Wednesday, 17 January 2018

APA LAGI KPDNKK TAK BANTU RAKYAT ? BENARKAH EKONOMI KITA TERUK?

Kita selalu baca orang merungut tentang kenaikan kos. Ada yang terpaksa tahan lapar tak makan, yang miss bagi duit belanja sekolah pada anak, berkira-kira nak beli baju sekolah anak, macam-macam cerita sedih kita baca.

Dalam masa yang sama, kita ada juga terbaca (atau alami sendiri) tentang betapa susahnya nak cari parking kat shopping mall masa hujung minggu, nak buat reservation kat kedai makan yang fancy2 pun kadang-kadang dah penuh, wayang full house kalau cerita sedap, dan cerita-cerita yang lebih positif.

Jadi, mana satu yang betul? Ekonomi kita tengah ok ke tak sebenarnya?

Realitinya, kedua-dua scenario tu benar-benar berlaku. Memang ada yang kelihatannya macam tak terjejas dengan apa pun keadaan ekonomi. Tapi ada sebilangan lagi yang benar-benar terpaksa mengikat perut.

Kalau kita tengok data ekonomi, contohnya GDP, ekonomi negara nampak baik. Tapi kenapa masih ada orang susah?

Sebelum tu, aku harap kita realistik la sama. Takkan kita expect SEMUA orang hidup senang tanpa ada masalah kewangan? Macamana pun, akan tetap ada golongan yang keadaan kewangannya kurang baik. Mana ada manusia/kerajaan hebat yang boleh bagi semua orang hidup senang. Takkan ada. So I hope, we can manage our expectation.

DATA EKONOMI

Ok. Balik pada data ekonomi.

Kenapa semacam ada disconnect antara data-data ekonomi yang positif tu dengan apa yang kita lalui hari-hari?

Antara sebab yang dibincangkan oleh panel haritu, sebab adanya ‘lagging effect’.

Untuk tahun 2016, ekonomi kita berkembang pada kadar 4.2%.

Tapi masa 2016 tu, perasan tak kita masih berbelanja seperti biasa? Macam tak reflect pun yang GDP kita sebenarnya menurun.

FYI, tahun sebelumnya, 2015, GDP kita adalah 5.0%.

Maknanya masa 2016 (walaupun GDP turun kepada 4.2%), kita masih ‘menikmati’ hasil GDP 2015 (5.0%).



Datang 2017, ekonomi kita rebound balik. Thanks to the weaker Ringgit, exports kita berkembang double digit hampir setiap bulan dalam 2017. Supported by positive external demand too. GDP,

1Q17: 5.6%
2Q17: 5.8%
3Q17: 6.2%

Tapi kita rasa macam tak percaya dengan data yang positif ni. Apa ni, kata ekonomi makin bagus. Tapi awat rasa macam sesak ja?

Sebab, kita sedang rasa ekonomi yang berkembang pada kadar 4.2% (GDP 2016).

Tu la maksud ‘lagging effect’. Tempohnya lebih kurang antara 6 ke 8 bulan.

Indirectly, tahun 2018 ni, kita sepatutnya akan dapat rasa ada improvement daripada keadaan tahun lepas (sebab ekonomi 2017 lebih baik berbanding 2016).

Dan, err, mungkin bonus yang nak dapat ni lebih baik daripada tahun lepas? Mana tau, kan? Doa-doa. Haha.

Itu satu.

Kemudian, ada juga misperception bila kita kurangkan budget sana sini, terus conclude, “Oh, ekonomi kita teruk.”

Pernah dengar tak orang Ipoh cakap, “Make hay while the sun shines”?

Sebenarnya, ekonomi kita taklah teruk mana. Bukan nak kata ‘terlalu bagus’, tapi tak la teruk macam yang digambarkan oleh sesetangah pihak.

Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita kena la bersiap sedia dari sekarang. Kalau kita tengok unjuran GDP untuk tahun 2018 pun, ianya lebih rendah daripada tahun 2017. (FY2017: 5.2%-5.7% vs. FY2018 5.0%-5.5%).

Dan kita semua sedia maklum yang sekarang ni kita dah overdue dah yang 10-year recession cycle tu. 1997 dulu ada Asian financial crisis. 2007-2008 pulak ada Great Recession (house price bubble di US). Untuk 2017-2018 ni apa pula?

Tengok sendiri bursa saham dunia. Semua kalau tak near, at record high. Sebab tu masing-masing dok cautious, apa agaknya yang akan trigger next economic crisis.

BERJIMAT KETIKA BERBELANJA



Sementara ekonomi kita tengah sihat ni, kita jimat-jimat la mana yang boleh. Nanti bila ekonomi dunia dah jatuh balik, lagi sakit kita nak kena adjust.

Kait balik dengan budget kita. Kalau perasan, budget untuk Operating Expenditure sebenarnya dah berkurang daripada RM219.6bn in 2014 to RM210.2bn in 2016.

Operating Expenditure ni termasuklah emolument (gaji) dan pencen kakitangan kerajaan. Sebenarnya dua ni la pun yang represent a large chunk dalam budget kita. Amount ni (gaji dan pencen) makin lama makin besar. Takkan nak biar saja?

Strategy sekarang, kerajaan bekukan pengambilan kakitangan baru. Tak nak tambah orang baru dah.

Untuk yang ada sekarang, kita cuba untuk jadikan mereka lebih efficient. Kerajaan tak boleh berhentikan kakitangan yang ada. Itu akan jadi political suicide. Haha. Aku tak rasa kerajaan sekarang berani pun nak buat bold decision macam tu.

Selain tu, kita manfaatkan technological changes. Antaranya itu la, e-government. Buat urusan dalam online, dapat kurangkan manpower.

Nanti, over a period of time, bila ekonomi semakin berkembang, dapat la kita kurangkan perbelanjaan untuk emolument dan pencen ni dari segi percentage of total budget (bilangan staff kekal sama, ekonomi bertambah besar, percentage jadi lebih rendah la).

Kita juga sedang cuba untuk naikkan budget Development Expenditure. Sedar atau tidak, kita dah semakin hampir dengan fasa ageing society. Kesihatan kita rata-rata bertambah baik, jangka hayat kita semakin panjang, so kenalah sediakan infra untuk ageing society. Contohnya, tambah hospital.

Tapi bila budget kita dah banyak habis kat Operating Expenditure tadi, kemampuan kita untuk allocate budget untuk Development Expenditure agak terhad. Itu yang berlaku dalam budget negara kita.

Sekarang, kita nak ubah. Nak kurangkan Operating Expenditure, dan nak tambah Development Expenditure, supaya lebih ramai yang akan dapat manfaat. For the record, Development Expenditure 2014 RM39.5 vs. 2016 RM42.0bn.

Ok?

Next, kenapa kalau tengok private consumption growth, dah recovered to pre-GST level. Tapi bila kita baca berita sesetengah portal, seolah-olah ekonomi masih tak baik?

Yang ni, ada kaitan dengan income growth vs. expenditure growth. Dalam satu slide tu, Bank Negara tunjukkan perbezaan mean income dengan mean expenditure pada tahun 2014 dan 2016.

LAPORAN KURANG TEPAT PORTAL GAMBAR EKONOMI SECARA NEGATIF

Untuk golongan B40, mean income naik RM311, tapi mean expenditure naik RM257. Maknanya, net (RM311-RM257), golongan B40 ada lebih RM54 sebulan.

Berbanding dengan M40, mean income naik RM840, tapi mean expenditure naik RM475 je. Net, M40 ada extra RM365 sebulan.

Manakala T20, mean income naik RM1,783, dan mean expenditure naik RM943.

Summarize balik. Duit lebih untuk golongan

B40: RM54 sebulan
M40: RM365 sebulan
T20: RM840 sebulan

Maksudnya?

Golongan 40% paling bawah pun sebenarnya ada menikmati kenaikan pendapatan. Cuma, tolak kenaikan kos hidup, net yang diaorang ada tu tak banyak sangat (RM54), berbanding M40 (RM365) dan T20 (RM840).

Jadi, agak kurang tepatlah headline berita yang kata golongan B40 tidak mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.

Sebenarnya diaorang dapat, cuma, tak sebanyak orang lain.

Dan aku nak sentuh balik pasal private consumption tadi.

Kan aku mention consumption growth dah recover?

Details nya, 75% daripada consumption growth ni datang daripada golongan M40 dan T20. Depa ni la yang banyak berbelanja.

Kita tengok orang sekeliling kita. Perasan tak, berbanding dulu-dulu, sekarang raamai orang dah mampu pergi umrah? Kan? Dulu kalau kita dengar orang nak pergi umrah, rasa macam special sangat. Sebab jarang-jarang. Tapi sekarang, ada tu setahun sampai dua kali pergi ke sana.

Jadi, betul ke data ekonomi yang positif tu?

Betul.

Tapi yang cerita orang miskin struggle tu?

Pun betul juga.

Sebab B40 masih bergelut dengan kenaikan harga barang. Dan diaorang ni bukan beli luxury items. Diaorang beli essential items. Golongan B40 dan lower-end of M40 memang terasa kenaikan kos. Those complaints are real. But the spending is also real.

So macamana kita nak tolong golongan B40 (and lower M40) ni? Takkan nak complaint saja?

BR1M BANYAK MEMBANTU



In short term, cash transfer macam BR1M tu amat membantu. Tapi takkan sampai bila-bila pun kita nak bagi cash macam tu?

It goes back to education. Salah satunya, utilise teknologi yang ada. Cuma itu lah, nak suruh orang belajar benda baru ni bukan kerja mudah.

Ambil contoh pemandu teksi. Bila Uber/Grab dah mula ambil market share diaorang, pemandu-pemandu teksi ni jadi marah. Kita faham, itu periuk nasi mereka. Tapi bila tanya kenapa tak join je trend Uber/Grab ni?

Jawapannya sebab kebanyakan yang bawa teksi ni agak berumur. Dan diaorang tak minat nak belajar macamana nak guna teknologi baru. Bagi kita, mungkin boleh kata, alah, bukannya susah pun nak belajar guna apps tu. Tapi pada pakcik-pakcik teksi tu, diaorang tak tahu.

Dah panjang, tapi aku nak share dua point lagi. Hang sabaq sat na. Sikit ja lagi ni. Hehe.

Kita ada baca antara bukti ekonomi kita teruk, adalah retail business yang semakin merosot.

Sebenarnya tak boleh lah conclude semudah itu.

MODEL PERNIAGAAN YANG TIDAK SEIRING DENGAN INOVASI

Ada banyak faktor. Mungkin business model dia sendiri yang salah. Dia tutup 5 kedai, tapi orang lain plan nak bukak 20 kedai baru. Filem dia tak laku kat wayang, tapi filem orang lain boleh je meletup-letup sampai extend tempoh tayangan.

Itu baru faktor sendiri. Kalau faktor industri, contohnya, kita perasan kan sekarang ni shopping mall banyak gila (especially kat KL). Jalan tak sampai 10km-20km, boleh jumpa satu shopping mall. Obviously shopping mall kita ni dah tahap oversupplied.

FYI, Malaysia’s retail space per capita is 4.9 sqft. Orang lain macamana?

Hong Kong 3.4 sqft. Singapore 4.5 sqft.

Maknanya, space shopping mall kita luass. Dan bila terlalu banyak shopping mall, diaorang akan terpaksa bersaing. They cannibalise each other. Sudahnya, bila tak cukup orang datang (dan berbelanja), diaorang keluarkan statement- ekonomi tak bagus. Walhal macam kita discuss kat atas tadi, ada ja orang yang berbelanja (M40 + T20).

Satu lagi, sebab online purchase.

PEMBELIAN DALAM TALIAN

Yang ni aku tak payah elaborate la. By now aku rasa semua orang dah tau apa itu Lazada dan yang seangkatan dengannya. Yang beli diapers anak online pun makin ramai, kan?

Jadi, tepat tak bila geng retailers ni mengadu ekonomi teruk, orang tak beli barang, etc. etc.?

Hui. Panjang sangat dah ni.

Cukuplah tu. Haha.

Btw, ini sekadar nak share apa dibincangkan oleh captains of industry. Orang yang memang berkelayakan untuk beri komen. Sebab aku rasa bukan semua orang ada peluang nak dengar benda-benda macam ni, kan?

Kalau rasa tak setuju, it is ok. Relax. Tak payah nak bergaduh teruk-teruk nak buktikan juga kitalah yang paling betul.

FB ni tempat kita lepak-lepak buang masa ja. Jangan la emo sangat bila orang tulis benda yang contradict dengan apa yang kita percaya. Kalau rasa make sense, angguk. Kalau tak boleh terima, ketap bibir, scroll ja ke post seterusnya.

Ok?

No comments:

Post a Comment