Pertama sekali tahniah di ucapkan kepada menteri yang tidak pernah kering idea dan di benci oleh pembangkang kerana beliau dan kementeriannya banyak bantu tolong orang susah iaitu Dato Seri Ismail Sabri Bin Yaakob
Kedua Aku amat tertarik dengan satu program di kementerian ini iaitu program MOBILEPRENEUR
Antaranya, semangat waja dalam diri yang muda, sanggup
berdepan dengan risiko, berani, ingin bersaing dan ingin mencuba sesuatu yang
baru dan mencabar.
Atas faktor itu, aku difahamkan Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM5 juta bagi 500 usahawan belia
seluruh negara untuk bergiat sebagai usahawan bergerak melalui projek
Mobilepreneur bagi tahun 2016.
Langkah sebegini sesuatu yang menggalakkan dan pro aktif
dari kerajaan sendiri.Sekurang-kurangnya program itu memberi peluang kepada
belia daripada golongan miskin tegar, berpendapatan rendah dan mempunyai
kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.Jangan harap
akademik semata-mata, tetapi asasnya ialah ingin berubah dan mengubah nasib.
Aku dapat maklum menerusi projek Mobilepreneur ini, kadar
bantuan bagi setiap penerima adalah berjumlah RM10,000 membabitkan motosikal,
peralatan dan kursus. Wah, langkah sebegini dilihat sebagai inisiatif kerajaan
untuk membantu golongan belia terutama di kawasan luar bandar menjalankan
perniagaan atau perkhidmatan tanpa memerlukan modal besar untuk membuka premis
perniagaan.
Mengikut yang dimaklumkan, setakat ini, lima negeri iaitu
Kelantan, Negeri Sembilan,Pahang, Selangor dan terbaru Melaka sudah diagihkan bantuan berkenaan,
manakala negeri lain akan menyusul kemudian.Aku berharap kementerian yang
dipertanggungjawabkan itu hendaklah meneruskan projek ini kerana sudah tentu ia
dapat memberi impak kepada 500 usahawan ini.
Aku juga berharap usahawan ini dapat merealisasikan dengan jayanya hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperkenalkan konsep perniagaan baharu iaitu Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur.
Aku juga berharap usahawan ini dapat merealisasikan dengan jayanya hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperkenalkan konsep perniagaan baharu iaitu Usahawan Bergerak atau Mobilepreneur.
Mereka ini menjalankan perniagaan dengan cara konsep
perniagaan menggunakan motosikal itu dan juga wang yang dapat seorang RM10,000
yang meliputi kos membeli motosikal RM5,000, pembelian peralatan RM4,000
manakala RM1,000 lagi untuk latihan boleh digunakan sebaik-baiknya terutama
program sebegini adalah sebahagian Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Ke Arah
Menangani Kos Sara Hidup.
Perniagaan menerusi Mobilepreneur itu lebih mudah tanpa
memerlukan modal besar untuk membuka premis perniagaan sekaligus mampu
menjimatkan kos usahawan muda terlibat.
Aktiviti perniagaan dengan cara bergerak menggunakan
motosikal itu lebih berorientasikan kepada perkhidmatan yang bercirikan mesra
pelanggan.
Misalnya untuk servis kereta, motosikal atau penghawa
dingin, pelanggan tidak perlu lagi ke bengkel mahupun ke kedai servis.
Pelanggan hanya perlu menghubungi usahawan Mobilepreneur ini untuk datang ke
tempat mereka, dan ini lebih menjimatkan masa pelanggan.
Emmy Hazrul
Wartawan Budak Baik
Wartawan Budak Baik