Tuesday 2 October 2012

MAJLIS PEGUAM DIPERSOAL MENGAPA TIDAK BELA POLIS !!!!!!! TERBUKTI PAKATAN RAKYAT SOKONG BAR COUNCIL


Kira-kira 50 penyokong tujuh badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Majlis Peguam mengelua



Mursyidul Am Kelab TIBAI Muhammad Zahid Md Arip berkata polis berperanan penting dalam menjaga keamanan negara, namun sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan itu.

"Majis Peguam gagal menyumbang ke arah keamanan dan kesejahteraan negara, dan badan ini sentiasa mencari salah dan mempertikai setiap tindak-tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan dan keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum kepada wakil Majlis Peguam di sini hari ini.

Beliau berkata Majlis Peguam tidak seharusnya bersikap 'double standard' dengan hanya mempersoal kewibawaan pasukan keselamatan, terutama polis, tetapi tidak langsung menghargai pengorbanan mereka menjaga keselamatan.

Dalam kejadian 6.45 petang itu, Koperal R.Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut manakala Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher akibat tembakan, yang dipercayai dilepaskan tiga suspek di persimpangan Jalan Kuchai Lama

No comments:

Post a Comment