Monday 29 January 2018

ANAK TAK MENGAKU WARGANEGARA , BAPAKNYA PULAK SIBUK JUMPA 16 DUTA EU

TUN Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi nampaknya menggadaikan prinsip apabila mengharapkan kuasa asing untuk memenuhi hasratnya kembali menjadi Perdana Menteri, walaupun sebelum ini beliau sendiri sangat anti kepa­da campur tangan asing dalam pentad­biran negara.

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu dilaporkan mengadakan pertemuan de­ngan 16 duta negara Kesa­tuan Ero­pah (EU) semalam yang sete­rusnya mengundang pelbagai spekulasi.


Bagaimanapun, perkembangan itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana
sejak menamakannya sebagai calon Perdana Menteri, Pakatan Harapan dilihat semakin ma-lap dan mula dilanda krisis keyakinan dari dalam kalangan rakyat negara ini atau di luar negara.

Pertemuan itu seolah-olah me­nunjukkan yang Dr. Mahathir sa-ngat terdesak bagi membuktikan kepada masyarakat luar bahawa Pakatan Harapan adalah satu gabungan yang serius, boleh diharap dan bukannya pakatan wayang yang gemar bersandiwara.

Berdasarkan bukti gambar yang viral, pertemuan dengan duta-duta itu didapati tidak disertai pemimpin kanan seperti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tony Pua, Lim Guan Eng, Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi, sekali gus membangkitkan persoalan apakah mereka masih sebulu dan yakin dengan Dr. Mahathir.

Pertemuan dengan duta-duta EU itu mungkin menjadi satu lagi wayang dan medan buat pembangkang untuk meraih simpati setelah ditimpa pelbagai isu yang gagal dijawab dan seterusnya memberi gambaran palsu mengenai masa depan pakatan tersebut.

Mengikut laporan, duta-duta EU yang ditemui itu digesa supaya memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan PRU-14 secara bersih dan adil, walaupun Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Mohamad Sabu sendiri menyatakan, ‘orang luar’ tidak boleh campur tangan dalam urusan negara.

Persoalannya berjayakah Mahathir meyakinkan duta-duta itu bahawa pakatan mereka mampu mengambil alih Putrajaya walaupun kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri baharu juga masih belum jelas.

Pada masa sama, pertemuan itu mendatangkan sedikit kerisauan tentang apakah janji atau komitmen yang mungkin ditaburkan oleh Pakatan Harapan terhadap perwakilan asing itu .


No comments:

Post a Comment