Monday, 3 December 2012
SERANG lancar kempen MASK
Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) melancarkan kempen Mana Rumah Selangorku (MASK) dengan mensasarkan golongan muda yang tidak berpuas hati dengan dasar perumahan kerajaan negeri.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi juga mendesak Menteri Besar Selangor dan EXCO kerajaan negeri supaya telus dan jujur, termasuk berhenti mengelirukan pemikiran rakyat berhubung pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu.
SERANG sangat dukacita kerana tidak mendapat penjelasan kerajaan negeri berhubung data sebenar perumahan di Selangor selepas pelbagai versi mengelirukan dikeluarkan, termasuk oleh EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan (Iskandar Abdul Samad).
Pada 27 November lalu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin membuat kenyataan mengenai isu perumahan melalui media sosial. Namun begitu, kenyataannya hanya mengulangi data dikeluarkan EXCO berkenaan, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Budiman turut meminta penjelasan mengenai 6,470 unit rumah kos rendah yang didakwa dibina kerajaan negeri kerana sehingga kini statusnya masih menjadi tanda tanya.
Dalam isu perumahan di Bukit Botak pula, kerajaan negeri mendakwa menyiapkan 1,422 unit rumah. Kami ingin bertanya apakah jaminan semua keluarga di Bukit Botak mendapat rumah seperti dijanjikan.
Apakah rasional kerajaan negeri menilai pampasan tanah di Bukit Botak pada kadar RM6 sekaki persegi, berbanding yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM25 sekaki persegi.
Kami juga ingin bertanya kepada kerajaan negeri sekarang, apa yang terjadi kepada Skim Pasangan Muda yang diperkenalkan kerajaan negeri terdahulu (BN). Kita difahamkan sebidang tanah di Seksyen 24, Shah Alam sudah diperuntukkan untuk tujuan ini, tetapi tidak diteruskan, katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment