Sunday 8 January 2017

RAKYAT SELANGOR SENGSARA HIDUP TANPA AIR DAN PLASTIK

KETIKA orang lain memulakan 2017 dengan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20 sen seliter, penduduk di Selangor dibebankan dengan caj baharu 20 sen bagi setiap bungkusan plastik di semua premis perniagaan.


Tanpa sebarang amaran dan makluman jelas, pembeli di pasar raya, kedai runcit dan lain-lain premis perniagaan yang menggunakan sistem elektronik terkejut dikenakan caj baharu itu setiap hari sedangkan tahun lalu hanya dikenakan pada hari Sabtu.

Sudah terkenal dengan masalah air dan penularan pusat maksiat, kini Selangor menjadi negeri pertama mengenakan caj untuk plastik, sungguh hebat dan menakjubkan.

Adakah selepas ini penduduk Selangor bakal dikenakan caj untuk tisu pula? Jangan lupa caj sudu dan garpu plastik bagi yang membungkus makanan.

Selain plastik, bekas plastik untuk membungkus makanan di gerai dan restoran juga telah dikenakan caj 20 sen, 50 sen malah ada juga sehingga RM2 bagi bekas besar.

Peniaga memberi alasan perkara ini diarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri Selangor tetapi tiada seorang pun dapat menunjukkan surat arahan tersebut.

Penduduk Selangor kini tidak boleh singgah membeli barang tanpa perancangan awal mahupun membeli lebih daripada dirancang kerana semuanya tertakluk kepada bilangan beg plastik yang dibawa sendiri jika tidak mahu membayar caj tambahan tersebut.

Tahniah kepada kerajaan negeri atas ‘paksaan’ ini tanpa menyediakan sebarang alternatif lain mahupun menimbang pelaksanaan secara berperingkat.

PBT Selangor ‘tiada kuasa’ untuk menutup pusat judi dan pelacuran tapi ada pula kuasa untuk wajibkan caj plastik.

Sibuk memainkan isu minyak naik tapi senyap apabila melibatkan isu-isu di Selangor dan Pulau Pinang. Konon demi alam sekitar tetapi duit yang dikumpul daripada caj plastik itu entah ke mana.

Saya juga mendengar ada premis di Kuala Lumpur yang mengikut jejak sama konon atas arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetapi alasan ini sungguh tidak munasabah dan meragukan.

Harap mana-mana pihak lain yang mahu mengikut langkah kerajaan negeri Selangor sediakan alternatif sebelum rakyat mengamuk kerana tidak habis-habis menambah beban terhadap hidup mereka.

No comments:

Post a Comment