Monday, 12 February 2018

ISU SUNGAI YU KASIHAN RAKYAT ,KERAJAAN SELANGOR AMALKAN KROSNISME

Isu Sungai Yu ini bermula dari tahun 2008 dan berlanjutan sehingga tahun 2017. Ini disebabkan dakwaan skandal pengagihan tanah yang didakwa tidak telus, berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan. Setelah tiga kali permohonan YB Sulaiman Razak di dalam Dewan Undangan Negeri untuk memohon senarai nama pemilik tanah Sg. Yu, akhirnya pada Mac 2017, barulah YB Ganabatirau A/L Veraman membekalkan senarai nama penerima tersebut di dalam Sidang DUN Negeri Selangor yang didakwa senarai palsu. Penduduk Sg. Yu juga pernah membuat gesaan terhadap Menteri Besar supaya selesaikan isu ini dan sehingga hari ini isu ini masih tidak selesai.

Polisi Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa syarat pemohon mestilah berpendapatan di bawah RM 3, 000, pemohon mestilah penduduk tempatan dan mestilah berkeluarga atau sudah berkahwin. Mengikut Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Sulaiman Razak, dari 317 jumlah pemohon yang lulus hanya 175 pemohon sahaja yang berjaya. Daripada 175 ini 70%(107 orang) yang berjaya adalah orang luar, dan hanya 30%(68orang) sahaja penduduk tempatan.

YB Ganabatirau A/L Veraman juga didakwa dibantu oleh Narayanasamy a/l Ponniah yang juga orang kuat PKR dan merupakan seorang peniaga sawit yang menjadi penghubung dengan EXCO berkenaan. Disebabkan itu, beliau dan seorang lagi orang kuat PKR yang bernama Tanggarasu Maniam yang dikenalpasti sebagai orang yang mendapat 15 lot setiap seorang dimana lot-lot mereka dinamakan atas nama proksi seperti isteri, anak, anak saudara dan adik beradik. Jumlah lot untuk dua individu ini sahaja sebanyak 30 lot.

Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor juga menegaskan mereka memilih tanpa ada temuduga terhadap pemohon-pemohon dan hanya mengikut arahan YB Ganabatirau A/L Veraman sahaja. Ini terjadi kerana sebenarnya Kepimpinan Kerajaan Negeri tidak telus dan mengamalkan amalan kronisme. Jawatankuasa Pemilih juga mensabotaj dan merampas hak rakyat dengan memberikan hak pemilikan kepada mereka yang sepatutnya tidak layak. Persoalannya bagaimana seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor (YB Ganabatirau A/L Veraman) yang juga ADUN Kota Alam Shah boleh membekalkan maklumat yang tidak benar kepada Sidang Dewan

No comments:

Post a Comment