Tuesday 27 November 2012

Berikut antara intipati daripada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO

Berikut antara intipati daripada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sebentar tadi.

1. Pemimpin Pas tidak mungkin dipilih menjadi Perdana Menteri dan menegakkan negara Islam kerana DAP dan PKR tidak pernah menyokong dan mempercayai Pas.

2. Pas juga adalah sebuah parti yang lemah dan sepanjang 12 kali pilihan raya umum, bilangan kerusi yang ditandingi Pas kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen. Jika lemah, bagaimana presiden mereka dicadang sebagai Perdana Menteri?

3. Pembangkang mengamalkan politik ultra perkauman, fahaman songsang dan memecah belahkan masyarakat hanya kerana mahukan kuasa. Sejak lima dekad lalu, Pas dan DAP membawa fahaman politik benci dan fitnah yang membakar sentimen agama dan perkauman.

4. PKR pula, menerusi kenyataan Ketua Pembangkang, secara jelas mengetengahkan ideologi songsang kononnya atas nama kemunculan politik baharu, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.

5. Melalui fahaman songsang, undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka. Malahan mereka juga berpendirian orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberi hak kebebasan beragama.

6. UMNO tidak boleh alpa dan parti itu perlu bangkit untuk menjadi benteng mempertahankan masyarakat daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang.

7. Malaysia kekal aman, stabil dan makmur di bawah BN kerana parti itu sentiasa membuka pintu rundingan bagi menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum.

8. Jentera UMNO, khususnya ketiga-tiga sayap parti perlu mengatur strategi berkesan untuk memenangi hati pengundi dan memastikan perpaduan parti diteguhkan sebagai kunci kemenangan dalam PRU-13.

9. Seluruh warga UMNO perlu terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menerajui transformasi besar untuk negara.

10. UMNO akan terus mengangkat suara Melayu tanpa melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain dan berjanji komitmen itu akan terus dipegang oleh UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment