Wednesday, 20 September 2017

TAK TAHU TAK TAHU TAK TAHU PASAL FOREX TAPI 1MDB DIA AMBIL TAHU

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad harus tampil memberi penjelasan penuh terhadap dakwaan Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mencatatkan kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang.
Kegiatan ini dipercayai berlaku sepanjang 1991 hingga 1993 ketika era pentadbirannya.
Penjelasan ini penting bagi membolehkan semua pihak mengetahui kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan itu.
Pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini bahawa Laporan Tahunan Bank Negara 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar jauh lebih besar harus dirungkai segera. Skandal perdagangan mata wang BNM dengan kerugian luar biasa ini tidak harus didiamkan. Ia memerlukan siasatan meliputi aspek kecuaian, pemalsuan, perakaunan kreatif, memberi maklumat salah malah ke tahap salah guna kuasa dan pecah amanah.
Lagipun kegiatan spekulasi dalam pasaran mata wang adalah bercanggah dengan prinsip Bank Pusat.
Rakyat tidak lagi mahu mendengar penjelasan yang selalu disogokkan iaitu sekadar paper loss dan persoalannya, siapa yang harus bertanggungjawab? Ini soal integriti dan akauntabiliti.
Mari kita  menyorot desakan dan pendedahan terhadap skandal itu yang pernah ditimbulkan oleh bekas Timbalan Gabenor BNM, Dr. Rosli Yaakop dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pendedahan bekas Timbalan Gabenor BNM, Dr. Rosli Yaakop.
(Tulisan beliau bertajuk Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Ziarah Semula dikongsi bersama pembaca Harakah pada 5 Jun 2012). Berikut antara intipatinya:
i. Pada 1992, BNM berjudi di dalam pound British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. Diumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) diakui BNM rugi RM10.1 bilion.
ii. Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini lima kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, AS$20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.
iii. Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.
iv. Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut dalam kalangan pemain pasaran.
v. BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian.
vi. Jadi, empat orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein (Allahyarham) dan Nor Mohamed Yakcop.
 
2 “Sekiranya pakatan (pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992. “Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa BNM mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi BNM mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993.”
- LIM KIT SIANG
Penasihat DAP, 4 JUN 2012
 
3 “Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ. “Tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi ini. Semuanya dilakukan oleh seorang individu.”
-DATUK ABDUL MURAD KHALID
Bekas Penolong Gabenor BNM, 26 Januari 2017

4 “Pada akhir 1980-an, Zeti (bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz) telah dihantar ke pejabat mereka di London, jadi beliau pasti tahu apa yang telah berlaku.
“Walau bagaimanapun, Zeti tidak pernah bercakap tentang hal ini sejak 28 tahun yang lalu dan tidak pernah mendedahkan kebenarannya.”
- RAJA PETRA KAMARUDDIN
Pengendali blog, 31 Januari 2017
 
“Penglibatan Bank Negara Malaysia dalam dagangan mata wang asing (forex) antara 1991 hingga 1993 menjadi antara punca mendedahkan Malaysia kepada krisis kewangan Asia 1998 yang sehingga kini terus mempengaruhi corak pertumbuhan ekonomi negara.”
-TAN SRI RAMON NAVARATNAM


Monday, 18 September 2017

NAJIB BUBAR PARLIMEN SEMALAM ... MAT TAIB KEMBALI , PAKATAN YANG PANAS

Segala teka-teki berhubung isi kandungan sidang akhbar Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah terjawab semalam. Ia bukan soal pilihan raya, ia bukan soal pembubaran Parlimen. Sebaliknya berkaitan ‘kepulangan’ seorang bekas pemimpin UMNO ke pangkuan parti.
Mungkin kembalinya Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam UMNO tidak dianggap begitu besar bagi sesetengah pihak. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor sebelum meninggalkan UMNO untuk menyertai Pas dan kemudiannya PKR.
Secara peribadi, saya kenal, bekas Naib Presiden UMNO itu. Beliau mempunyai jiwa perjuangan Melayu yang cukup kental. Mungkin kerana semangat itu jugalah mendorong beliau kembali kepada parti induk orang Melayu tersebut.
Saya yakin kepulangan Muhammad sedikit sebanyak mampu membantu UMNO khususnya bagi merampas kembali Selangor yang kini berada di dalam genggaman PKR, selain memperkukuhkan lagi UMNO.
Bagi saya
Biarlah apa pun pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang lain mahu kata berikutan tindakan Muhammad itu. Apa yang pasti sekurang-kurangnya beliau membuktikan tidak mahu terus menjadi salah seorang pemimpin yang bersekongkol dengan parti cauvinis seperti DAP dengan berada dalam PKR!