Thursday, 27 December 2012
KURANG AJAR TAN SRI ISA SAMAD HENDAK DI BAKAR OLEH PESERTA DEMONSTRASI ANAK
Budaya songsang!!
Replika Isa Samad yang dibawa peserta demonstrasi ANAK untuk dibakar di depan bangunan FELDA.
REBET RM 200 TELEFON PINTAR BOLEH DI POHON PADA SELASA HADAPAN
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.
"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.
Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.
"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.
"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.
Sementara itu, Mohamed Sharil berkata pemilik perniagaan kecil berumur antara 18 dan 65 tahun boleh mula memohon geran RM1,000 menerusi 'Get Malaysian Business Online' mulai Selasa depan (1 Januari), juga dengan mendaftar dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Beliau berkata usahawan kecil yang mendaftar di laman web dan memenuhi semua terma serta syarat akan menerima geran RM1,000 daripada SKMM yang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tempatan pemohon yang berjaya.

Tuesday, 25 December 2012
PENGUMUMAN DISKAUN 50 % UNTUK TIKET KE TAMAN TEMA AIR I-CITY
DISKAUN 50 % UNTUK TIKET KE TAMAN TEMA AIR I-CITY BAGI PESERTA HARI KELUARGA KARNIVAL SAYANGI SELANGOR PADA 30 DISEMBER JAM 2 PETANG.
TIKET BOLEH DI BELI DI LOBBY BANGUNAN UMNO SELANGOR,SHAH ALAM PADA 28 DISEMBER(JUMAAT) JAM 2.30 PETANG HINGGA 5.00 PETANG.PENYERTAAN ADALAH TERBUKA

Monday, 24 December 2012
Haram dan Elak ambil lauk orang UMNO-Hadi Awang
Ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi menyebabkan sebahagian ahli Pas mengelak daripada mengambil lauk daging sewaktu menghadiri kenduri ahli dan penyokong UMNO kerana percaya sembelihan mereka tidak sah dan haram dimakan.
Perkara itu didedahkan bekas ahli Pas dari Kampung Bukit Payong Hulu Besut, Mat Ali Mat Resat, 62, yang turut menjelaskan, mereka juga seboleh-bolehnya cuba mengelak menghadiri kenduri dan menziarahi jenazah ahli dan penyokong UMNO dan jika terpaksa melakukannya hanya kerana mahu mengambil hati.
"Pendek kata kalau orang lain hadir ke satu-satu majlis kenduri mereka akan menikmati juadah yang disediakan dengan berselera, tetapi bagi kami hanya makan sambal cili dan acar timun. Kemudian balik makan di rumah atau di kedai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mat Ali menyingkap pengalaman silamnya sewaktu mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N. Al-Afghani masih ramai yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sehingga kini.
Bagaimanapun kata Mat Ali, apa yang pelik ialah apabila berada di luar kampung atau dalam perjalanan, soal siapa yang menyembelih dan siapa yang menyediakan hidangan atau juadah dan di masjid mana perlu singgah tidak timbul lagi.
Katanya, jika terpaksa ke masjid berdekatan, ramai ahli dan penyokong Pas hanya hadir solat Jumaat apabila giliran imam daripada orang Pas sendiri, tetapi akan memulaukannya apabila giliran imam dalam kalangan penyokong UMNO.
"Inilah perkara yang pelik tetapi menyesatkan yang berlaku kerana kami percaya dan berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sampai sekarang masih menjadi ikutan ramai ahli dan penyokong tegar Pas,'' ujarnya.
Malah, Mat Ali yang percaya dengan pendedahan Zainon itu berkata, kesediaannya untuk ditemu ramah juga akan memarakkan kebencian pengikut Pas terhadapnya.
Katanya, setelah lebih 30 tahun berada dalam Pas akhirnya dia mengambil keputusan keluar dan menyertai UMNO pada 2004 apabila melihat Pas semakin terpesong setelah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Kalau sebelum ini UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi nampaknya tidak demikian apabila Pas bekerjasama dengan kedua-dua parti yang diterajui oleh ramai kalangan bukan Islam.
"Pas nampaknya masih sanggup bekerjasama walaupun dihina oleh DAP yang jelas menolak hukum hudud dan negara Islam, tetapi perkara ini masih tidak disedari oleh ahli dan penyokong yang seolah-olah seperti patung sahaja," jelasnya.

ADUN IJOK (MB) LETAK JAWATAN
"Selesai masalah kami atau MB letak jawatan"
IJOK: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak berminat untuk menyelesaikan isu pengagihan tanah lot penduduk Kampung Sri Aman, Ladang Coalfields yang dikenalpasti sebagai wujud unsur-unsur penyelewengan.
Berdasarkan surat yang dihantar kepada ADUN Ijok itu bertarikh 2 Mac 2012, wakil penduduk telah mengemukakan bantahan terhadap senarai nama bancian yang keluarkan Pejabat Tanah dan Daerah menyatakan hanya 78 nama penduduk yang sah menetap di kawasan itu.
Walhal pada tahun 2008, Pejabat Tanah dan Daerah telah mengumumkan senarai nama 140 penduduk sebagai sah.
Tambah memusykilkan, selepas senarai nama tersebut disemak, wujudnya nama-nama individu yang bukan penduduk asal di kawasan itu, malah senarai tersebut sering berubah-ubah.
"Bagaimana boleh masuk nama orang luar? Siapa yang beri nama (senarai) kepada pejabat daerah? Ada orang dapat geran sementara, ada yang tidak dapat. Ada yang dapat TOL, yang lama sudah dibatalkan. Tapi Ketua Ranting dapat lesen menduduki sementara," menurut wakil penduduk, A. Peter.
Malah katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan kerajaan negeri diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad turut didakwa bersubahat memberi butiran palsu dengan niat untuk menipu kerajaan negeri Selangor.
"Banci yang terakhir ada orang luar dan saya boleh buktikan. Kalau mana-mana exco atau MB kata tidak betul dan saya tunjuk nama, MB perlu letak jawatan," tambah beliau lagi sambil menunjukkan laporan polis yang telah dibuat pada 13 Oktober lalu.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini pernah menjanjikan geran tanah kepada penduduk di kawasan itu yang rata-ratanya pekerja ladang dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Namun selepas kalah kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, tawaran tersebut diteliti semula oleh kerajaan baru.
Lebih memburukkan lagi apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengeluarkan notis mengarahkan supaya penduduk yang telah menetap di kawasan itu sejak 80 tahun lalu untuk berpindah selain menampung kos pembinaan sendiri.
Menurut seorang lagi wakil penduduk, Sarawanan Kuppusamy, Khalid pada tahun 2008 pernah menjanjikan untuk memberi hak tanah tersebut kepada penduduk-penduduk di situ, namun kini beliau seolah-olah berubah nada.
"Tapi sekarang masalahnya kerajaan negeri minta kita pindah ke tempat lain. Jadi kami terpaksa tanggung kos besar untuk bina rumah baru. Tambah lagi kerajaan negeri minta kami tanggung kos infrastruktur.
"Paling kurang kalau mahu bina rumah kita perlu RM100,000. Penduduk sini tidak mampu lebih-lebih lagi ramai dikalangan warga emas dan tiada pendapatan tetap. Jadi bagaimana kita mahu buat rumah baru.
Sehubungan dengan itu wakil-wakil penduduk meminta Khalid supaya segera campur tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.-ANTARA POS-

