Friday 2 November 2012

BN Terdesak Cuba hidupkan Al-Arqam


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.


Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Jurucakap JAIS berkata, konsert yang bertemakan �Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib� itu dihadiri kira-kira 3,500 orang.

��Konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam,�� katanya.

Selain nyanyian, turut diadakan jamuan makan malam dan pameran.

Dalam serbuan itu, JAIS juga merampas kain rentang mengandungi tulisan atau perkataan yang cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.

Pengikut Ashaari pernah mencetuskan kontroversi yang sama apabila mengadakan konsert khas empat hari selepas beliau meninggal dunia pada 2010 bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin Al-Arqam itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Al-Arqam diharamkan di negara ini pada 1994.


No comments:

Post a Comment