Thursday 29 September 2016

Antara Air Selangor Dan 1MDB, Mana Yang Menyusahkan Rakyat?



Kerajaan Negeri Selangor hari ini sekali lagi diingatkan agar tidak menggadai nasib dan kesihatan rakyat sendiri, sebaliknya mencari jalan dalam menguruskan kesihatan rakyat pada tahap yang terbaik.
Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hazali Abu Hassan memaklumkan bahawa dua hari lepas fasiliti rawatan air (water treatment plant) di Sungai Semenyih terpaksa ditutup operasi (total shutdown) sebanyak tiga kali kerana terdapat kontiminasi air tercemar toksik merbahaya.

“Pencemaran datang daripada kawasan perindustrian Hi-Tech Semenyih yang terletak di utara Sungai Semenyih. Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah meluluskan projek kawasan perindustrian Hi-Tech di Semenyih ini yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air Sg Semenyih .

“Apa rasionalnya Kerajaan Negeri meluluskan projek Hi-Tech Park sedemikian yang berhampiran dengan fasiliti rawatan air yang berkemungkinan pencemaran sisa toksik akan berlaku seperti yang kita lihat hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Tambahnya, tindakan ini ini meletakan lebih daripada 1 juta rakyat Selangor sentiasa dalam keadaan yang merbahaya.“Sebagai pengurus bekalan air kepada Rakyat Selangor dan Lembah Kelang, Kerajaan Negeri perlu dipertanggung-jawabkan di atas segala kemungkinan masalah kesihatan yang disebabkan oleh air tercemar ini.

“Perkara ini bukan main-main dan perlu di pandang serious oleh pihak berkuasa Negeri.“Fenomena ini bukan sahaja menyusahkan Rakyat Selangor tetapi juga boleh membahayakan kesihatan mereka jika keadaan ini tidak terkawal,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor.