Tuesday, 26 November 2019

SIAPA BENAR ABU MAYAT CHIN PENG DIBAWA BALIK DAN APA TUJUAN BERITA INI DIHEBAHKAN?



Chin Peng meninggal dunia pada jam 6.20 pagi 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok, dan sejak itu ramai yang menuntut abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

Antara yang lantang menuntut abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia ini ialah pemimpin DAP, termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan Dr P Ramasamy.

Antara yang lantang mendesak supaya ini tidak dibenarkan pula adalah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hussin Ismail.

Kata mereka, negara tidak berhutang apa-apa dengan Chin Peng, malah beliau mengakibatkan rakyat menderita dan lebih 10,000 meninggal dunia akibat kekejaman PKM.

Kerajaan, khasnya melalui Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertegas menolak tuntutan ini.

Alasan utama mereka ialah kerana kerajaan sensitif terhadap perasaan keluarga angkatan tentera, anggota polis dan orang awam yang dibunuh atau diseksa oleh PKM.

Ketua Polis Negara waktu itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar, malah mengumumkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba membawa masuk abu mayat atau memorabilia Chin Peng, dan menahan dua individu di Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Tindakan kerajaan ini juga disokong oleh Tun Dr Mahathir dalam tulisan beliau yang disiarkan oleh New Straits Times pada 1 Oktober 2013 dan oleh blog beliau keesokan harinya.

*Oleh itu, adalah mengejutkan bila tiba-tiba sahaja muncul laporan bahawa abu mayat Chin Peng telah dibawa pulang ke Malaysia serta ditabur di laut berdekatan Lumut dan di hutan sekitar Banjaran Titiwangsa disertai upacara peringatan Chin Peng pada 16 September lalu.*

Dua soalan segera terlintas dalam fikiran saya:

*1) Jika keputusan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia ini adalah keputusan Kabinet terdahulu, apakah keputusan membenarkannya juga dibuat oleh Kabinet? Jika tidak, siapakah individu yang membenarkannya?*

*2) Mengapakah hanya setelah lebih dua bulan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia baru berita ini dihebahkan kepada rakyat? Dan, mengetahui sensitiviti isu ini kepada rakyat, apakah tujuan berita ini dihebahkan kepada rakyat?*

*Bolehkah dibayangkan apa perasaan keluarga angkatan tentera, anggota polis dan orang awam yang dibunuh atau diseksa oleh PKM bila mengetahui berita ini?*

Monday, 30 April 2018

Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan. Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera. Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera. Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’, di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin. Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi.


 Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif

  1. Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan. Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion.
  2. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera. Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera. Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya.
  3. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’, di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin. Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU.
  4. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut.
  5. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat. Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi.

Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah

3. Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah

  1. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah satu jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara, yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. Mereka kebanyakannya adalah pakar ekonomi, bukannya ahli politik. Jaringan keselamatan sosial sedemikian sedang dilaksanakan di banyak negara-negara lain. Sesetengah negara menggelarnya sebagai “manfaat pengangguran” yang menyasarkan kepada mereka yang menganggur. Bagaimanapun, BR1M menyasarkan mereka yang berpendapatan rendah. Kedua-duanya, pada dasarnya, adalah satu bentuk elaun keselamatan sosial kerana ia menyasarkan kumpulan rentan.
  2. Kita berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi menyeluruh semasa kepada subsidi yang menyasarkan hanya untuk mereka yang memerlukan. Semua orang (termasuk yang kaya dan warga asing) mendapat manfaat daripada subsidi menyeluruh ini. Dengan menghapuskan subsidi menyeluruh, kita menjana penjimatan yang kemudiannya disalurkan kepada mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah. Dan kita akan dapat memberi kumpulan yang layak ini lebih daripada apa yang mereka akan terima daripada skim subsidi menyeluruh. Oleh itu, BR1M perlu dilihat dalam konteks subsidi yang disasarkan, dan Jawatankuasa Fiskal percaya bahawa ia akan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan mekanisme subsidi.
  3. BR1M juga memberi ganti rugi kepada mereka yang memerlukan bagi sebarang perbelanjaan tambahan yang mungkin ditanggung akibat daripada GST. Sesetengah pihak mendakwa bahawa GST adalah cukai regresif kerana setiap orang termasuk golongan miskin adalah tertakluk kepadanya. Bagaimanapun, dengan adanya BR1M, GST bukan regresif kerana kumpulan berpendapatan rendah ini mendapat ganti rugi. Selain itu, sebahagian besar daripada hasil GST akan dibelanjakan untuk komuniti yang rentan ini.
  4. Beberapa ahli politik berkata walaupun adanya BR1M, rakyat “tidak bersyukur.” Ini adalah mengapa mereka percaya ia rasuah dan tidak berada di laman yang sama dengan Jawatankuasa Fiskal. Kami melihatnya sebagai satu langkah ekonomi, tetapi ahli-ahli politik melihatnya semata-mata dalam konteks politik. Untuk makluman anda, BR1M diberikan kepada semua orang tanpa mengira kecenderungan politik mereka. BR1M diberikan tanpa mengira bila pilihan raya diadakan. Nurani saya jelas. BR1M adalah satu langkah ekonomi, bukannya rasuah dan saya telah menyatakan sebab-sebabnya.
  5. Orang selalu berkata, “Berikan seseorang ikan dan kamu memberinya makan untuk sehari. Ajarkan seseorang memancing dan kamu memberinya makan buat selamanya.” Namun, dalam dunia sebenar, kita perlu melakukan kedua-duanya. Memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama, melabur dalam pendidikan/meningkatkan kemahiran/meningkatkan produktiviti. Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar daripada bajet kita. Selain itu, kita juga mewujudkan entiti seperti TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak program latihan kerajaan yang lain di bawah pelbagai kementerian.

