Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gemar mengambil tindakan lulus dulu, ulas kemudian menyaksikan pentadbiran negeri sentiasa kalut dan penuh kontroversi.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata sikap berkenaan bukan saja menyerlahkan kelemahan Menteri Besar, malah banyak keputusan dibuat merugikan rakyat negeri ini.
Misalnya, dalam isu pengambilan tanah milik Yayasan Selangor (YS) di Klang bagi membina Pusat Kebudayaan Cina. Beberapa dokumen menunjukkan kelulusan pengambilan tanah dibuat 4 Mei 2011, tapi ada pula beberapa surat memohon ulasan atau penjelasan, dihantar kepada YS selepas tarikh kelulusan itu.
Bukti lain adalah surat Pejabat Tanah dan Daerah Klang kepada YS memaklumkan kelulusan EXCO berhubung pengambilan tanah itu. Bagaimanapun, YS pada 12 Julai 2011 hantar surat tidak bersetuju dengan kelulusan EXCO itu. Ini jelas memperlihatkan kelemahan Menteri Besar, katanya semalam.
Sambil menunjukkan salinan surat EXCO, Elizabeth Wong kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac 2011 meminta tanah itu diserahkan bagi pembinaan pusat kebudayaan
terbabit, Noh turut mempersoalkan surat bertarikh 4 Mei 2011 dihantar Khalid kepada Pengurus Besar YS, Ilham Mar-zuki, meminta laporan dan kronologi berkaitan pengambilan tanah itu.
Sementara itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, menjangka negeri ini diselubungi masalah setinggan tidak terkawal jika aliran kenaikan harga rumah berterusan akibat sikap kerajaan negeri yang tidak pedulikan program rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.
Katanya, masalah itu bukan saja boleh menyebabkan sistem penempatan tidak teratur, malah turut mencetuskan pelbagai gejala sosial dan ekonomi, sekali gus mencalarkan rekod Selangor sebagai negeri termaju di negara ini.
Kajian kami mendapati kenaikan harga rumah berpunca daripada kelemahan kerajaan negeri mengurus dan mengawal isu perumahan dengan berkesan. Masalah kenaikan harga ini dikesan apabila Pusat Aduan Rakyat (PAKAR) menerima terlalu banyak rungutan dan ia menyebabkan setinggan kembali menular, katanya.
Beliau berkata, kegagalan kerajaan negeri memahami kepentingan kemudahan asas itu, selain turut mengambil kesempatan mencari untung besar dengan mengenakan premium tanah yang tinggi, turut dikesali terutama di kalangan pemaju projek pembangunan.
No comments:
Post a Comment