak lain khususnya SPRM kerana skandal tersebut jelas berlaku semasa beliau mentadbir Selangor dan seharusnya perkara berkenaan ditangani secara bertanggungjawab, konsisten serta jujur.

“Sekarang rakyat sedang menilai kejujuran Mohamed Azmin kerana beliau sudah berjanji yang menyelesaikannya tetapi mengapa begitu lama tempoh yang diambil untuk membuat keputusan bagi membatalkan semua pemberian tanah berkenaan sebagaimana dijanjikannya ketika sidang DUN,” katanya.

KOS SARA HIDUP NAIK PEMBANGKANG CAKAP TAPI BUKAN KE SOAL EKONOMI BERPUNCA SIKAP SENDIRI


Sikap rakyat Malaysia yang rata-rata gemar mengeluh tentang kepayahan hidup kononnya akibat tekanan ekonomi semasa dikatakan berpunca daripada sikap, kehendak serta emosi mereka yang tidak pernah rasa bersyu­kur dengan keselesaan yang dimiliki.

Kepayahan yang sering diuar-uarkan itu tidak setara dengan kemewahan hidup yang dinikmati baik dari segi pelancongan, makanan, kenderaan serta pakaian.

Rakyat sentiasa me­ngadu kenaikan harga petrol serta menu­duh kemelesetan ekonomi sedang berlaku apabila pusat beli-belah tidak lagi dikunjungi, tetapi ironinya mereka sentiasa mengutamakan pilihan yang paling atas atau mewah dalam memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.

“Terdapat ahli-ahli politik yang menuduh Malaysia me­nuju kebankrapan dan ramai mempercayainya tanpa mengiktiraf realiti pencapaian ekonomi negara termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.2 peratus pada suku ketiga 2017, 7.2 peratus pertumbuhan permintaan swasta dan rizab antarabangsa yang mampu menampung lebih tujuh bulan import.







Persoalannya bukan sama ada ekonomi teruk atau tidak, tetapi bagaimana sikap kita melihat ekonomi. Ekonomi tidak boleh dihuraikan mengikut perasaan,”

Sememangnya masih ada rakyat yang hidup dalam kemiskinan dan memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan isu tersebut, namun pada masa sama, tidak boleh dinafikan hakikat bahawa ramai yang hidup dalam keada­an selesa.



Rakyat sering membandingkan kehidupan dengan masyarakat Barat yang mewah dan suka melancong, tetapi berdasarkan statistik, rakyat Malaysia lebih gemar melancong malah destinasi pilihan mereka bukan calang-calang merangkumi Eropah, Amerika Syarikat (AS), China, Jepun dan Australia.

“Sudah tidak pasti adakah sikap suka melancong rakyat Malaysia ini ada kaitan dengan budaya atau genetik. Tetapi pastinya, ia lebih dikaitkan de­ngan kedudukan kewangan kera­na anda tidak boleh melancong tanpa duit.

“Sikap suka melancong ini dilihat tidak selari dengan segala aduan mengenai kenaikan harga minyak dan barangan,”

, rakyat kini tidak lagi berbelanja RM1.30 untuk secawan kopi, makan di warung, melancong di dalam negara atau membeli kereta Proton sebagai kenderaan pertama mereka.



Mereka kini memilih minuman berharga RM13 secawan, restoran makanan laut, melancong ke luar negara dan memiliki kenderaan import.

Dakwaan kononnya pusat beli-belah tidak lagi dikunjungi bukan bermaksud rakyat tidak berduit, namun senario itu disebabkan trend membeli-belah secara dalam talian dan selera pengguna yang berubah kepada barangan yang lebih berjenama.




Tuesday 19 December 2017

TERKINI Azwan Ali serah bukti penyelewengan kerajaan negeri Selangor di SPRM



Selebriti sensasi, Azwan Ali tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.


Azwan tiba menaiki kereta Alphard warna hitam di perkarangan SPRM dengan membawa satu sampul surat yang didakwa berisi dokumen untuk diserahkan kepada SPRM.


