Thursday, 30 August 2012

PKR belakangkan Sultan Selangor?

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak seperti...
tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.


LIVE JANJI BERSIH PAKATAN JAHANAM DI DATARAN MERDEKA




LOKASI : DATARAN MERDEKA
JAM :10.15 MALAM

Sehingga setakat ini,masih tidak boleh memasuki dan sedang berkumpul di luar dataran merdeka untuk memasuki pentas dan padang dataran merdeka untuk merosakakan acara sambutan kemerdekaan negara yang ke-55 pada esok pagi

POLIS MENEGASKAN,MELARANG HIMPUNAN HARAM PR DIDATARAN MERDEKA MALAM INI


POLIS MENEGASKAN,MELARANG HIMPUNAN HARAM PR DIDATARAN MERDEKA MALAM INI

Tuesday, 28 August 2012

Kerajaan Selangor perlu bayar tunggakan air percuma kepada rakyat- NOH OMAR

Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal dan tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kebanyakan mereka yang menggunakan meter pukal merupakan rakyat miskin dan tuntutan mereka itu munasabah.

Kerajaan Selangor yang sering menekankan soal keadilan dan kebajikan perlu membayar tunggakan itu kerana janji dibuat kepada setiap rakyat Selangor, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal.

"Orang rumah besar, banglo dapat. Orang duduk flat kongsi meter tak layak. Janji pada setiap rakyat bukan setiap meter," katanya.

Monday, 27 August 2012

Jamuan Hari Raya bersama Najib di RRI Sabtu ini

SHAH ALAM: Orang ramai berpeluang menikmati juadah Hari Raya dan bertemu Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Sungai Buloh, Sabtu ini.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, majlis ramah mesra pemimpin bersama rakyat Selangor itu akan berlangsung dari 1 tengah hari hingga 5 petang, dan Perdana Menteri dijangka tiba pada jam 2.30 petang. Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kira-kira 100,000 orang dijangka hadir pada majlis itu, dan kerana itu RRI, yang memiliki enam buah padang, dipilih untuk penganjuran majlis terbabit oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan acara itu yang dihadiri lebih 100 wakil daripada badan bukan kerajaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, pemimpin masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan di sini hari ini.

Noh berkata, bagi melicinkan pergerakan lalu lintas dan orang ramai ke tempat acara, perkhidmatan bas ulang-alik disediakan setiap setengah jam.

Antara tempat perhentian bas ulang-alik terbabit ialah Stesen Komuter Sungai Buloh, Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang, Bukit Subang, Kem Tentera Sungai Buloh, Kampung Melayu Subang, Kota Damansara dan Pejabat Umno Bahagian Shah Alam.

Noh berkata, selain menjamu selera, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Rohana Jalil, penyanyi 60-an A.Halim, Haziq AF, pelawak Maidin dan penyanyi daripada kaum Cina, India serta masyarakat Orang Asli.

JANJI BEERSHIT JANJI KECOH Tiada lampu hijau diberikan kepada penganjur himpunan 30 Ogos Ini


KUALA LUMPUR: Tiada sebarang "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur. "Kalau menurut akta terbabit, penganjur sudah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, pada perhimpunan terbabit polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan.

Katanya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur di di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

Toyol yang suka mencuri wang dan meraba alat sulit gadis berjaya ditangkap


Penangkapan susuk makhluk yang diyakini sebagai toyol dilakukan secara tidak sengaja. Toyol ini ditangkap oleh Gatot Suwuno ( 55) ketika dirinya tengah berada di sebuah warung kopi. Ketika ditangkap ditangan toyol ini terdapat wang sebanyak Rp 200,000 atau RM 69.70 wang Malaysia. Gatot yang juga dianggap sebagai pakar paranormal oleh warga setempat dan pemilik Warung tersebut yg sering mengadu kehilangan wang.

Selain kegemaran mencuri wang, toyol ini juga suka meraba alat sulit wanita dan anak gadis sebelum melarikan wang di setiap rumah yang dimasukinya

Sunday, 26 August 2012

Janji Manis Khalid Ibrahim Buat Penghuni pangsapuri tuntut janji air percuma Selangor


Selepas empat tahun mentadbir Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) didakwa gagal menepati janji untuk memberikan air percuma kepada penduduk yang menggunakan meter pukal seperti flat kos rendah dan pangsapuri.

Semalam, satu demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court sebagai manifestasi rasa tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin Kerajaan Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Selain itu, mereka turut mendesak Kerajaan Negeri membayar tunggakan untuk tempoh 50 bulan sejak Ogos 2008 sehingga September 2012 sebanyak RM570 dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama (JMB), Kamarul Azman Kamarudin berkata, pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji memberi air percuma kepada rakyat sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

"Malangnya selepas diberi mandat, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, air percuma hanya dinikmati pengguna yang menggunakan meter individu.

Katanya, penduduk juga telah beberapa kali menuntut Kerajaan Negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menukar meter pukal kepada meter individu namun pelbagai ‘alasan’ telah diterima.

"Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang kebanyakannya kurang berkemampuan," katanya.



Sementara itu, peguam yang mewakili mereka, Hasnal Rezua Merican berkata, berdasarkan janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan representasi berulang kali, terdapat asas undang-undang untuk mencabar Kerajaan Negeri kerana telah membuat pengharapan yang sah kepada rakyat Selangor bahawa mereka berhak mendapat air percuma.

“Kita akan mulakan tindakan undang-undang untuk memaksa Kerajaan Negeri sama ada memberikan air percuma atau pampasan kepada penduduk dalam satu jumlah yang dirasakan munasabah bagi menggantikan air percuma yang tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memaklumkan, pemberian air percuma hanya layak diberikan kepada penghuni yang mendiami pangsapuri dikategorikan dalam kod 10.

"Penghuni pangsapuri hanya diberi air percuma selepas proses migrasi ke meter individu iaitu ke kod 10," katanya kepada Sinar Harian.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan ketika dihubungi berkata, seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat daripada janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.

"Tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji," katanya.

Mat Sabu Keterlaluan Menipu Lagi Kali Ini Keluarga Tun Ghafar kecewa kenyataan Mat Sabu


Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.


Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.

'Usah gadai kemakmuran' Tidak semua perubahan membawa kebaikan: Najib


Pekan: Rakyat disaran tidak menggadai kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang dengan melakukan ‘perubahan’ menukar kerajaan yang belum pasti membawa kebaikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat berhati-hati kerana bukan semua perubahan memberi kejayaan lebih besar dan memberi manfaat, terutama kepada generasi muda bagi tempoh jangka panjang.

“Kita tidak boleh letak kepercayaan kepada pihak yang cuba tonjolkan diri sebagai alternatif yang lebih baik daripada kita kerana sudah 55 tahun kita menerajui negara dan membawa banyak perubahan demi kebaikan rakyat,” - Datuk Seri Najib Razak

Beliau berkata, rakyat sepatutnya terus bergantung harap kepada kerajaan yang boleh membawa lebih banyak kemakmuran dan menambah baik pembangunan serta memacu lebih banyak kemajuan demi kebajikan mereka.

“Rakyat perlu berpegang kepada sesuatu yang sudah terbukti berjaya. Ada perubahan bukan membawa kebaikan dan lebih membimbangkan ia membawa sesuatu yang tidak dijangka serta lebih buruk daripada apa yang kita jangka.

“Insya-Allah kita akan membawa perubahan dengan menambah baik kesinambungan yang dilakukan pemimpin terdahulu,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini semalam.

Waspada janji pembangkang
Najib juga berkata, rakyat jangan mudah termakan hasutan dan janji manis pembangkang yang ternyata gagal membawa kemakmuran seperti dijanjikan di empat negeri yang ditadbir selepas pilihan raya 2008.

Beliau berkata, ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) dan rakyat boleh menilai sendiri pelbagai perubahan sejak pemerintahan Tunku Abdul Rahman hingga sekarang.

“Kita tidak boleh letak kepercayaan kepada pihak yang cuba tonjolkan diri sebagai alternatif yang lebih baik daripada kita kerana sudah 55 tahun kita menerajui negara dan membawa banyak perubahan demi kebaikan rakyat,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan BN akan meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin sebelum ini bagi menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.

Katanya, kerajaan sedar bahawa jika tidak berbuat demikian ia boleh menyebabkan ekonomi negara merudum seperti yang dihadapi beberapa negara maju, termasuk Sepanyol.

TERKINI LIVE DARI BESTARI JAYA !!!!!! CERAMAH KERUSI KOSONG NG SUEE LIM PASAL UDANG GAGAL


Sekarang Ini DD Berada Di Kampung Baru Cina Bestari Jaya Menghadiri Jamuan Hari Raya Anjuran DAP Bestari Jaya Namun Sambutanye Amat Dingin Hanya dI Penuhi Segelintir Penyokong Penyokong Tegar Mereka...Yg Amat Menarik Di Sini Kehadiran Jemputan Adun Sekinchan Ng Suee Lim Hasrat Suee Lim Menceritakan Isu Udang Tidak Berjaya Kerana Tiada Sambutan Di sini

p/s DD RASA NG SUEE LIM salah musim untuk bercerita pasal udang hehehe
NG SUEE LIM yang sebenarnya otak udang

Isu Talam: DAP gagal desak Khalid beri penjelasan

Tindakan beberapa pemimpin DAP Selangor mempertahankan dan cuba menutup skandal penyelewengan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah hampir RM1 bilion membuktikan parti itu tidak mengamalkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat yang bertindak keluar parti pada 17 Ogos lalu berkata, pemimpin DAP Selangor sepatutnya mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan kepada rakyat berhubung skandal itu dan bukan mempertahankan tindakannya.

Beliau yang hilang kepercayaan terhadap sikap dwistandard DAP menambah, sokongan beberapa pemimpin parti itu kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberi gambaran seolah-olah DAP bersekongkol dalam menyembunyikan perkara sebenar di sebalik skandal tersebut.

"Di mana prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kecekapan yang dilaungkan DAP jika dalam skandal penyelewengan hutang Talam sendiri mereka boleh menyokong Abdul Khalid? Kenapa mengamalkan sikap dwistandard? Sepatutnya DAP mendesak Abdul Khalid kerana ini melibatkan wang rakyat.

"Saya pelik dengan sikap DAP Selangor dalam isu ini. Bagaimana sebuah parti yang mendakwa mereka menentang amalan rasuah dan salah guna kuasa tidak berani mendesak Abdul Khalid sedangkan skandal ini berjumlah hampir RM1 bilion dan diperkatakan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 17 Ogos lalu Tuan Tat menuntut penjelasan mengapa pemimpin DAP Selangor mempertahan tindakan kerajaan negeri dalam isu skandal Talam termasuk pengambilalihan penuh kontroversi beberapa aset milik syarikat tersebut dan serentak dengan itu, beliau mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, beliau menafikan tuduhan Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin DAP, Tan Kok Wai yang mendakwa Tuan Tat dipecat daripada parti kerana mengambil serta menyalahgunakan kad pengenalan 149 ahli parti dan bukannya bertindak keluar DAP.

Katanya, beliau tidak ada kaitan dengan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai cubaan pucuk pimpinan DAP menutup mulut pemimpin akar umbi daripada bersuara.

"Saya tiada kaitan dengan dakwaan tersebut dan bagaimana DAP boleh memecat keahlian saya sedangkan saya sendiri yang menyerahkan surat peletakan jawatan dan keluar parti?

"Saya keluar parti pada pukul 12 tengah hari dan surat kemudian difaks ke ibu pejabat pada pukul 2.45 petang," katanya.

Noh Omar Diserbu Rakyat Kenapa ?


Rumah terbuka Noh Omar diserbu rakyat

RUMAH TERBUKA… Salah satu amalan yang amat digalakkan semasa menyambut Aidilfitri adalah kunjung-mengunjung antara satu sama lain bagi mengeratkan silaturahim sesama masyarakat.

Namun, dalam masyarakat hari ini, amalan itu dimeriahkan lagi dengan mengadakan majlis rumah terbuka dan ia kini menjadi tradisi di kalangan rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar turut mengadakan majlis rumah terbuka baru-baru ini untuk meraikan penduduk kawasan itu.

Lebih 15,000 orang mengunjungi dan memeriahkan majlis rumah terbuka beliau yang diadakan di Padang Astaka di Tanjong Karang.

Berkonsepkan gerai makanan, pelbagai juadah tradisional dan moden disediakan untuk menjamu penduduk setempat yang terdiri berbagai kaum dan peringkat yang hadir bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Noh yang juga Menteri Pertanian Industri Asas Tani ketika ditemui berkata, sambutan rumah terbukanya kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Katanya, ia jelas membuktikan masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh hidup dengan aman dan harmoni hasil daripada usaha mengeratkan hubungan antara kaum yang dilaksanakan oleh kerajaan selama ini.

“Sambutan ini juga membuktikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional masih padu dan saya berharap mereka akan terus bersatu padu,” katanya

Friday, 24 August 2012

GEMPAR!!!!! NOH OMAR TURUN KE LAUT JADI NELAYAN KHALID PERNAH TAK ?


Tatkala Dalam Kemeriahan Menyambut Kemeriahan Aidilfitri Dato Noh Omar Ahli Parlimen Tanjung Karang Merangkap Menteri Industri Asas Tani Sempat Turun Padang Ke Kawasan Nelayan Di Pasir Penambang.Tahniah pemimpin yang memahami denyutan nadi rakyat,berjiwa rakyat dan membela rakyat bukan mcm pembangkang asyik menyalahkan sahaja kerajaan BN lebih byk cakap dari bela rakyat SAYANGI SELANGOR YAKINI BN

BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR


SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor tidak berasa gusar dan terancam dengan jentera baru Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan sebuah bas dua tingkat sebagai platform ceramah bergerak untuk menyampaikan mesej parti.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, BN mempunyai pendekatan tersendiri dan pihaknya langsung tidak akan meniru cara digunakan PR bagi meraih sokongan rakyat.

“Kita tidak hairan dengan apa yang dilakukan mereka (PR). Apa yang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) lakukan itu terpulanglah kepada parti mereka.

“Rakyat boleh nilai sejauh mana mereka (PR) memimpin. Mereka yang akan membuat pilihan pemimpin untuk generasi akan datang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai jentera pilihan raya PR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kelak.

Beliau mendakwa, sepanjang PR mentadbir Selangor, tiada pencapaian atau pembangunan yang boleh dibanggakan kerana mereka dikatakan lebih gemar berpolitik daripada memikirkan kebajikan rakyat.

Menurutnya, adalah menjadi keutamaan BN untuk menumpukan kepada usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya melalui ceramah semata-mata.

“Mereka (PR) sebagai kerajaan sepatutnya bawa pembangunan (kepada negeri), bukan hanya sekadar berceramah saja, tetapi apa yang dilihat selama ini, mereka lebuh banyak berceramah daripada mengutamakan kebajikan rakyat.

“Kita gunakan pendekatan menyambut agenda Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya mengutamakan rakyat dan kita yakin dapat tawan hati rakyat (dengan cara ini),” katanya.

Kerajaan Negeri buat kali pertamanya mempamerkan bas yang dilengkapi dengan sistem audio visual untuk acara itu di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, di sini.

Kenderaan berkenaan disewa khas oleh Abdul Khalid menggunakan wang poketnya sendiri selama tiga hingga empat bulan bagi membawa pemimpin PR menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk berkempen menjelang PRU13.

Zeti kekal kedudukan sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik dunia

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengekalkan kedudukannya di kalangan ketua-ketua bank pusat yang dinamakan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di Dunia sejak beberapa tahun lepas.

Dr Zeti adalah salah seorang daripada enam ketua bank pusat yang mencapai mata "A" di dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang diterbitkan oleh Global Finance.

Beliau juga mencapai mata "A" pada tahun lepas dan 2010.

Ketua bank pusat yang lain yang mengekalkan mata "A" termasuk Amando Tetangco Jr dari Filipina, Fai-Nan Perng dari Taiwan, Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens, dan Gabenor Bank of Israel Stanley Fischer.

Nama baharu yang menyertai senarai itu ialah Mark Carney dari Kanada, yang pada tahun lepas mendapat mata "B+".

Sementara itu, Pengerusi Rezab Persekutuan AS Ben Bernanke menambah pencapaiannya kepada "B" daripada "C" pada tahun lepas.

Rencana “Central Banker Report Card” itu, yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, menggred para Gabenor Bank Pusat 50 negara utama (dan Bank Pusat Eropah) pada skala “A” hingga “F” bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

“A” mewakili prestasi cemerlang dan turun sehingga “F” bagi kegagalan mutlak. Kriteria subjektif juga boleh digunakan.

Penerbit Global Finance Joseph Giarraputo berkata: “Ahli-ahli Perbankan Pusat di Dunia kini diuji melalui tahun-tahun yang sangat mencabar pernah dicatatkan."

"Setiap tahun, kami menilai kecekalan Ahli-Ahli Perbankan Pusat untuk menghadapi campur tangan politik dan usaha mereka mempengaruhi kerajaan masing-masing menghadapi isu-isu seperti perbelanjaan dan keterbukaan ekonomi yang berhadapan dengan pelaburan asing dan perkhidmatan kewangan.-

Isu Rohingya: Kelab Putera tingkat keselamatan misi hantar bantuan


KUALA LUMPUR - Kelab Putera 1Malaysia akan membaiki prosedur keselamatan misi kemanusiaan untuk membantu orang Islam Rohingya di Myanmar bagi mengelakkan tragedi Somalia tahun lalu berulang.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bagi memastikan ahli rombongan misi berada dalam tahap keselamatan yang optimum, mereka diwajibkan memakai jaket kalis peluru sebaik melepasi sempadan Bangladesh untuk ke kawasan bergolak.

Bagaimanapun katanya, mereka hanya akan melepasi sempadan sekiranya keadaan di sana mengizinkan untuk dimasuki.

“Rombongan misi kali ini tidak akan terus ke tempat bergolak sebaliknya akan berpusat di Bangladesh dahulu dan kami akan mendapatkan laporan mengenai keadaan di sana daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang datang dari Rakhine.

"Kalau keadaan baik barulah kita akan masuk, kalau tidak, kita hanya akan menyalurkan bantuan melalui NGO-NGO berkenaan sahaja," katanya pada sidang media ketika mengumumkan mengenai misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Rohingya, di sini, hari ini.

Tahun lalu, jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Bakti di Mogadishu, Somalia.

“Pengalaman lalu banyak mengajar kami dan kali ini kami akan memantau serta mengkaji ciri-ciri keselamatan yang harus diambil kira bagi memastikan peristiwa pahit di Somalia tidak akan berulang.

“Matlamat kami adalah untuk membantu orang yang sedang dalam kesusahan dan kami tidak mahu ditohmah jika berlaku sesuatu,” jelasnya.

Menyentuh isu sama, Azeez berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk meminta pandang beliau mengenai bilangan wakil media yang akan dibawa bagi mengikuti rombongan misi bantuan ini.

Menurut Azeez, kemungkinan bilangan wakil media akan dihadkan bagi mengelakkan perkara buruk dari terjadi dan juga bagaimana kaedah laporan berita boleh disampaikan kepada rakyat Malaysia.

Ketika ditanya media bila rombongan misi akan bertolak, Azeez berkata, sebaik bekalan yang ingin dibawa sudah mencukupi rombongannya akan segera berangkat ke Bangladesh.

“Jika semuanya sudah siap, kemungkinan minggu depan ataupun selepas hari raya.

“Bantuan ini akan diserahkan ke tiga kem pelarian Rohingya yang berada di bangladesh iaitu di Kutupalong, Nayapara dan Teknas,” katanya.

Mengulas isu sama, Azeez menyasarkan untuk mengumpulkan 100,000 botol air mineral untuk dibawa ke sana bagi memenuhi keperluan air minuman bersih.

Beliau menambah, ketika ini, barang keperluan mendesak yang diperlukan berupa wang dan makanan dan rakyat Malaysia yang ingin menderma boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian bebas tol Kelab Putera 1Malaysia di 1-300-88-1113 atau 03-22736004.

Jelas beliau, talian tersebut akan beroperasi 24 jam termasuk semasa cuti sambutan Aidilfitri ini bagi memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan.

“Kami juga menggalakkan orang ramai yang ingin menderma supaya membeli kit makanan yang disediakan oleh pasar raya Mydin supaya barangan yang ingin didermakan berada dalam keadaan standard bagi mudahkan bantuan dibawa.

“Antara barang keperluan yang diperlukan termasuklah air mineral, tuala wanita dan ubat-ubatan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak, wanita dan orang tua,” jelasnya yang menyasarkan bekalan yang akan dibawa mampu menampung keperluan untuk tempoh enam bulan sementara menanti bantuan dari negara lain tiba.


Sementara itu, ujar Azeez, ketika ini seramai 20 orang yang terdiri daripada 10 pegawai perubatan dan 10 sukarelawan sudah mengesahkan kehadiran mereka bagi menyertai rombongan itu.

Thursday, 23 August 2012

TERKINI !!!!!!!! YDP PAS KUALA SELANGOR KECEWA TAK DAPAT JADI CALON?

Siapa tak kenal Dr Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang terkenal mempertahankan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain dengan alasan Allah pencipta sekalian manusia.


Beliau juga terkenal dengan kepintaran dan kepetahannya berucap di Parlimen dengan isu-isu yang panas dan juga terkenal di kawasan Parlimennya iaitu Kuala Selangor kerana berjaya memajukan Kuala Selangor dengan lambakan RUMAH URUT dan RUMAH JUDI.

Tapi apa yang aku nak ceritakan bukan perkara itu kerana kisah itu akan aku kupaskan kemudian dengan fakta dan bukti, tetapi apa yang aku nak ceritakan berkenaan cerita sedih seorang pejuang sebenar PAS yang bakal tersingkir tak lama lagi.

Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Kassim, YDP PAS Kuala Selangor merupakan seorang yang kuat berusaha, dimana saja program PAS di Kuala Selangor pasti beliau tidak ketinggalan menjayakannya dan merupakan orang kesukaan bagi pengikut-pengikut tegar PAS Kuala Selangor.

Ramai yang mengatakan beliau akan menjadi calon PRU akan datang ini bagi mewakuli DUN Jeram yang kini milik Barisan Nasional (BN).

Azam beliau juga amat tinggi mencabar ADUN Jeram, Dato Amirudin Setro dan dengan yakin beliau mengatakan Jeram akan tumpas di tangan PAS pada PRU ini.

Tapi dipendekkan cerita terdengar desas-desus bahwa beliau bukanlah orang pilihan YB Dr Dzulkifli Ahmad sebagai calon yang akan diketengahkan pada PRU itu sebaliknya calon yang didendangkan ialah Haji Razali Tumirin.




Siapa Haji Razali Tumirin ini dan mengapakah beliau menjadi pilihan YB Dr Dzulkifli Ahmad?

Jika benar cerita ini maka sia-sialah usaha yang dibawa oleh YDP PAS Kuala Selangor selama ini...

Kemana hala tujunya selepas ini?....

Jangan katakan beliau tidak kecewa.. beliau pasti kecewa jika benar perkara itu dan apakah tindakan beliau selepas itu?

Berusaha bagai nak gila siang dan malam dengan harapan nak jadi YB tapi akhirnya usaha itu dicantas orang lain yang punyai "kabel' lebih besar..

Aku cuma tulis apa orang cakap.. kalau salah mintak maaf... kan ni bulan raya....

Kalau tak pon anggapla aku tulis ni cerita tentang mimpi aku malam tadi... tapi kalau cerita ni betol camane?

kesian cikgu rashid kalau tak percaye tanye hj razali sendiri begitulah mengikut yg di ceritakan

Minit mesyuarat bocor: UMNO dan BN juga yang di persalahkan




Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di blog yang kurang dikenali.

Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.

Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu, Pulau Pinang berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Blog gelagatanwar.wordpress.com bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang.

Dalam minit mesyuarat tersebut, Mansor antara lainnya juga didakwa menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai seorang yang "angkuh".


pepatah Melayu ada berkata..."tak pandai menari, jangan salahkan lantai jonkang jongket." Masalah dalam kain sendiri nak tuding jari juga kat orang lain kononnya dok gunting kain tu..padahal ada gunting dalam lipatan.

GARA-GARA PEGAWAI KERAJAAN MELAYU MENYOKONG BN GUANG ENG PECAT SERTA MERTA TANPA SEBAB HADI AWANG SETUJU TINDAKAN GUANG ENG


tak kiralah parti mana pun, bekerja satu kewajipan tanggujawab untuk mencari rezeki yang halal untuk membantu keluarga

Noh Dakwa Wujud Penyelewengan Dalam Dua Projek Perumahan Di Sekinchan


Anggota Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa berlaku penyelewengan dalam dua projek perumahan di Sekinchan di sini, termasuk melanggar dasar yang ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau berkata projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di sini dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah.

“Malah mengikut dasar itu, rumah yang dibina tidak boleh melebihi 12 tingkat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan dua produk Agrobank Paddy-i dan Paddy Cash-i di sini, Jumaat.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, mendakwa pembinaan kondominium itu membabitkan 94 unit rumah dengan ketinggian 18 tingkat jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD.

Beliau turut mempersoalkan penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta.

“Saya bertanya dan saya harapkan jawapan. Ini bukan tuduhan tetapi pertanyaan yang memerlukan penjelasan,” kata Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Noh berkata Anggota Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Sue Lim perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu memandangkan projek berkenaan berada dalam kawasannya.

Noh berkata perkara itu juga sepatutnya dibawa ke Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengutamakan ketelusan

Dr M: Banyak perkara rosak jika pembangkang perintah


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat bahawa tindakan memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya.

Bekas perdana menteri itu berkata ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.

Beliau berkata banyak perubahan yang dijanjikan pembangkang seperti tiada yuran pendidikan dan tiada tol lebuh raya akan gagal seperti yang berlaku kepada sosialis dan komunis pada masa lepas yang mencuba idea negara kebajikan.

"Malaysia tiada sebarang ideologi. Tetapi yang nyata kerajaan memerlukan wang untuk membangunkan negara dan memberi subsidi kepada kos sara hidup rakyat.

"Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai, tol dan yuran, ia akan kekurangan wang. Kerajaan sebaliknya perlu pula berbelanja lebih untuk mengurus dan mengekalkan utiliti, lebuh raya, sekolah, kos operasi dan pembangunan, pencen dan sebagainya," kata Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata dalam mengumpul dana, adalah tidak salah untuk meminjam jika wang itu dilabur dan memberi pulangan.

"Tetapi meminjam wang hanya untuk dibelanjakan akan menyebabkan tidak dapat membayar balik pinjaman. Inilah yang terjadi kepada Greece. Ia kini bankrap," katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju.

"Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu," katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup.

"Rekod menteri kewangan pada masa itu adalah buruk, walaupun gemar mendakwa kejayaan hasil usaha orang lain sebagai hasil usahanya.

"Sekarang, sebagai pemimpin pembangkang beliau mendakwa akan membawa perubahan. Perubahan baik apakah yang beliau perkenalkan semasa berada dalam kerajaan dahulu?" kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata: "Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci".

Bekas perdana menteri itu berkata adalah mudah untuk membuat janji semasa kempen pilihan raya, tetapi untuk menunaikan janji adalah suatu perkara lain.

Dr Mahathir berkata pembangkang akan memastikan yang BN tidak akan kembali, dan akan menggunakan pegawai kerajaan untuk 'gempar' sesiapa sahaja yang ingin menukar kerajaan.

Dr Mahathir berkata BN sentiasa mendengar pandangan rakyat dan telah mengubah banyak undang-undang dan dasar untuk membawa masa hadapan yang lebih baik kepada mereka.

"Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah menggesa BN supaya membuat apa juga perubahan yang dihasratkan rakyat," katanya.

Alunan zikir dorong peluk Islam


POKOK SENA - Kemerduan laungan azan dan zikir menimbulkan rasa tenang kepada seorang banduan sehingga membuatkan dia mengambil keputusan memeluk Islam.

Banduan yang mahu dikenali dengan Ahmad, 25, merupakan seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk Islam pada 10 Oktober tahun lalu.

Ahmad berkata, tindakannya memeluk Islam ketika berada dalam tahanan reman di Penjara Alor Setar langsung tidak dipengaruhi atau dipaksa sesiapa.

Menurutnya, keinginan memeluk Islam pernah dirasai sebelum menjadi penghuni tirai besi itu, namun pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi sehingga hasratnya itu terpaksa dilupakan.

“Sebelum ini hati saya sering memberontak dan ada sahaja yang tidak kena, namun apabila terdengar alunan zikir yang dipasang, saya akan berasa lebih tenang untuk menjalani kehidupan sebagai banduan.

“Saya juga memberitahu kepada keluarga yang saya memeluk Islam dan mereka menerimanya dengan hati terbuka namun, ayah saya masih belum dapat menerima keputusan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad yang berasal dari Alor Setar terpaksa menjadi penghuni tirai besi di Penjara Pokok Sena selama dua tahun sepuluh bulan atas kesalahan mengedar dadah.

Menurutnya, sepanjang berada dalam penjara banyak ilmu mengenai agama Islam dipelajari nya termasuklah solat, mengaji al-Quran, berpuasa dan lain-lain.

"Zikir, al-Quran dan munajat kini menjadi 'teman' kepada diri setiap kali dia berasa sunyi atau tertekan. Sepanjang Ramadan yang lalu, dia juga berpuasa seperti umat Islam yang lain dan bersyukur kerana mampu menghabiskan puasa selama sebulan dengan penuh sabar," katanya.

Ahmad berkata, sebagai persediaan, dia juga berlatih untuk berpuasa sunat selama tiga minggu sebelum tiba Ramadan supaya lebih mudah baginya berdepan dengan puasa yang sebenar.

“Selain berpuasa, saya juga membayar zakat fitrah dengan menggunakan gaji saya sebagai banduan yang memakai baju kolar hijau sebanyak 60 sen sehari,” katanya.

Ahmad berkata, perasaan sebak timbul apabila dia membayar zakat kerana dengan cara itu dia melakukan kebaikan dengan membantu golongan susah selain mendapat ganjaran pahala.

Menurutnya, setelah dibebaskan nanti, dia menyimpan hasrat untuk berdaftar dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) untuk mendalami ilmu Islam agar dirinya tidak mudah terpengaruh dengan cabaran dunia luar.

Wednesday, 22 August 2012

Dengki Dengan KJ Buat FB PALSU - Pemuda BN Buat Laporan Polis Facebook Palsu Pemuda Umno


Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Menurutnya, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

"Jadi ia bukan (laman Facebook) rasmi Pemuda Umno, dan mereka menggunakan nama Pemuda Umno tanpa pengetahuan kami," kata Ibdilillah.

Beliau membuat laporan itu pada kira-kira jam 4 petang di balai polis Tun HS Lee bagi pihak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.


Posting pertama muncul pada hari Sabtu di satu laman peminat yang dipanggil 'Pemuda Umno Malaysia' yang kemudiannya tersebar di internet sebelum diturunkan.

Ketika ditemui pemberita di luar balai polis, Ibdilillah berkata beliau berpendapat posting itu berunsur hasutan kerana ia meminta pembaca mempertimbangkan sama ada agama Kristian sebagai agama rasmi.

