Wednesday 14 November 2012

SULTAN KELANTAN UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERJAAN PUSAT


Titah ucapan Sultan Kelantan yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana tidak meminggirkan negeri ini daripada arus pembangunan merupakan `tempelak' kepada kerajaan Pas negeri.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, selama ini kerajaan Pas Kelantan sering melemparkan pelbagai tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan kononnya menganaktirikan negeri ini.

Beliau berkata, titah ucapan Sultan Muhammad V itu yang turut menegur kerajaan Pas dalam pelbagai perkara, adalah amat tepat pada waktunya kerana baginda sememangnya sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

"Itu tempelak kepada kerajaan negeri, sebab hakikat sebenarnya Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan rakyat Kelantan, kalau menganaktirikan rakyat kelantan dari awal lagi Kerajaan Pusat tidak peduli dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program tinjauan mesra cakna rakyat di sini hari ini.


Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia
sebahagian daripada Malaysia dan berharap projek dilaksanakan dapat
merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek 'Central Spine Road'. Beta
difahamkan projek itu sedang giat dilaksanakan di sempadan negeri Pahang
dan Kelantan dan akan dilaksanakan di jajahan Gua Musang termasuk pembinaan
persimpangan bertingkat di kawasan bandar baru Gua Musang," titah baginda pada
Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang
Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-43 di Istana Balai Besar

No comments:

Post a Comment