Friday, 21 December 2012
Karnival Sayangi Selangor perkasakan misi BN Selangor - Zin!
Barisan Nasional (BN) Selangor akan meneruskan pendekatanya untuk memperkasakan lagi misi merakyatkan BN Selangor menerusi Karnival Sayangi Selangor pada 29 Disember hingga 1 Januari 2013, di i - City, Shah Alam.
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad berkata, program tersebut yang dianjurkan untuk kali kedua merupakan menifestasi BN Selangor bagi menyatakan kesediaan BN merampas kembali Selangor dari Pakatan.
"Karnival ini juga mendapat kerjasama daripada badan korporat dan swasta serta dijangka akan menarik sehingga 500,000 pengunjung sepanjang empat hari berlangsung.", katanya kepada media semalam.
Antara aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya karnival itu ialah pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan juga pameran kerjaya melibatkan badan korporat dan swasta.
Terdapat juga 86 gerai jualan terdiri dari produk-produk Industri Kecil dan Sederhana dari Selangor, jualan makanan dan juga buah-buahan tempatan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Bagi golongan lepasan sekolah, karnival ini turut menyediakan pameran pendidikan bagi para pelajar mendapatkan maklumat berkaitan.
Zin yang juga merupakan Setiausaha UMNO Selangor berkata, selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pertandingan bintang kecil dan juga aktiviti untuk seisi keluarga di Taman Permainan Air i-City.
"Acara kemuncak ialah pada 31 Disember 2012. Pada sebelah malam pula turut diadakan persembahan konsert kebudayaan bersama artis-artis tempatan dan luar negara serta pertunjukan bunga api.
"Kehadiran seluruh rakyat Selangor untuk turut serta memeriahkan Karnival Sayangi Selangor ini amat dialu-alukan.
"Saya pasti ianya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping bersama-sama turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik yang telah dirancang", katanya.
Sementara itu, Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata jentera BN Selangor sudah bersedia untuk menempuh cabaran PRU-13 .
Suara Politik
Belantan

Pilihan raya awal Februari - @NajibRazak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) telah mengenal pasti senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tetapi belum dimuktamadkan lagi kerana ia merupakan proses berterusan sehingga menjelang pilihan raya.
Beliau yang juga Pengerusi BN menegaskan, senarai tersebut masih boleh berubah jika pihaknya menerima maklumat terkini mengenai seseorang calon.
Ia (pemilihan calon) adalah proses berterusan. Sehingga sampai saat kita umumkan, proses ini boleh berubah. Kalau kita ada input terkini, nama itu boleh dipinda," katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India bagi memperingati 20 tahun hubungan dialog antara ASEAN dan India, di sini hari ini.
Ditanya cadangan supaya kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai nama calon PRU-13 untuk proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib berkata, semua calon BN melalui proses tapisan SPRM.
Kita rujuk nama calon kepada SPRM dan jika fail mereka boleh dipertikaikan, mereka tidak mungkin lulus tapisan SPRM. Ini sedang kita lakukan pada masa ini kerana sebahagian nama-nama calon telah diketahui oleh SPRM," ujarnya.
Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, SPRM akan menapis nama-nama tersebut terlebih dahulu kerana pendirian BN ialah setiap calon pilihan raya mesti melalui tapisan SPRM.
Cadangan itu disuarakan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar. Ia membabitkan semua parti politik dan individu yang akan bertanding sebagai calon Bebas termasuk Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal dicalonkan semula atau yang pertama kali bertanding.
Dalam pada itu, Najib tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari tahun hadapan.
Tahun Baru Cina akan disambut pada 10 dan 11 Februari depan, manakala tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada 28 April tahun hadapan.
Soalan lain? Percubaan yang baik...percubaan yang baik," katanya merujuk kepada soalan wartawan mengenai tarikh pilihan raya umum itu yang kini masih menjadi teka-teki.

Monday, 17 December 2012
Noriah Nafi 39 Peratus Wanita Berkahwin Curang Terhadap Pasangan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan media baru-baru ini yang mendakwa 39 peratus wanita berkahwin di negara ini curang terhadap pasangan mereka.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Noriah Kasnon berkata kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian.
"Malahan, melalui kajian berkenaan, masalah kecurangan dilihat tidak begitu serius di kalangan pasangan yang telah berkahwin di negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.
Beliau berkata menurut kajian itu, sebanyak 41.8 peratus kes perceraian di negara ini kerana tiada persefahaman manakala pasangan curang serta enggan dimadu masing-masing enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.
Laporan itu, yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina, meletakkan wanita Malaysia di tempat ketiga di dunia dalam isu wanita curang terhadap pasangan selepas Ghana sebanyak 62 peratus dan Thailand 59 peratus.
Noriah berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.
"Bagi kes kaunseling pula menunjukkan punca utama perceraian disebabkan kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin, dan ia tiada kaitan dengan kes kecurangan," katanya.
Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.
Sehubungan itu, katanya, kementerian melalui LPPKN akan menjalankan satu kajian spesifik berhubung kesan media baharu terhadap institusi keluarga yang dijangka dilaksana tahun depan.
Menyifatkan pegangan agama dan didikan moral yang sempurna menjadi faktor utama kesejahteraan keluarga, Noriah berkata hasil kajian itu kelak diharap berupaya menyediakan asas kukuh untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan dan membendung masalah kecurangan pasangan berkahwin.

Isu Kenaikan Cukai Pintu, Lesen Perniagaan: PBT Jangan Ambil Kira Kepentingan Politik - BN Selangor
Barisan Nasional (BN) Selangor meminta supaya kerajaan negeri tidak mengira kepentingan politik dalam soal kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang turut mempunyai kaitan dengan tindakan PBT mengenakan kenaikan cukai pintu dan bayaran lesen.
Dilaporkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertindak untuk menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali ganda di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, serta keputusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menaikkan bayaran lesen 90 jenis perniagaan, masing-masing mulai tahun depan.
Ini turut termasuk tindakan PBT negeri yang turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan BN.
Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, kenaikan cukai itu hanya membebankan rakyat kerana perkhidmatan oleh PBT yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan.
"Kita panjangkan (hal ini) kepada PBT, tetapi apabila melihat ia daripada BN, mereka tak nak respon. Saya rasa ia satu tindakan tidak bertanggungjawab.
"Apa yang kita lakukan ini adalah masalah yang dibangkitkan oleh rakyat tanpa mengkategorikan mereka sama ada mereka penyokong BN atau tidak.
"(Oleh itu) jangan ambil perkara ini sebagai pertimbangan politik (dalam memberikan maklum balas)," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Sehubungan itu, Mohd Zin berkata, beliau meminta supaya pihak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberikan arahan supaya maklum balas mereka diambil oleh PBT tanpa mengambil kira kepentingan politik kerana ia adalah masalah rakyat.
Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor berkata, lebih membebankan apabila kenaikan cukai itu berlaku hampir setiap tahun apabila meningkat sejak 2011 dan 2012 serta kenaikan pada 2013 adalah lebih tinggi.
"Saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada 2011, menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013. Ini bukan lipat ganda tetapi 'lipat maut'.
"Masalah penyelenggaraan infrastruktur yang lemah dan sistem kutipan sampah tidak cekap menyebabkan justifikasi kenaikan cukai ini langsung tidak boleh diterima. Lebih menyedihkan, rakyat seperti tertipu apaba pakatan rakyat berjanji akan menurunkan sehingga 20 peratus dalam manifesto mereka ketika PRU (pilihan raya umum) ke-12 yang lalu," katanya.
Mengenai bayaran lesen ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan, Mohd Zin berkata, antara yang turut dikenakan ialah rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya dan pusat penjagaan kanak-kanak.
Beliau berkata, golongan itu rata-ratanya mendapat sumber kewangan daripada sumbangan dan derma orang ramai, malah kebanyakan rumah kebajikan itu beroperasi dalam keadaan daif.
"Adakah mereka (kerajaan negeri) melihat ini sebagai satu sumber hasil negeri, kata pandai menguruskan kewangan. Adakah ini disebut sebagai satu kecekapan?
"Saya rasa tindakan ini tak patut, kita desak kerajaan negeri batalkan hasrat untuk menaikkan bayaran lesen dan cukai pintu," katanya.
Berhubung PBT yang tidak memberi maklum balas kepada BN Selangor, Mohd Zin berkata: "Terdapat tiga PBT dan namanya akan didedahkan dalam waktu terdekat. Kita tunggu dahulu apa maklum balas mereka."