Di samping menggesa pihak polis menyiasat perkara itu, Ibdilillah, yang juga ketua Pemuda Umno Taman Tun Dr Ismail berkata, laporan itu membuat untuk menunjukkan Pemuda Umno tidak mahu membiarkan perbuatan yang didakwanya menghasut itu.-mkini

Program Rembang Syawal sasar jualan RM400,000


TANJONG KARANG — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan jualan kuih-muih dan makanan ringan di bawah Program Rembang Syawal yang bermula sejak dua minggu lepas di sini, mencecah RM400,000.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar berkata, sasaran itu lebih rendah berbanding jualan tahun lepas iaitu hampir RM1 juta kerana jumlah gerai yang mengambil bahagian tahun ini hanya 22 buah berbanding 29 gerai pada tahun lepas.



Katanya, program itu dimulakan pada 2011 bagi memberi ruang tambahan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana sekitar Tanjong Karang dan Sabak Bernam memasarkan kuih-muih tradisional dan kerepek hasil buatan mereka kepada orang ramai.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas melawat gerai yang mengambil bahagian dalam program berkenaan hari ini.

AIR : SUDAH CUKUP-CUKUP CUKUPLAH KHALID !

CUBA kita renung-renungkan dan nilaikanlah dengan bijaksana. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas sahaja isu air di negeri itu, beliau mengelak untuk bercakap pasal loji air bersih. Atau air terawat.

Dan Abdul Khalid akan bercakap pula tentang air empangan. Ditunjuknya air empangan - banyak sekali. Melimpah ruah, katanya. Ya, 'memang betul'.


Apa yang diungkapkan Abdul Khalid adalah berkenaan air empangan - air sungai yang belum dirawat. Empangan dianggap simpanan stok air. Katakanlah Abdul Khalid bercakap soal padi.

Namun rakyat di Selangor termasuk Putrajaya dan Wilayah Persekutuan bukannya hendakkan padi, tapi beras. Dia bercakap pasal menanam padi di sawah, betullah. Kalau padi banyak sekalipun, tidak diproses menjadi beras, tidak guna juga.

Padi memang hak kerajaan negeri, tetapi ia perlu diproses, mesti ada kilang padi. Siapa bertanggungjawab ke atas kilang padi itu? Kerajaan negerilah.

Itu analogi yang dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar kepada saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya petang kelmarin.

Air adalah jelas di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang memperuntukkan dua tugas bagi kerajaan negeri. Iaitu yang pertama menyediakan bekalan air bersih dan kedua, mengedarkan bekalan air bersih itu.

Sebab itu di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 Akta 655 menyebut, kerajaan negeri Selangor sebagai pemilik aset air negeri itu diberikan kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk bertanggungjawab memastikan kesediaan bekalan air di negeri tersebut, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Maksudnya, tugas kerajaan negeri adalah menyediakan loji air bersih atau air terawat. Tugas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di bawah Sekyen 191 ialah sebagai operator atau pengendali air untuk membekalkan dan mengagihkan air terawat.

Syabas bukannya berperanan untuk memastikan bekalan air terawat. Sebaliknya, kerajaan negeri di bawah Seksyen 188 kena menyediakan air terawat. Seksyen 191 tugas Syabas. Itu isunya kini.

"Sekarang, apa yang Menteri Besar Selangor tidak cakap adalah tanggungjawabnya untuk menyediakan air dalam loji. Itu sebab kita cabar menteri besar supaya mengeluarkan kenyataan apa sebenarnya air terawat dalam loji ini?

"Kita ada 34 loji, adakah air yang ada dalam 34 loji ini cukup untuk membekalkan kepada keseluruhan penduduk Selangor?


(Analogi) 'Kilang padi' ini sekarang kita ada 34 tidak cukup. Orang hendak makan beras tapi kilang padi ini ada 4.5 juta kampit sedangkan rakyat mahu gunakan 4.3 juta kampit. Esok kalau pendatang asing datang, keperluan beras mungkin 4.8 juta kampit. Tidak cukuplah nanti.

"Itu sebabnya terdapat 129 kilang yang dilulus Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) tetapi tidak boleh 'take off' sebab Syabas tidak berani hendak bagi air kerana khuatir tidak cukup. Ini sekali gus menyebabkan 12,000 peluang pekerjaan hilang. Sekiranya mereka boleh beroperasi menjelang 2014 hingga 2015, kita boleh jana sejumlah 12,000 pekerjaan dan nilai pelaburan RM38 bilion.

"Pada masa sama sebanyak 70 peratus projek perumahan baru tidak boleh 'take off'. Surat memang ada, tapi tidak boleh beri Deliverance Order (DO) kerana air tiada. Syabas tidak boleh memberi komitmen salur air, jadi tidak boleh mulalah projek," katanya.

Pada masa ini, ekoran senario air yang tidak cukup, Kerajaan Pusat membina satu loji baru di Sungai Labu. Ia dilakukan Kerajaan Pusat dengan tidak membeli tanah kerajaan negeri namun membeli tanah Sime Darby serta membangunkan loji berkenaan dengan kos RM200 juta.

Loji dah siap tetapi kerana masih baru, ia hanya boleh menampung di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kerajaan Pusat buat loji , keluar modal dan bila sampai loji ini siap, diberikan kepada kerajaan negeri untuk uruskan, yang tidak keluar modal langsung.

