Wednesday, 17 January 2018

MANA GAJI MINIMUM GURU KAFA DI SELANGOR? janji yang ditabur dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ketika itu tidak dilaksanakan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak termakan dengan janji manis dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan pada konvensyen parti itu Ahad lalu.

Ini kerana, janji yang ditabur dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ketika itu tidak dilaksanakan.

Aktivis politik propembangkang, Khalid Mohd Ismath ketika menyarankan nasihat itu berkata, apa yang dilakukan oleh PH menerusi manifesto terbaharunya tidak lebih sebagai usaha untuk meraikan sokongan rakyat.

Beliau yang juga ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Klang menjelaskan, apa yang diingatinya, kerajaan PR Selangor krtika itu berjanji akan menaikkan gaji minimum guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi setelah lima tahun berlalu, ia tidak dilaksanakan.

“Saya memang dari dulu tak pernah percaya manifesto Pakatan. Yang PRU lepas (PRU 13) punya pun masih tak dapat laksana lagi.

“Gaji minima RM1,500 yang dijanji kepada guru KAFA di Selangor, mana?” soal beliau menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Kerana janji itu juga, pada April 2015 sekumpulan guru KAFA diketuai Ekhsan Bukharee Badarul Hisham telah dihalang daripada memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam, untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak memecatnya, dengan alasan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru itu mendapat markah rendah, bukan berkaitan dengan isu provokasi yang dilakukan

No comments:

Post a Comment