Wednesday 26 October 2016

Wakil DAP lurus bendul - Rizal Mansor

Wakil DAP lurus bendul - Datuk Rizal Mansor

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik disifatkan sebagai seorang pemimpin yang lurus bendul apabila tidak dapat membezakan antara bahasa realiiti dan cakap sindiran.

Pembantu kepada Rosmah, Datuk Rizal Mansor mendakwa, wakil DAP begitu naif apabila cuba memainkan isu remeh dan tidak berasas apabila mendakwa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui beliau ada isteri Malaysian Officer 1 (MO1) ketika di Parlimen, kelmarin.

Menurut beliau, jika begitulah tahap mentaliti dan IQ pemimpin parti pembangkang, maka tidak hairanlah mengapa majoriti rakyat menolak kepimpinan mereka.
"Memang dia (Wei Aik) boleh dicop sebagai seorang lurus bendul sebab antara cakap serius dan nada sindiran pun tak boleh nak beza.

"Pemikiran Datin Seri lebih tinggi dari ahli Parlimen DAP itu, jadi bila diusik, beliau balas balik dengan cakap menyindir...itupun tak faham ke? katanya.

Seterusnya Rizal menasihatkan Wei Aik supaya beri fokus lebih kepada isu yang lebih besar dan bermanfaat seperti perbahasan Bajet 2017 atau bagaimana mahu membela nasib pengundi di kawasan sendiri daripada memanipulasi cerita remeh temeh itu.

"Bila masa pembentangan Bajet 2017, dia (Wei Aik) pakat keluar dewan padahal isu itu ada kepentingan besar kepada negara dan rakyat.

"Senang cerita Ahli Parlimen Tanjong ni tak layak pun jadi wakil rakyat...taraf dia belum sampai tahap itu lagi," sindir Rizal.

Datuk Rizal Mansor

No comments:

Post a Comment