Tuesday, 13 March 2018

TERBARU !!!! PAKATAN HARAPAN AKAN BAGI MOTOSIKAL PERCUMA SEKIRANYA MENANG PRU 14 #ManifestoPH #HarapanPalsu

SAYA tersenyum apabila mengkaji manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP yang dilancarkan di Shah Alam, kelmarin. Seronok untuk sekadar dijadikan bahan bacaan kerana banyak janji-janji di dalamnya bukan sahaja dilaksanakan tetapi juga ada yang sudah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, SAYA juga tertanya-tanya di manakah maruah politik Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila manifesto tersebut turut me­ngandungi janji untuk menghapuskan tol - satu legasi yang di­tinggalkan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.


Begitu juga dengan janji untuk melaksanakan skim bantuan kewangan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang selama ini dianggap oleh Dr. Mahathir sebagai rasuah dan ‘dedak’.

SAYA juga tidak melihat apa-apa yang menarik atau ‘menggemparkan’ yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan yang kini begitu bernafsu untuk memerintah Malaysia dengan menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun SAYA yakin manifesto tersebut tidak akan mampu membuatkan rakyat tertarik kerana ia sekadar janji-janji manis untuk menarik undi. Ini kerana Pakatan Harapan sememangnya sudah terkenal sebagai ‘saudagar mimpi’.

Wednesday, 7 March 2018

AZMIN ALI SALAHKAN NEGERI SEMBILAN DAN PAHANG PUNCA SELANGOR TIADA AIR


Sekali lagi, kerajaan negeri Selangor tidak harus dipersalahkan atas gangguan terbaru air di Selangor – kali ke lima dalam masa 2 bulan.

Sebaliknya, rakyat Selangor harus menyalahkan kerajaan BN di Negeri Sembilan kerana gagal menjaga sungai dengan baik sehingga berlaku pencemaran kepada bekalan air di Loji Rawatan Semenyih.

Kerajaan negeri Selangor telah berusaha sehabis baik untuk memastikan masalah air negeri diurus sebaik mungkin, tapi ada beberapa faktor yang berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri antara lain punca pencemaran dari negeri lain seperti yang berlaku sekarang.

Tak beberapa lama sebelum ini, pencemaran Sungai Semantan di Pahang dikesan menyebabkan air berbau di Selangor, kali ini masalah lebih kurang sama dikesan berpunca dari Negeri Sembilan pula.




Kerajaan Negeri sehingga kini hanya memberi kenyataan retorik tanpa pelan tindakan konkrit dalam menghadapi masalah gangguan bekalan air terawat yang terlalu kerap berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur walaupun tidak ada masalah bekalan air mentah.

Apabila penempatan dan bangunan perkhidmatan awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang terkesan daripada masalah gangguan air ini, jelas membuktikan Menteri Besar gagal memantau secara dekat permasalahan ini.

