Thursday 22 November 2012

Menangi Tiket dan Jersi Percuma #DemiHarimauMalaya Piala AFF 2012


Salam 1Malaysia!


Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November 2012 dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.


YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama!


Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter.

Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:


#DemiHarimauMalaya, saya akan ….......”

Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu!


Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November 2012. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan!

Maklumat lanjut dan jadual perlawanan terdapat di sini: http://www.fam.org.my.

No comments:

Post a Comment