Friday, 14 December 2012
ANWAR MALU BESAR SPEAKER PARLIMEN LETAK JAWATAN
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran mencontohi bekas Speaker Parlimen Singapura, Michael Palmer yang meletakkan jawatan semalam ekoran terlibat dalam hubungan sulit.
Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berkata, peletakan jawatan itu menunjukkan Palmer seorang pemimpin yang mempunyai nilai integriti tinggi dan berprinsip kerana sanggup mengakui kesalahan serta melepaskan jawatan disandang.
"Jelas keputusan Palmer itu menunjukkan beliau memikirkan rakyat dan meletakkan negara melebihi kepentingan peribadi, jadi saya nasihatkan Anwar bersara daripada politik," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di bangunan Parlimen hari ini.
Semalam, selain meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen Singapura yang disandang sejak Oktober 2011, Palmer turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Punggol Timur dan melepaskan keanggotaan dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana terlibat dalam hubungan sulit.
Nallakaruppan menambah, walaupun bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar perlu mengorbankannya demi kestabilan negara.
"Janganlah kerana nafsu politik, kita sanggup mengetepikan soal moral dan membuatkan rakyat berpecah-belah kerana kita," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara, Datuk Boon Som Inong memuji tindakan Palmer dan menyifatkan beliau memberi keutamaan untuk menjaga maruah parti diwakili, institusi Parlimen serta negara.
Katanya, setiap Ahli Parlimen di negara ini hendaklah memikul dan melaksanakan tanggungjawab dengan jujur kerana setiap tindak-tanduk mereka sentiasa diperhatikan rakyat.
"Sekiranya ada ahli parlimen yang terbabit melakukan perbuatan sebegitu, adalah wajar mereka meletakkan jawatan tanpa mereka-reka alasan sebagai helah, apatah lagi menuding jari kepada orang lain atas kesalahan dilakukan ibarat peribahasa, jangan menegakkan benang yang basah,"

Sultan Selangor dukacita titah baginda dimanipulasi
SHAH ALAM 14 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita apabila terdapat pemimpin politik dan portal berita serta laman blog telah memanipulasikan titah baginda dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu mengenai baginda sangat benci mendengar orang menuduhnya merupakan orang UMNO.
Baginda difahamkan kesal dengan tindakan tersebut kerana kenyataan dalam wawancara berkenaan tidak dilihat secara keseluruhannya sebaliknya diputarbelitkan untuk kepentingan sesetengah pihak.
Sedangkan dalam wawancara tersebut, Sultan Sharafuddin menjelaskan niat ikhlas baginda dalam memberikan nasihat terutama membabitkan isu-isu melibatkan perpaduan orang Melayu dan kepentingan agama Islam namun sering kali baginda ditohmah sebagai orang UMNO
KLIK SINI :-

Thursday, 13 December 2012
Wanita jangan malu pamer kemahiran dalam organisasi
Kaum wanita terutama di peringkat pembuat keputusan tidak perlu malu untuk mempamerkan kemahiran, bakat serta kejayaan mereka selain perlu sentiasa mencabar diri keluar dari zon selesa dalam sesebuah organisasi.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, wanita di peringkat itu juga perlu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi memperluaskan peranan dalam sesebuah organisasi.
"Pengarah-pengarah wanita perlu bijak menjalin rangkaian sesama mereka dalam usaha mempertingkatkan kepakaran sekali gus menambah bilangan pembuat keputusan dalam kalangan wanita di negara ini," katanya.
Beliau berucap dalam Konvensyen Pengarah-pengarah Wanita 2012 anjuran Institut Pengupayaan Wanita NAM (NIEW) di sini hari ini.
Rosmah berkata, pengarah wanita juga harus belajar memberi sokongan kepada wanita lain termasuk dengan mengadakan program latihan dan mentor.
"Lebih penting, jika anda berada dalam kedudukan memegang kuasa atau apabila anda sampai ke kedudukan itu, pastikan terdapat wanita muda yang mencukupi untuk mengisi jawatan itu kelak," katanya.
Dalam perkembangan sama, Rosmah berkata, Malaysia mempamerkan contoh terbaik kepada banyak negara lain dalam usaha memastikan golongan wanita mengisi sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan di peringkat pembuat keputusan terutama dalam sektor korporat.
Katanya, perkara itu selaras dengan hakikat golongan wanita mempunyai peranan penting dalam membantu mencorakkan landskap ekonomi dan sosial masyarakat di negara ini.
Sementara itu, Rosmah berkata, NIEW mendaftarkan kira-kira 640 peserta dalam Daftar Pengarah-pengarah Wanita yang disifatkan layak untuk jawatan lembaga pengarah korporat.
Beliau berkata, kira-kira 200 daripada mereka telah selesai menjalani skim latihan di bawah NIEW dan bersedia untuk penempatan lembaga.

Wednesday, 12 December 2012
Hadi puji kerajaan BN beri subsidi diesel kepada nelayan -cc@najibrazak @nohomar
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memberi subsidi diesel kepada golongan nelayan yang memberi banyak faedah kepada golongan itu.
"Subsidi diesel ini sangat bagus...memang bagus...kita puji kerajaan beri subsidi diesel ini kerana menyelesaikan banyak masalah...," kata anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang itu dalam sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Namun beliau berharap pemberian subsidi itu dipantau bagi memastikan tidak berlaku ketirisan kerana beliau mendakwa "ada juga masalahnya antaranya dimonopoli oleh armada besar yang menggunakan pekerja asing sehingga menakutkan nelayan kecil pergi mengambil minyak".
Abdul Hadi juga memuji usaha membina kilang ais untuk kegunaan nelayan.
Dalam pada itu, beliau meminta kerajaan negeri supaya membuka peluang kepada pelabur membina kilang baja dan makanan ternakan supaya petani dan penternak mudah mendapatkan kemudahan tersebut pada harga lebih rendah.

Kerajaan peruntuk RM400 juta, program 1Azam tahun depan
Kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM400 juta untuk program 1Azam pada 2013 sebagai usaha membantu golongan miskin.
Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon berkata pihaknya mensasarkan sekurang-kurangnya 65,000 peserta akan memperoleh manfaat daripada peruntukan berkenaan.
"Tujuan utama kita adalah bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan menyedia peluang kepada mereka meningkatkan pendapatan bulanan.
"Usaha kerajaan ini telah berjaya kerana sehingga 30 Nov lepas lebih 65 peratus daripada 90,983 peserta di seluruh Malaysia berupaya menambah kira-kira RM200 lagi pendapatan mereka sebulan," katanya kepada pemberita selepas Program Karisma 1Azam Kepala Batas, di sini hari ini.
Majlis dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, menyaksikan seramai 57 peserta menerima barangan permulaan perniagaan.
Terdapat empat jenis Azam di bawah program 1Azam, iaitu Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Tani. Program 1Azam Niaga dan Khidmat diletakkan di bawah KPWKM yang menawarkan 10 bidang, antaranya jahitan, pembuatan kuih, makanan sejuk beku dan gerai makanan.
Noriah berkata pendapatan peserta program 1Azam juga dijangka bertambah baik berikutan pemantauan berterusan dilakukan oleh kementeriannya.
"Kita percaya sasaran kerajaan membantu golongan wanita yang berpendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah dapat dijayakan dengan baik.
"Keyakinan berdasarkan pemantauan dan tunjuk ajar berterusan bagi memastikan prestasi kemahiran golongan wanita bertambah baik dan matang, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Noriah mengesa ibu bapa dan orang ramai yang mempunyai anggota keluarga orang kurang upaya (OKU) supaya mendaftar mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan bantuan dan latihan kemahiran diberikan.
Noriah berkata mereka yang mempunyai anggota keluarga OKU tidak perlu malu dengan membiarkan anak mereka hidup bersendirian di rumah tanpa mendapat pendidikan dan kemahiran.
"Sehingga 30 Nov lepas, hanya 405,441 OKU yang berdaftar dengan kita dan jumlah itu tidak sampai satu peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia.
"Mengikut kajian setiap negara mempunyai 10 hingga 15 peratus OKU. Jadi berdasarkan statistik, ramai lagi yang belum berdaftar dan mereka perlu berbuat demikian segera kerana kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada OKU,"

SELANGOR AGRO FEST 2012 JADI AGROCHAIR @NOHOMAR PULA DIPERSALAHKAN
Selangor Agro Fest 2012' membuka tirainya semalam dengan kehadiran pegawai penganjur lebih ramai dari pengunjung.
Amat malang, apabila para peniaga mula bersuara dan merungut dengan kehadiran pengunjung yang sangat mengecewakan.
Namun pihak penganjur telah meyakinkan para peniaga bahawa mereka pasti untung besar di hari kemuncak program apabila Ustaz Azhar Idrus akan menyampaikan ceramah di tapak lokasi 'Selangor Agro Fest 2012', kawasan letak kereta Stadium Shah Alam.
Sambutan hambar terus membelenggu, apabila majlis pelancaran Jelajah Buku dan Pidato Anak Muda sempena 'Selangor Agro Fest 2012' malam tadi, hanya dihadiri tidak sampai 40 orang sedangkan 2000 tempat duduk disediakan.
Lebih memilukan, pengunjung yang hadir adalah di kalangan ahli Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik yang turut terlibat sebagai penganjur program pada malam itu.
Ternyata, program malam tadi bukan majlis ilmu dan pidato seperti diuar-uarkan, tetapi adalah majlis politik apabila dalam ucapan Haziq Abdul Aziz, Presiden Kelab Mahasiswa Keadilan, beliau dengan penuh emosi mencaci dan menghina kerajaan.
Beliau antara lain menyalahkan kerajaan kerana mengawal kebebasan media. Mahasiswa yang menyokong kerajaan dikatakan bodoh kerana cetek ilmu.
Haziq turut menyeru supaya hadir beramai-ramai pada 12 Januari 2012 di 'Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat' akan datang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Yang melucukan, ucapan Haziq hanya didengari oleh rakan-rakannya sendiri yang tidak sampai 40 orang itu.
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr. Yaakob Sapari sebelum ini mensasarkan jumlah jualan sebanyak RM 1 juta dan kehadiran pengunjung seramai 500,000 orang di 'Selangor Agro Fest 2012'.
Selanjutnya KLIK SINI
Tuesday, 11 December 2012
BIADAP !!! KETERLALUAN @NAJIBRAZAK PENDATANG ASING
Sungguh kurang ajar tindakan segelintir penganut Pakatan Haram yang membawa banner yang tertera gambar Perdana Menteri DS Najib Tun Razak kononnya dalam kad pengenalan merah. Lebih biadap apabila meletakkan A/L menggantikan bin..!!!.. nilai apakah yang sedang di terapkan oleh pemimpin2 mereka?!!!!
Kerajaan Persekutuan belanja RM5.574b laksana projek di Selangor@nohomar
Shah Alam: Kerajaan Pusat membelanjakan RM5.574 bilion melaksanakan 439 projek pembangunan di seluruh Selangor sepanjang 2011 dan tahun ini, sekali gus membuktikan negeri di bawah pembangkang tidak dianaktirikan.
Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata banyak projek pembangunan di Selangor dibiayai peruntukan Kerajaan Pusat, termasuk pembinaan jalan kampung, prasarana dan membina masjid serta surau.
“Jumlah peruntukan dari Pusat jauh mengatasi bajet kerajaan Selangor yang hanya kira-kira RM1.63 bilion,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor bagi 2012 di sini semalam.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi UMNO Selangor berkata, menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 280 projek baru dilaksanakan Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri di Selangor membabitkan kos RM2.8 bilion dan 159 projek sambungan menelan RM2.85 bilion.
“Bagi program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam melaksanakan program bandar selamat pula, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM18.05 juta membabitkan 107 projek. Di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, sebanyak RM32.8 juta disalur untuk elaun imam, guru KAFA, guru takmir dan sebagainya.
Bina 11 masjid
“Menerusi Peruntukan Khas 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak RM64 juta diagihkan untuk pelbagai sektor termasuk membina 11 masjid dan 47 surau. Sejumlah 5,083 orang menerima bantuan sehingga RM10,000 bagi program e-Kasih dan RM5.04 juta untuk bantuan rumah,” katanya.
Katanya, RM2.8 juta diperuntukkan bagi program bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta RM6.3 juta menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membiayai projek pembangunan untuk manfaat 600 keluarga selain peruntukan khusus sebagai insentif petani dan pesawah.