Adik kepada Menteri Besar Selangor itu kemudian masuk ke pejabat SPRM pukul 10.15 pagi tadi dipercayai untuk menyerahkan dokumen dan bukti mengenai salah guna kuasa dan rasuah kerajaan negeri Selangor
SELANJUTNYA KLIK DI SINI  www.bnselangor.net

Monday 18 December 2017

KPDNKK CHAMPIONS RAKYAT "Tindakan pembangkang ‘main’ isu harga barang tidak realistik "

Tindakan pembangkang yang didakwa menggunakan isu harga barang dalam meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai tidak realistik dan bukan bersimpati terhadap rakyat.

Perkara itu tidak menghairankan kerana pihak pembangkang akan mencari apa sahaja isu yang boleh ‘dimainkan’ termasuk isu harga barang untuk menyebabkan rakyat benci terhadap kerajaan.


“Dakyah yang dilontarkan pihak pembangkang itu tidak realistik kerana mereka tidak melihat sendiri kos pengeluaran dan sebagainya. Padahal yang menaikkan harga barang itu bukannya kerajaan tetapi peniaga itu sendiri di mana kebanyakannya bergantung kepada kehendak pasaran.

“Hal ini tidak mustahil kerana pembangkang memang tidak akan duduk diam, kalau ada kesempatan memang mereka akan ‘main’ apa sahaja isu untuk meraih sokongan. Sedangkan kerajaan juga sentiasa memantau harga barang dalam memastikan supaya harga yang dikenakan tidak tinggi dan membebankan rakyat,”

Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang berterusan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kononnya sebagai penyebab harga barang meningkat.


“Dakyah ini dilihat sebagai meraih sokongan secara emosional kerana isu ini amat berkait rapat dengan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana sekali gus pihak pembangkang mengambil kesempatan ke atas isu tersebut.

“Oleh itu, pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan maklumat mengenai harga barang sampai ke segenap lapisan masyarakat supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dilempar pihak pembangkang,”

ORANG MELAYU DI SELANGOR MESTI PERTAHAN HAK MELAYU DAN ISLAM DALAM PERANG SIBER


Related image



Gerbang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dianggap ibu kepada segala pilihan raya semakin kita hampiri. Parti didominasi oleh orang Melayu yang secara tegas memperjuangkan kelangsungan Islam dan bangsa Melayu tidak boleh leka lagi.


Orang Melayu mesti memiliki mentaliti untuk menang. Ia bukan sekadar konsep dan falsafah tetapi memerlukan semangat, keyakinan dan tindakan. Orang Melayu perlu diingatkan bahawa mereka tidak ada pilihan lain kecuali bersatu, mengukuhkan perjuangan dan mengelakkan perpecahan sesama mereka. Mereka perlu disedarkan PRU-14 yang dihadapi tidak lama lagi akan menjadi penentu kepada kedudukan agama Islam, masa depan orang Melayu dan hak orang Melayu untuk terus dipertahankan.



Mesti ingat, jika kuasa yang dimiliki oleh orang Melayu kini terlepas dari genggaman yang ampuh, walaupun Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 secara jelas meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Kemenangan besar parti Melayu dalam PRU-14 akan menjamin hak istimewa orang Melayu dan pribumi terus dimuliakan serta diperkasakan.



Kemenangan dalam PRU-14 menjadi pemangkin kepada kedudukan sembilan Raja Melayu agar terus didaulatkan. Kedudukan Raja Melayu yang menjadi 'payung' kepada orang Melayu dan ketua agama Islam bagi negeri yang dinaunginya perlu terus dipertahankan. Kini, ada cubaan untuk menghakis peranan Raja Melayu melalui pandangan negatif di alam siber sebagai alat untuk memecah-belah ummah. Tidak mustahil jika orang Melayu tidak lagi memegang tampuk kuasa, peranan Raja Melayu sedikit demi sedikit akan dikurangkan.



Orang Melayu tidak boleh lagi sekadar bertahan dan menerima sahaja segala tohmahan dari berbagai sudut oleh kumpulan pengkhianat yang berusaha untuk melemahkan perpaduan kita melalui alam siber. Jika dibiarkan, kita bimbang lebih ramai rakyat akan terpengaruh dengan fakta tidak benar, songsang dan ramai orang Melayu akan berpegang kepada keyakinan bahawa pendekatan liberal atau pentadbiran politik tanpa berpaksi Islam boleh menjamin kebajikan ummah selepas PRU-14.






