Tuesday, 20 November 2012

TUNTUT JANJI MANIFESTO 2,020 IBU TUNGGAL AKAN SAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR KHAMIS INI

Sebanyak 2,020 ibu tunggal akan memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor pada Khamis ini bagi menuntut elaun kepada golongan tersebut seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008.

Menurut peguam dari firma guaman Kamarudin & Partners, Kamarudin Ahmad yang mewakili kesemua ibu tunggal tersebut, saman berkenaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

‘‘Writ saman dan pernyataan tuntutan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Khamis ini kira-kira pukul 9.30 pagi,’’ katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan lebih 10,000 golongan ibu tunggal di Selangor akan mengemukakan saman bagi menuntut ganti rugi daripada kerajaan negeri kerana tidak menikmati elaun seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang, empat tahun lalu.

Pengerusi Ibu Tunggal Negeri Selangor, Mortini Kasman berkata, tindakan itu diambil berikutan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga hari ini masih gagal menunaikan apa yang dijanjikan kepada golongan ibu tunggal.



No comments:

Post a Comment