Tuesday, 30 October 2012
WAJIB BACA PENIAGA PKNS DIBERI KATA DUA DAN DI USIR
Lebih 200 peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini melahirkan rasa bimbang kemungkinan mereka diusir dari premis perniagaan itu jika ia diambil alih pihak lain.
Yang Dipertua Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Amran Yahya berkata ini kerana, kesemua peniaga di kompleks berkenaan belum memperbaharui kontrak sewa premis berkenaan sejak isu kenaikan sewa pada Januari lepas.
Sehubungan itu, beliau berkata pihak PKNS dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar berjumpa peniaga terbabit dan menerangkan situasi sebenar yang bakal dihadapi mereka.
"Kami ini ibarat mentimun dan mereka durian. Kami faham pelaksanaan korporat yang ingin dilakukan oleh PKNS. Kami bimbang apabila ia dilakukan, adakah nasib kami peniaga yang telah mencari rezeki selama 30 tahun di kompleks ini akan terbela," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Amran berkata sehingga kini majoriti peniaga di Kompleks PKNS menjalankan perniagaan berdasarkan perjanjian bulanan dengan kadar sewa antara RM750 hingga RM10,000 sebulan.
Beliau berkata PKNS sepatutnya tampil berbincang dengan peniaga serta mementingkan usaha termasuk mempromosikan kompleks berkenaan supaya mampu menarik lebih ramai pengunjung.
"Kami harap apa juga tindakan yang akan diambil oleh PKNS, mereka turut memikirkan nasib dan prihatin terhadap kami," katanya.
Peguam yang mewakili para peniaga berkenaan, Kamarudin Ahmad berkata PKNS memberikan kerjasama yang baik walaupun memilih untuk mengadakan perjanjian bulanan dengan peniaga.
"Peniaga berharap nasib mereka terbela serta PKNS menerima pandangan penyewa di premis ini tanpa membelakangkan mereka," katanya.
Semalam, ketika diminta mengulas cadangan kenaikan sewa lot kedai di Kompleks PKNS di sini, Abdul Khalid berkata usahawan Bumiputera yang tidak mampu membayar sewa akan diberi bantuan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment