Monday, 22 October 2012
Kerajaan Pakatan Selangor Menganiaya Pelajar Sekolah Sains Kuala Selangor ! Nak Halau Student Untuk Rompak Tanah Ke ?
Salam semua...
Dari semalam lagi aku nak share email ni dengan korang semua. Tapi nak buat macam mana, dah hari asyik hujan.
Itupun, ada juga lah tempat yang banjir dan nasib mangsa banjir langsung tidak dipedulikan oleh Pakatan Haram Selangor.
Owh.. Kali ni, aku bukan nak cerita banjir di Klang atau mana-mana, tetapi kali ni aku nak share dengan korang email yang aku dapat semalam sebelum aku ulas pasal email tu.
Perintscreen email seperti diatas, untuk memudahkan korang, aku akan copy dan paste kat sini juga.
Salam tuan,
Semoga tuan dirahmati dan berada dalam keadaan baik.
Terlebih dahulu maafkan saya jika email saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya amat berharap agar email ini dapat disiarkan dilaman web tuan.
Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa tuan terlalu lama dan saya akan menulis seringkas mungkin.
Saya benar-benar inginkan bantuan sampai kepada anak-anak saya dan juga pelajar lain yang belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Selain itu, penting untuk seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang telah menimpa anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Saya amat-amat berharap dengan pendedahan ini yang tuan siarkan, masalah ketiadaan air di Kuala Selangor dapat diatasi.
Untuk makluman pihak tuan, perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato Seri Noh Omar melalui teks pesanan ringkas dan saya terpaksa memohon pertolongan daripada beliau memandangkan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan kami.
Aduan kami dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.
Saya mempunyai 2 anak yang masih bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Masuk hari ini, sudah 3 hari pelajar-pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor mengalami masalah ketiadaan air.
Semua pelajar tidak dapat mengambil wuduk untuk solat, mandi dan membasuh pakaian.
Hari ini pula, mereka terpaksa mandi di Masjid Kuala Selangor.
Walaupun saya tahu hal ini bukan tanggungjawab Dato Seri Noh Omar sebaliknya Kerajaan Negeri yang patut dipertanggungjawabkan, saya terpaksa juga memohon dari Dato Seri Noh Omar untuk usahakan agar tangki air dari pihak SYABAS bagi membekalkan air kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.
Apa lagi yang boleh saya lakukan.
Kerajaan Negeri tidak menghiraukan langsung nasib anak-anak di sekolah.
Hal ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah.
Sampai bila saya harus bersabar menanti tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah anak-anak di sekolah ini ?
Terus terang saya katakan, kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Negeri di Selangor ini.
Saya harap rakyat Selangor yang membaca email saya kepada tuan ini, tidak akan mengulangi kesilapan ini pada pru akan datang dan tidak sanggup lagi saya hendak berhadapan masalah sebegini lagi.
Kasihan anak-anak.
Dari
Cikgu ***** (sori la, aku terpaksa sorok nama ni atas faktor keselamatan)
RTB2 Sungai Panjang
Okey, itulah bunyi email yang aku terima dari seorang rakyat Selangor.
Email ini aku terima pada petang 17hb Oktober 2012, macam aku bagitau diawal tadi aku nak keluarkan cerita ni semalam... tapi maklum je la, Selangor ni hari-hari hujan lebat.
Walaupun hari-hari hujan lebat, air empangan kat Selangor ni tetap makin menyusut !!!
So, sempatlah aku buat sikit risikan.
Memandangkan email tu telah memetik nama DS Noh Omar, jadi aku risik-risiklah sama ada beliau terima aduan ini dan DS Noh telah mengesahkan penerimaan aduan ini.
Hal yang terjadi di Sekolah Sains Kuala Selangor juga betul berlaku selepas aku merisik dari seorang cikgu yang mengajar disana.
Seperti yang diceritakan didalam email tersebut, sangat jelas Pakatan Haram telah hilang keseluruhan nilai kemanusiaan dalam diri.
Sungguh tega Pakatan Haram ni mengabaikan rakyat apalagi bekalan air ini adalah sangat-sangat penting dalam rutin harian seorang manusia.
Apakah pemimpin Kerajaan Negeri ini 'binatang' yang tidak memerlukan bekalan air ???
Owh.. lupa pula, rumah pemimpin Pakatan Haram tidak pernah mengalami masalah bekalan air, kerana itu mereka tidak tahu bagaimana perasaan rakyat !!!
Ketika suatu ketika dulu kawasan Puchong putus bekalan air, namun rumah pemimpin Pakatan Haram tidak terjejas dan aku tahu ini kerana kawan aku berjiran dengan salah seorang pemimpin Pakatan Haram ni.
Apakah selepas ni, kita nak terus bagi peluang kepada 'binatang' ini untuk memerintah Selangor lagi ???
Fikirkan betul-betul ye soalan ini...
Apa guna air kalau percuma sekalipun tapi bekalan airnya tiada ?!!
Aku harap BN Selangor dapat membantu pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor ni sesegera mungkin.
Hidup tak ada air ni derita beb... Biar tak ada letrik, tapi jangan tak ada bekalan air !!!
sumber http://kitagempur.com/kgc/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment