Wednesday 21 November 2012

JANJI MUNAFIK HAK IBU TUNGGAL TERUS DI NAFIKAN SUDAH 4 TAHUN PERINTAH MANA JANJI ELAUN IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI SELANGOR?

Persatuan Ibu Tunggal Cempaka Biru daerah Gombak dan Petaling memberikan masa dua minggu kepada Kerajaan Negeri untuk menunaikan janji manifesto iaitu memberikan elaun bulanan kepada ibu tunggal.

Pengerusinya, Siti Khatijah Mohamad berkata, pihaknya pernah menghantar senarai nama 400 ibu tunggal selepas Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selayang Baru pada 2008.

Namun, menurutnya sehingga kini tiada sebarang maklum balas tentang status elaun itu sedangkan kebanyakan ibu tunggal berharap supaya ia dilaksanakan untuk
meringankan beban.

“Sudah empat tahun kami tunggu janji itu, apabila cuba mendapatkan penjelasan daripada JKKK, mereka tidak memberikan sebarang maklum balas.

“Pilihan raya semakin hampir, sekiranya kerajaan bertukar maka bagaimana nasib kami untuk mendapatkan elaun yang dijanjikan dalam manifesto PRU12 lalu,” katanya selepas membuat demonstrasi aman meminta Kerajaan Negeri menunaikan janji, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Suhaimi Shahadan.

Siti Khatijah berkata, beliau menyeru seluruh ibu tunggal di negeri ini untuk bangkit menuntut hak yang dijanjikan.

Kata beliau, sekiranya dalam tempoh dua minggu itu tiada sebarang tindakan daripada Kerajaan Negeri, seluruh persatuan ibu tunggal Selangor akan bergabung dan mahu berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

Sementara itu, Suhaimi berkata, terdapat lima kategori yang dijanjikan PR semasa pilihan raya lalu meliputi urus tadbir, sosial dan kebajikan, kesihatan, ekonomi dan keselamatan rakyat.

“Banyak janji yang dibuat tidak ditunaikan dan ada antaranya walaupun dilaksanakan tetapi tidak sempurna seperti isu air yang tidak diberikan manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

“Selain itu, isu elaun RM50 kepada anak-anak yang memasuki tadika juga kurang memberangsangkan apabila hanya 130 orang sahaja menerima manfaat itu,” katanya.

Justeru itu, beliau menuntut supaya ibu tunggal di seluruh Selangor bangkit dan bekerjasama membuat gerak kerja bermula sekarang menuntut elaun seperti yang dijanjikan Kerajaan Negeri

No comments:

Post a Comment