PANTAI REMIS SEMAKIN NAZAK KHALID IBRAHIM DAN DR DZULKELY AHMAD 2 ORANG MANGKUK NI BUAT TAK FAHAM
Sudah hampir setahun masalah hakisan merosakkan pantai Remis di Jeram di sini. Masalah hakisan tersebut menjadi bertambah buruk akibat angin kencang dan ombak kuat pada musim hujan sekarang.
Kerosakan teruk akibat hakisan itu bukan sahaja menjejaskan pantai yang menjadi tumpuan orang ramai itu, malah merosakkan infrastruktur seperti jalan dan kedai yang terdapat di lokasi pelancongan tersebut.
Tinjauan mendapati, kawasan sepanjang kira-kira 300 meter di pantai berkenaan rosak teruk akibat terhakis dan panorama indah kawasan itu kini boleh dikatakan sudah tiada lagi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan keadaannya kini semakin nazak apabila jalan masuk ke pantai itu tidak boleh lagi dilalui kenderaan kerana turut menerima akibat daripada kesan hakisan.
Beberapa kedai makan juga terpaksa ditutup kerana semakin kurang pelanggan ke situ ekoran masalah itu.
Di waktu zaman pemerintahan terdahulu YB Amiruddin Bin Setro Adun Jeram telah pun mengatasi masalah ini dengan segera dan pantas setelah bertukar pemerintahan negeri Kami telah beberapa kali menemui Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim,Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Selangor Pn Noraini Roslan,Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr.Dzulkely Ahmad namun jawapanya amat mengecewakan malah tidak ada satu pun tindakan susulan yang di buat Justeru,kami menggesa kerajaan negeri dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengambil langkah proaktif seperti membina benteng penahan ombak supaya keindahan pantai dan kegiatan ekonomi penduduk setempat dapat dikekalkan.
Seorang pengunjung, Fazillah Nasoha, 35, yang mengunjungi pantai berkenaan sekurang-kurangnya seminggu sekali meminta pihak berwajib mengambil serius terhadap masalah hakisan di pantai Remis bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku.
"Sayang jika keindahan pantai ini tidak dipelihara kerana lokasi ini berpotensi menjadi destinasi pelancongan yang boleh menarik pengunjung jika dibangunkan dan dipulihara.
"Kita boleh membuat perbandingan dengan perkembangan di kawasan Sekinchan, walaupun tidak mempunyai pantai yang terkenal seperti Pantai Remis tetapi sudah mempunyai pembangunan seperti resort yang cantik," katanya.
Fazilah berkata, memandangkan keadaan hakisan yang semakin serius, sudah pasti para pengunjung bimbang untuk membawa ahli keluarga mereka berkunjung ke pantai tersebut.
Seorang suri rumah, Noraini Baharon, 46, pula melahirkan kebimbangan kesan hakisan Pantai Remis akan menjejaskan kediaman penduduk di kawasan sekitar.
Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 50-an pula berkata, para peniaga di kawasan pantai tersebut bimbang punca rezeki mereka terjejas sekiranya masalah hakisan tersebut tidak cuba diatasi oleh pihak berwajib.
Dia yang telah berniaga di kawasan itu sejak 15 tahun lalu mendapati keadaan pantai Remis sudah sampai ke tahap merbahaya berbanding tahun lalu.
"Beberapa kedai makan terpaksa ditutup kerana pengunjung tidak lagi datang kerana laluan masuk tersekat ekoran keadaan jalan yang teruk dan telah runtuh.
"Hakisan pantai juga menyebabkan tapak tempat saya memulakan perniagaan ditenggelami air. Jadi sekarang saya gunakan lori untuk berniaga memandangkan kawasan itu tidak selamat selain mudah untuk bergerak," katanya.
12.12.2012 TARIKH PENTING BUAT KHALID SAMAD DAN WARGA SHAH ALAM KENAPE YE ?
'Voyage Shah Alam' terletak di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam.
Bandaraya ini sekali lagi menjadi mangsa dan terus diperkosa dengan kebejatan pusat-pusat maksiat yang menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur lendir.
Selepas kewujudan rumah-rumah urut dan hotel bajet yang melambak-lambak, kini sebuah lagi pusat maksiat bakal dibuka di Shah Alam yang kini dihuni 70 peratus penduduk orang Melayu yang beragama Islam.
Kelab malam atau 'disco' yang dimaksudkan terletak di Setia Avenue 2 bakal dibuka secara rasminya pada tanggal 12.12.2012.
Ini adalah bukti sekali lagi kegagalan seorang pemimpin dan wakil rakyat bernama Khalid Samad dari Pas yang mendakwa dirinya sebagai pejuang Islam paling sejati di dalam dunia.
Beliau yang sebelum ini pernah berjanji kononnya akan merubah Shah Alam kepada sebuah bandaraya Islam contoh, ternyata itu hanyalah 'gula-gula' untuk pancing undi hingga menang dan menjadi ahli parlimen Shah Alam pada pilihan raya ke-12.
Sebaliknya, pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak Khalid Samad jadi ahli parlimen Shah Alam.
Kalau Khalid Samad benar-benar ikhlas untuk perjuangkan Islam, Shah Alam adalah permulaan perjuangan Islam versinya itu.
Adakah dengan lambakan pusat maksiat di Shah Alam menjadi kriteria kepada sebuah pembentukan bandaraya Islam yang kononnya diperjuangkan oleh Khalid Samad???
Ternyata Khalid Samad terus gagal!!! Khalid Samad adalah pemimpin dan wakil rakyat Shah Alam paling malas dalam sejarah negeri Selangor.
Sudahlah jarang turun padang untuk melihat nasib rakyat, kini bersekongkol pula dengan hanya diam diri apabila pusat maksiat tumbuh sana sini di Shah Alam???

Monday, 10 December 2012
Sultan Selangor Barua UMNO - Wan Ji
Tak mahu tulis panjang-panjang, lihat paparan perbualan di antara Wan Ji atau lebih dikenali sebagai 'Pak Shaik Muka Buku' menerusi laman twitter miliknya :
Saturday, 8 December 2012
KAMERA AES DI SIMBAH CAT MERAH BUAT RONNIE LIEU MERAH PADAM
Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.
tinjauan di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.
Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.
Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.
Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.
Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.
“AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.
“Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,” katanya.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.
"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.
"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri.

Zahrain bersama 347 bekas ahli PKR serah surat mohon sertai semula UMNO
Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat permohonan menyertai semula UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Surat permohonan Zahrain bersama 347 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Bayan Baru, Bukit Gelugor dan Jelutong itu diserahkan kepada Najib pada majlis makan tengah hari Perdana Menteri bersama Masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Bayan Baru di sini.
Bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berkata, beliau memilih untuk kembali kepada UUMNO kerana percaya hanya parti itu mampu memperjuang wadah orang Melayu terutama penduduk di Pulau Pinang.
"Sudah sampai masanya saya memilih UMNO kerana selama ini saya tertipu dengan perjuangan pakatan pembangkang, mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu saja.
"PKR dan PAS yang mendakwa kononnya memperjuang nasib orang Melayu sebaliknya hanya memperguna kepentingan orang Melayu, tiada parti lain yang mampu memberi keistimewaan kepada orang Melayu dan bukan Melayu," katanya selepas majlis berkenaan, di sini.
Terdahulu pada majlis itu, kira-kira 1,000 masyarakat kawasan Bayan Baru menyertai majlis makan tengah hari bersama Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Zahrain berkata, lebih ramai lagi ahli parti dari pembangkang akan menyertai UMNO pada masa depan dan beliau percaya situasi itu mampu memberi kelebihan kepada BN Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang harus memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan BN kerana hanya parti itu mampu memperjuang nasib mereka berbanding pembangkang yang pandai membuat janji saja.
"Ini hanya permulaan (menyerahkan surat permohonan menyertai semula UMNO) dan lebih ramai lagi terutama mereka yang bukan Melayu akan menyertai dan beri sokongan pada BN, ia bukan saja di kawasan Bayan Baru malah beberapa parlimen lain di sini (bahagian pulau)," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menyokong UMNO jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13 nanti, Zahrain berkata, beliau akan menyokong sesiapa saja yang dipilih Perdana Menteri menjadi calon BN di Bayan Baru untuk memastikan kemenangan BN.
Sementara itu, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau yang keluar daripada parti itu pada tahun 2007 juga turut menghantar surat permohonan untuk menyertai UMNO hari ini.
"Saya kembali menyokong BN kerana yakin hanya BN dapat membantu semua kaum di negara ini,"

Tuesday, 4 December 2012
SAMSENG PKR BUAT KECOH DI BT 8 GOMBAK 04/12/2012
Puak gerombolan samseng upahan Pakatan Rakyat pasti tidak menduga begitu ramai anak muda jati Gombak yang terdiri dari Pemuda UMNO Gombak yang turun menyambut mereka di Bt. 8 Gombak sewaktu Program Ceramah Anwar malam tadi. Anwar yg hadir lewat sudah pasti telah dimaklumkan dengan kehadiran ratusan Pemuda UMNO Gombak yang keluar menyuarakan bantahan dan penolakkan mereka kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.
Pihak pencacai terpaksa mengerah askar upahan dari luar untuk datang ke Gombak untuk menyekat semangat Pemuda UMNO Gombak. Namun begitu Pemuda UMNO Gombak yang berhimpun dengan aman menyuarakan bantahan telah di provoke oleh bacul-bacul upahan yang hanya berani menyorok dibelakang Pak Aji dan Mak Aji serta wanita dengan membaling baldi dan periuk ke arah Pemuda UMNO Gombak. Saksikan bukti rakaman video ini siapa yang mula membaling dan mencetuskan pergaduhan?
Monday, 3 December 2012
PEMBANGKANG YANG TOLOL Cadangan pembangkang untuk membekukan pengambilan anggota polis
Cadangan pembangkang untuk membekukan pengambilan anggota polis baharu jika memenangi pilihan raya umum akan datang dilihat sebagai tindakan terburu-buru tanpa kajian mendalam.
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, cadangan yang dinyatakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar itu juga tidak bersandarkan kepada fakta kukuh selain tidak mengambil kira cabaran dalaman negara.
"Cadangan itu hanya berlandaskan emosi semata-mata. Malaysia ini unik, ada pelbagai kaum. Jadi, cabaran mengendalikan jenayah merentasi pelbagai kaum itu tidak sama dengan negara lain. Lebih-lebih lagi negara ini sedang menuju ke arah negara maju.
"Trend jenayah juga berbeza. Kajilah secara mendalam kerana ini melibatkan keselamatan negara yang bukannya boleh cakap suka-suka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah bahawa pembangkang bercadang membekukan pengambilan anggota polis baharu kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.
Shafie berkata, saban tahun, pengambilan anggota baharu tidak boleh dielakkan bagi menggantikan anggota yang bersara, berhenti atau menyambung pengajian.
"Dari segi penduduk juga akan bertambah dan membekukan pengambilan anggota baharu bukan jalan penyelesaian," tegas beliau.
Mengulas isu sama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye memberitahu, pengambilan anggota polis baharu setiap tahun adalah satu keperluan serta selaras dengan permintaan ramai.
Katanya, bilangan anggota polis yang ramai turut memberi kesan kepada keupayaan pasukan keselamatan membanteras jenayah secara lebih menyeluruh.
"Itu adalah pandangan politik dan saya tidak mahu bercakap dari segi politik. Realitinya, kita perlu lebih ramai anggota polis. Dengan itu, polis boleh meningkatkan tugas rondaan di seluruh negara.
"Orang ramai mengadu tentang rondaan anggota polis yang tidak mencukupi. Oleh itu, adalah wajar bilangan anggota polis ditingkatkan,

SERANG lancar kempen MASK
Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) melancarkan kempen Mana Rumah Selangorku (MASK) dengan mensasarkan golongan muda yang tidak berpuas hati dengan dasar perumahan kerajaan negeri.
Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi juga mendesak Menteri Besar Selangor dan EXCO kerajaan negeri supaya telus dan jujur, termasuk berhenti mengelirukan pemikiran rakyat berhubung pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu.
SERANG sangat dukacita kerana tidak mendapat penjelasan kerajaan negeri berhubung data sebenar perumahan di Selangor selepas pelbagai versi mengelirukan dikeluarkan, termasuk oleh EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan (Iskandar Abdul Samad).
Pada 27 November lalu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin membuat kenyataan mengenai isu perumahan melalui media sosial. Namun begitu, kenyataannya hanya mengulangi data dikeluarkan EXCO berkenaan, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Budiman turut meminta penjelasan mengenai 6,470 unit rumah kos rendah yang didakwa dibina kerajaan negeri kerana sehingga kini statusnya masih menjadi tanda tanya.
Dalam isu perumahan di Bukit Botak pula, kerajaan negeri mendakwa menyiapkan 1,422 unit rumah. Kami ingin bertanya apakah jaminan semua keluarga di Bukit Botak mendapat rumah seperti dijanjikan.
Apakah rasional kerajaan negeri menilai pampasan tanah di Bukit Botak pada kadar RM6 sekaki persegi, berbanding yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM25 sekaki persegi.
Kami juga ingin bertanya kepada kerajaan negeri sekarang, apa yang terjadi kepada Skim Pasangan Muda yang diperkenalkan kerajaan negeri terdahulu (BN). Kita difahamkan sebidang tanah di Seksyen 24, Shah Alam sudah diperuntukkan untuk tujuan ini, tetapi tidak diteruskan, katanya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI OKU 2012 3 Disember 2012 Tema: Tiadakan halangan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif dan boleh diakses oleh semua.
SELAMAT MENYAMBUT HARI OKU 2012
3 Disember 2012
Tema: Tiadakan halangan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif dan boleh diakses oleh semua.
Lebih satu bilion orang, atau kira-kira 15 peratus daripada penduduk dunia, hidup dengan mengalami pelbagai bentuk kecacatan.
Orang kurang upaya, "minoriti terbesar di dunia", sering menghadapi halangan untuk menyertai dalam semua aspek masyarakat. Halangan boleh mengambil pelbagai bentuk, termasuk yang berkaitan dengan persekitaran fizikal atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), atau yang terhasil dari undang-undang atau dasar, atau dari sikap masyarakat atau diskriminasi. Hasilnya orang kurang upaya tidak mempunyai akses yang sama kepada masyarakat atau perkhidmatan, termasuk pendidikan, pekerjaan, penjagaan kesihatan, pengangkutan, penyertaan politik atau keadilan.
Bukti dan pengalaman menunjukkan bahawa apabila halangan ditiadakan dan OKU diberi kuasa untuk menyertai sepenuhnya dalam kehidupan masyarakat, keseluruhan masyarakat juga dapat menikmati manfaatnya. Akses adalah perlu untuk mencapai kemajuan dan pembangunan untuk semua.
Memperingati Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya pada tahun 2012 memberikan peluang untuk menangani halangan-halangan dengan memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan akses dan mengurangkan semua jenis halangan dalam masyarakat
Thursday, 29 November 2012
Taktik pembangkang sebar maklumat palsu dalam laman sosial di luar negara didedah
Kelab Umno Luar Negara hari ini mendedahkan kegiatan pembangkang yang sering mengeluarkan maklumat salah terhadap Umno dan dasar-dasar kerajaan persekutuan dalam laman web sosial dan laman blog.
Perwakilan Kelab Umno luar negara yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat, Muhammad Haziq Syamin Abd Halim berkata, beliau sering melayari laman web sosial dan media dalam talian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Malaysia.
"Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak media online (dalam talian) dan laman web sosial yang dipercayai milik pembangkang sering melaporkan bahawa Umno parti yang tidak menegakkan Islam sebenar dan Islam di Malaysia dalam persengketaan," katanya kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Haziq Syamin berkata, beliau mendapat tahu hal sebenar yang berlaku di Malaysia setelah pulang ke tanah air untuk menyertai Perhimpunan Agung Umno tahun ini.
"Sikap pembangkang yang mengeluarkan penipuan semata-mata untuk mempengaruhi anak muda (penuntut) di luar negara mencerminkan bahawa parti pembangkang ini sememangnya tidak boleh dipercayai," katanya.
Beliau berkata, terdapat tujuh cawangan Kelab Umno Luar Negara di sekitar Amerika Syarikat, dengan yang terbesar berpusat di bandar New York dan Chicago.
"Peranan kami adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan juga penduduk tetap warga Malaysia di situ selain menyebarkan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan Malaysia," katanya.
Sementara itu, perwakilan Umno luar negara yang berpusat di Lancaster, Dir Kheidhrein Kamaruddin berkata seorang pemimpin pembangkang pernah ke kawasan di sekitar United Kingdom tahun lepas untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.
"Pemimpin pembangkang itu turut menyatakan bahawa partinya akan menjadikan Malaysia negara kebajikan untuk cuba mempengaruhi anak-anak muda.
"Mereka menyebarkan ideologi songsang kerana pada pendapat mereka kumpulan pelajar ini mampu mempengaruhi landskap pemerintahan negara pada masa depan, namun kami yang peka dengan perkembangan politik semasa di tanah air tidak termakan umpan mereka,

Anggota Parlimen tersentuh dengan ucapan Speaker
KUALA LUMPUR - Hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ini menyaksikan suasana mesra selain ucapan serta kata-kata yang menyentuh hati daripada Speaker, Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Sebelum menangguhkan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat hari ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berucap menyentuh 'suka duka' beliau sepanjang mengendalikan persidangan Dewan Rakyat sejak tahun 2008.
Pandikar Amin dalam ucapan penangguhannya juga menyatakan ia mungkin menjadi persidangan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Anggota Parlimen veteran Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) ketika diminta mengulas mengenai ucapan Pandikar Amin menyifatkan ucapan tersebut amat menyentuh perasaan.
"Ucapan tadi merangkumi perjalanan Dewan Rakyat sejak 2008 hingga hari ini. Bagi saya Tan Sri Pandikar Amin berjaya mengawal persidangan yang berlangsung dengan matang dan begitu terkawal.
"Apa yang berlaku menunjukkan Dewan Rakyat Malaysia kini sudah mencapai tahap kematangannya tersendiri berdasarkan pengalaman dan sejarah yang dilalui," katanya.
Azmi yang turut menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding PRU-13 berharap mereka yang berhasrat untuk bergelar Yang Berhormat selepas ini supaya ikhlas berjuang untuk rakyat dan negara.
Sementara itu Anggota Parlimen pembangkang Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) ketika ditemui berkata ucapan terakhir yang disampaikan Speaker adalah dari hati yang tulus.
"Sepanjang empat tahun menjalankan tanggungjawab sebagai Speaker beliau menjalankan tugas dengan baik.
"Dalam keadaan tegang sekalipun Tan Sri Pandikar berjaya mengawal keadaan dengan baik. Dalam keadaan tertekan sekalipun cuma kata-kata yang terbang dari beliau," katanya.
Mohd Hatta berkata, biarpun ada ketika Speaker terpaksa menggantung seseorang Anggota Parlimen namun beliau percaya Tan Sri Pandikar Amin mempunyai hujah tersendiri.
Terdapat Anggota Parlimen yang dilihat mengambil gambar secara berkumpulan di dalam dewan persidangan sebagai kenangan sempena hari terakhir sidang Dewan Rakyat.
Antara yang dilihat bergambar ialah Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).
Sementara itu Anggota Parlimen pembangkang Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bersalaman dengan wartawan yang bertugas di lobi Parlimen.
"Saat ini sangat menyentuh emosi," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada para wartawan yang bertugas di Parlimen hari ini
Najib senarai kelemahan, kepincangan Pakatan
KUALA LUMPUR - Jangan cuba-cuba mahu bereksperimen untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang terbukti relevan sepanjang zaman sebagai pilihan utama, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Semenjak lebih 50 tahun lalu, parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional secara tali temali, menerajui negara tercinta ini dengan membawa perubahan dan pembaharuan bukan pada kadar berdikit malah dengan lonjakan berganda dengan Keberterusan Transformatif," katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno ke-66 di Dewan Merdeka, hari ini.
[UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO 2012]
Menurut Najib, BN sebagai parti pemerintah pada hari ini sentiasa bergerak ke hadapan dengan pelbagai kaedah demi memenuhi kehendak rakyat.
"Pokoknya kita pada tiap ketika mendepani kelok zaman dengan membuat perubahan yang tepat pada masanya," ujar Najib.
Meskipun katanya, jarum-jarum politik pembangkang mencucuk rakyat untuk memberi peluang kepada pembangkang, "ini adalah risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji."
Najib kemudian menyindir pembangkang yang menabur pelbagai janji manis dalam misi merampas tampuk pemerintahan.
"Jika pada peringkat janji lagi sudah tidak boleh dipegang dan dipercayai, maka lebih selamat untuk para pengundi agar menjauhi parti tersebut," kata Najib.

Tuesday, 27 November 2012
UMNO Doakan Orang Islam Tidak Menjahanamkan Sesama Sendiri
Perhimpunan UMNO malam ini mendoakan supaya orang Islam di negara ini tidak menjahanamkan sesama sendiri, dan memohon supaya mereka yang tersasar, kembali ke jalan yang diredhai.
Doa yang dibacakan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, jelas menunjukkan niat UMNO jauh berbeza dengan Pas baru-baru ini yang mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melafazkan doa itu pada penghujung ucapan beliau bagi merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini.
Doa Muhyiddin:
“Ya Allah Ya Tuhan Kami, Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami,
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai.
“Ya Allah, Bimbinglah kami di jalan yang lurus, Redhakanlah jalan perjuangan kami, Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah”.
Muhyiddin juga mendoakan supaya orang Islam sentiasa mentaati perintah Allah serta memohon supaya disatukan hati mereka ke jalan yang diredhai.
Pada 16 Nov lepas, Pas melafazkan doa yang dipimpin Nik Razi Nik Mat, adik Mursyidul Am Pas Nik Aziz, yang memohon kehancuran UMNO dan BN, pada perhimpunan parti itu di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu.
Antara kandungan doa itu ialah meminta UMNO dan BN dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati dan dipermudahkan pembangkang.

