Monday, 18 December 2017

KPDNKK CHAMPIONS RAKYAT "Tindakan pembangkang ‘main’ isu harga barang tidak realistik "

Tindakan pembangkang yang didakwa menggunakan isu harga barang dalam meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai tidak realistik dan bukan bersimpati terhadap rakyat.

Perkara itu tidak menghairankan kerana pihak pembangkang akan mencari apa sahaja isu yang boleh ‘dimainkan’ termasuk isu harga barang untuk menyebabkan rakyat benci terhadap kerajaan.


“Dakyah yang dilontarkan pihak pembangkang itu tidak realistik kerana mereka tidak melihat sendiri kos pengeluaran dan sebagainya. Padahal yang menaikkan harga barang itu bukannya kerajaan tetapi peniaga itu sendiri di mana kebanyakannya bergantung kepada kehendak pasaran.

“Hal ini tidak mustahil kerana pembangkang memang tidak akan duduk diam, kalau ada kesempatan memang mereka akan ‘main’ apa sahaja isu untuk meraih sokongan. Sedangkan kerajaan juga sentiasa memantau harga barang dalam memastikan supaya harga yang dikenakan tidak tinggi dan membebankan rakyat,”

Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang berterusan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kononnya sebagai penyebab harga barang meningkat.


“Dakyah ini dilihat sebagai meraih sokongan secara emosional kerana isu ini amat berkait rapat dengan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana sekali gus pihak pembangkang mengambil kesempatan ke atas isu tersebut.

“Oleh itu, pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan maklumat mengenai harga barang sampai ke segenap lapisan masyarakat supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dilempar pihak pembangkang,”

No comments:

Post a Comment