Monday 3 December 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI OKU 2012 3 Disember 2012 Tema: Tiadakan halangan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif dan boleh diakses oleh semua.


SELAMAT MENYAMBUT HARI OKU 2012
3 Disember 2012
Tema: Tiadakan halangan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif dan boleh diakses oleh semua.

Lebih satu bilion orang, atau kira-kira 15 peratus daripada penduduk dunia, hidup dengan mengalami pelbagai bentuk kecacatan.

Orang kurang upaya, "minoriti terbesar di dunia", sering menghadapi halangan untuk menyertai dalam semua aspek masyarakat. Halangan boleh mengambil pelbagai bentuk, termasuk yang berkaitan dengan persekitaran fizikal atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), atau yang terhasil dari undang-undang atau dasar, atau dari sikap masyarakat atau diskriminasi. Hasilnya orang kurang upaya tidak mempunyai akses yang sama kepada masyarakat atau perkhidmatan, termasuk pendidikan, pekerjaan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, penyertaan politik atau keadilan.

Bukti dan pengalaman menunjukkan bahawa apabila halangan ditiadakan dan OKU diberi kuasa untuk menyertai sepenuhnya dalam kehidupan masyarakat, keseluruhan masyarakat juga dapat menikmati manfaatnya. Akses adalah perlu untuk mencapai kemajuan dan pembangunan untuk semua.

Memperingati Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya pada tahun 2012 memberikan peluang untuk menangani halangan-halangan dengan memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan akses dan mengurangkan semua jenis halangan dalam masyarakat

No comments:

Post a Comment