Rakyat Selangor Muak Dengan Janji Pembangkang
Rakyat Selangor di peringkat akar umbi mula hilang sabar dengan gelagat pembangkang yang masih tidak menunaikan janji manifesto mereka, walaupun telah empat tahun memerintah negeri itu.
Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata sikap pembangkang yang sering berdolak-dalik daripada menunaikan janji-janji dalam manifesto mereka boleh memakan diri pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
“Di mana kami pergi mereka (rakyat) menyuarakan tidak sabar menunggu pilihan raya diadakan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN),” katanya semasa ditemui selepas mendengar amanat Presiden UMNIO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini Selasa.
Beliau berkata perasaan muak rakyat itu kini jelas dilihat apabila mereka mula menuntut janji-janji kerajaan Selangor pimpinan pembangkang itu melalui saluran perundangan.
Baru-baru ini 2,020 ibu tunggal menuntut di mahkamah tunggakan elaun untuk ibu tunggal yang dijanjikan kerajaan pakatan pembangkang dan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal juga menuntut supaya mereka dibayar tunggakan kerana tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama,

Kerajaan Selangor dibidas gagal tangani mangsa banjir BN pula yang disalahkan
Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini mendakwa Kerajaan Selangor gagal menyelesaikan masalah banjir yang melanda penduduk Kampung Sungai Serai, Hulu Langat sejak isu itu dibangkitkan pada 2008.
ADUN BN-Dusun Tua Ismail Sani berkata rata-rata penduduk Sungai Serai kecewa dengan kegagalan kerajaaan pembangkang itu mengatasi isu banjir selain dilihat sering berdolak-dalik berhubung perkara itu.
"Kerajaan Selangor boleh lulus peruntukan RM300 juta untuk bina jambatan Klang, tetapi kenapa peruntukan untuk naik taraf Sungai Serai yang tidak sampai RM10 juta, tidak boleh diberikan.
"Menteri Besar perlu buang sikap menyalahkan orang lain, terutama Kerajaan Pusat, setiap kali mereka gagal selesaikan masalah yang babitkan rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Ismail berhubung perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kerajaan negeri tidak menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk menaik taraf Sungai Serai, menyebabkan pihaknya tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
"Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri untuk membaiki saliran dan juga pembetungan, yang masing-masing menelan belanja sekitar RM470,000 dan RM325,000.
"Kolam takungan air juga bakal dilaksanakan dan ketika ini, ia masih dalam proses mengenal pasti dan ambil alih tapak.
"Projek ini dianggarkan bernilai RM1.5 juta," katanya. Persidangan DUN bersambung esok.

TERKINI@NOHOMAR TERPAKSA OVERHAUL KHALID DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Pengumuman pembinaan jambatan ketiga di Klang oleh kerajaan negeri Selangor hanya untuk mengaburi mata rakyat dan menutup isu bekalan air yang masih belum selesai, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau turut mempersoalkan pengumuman projek jambatan itu sekarang dan bukan sejak mula Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.
"Kalau dulu kerajaan pusat menyatakan hasrat untuk melaksanakan projek jambatan itu, saya percaya mereka (kerajaan Selangor) tidak benarkan dengan memberi pelbagai alasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata misalnya isu air yang kerajaan pusat telah belanjakan berbilion ringgit demi kepentingan rakyat, hanya tinggal pembinaan kolam takungan sahaja kenapa Selangor tidak beri kebenaran.
"Jika betul ikhlas berilah kerjasama projek yang kerajaan sedang laksanakan bukannya kerana hendak menutup isu air, salahkan kerajaan pusat pula dalam isu pembinaan jambatan," katanya.
Mengulas mengenai belanjawan Selangor, Noh berkata banyak yang dibentangkan dalam belanjawan hanya teori kerana masih banyak janji belum ditunaikan dan belum ada projek besar yang boleh rakyat negeri ini banggakan.

Berikut antara intipati daripada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO
Berikut antara intipati daripada ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sebentar tadi.
1. Pemimpin Pas tidak mungkin dipilih menjadi Perdana Menteri dan menegakkan negara Islam kerana DAP dan PKR tidak pernah menyokong dan mempercayai Pas.
2. Pas juga adalah sebuah parti yang lemah dan sepanjang 12 kali pilihan raya umum, bilangan kerusi yang ditandingi Pas kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen. Jika lemah, bagaimana presiden mereka dicadang sebagai Perdana Menteri?
3. Pembangkang mengamalkan politik ultra perkauman, fahaman songsang dan memecah belahkan masyarakat hanya kerana mahukan kuasa. Sejak lima dekad lalu, Pas dan DAP membawa fahaman politik benci dan fitnah yang membakar sentimen agama dan perkauman.
4. PKR pula, menerusi kenyataan Ketua Pembangkang, secara jelas mengetengahkan ideologi songsang kononnya atas nama kemunculan politik baharu, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral.
5. Melalui fahaman songsang, undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka. Malahan mereka juga berpendirian orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberi hak kebebasan beragama.
6. UMNO tidak boleh alpa dan parti itu perlu bangkit untuk menjadi benteng mempertahankan masyarakat daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang.
7. Malaysia kekal aman, stabil dan makmur di bawah BN kerana parti itu sentiasa membuka pintu rundingan bagi menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum.
8. Jentera UMNO, khususnya ketiga-tiga sayap parti perlu mengatur strategi berkesan untuk memenangi hati pengundi dan memastikan perpaduan parti diteguhkan sebagai kunci kemenangan dalam PRU-13.
9. Seluruh warga UMNO perlu terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menerajui transformasi besar untuk negara.
10. UMNO akan terus mengangkat suara Melayu tanpa melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain dan berjanji komitmen itu akan terus dipegang oleh UMNO dan BN.

Monday, 26 November 2012
TENTATIF PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
TAKLIMAT PRESIDEN
Majlis Taklimat Presiden
Pakaian : Baju Kemeja Merah (Ulang Tahun UMNO ke-66)
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI
Pendaftaran Perwakilan
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA / PEMUDA / PUTERI
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu, Perempuan : Baju Kurung
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC
PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC
PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC
PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO – PERWAKILAN BAHAGIAN
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Anjung Merdeka
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat)
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC
JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC
GERAI JUALAN
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC
Sunday, 25 November 2012
Mengapa Zalimi Kami! ibu tunggal tuntut elaun dijanjikan dalam manifesto
Kira-kira 100 ibu tunggal mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan SUK, di sini, hari ini bagi menuntut elaun ibu tunggal seperti dijanjikan kerajaan Selangor dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.
Mereka berkumpul sejak jam 10 pagi dengan membawa pelbagai sepanduk, termasuk bertulis 'Khalid Penipu' dan 'Berikan Elaun Kami'.
Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Martini Kasman, berkata pihaknya mahu menuntut janji kerana berasa teraniaya dengan janji yang ditabur Pakatan Rakyat pada PRU12.
"Kami datang ke mari dengan tujuan untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar untuk menuntut janji.
"Kita mahu janji dikotakan. Kalau janji tidak dikotakan, kita dianayai. Apabila menang kita ditinggalkan begitu sahaja," katanya kepada pemberita.
Semalam, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atas tuntutan yang sama.
Saman itu difailkan melalui tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya 2008 menjanjikan elaun kepada ibu tunggal di negeri itu termasuk elaun khas suri rumah.
Namun setelah lebih empat tahun mentadbir negeri itu, golongan ibu tunggal umpamanya diabaikan.
Exco Selangor, Rodziah Ismail sebelum ini berkata kerajaan negeri menghadapi masalah untuk melaksanakan pemberian elaun itu berikutan ketiadaan data sebenar mengenai ibu tunggal.
Tambahnya lagi, pemberian elaun itu tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit, tetapi mungkin juga dalam bentuk latihan dan modal untuk memulakan perniagaan serta bantuan pelajaran kepada anak-anak mereka.