Kami cadangkan pentadbiran negeri menghidupkan semula jawatankuasa khas (taskforce) yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim khusus untuk memantau bekalan air serta memberi laporan dua kali sehari berkenaan masalah yang dihadapi dan kawasan-kawasan yang terlibat.

Dalam isu yang berkaitan, kami merasakan sikap berdolak dalih dalam meneruskan formula holistik melalui penstrukturan semula industri air Selangor – seperti yang diambil oleh kerajaan negeri sebelum ini – telah menyumbang kepada gangguan bekalan air bersih hari ini.

Pendekatan memberi ‘laluan mudah’ yang diambil oleh Kerajaan Negeri kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) yang telah diberi lesen sementara walaupun menolak tawaran penstrukturan semula telah menggangu kelicinan pengambilalihan tiga syarikat konsesi yang lain.

Menteri Besar Selangor perlu bangun dan proaktif untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih kerana tempoh bulan madu beliau sudah berakhir. Malah sesi terjah yang cuba dipopularkan beliau sudah tidak kedengaran sebaliknya masalah sampah sarap tidak selesai malah bertambah di merata tempat.

Mungkin beliau perlu meluaskan sesi terjah ke kolam, loji pembersihan air dan jangan lupa terjah juga syarikat konsesi yang nampaknya degil dan menyusahkan rakyat Selangor.





SUMBER http://www.suarapakatanharapan.com/2016/10/24/gangguan-terbaru-air-selangor-salahkan-negeri-sembilan-azmin/

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kita-ada-bukti-orang-sabotaj-air-1.576815

Monday, 5 March 2018

TERKINI !!!! DAH LA TAK DE AIR ,RAKYAT SELANGOR DI PAKSA BELI TONG AIR BEHARGA RM 60






#OH_AIR_SELANGORKU

Satu tong RM60.Kebanyakkan amik dua tong dah hampir RM120. Kena beratur sejam ke dua jam untuk bayar dan tunggu trip lori bawak tong sampai.Masih ramai lagi yang menunggu trip lori seterusnya.

Siapa harus bertanggungjawab.Boleh tak claim duit tong air ni dengan MB Selangor.?


Selagi MB tidak menyelesaikan segera perjanjian penstrukturan semula industri penting itu yang masih tertangguh.Selagi itu masalah ini tiada penghujung.Kerana Selangor mempunyai rizab air yg sgt rendah.

Kegagalan dan kedegilan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melengkapkan baki perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah turut menjejaskan pembangunan baharu serta kemampanan bekalan air di negeri itu dalam jangka masa panjang.

Saya dan rakyat Selangor kena tanggung akibat kesombongan dan kedegilan Azmin Ali.Ada sesiapa sudi belanja saya satu tong? 😅

-Fariz Hadi-
#OhSelangorKu
#KrisisAirTakBerpenghujung

Thursday, 1 March 2018

TERKINI Kerajaan Selangor Akan Haramkan BR1M?

Sesuai dengan keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang sependapat dengan Tun Mahathir bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah, satu permohonan dari kerajaan negeri akan dibuat kepada Kementerian Kewangan akan dibuat untuk membatalkan semua pemberian BR1M dalam negeri Selangor, menurut satu sumber yang rapat dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ini bermaksud, semua permohonan BR1M dari negeri Selangor, akan dibatalkan dengan serta merta.

Ada lebih kurang 1.1 juta penerima BR1M di Selangor dari keseluruhan 7 juta penerima dan jumlah ini adalah tidak sihat kerana Selangor adalah negeri yang diperintah Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan menolak BR1M.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri difahamkan akan segera menguruskan surat kepada Kementerian Kewangan dengan secepat mungkin, seboleh-bolehnya sebelum pembayaran pertama dari keseluruhan RM 1,200 ini dibayar kepada penerimanya.

Lagipun dengan pengharaman ini, dapat menyelamatkan rakyat Selangor dari dikenakan tindakan undang-undang setelah Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan dari Najib dalam PRU14 yang akan datang.

Tun Mahathir kelmarin dalam satu ceramah mengesahkan bahawa setelah Pakatan Harapan berkuasa, BR1M akan dianggap sebagai wang rasuah dan semua penerimanya adalah penerima rasuah – satu kesalahanyang boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia.