Friday 2 February 2018

PEMIMPIN UMNO SUDAH LAMA TOUCH & GO DEKATI RAKYAT



Go & Touch. Itulah pendekatan yang digunakan oleh wakil rakyat mahupun pemimpin UMNO untuk mendekati rakyat bagi menyelami denyut nadi dan permasalahan yang mereka hadapi.

Go bermaksud hadir sendiri ke kampung-kampung atau segenap ceruk kawasan di luar bandar untuk bersua muka dengan rakyat dan Touch atau menyentuh hati mereka dengan bantuan yang diperlukan.

 Tanpa mengira waktu dan ketika, kelibat Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Ketua UMNO Bahagian dapat dilihat di kawasan masing-masing setiap masa.



Ia sama sekali berbeza dengan amalan Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang hanya nampak muka apabila dekat dengan tarikh pilihan raya dan hanya bertemu kumpulan yang memberi keuntungan kepada mereka sahaja.


Contoh yang jelas, biarpun sibuk dengan tugas sebagai Menteri KPKT  Tan Sri Noh Omar masih mencari ruang untuk mengunjungi warga emas dan mereka yang terlantar sakit di kawasannya di Tanjung Karang


Beliau sendiri turun padang bersama-sama membantu mereka yang terjejas serta menyelaraskan bantuan kepada yang memerlukan.

Situasi sama dapat dilihat di Parlimen Sungai Besar  apabila YB Budiman Zohdi tidak menang tangan saban minggu bertemu penduduk untuk mengaturkan pelbagai program bantuan untuk mereka.

Ternyata, bukan hanya di saat menjelang pilihan raya, pemimpin UMNO akan hadir ‘menyentuh’ hati rakyat sepanjang masa berbanding seteru mereka yang hanya pandai bermain kata-kata namun tak pernah nampak muka.



No comments:

Post a Comment