Segala teka-teki berhubung isi kandungan sidang akhbar Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terjawab semalam. Ia bukan soal pilihan raya, ia bukan soal pembubaran Parlimen. Sebaliknya berkaitan ‘kepulangan’ seorang bekas pemimpin UMNO ke pangkuan parti.
Mungkin kembalinya Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam UMNO tidak dianggap begitu besar bagi sesetengah pihak. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor sebelum meninggalkan UMNO untuk menyertai Pas dan kemudiannya PKR.
Secara peribadi, saya kenal, bekas Naib Presiden UMNO itu. Beliau mempunyai jiwa perjuangan Melayu yang cukup kental. Mungkin kerana semangat itu jugalah mendorong beliau kembali kepada parti induk orang Melayu tersebut.
Saya yakin kepulangan Muhammad sedikit sebanyak mampu membantu UMNO khususnya bagi merampas kembali Selangor yang kini berada di dalam genggaman PKR, selain memperkukuhkan lagi UMNO.
Bagi saya
Biarlah apa pun pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang lain mahu kata berikutan tindakan Muhammad itu. Apa yang pasti sekurang-kurangnya beliau membuktikan tidak mahu terus menjadi salah seorang pemimpin yang bersekongkol dengan parti cauvinis seperti DAP dengan berada dalam PKR!
No comments:
Post a Comment