Alam siber digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu untuk menyerang tanpa rasa bersalah apa juga perancangan, pelaksanaan, keputusan kerajaan daripada aspek agama, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan yang dipimpin oleh orang Melayu. Perbezaan pendapat boleh ada tetapi jangan sehingga pihak pendusta memberi fakta palsu dan fitnah di alam siber. Tentera siber ini yang dikenali dengan identiti sebenar atau hanya berselindung dengan nama tertentu bergerak dan beroperasi secara individu atau berkumpulan.



Perlu tindakan tegas



Tentera siber ini bergerak dengan licik dan tindakan mereka ini tidak boleh dipandang remeh. Mereka tidak boleh dibiarkan menyerang dengan fitnah palsu yang sengaja disensasikan. Tindakan tegas mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu dikenakan terhadap mereka tidak bertanggung jawab ini. Fitnah dan tafsiran isu negara dengan mengemukakan fakta palsu, sengaja diselewangkan di alam siber untuk mempengaruhi orang ramai dan memecahkan ummah.



Orang Melayu tidak boleh lagi mengamalkan pendekatan bertahan secara pasif, iaitu hanya sekadar menafikan dan menjawab dengan lesu segala tuduhan palsu serta fitnah yang tidak berasas di alam siber. Generasi muda Melayu perlu menunjukkan semangat kepahlawanan bangsa sebagai hulubalang siber di barisan hadapan untuk menghadapi medan perang siber ini bagi menghadapi PRU-14. Generasi muda Melayu perlu rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan maruah orang Melayu agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain yang ingin mengetepikan hak Bumiputera dan pribumi.



Ada beberapa tumpuan perlu digunakan untuk membalas balik serangan daripada tentera siber yang tidak bertanggung jawab dan tidak pernah rasa bersyukur dengan suasana hidup yang aman di bumi ini. Kita perlu membentuk pasukan khas wira siber yang rasmi dan bersikap adil. Mereka perlu dianggotai oleh pakar dalam kalangan orang Muslim dan Melayu yang menyalurkan kepada ummah maklumat tepat dan adil di alam maya. Ia bagi menangkis segala fitnah, penghinaan, membetulkan fakta salah dalam aspek yang berkaitan Islam, hak Bumiputera, Raja Melayu, pendidikan, ekonomi dan fitnah kepada pemimpin Melayu.



Pasukan hulubalang siber ini perlu berbeza dengan pasukan siber yang sedia ada daripada berbagai parti politik dan kumpulan yang sentiasa berat sebelah, rasis dan tidak boleh dipertanggungjawabkan pada faktanya. Hulubalang siber ini membezakan fakta tulen dan yang direka-reka, mengkaji punca fitnah serta asal usul berita tanpa fakta kukuh dan dikongsi untuk tontonan umum dalam kumpulan blog media yang ditetapkan. Pasukan hulubalang siber ini adalah satu entiti yang sah dari segi undang-undang dan boleh dibawa ke muka pengadilan jika faktanya tidak benar.



Usahawan boleh berperanan dengan menyalurkan infak kepada tabung hulubalang siber ini. Ia bagi memastikan kewangan kukuh dan bagi menjamin kesinambungan peranan pasukan hulubalang siber ini, sekali gus membantu memberi maklumat serta persepsi yang betul dan tepat.



Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu selamanya berpecah-belah disebabkan oleh pengaruh alam siber yang memutar belitkan fakta sehingga melemahkan mereka. Orang Melayu bukanlah dicipta Allah SWT sebagai bangsa yang lemah. Orang Melayu adalah bangsa yang berdaulat dan mempunyai kekuatan yang cukup hebat. Tetapi dari semasa ke semasa 'kedaulatan' itu semakin pudar dan kekuatan pula semakin terhakis.



Golongan profesional dan usahawan perlu bersedia menghadapi cabaran besar untuk memberi khidmat terbaik kepada ummah dalam memperjuangkan Islam dan kebajikan orang Melayu untuk menangkis fitnah di alam siber. Usaha memupuk perpaduan yang lebih erat dan telus mesti diterjemahkan dengan satu matlamat bagi menghadapi PRU-14 yang akan tiba tidak lama lagi. Hikmah perpaduan ini amat bernilai dan memahami erti perpaduan serta ukhuwah sesama umat Islam adalah amat penting. Perpaduan sebegini adalah selari dengan sahsiah dan syariat Islam.



Emay Hazarul
Cybertroopers Penyokong Kerajaan