"Sungai Labu ini diambil daripada sumber sedia ada untuk mengatasi masalah kekurangan air. Sekarang ia telah beroperasi. Ia dapat menampung di kawasan KLIA sahaja. Kalau Sungai Labu kita tidak buat, harapkan kerajaan negeri buat, akibatnya kawasan KLIA akan ada masalah air.

"Ini menunjukkan Kerajaan Pusat serius dalam menangani masalah air. Sebab itu, loji Langat 2 ini penting, isunya kini kerajaan negeri tidak bersetuju bina loji Langat 2, kenapa tidak setuju? Kalau loji ini tidak buat, masalah air ini tidak akan selesai," kata Noh lagi.

Langat 2 tidak boleh dibina selagi kerajaan negeri tidak keluarkan Perintah Pembangunan (Development Order) kepada kerajaan Pusat.

Kata beliau: "Itu sebabnya Menteri Besar cakap putar-putar, mula-mula mengatakan segala kelulusan mesti pergi kepadanya. Semalam saya baca suratk habar pula, dia kata dia tidak akan setuju.

"Tetapi Kerajaan Pusat buat keputusan yang kita akan tenderkan sebab ia (pakatan pembangkang) antaranya menuduh Langat 2 yang bernilai RM3.9 bilion untuk kroni UMNO, tapi kini kita cakap tender terbuka.

"Kerajaan negeri dijemput, tapi dia tidak mahu masuk (tender), itu hak mereka. Kemudian dia kata dia tidak setuju buat Langat 2 kerana takut harga air naik. Kelmarin dia kata pula, dia setuju Langat 2 dengan penstrukturan dikira sendiri. Dia sendiri tidak tahu pendiriannya sendiri," kata beliau.

Tetapi, kata Noh, isu yang Menteri Besar Selangor cakap adalah isu berasingan. Ia tidak boleh dikaitkan dengan Langat 2. Namun, bolehkah Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan jika mereka memerintah, harga air tidak naik? Mesti ada naik namun yang pentingnya kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat kena dengar kritikan rakyat. Apa juga tindakan jangan sampai menyusahkan rakyat.

Kerajaan Pusat waktu ini 10 kali fikir pasal rakyat. Langat 2 jadi kecoh tapi bina juga loji baru di Sungai Labu dan dapatlah menampung keperluan bekalan air penduduk di KLIA.



Kemudian, Abdul Khalid membangkitkan pula isu penstrukturan. Cuma, kalau penstrukturan dilakukan, air tiada, apa gunanya?

Untuk menjaga kepentingan rakyat, air diberi percuma disebabkan air ada. Tapi kalau esok air kering bagaimana? Mana datangnya nak jaga kebajikan rakyat? Ini semua politik.

Dan bila air tiada, dia (kerajaan negeri Selangor) hantar lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan tertentu ketika ini. Daripada mana dia dapat air? Bukankan tugas mereka memberi air? Kenapa sekarang baru pula prihatin?

Tuesday, 21 August 2012

'Sebangsa Senegara Sejiwa' sama sekular dan liberal

Tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.

Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.

Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.

'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.ALLAH MAHA BESAR !! LOGO HARI MERDEKA VERSI PAKATAN RAKYAT ADA ELEMEN-ELEMEN KRISTIAN ?? KENAPE MESTI BURUNG ??

Percaya atau tidak, memang nampak ianya bagaikan realiti atau pakatan rakyat tidak sengaja dengan penciptaan logo hari merdeka versi pakatan rakyat.

*Burung merpati melambangkan Roh Kudus, iaitu jasad ketiga Tuhan Triniti dalam agama Kristian.

*Simbolisme burung merpati merah adalah berdasarkan tindakan “Christ redeemed Man with his blood”

Banyak ayat al-Kitab (terutamanya buku-buku Gospel) yang merujuk kepada burung merpati.

BODOHNYE PAS BIJAKNYE DAP


Ustaz Nasha dan Najib Bertemu Di Tanah Suci Pemimpin PAS Desak Ustaz Nasha Letak Jawatan dan Keluar Parti..Guang Eng dan Teressa Kok Datang Open House PM Najib Tiada Pun Pemimpin DAP Suruh Guan Eng Letak Jawatan.Bodohnya Politik PAS Semenjak Ulama-Ulama PAS dipinggirkan

DULU TILAM KINI TALAM

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi negeri itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan segala dakwaan yang dibuat ke atas pentadbiran kerajaan negeri berkenaan terutamanya berhubung isu Talam Corporation Bhd. (Talam).

Pengerusi Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kedua-dua pemimpin tersebut dan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah tidak membela diri, sebaliknya hanya pemimpin DAP dilihat bersungguh-sungguh mempertahankannya.

"Pemimpin DAP dilihat berlagak seperti hero dan heroin dalam mempertahankan perkara itu tetapi memberi kenyataan yang bercanggah. Mereka seolah-olah cuba menjadi wira di mata rakyat.

"Mereka cuba menyembunyikan kebenaran sebenar berhubung isu Talam, malah, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pun masih berdiam diri dalam hal ini.

"Kenapa ini berlaku dan masyarakat akan beranggapan Selcat adalah mahkamah kanggaru atau lebih baik menjual kucing di pasar daripada terus menjadi hipokrit," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Tuan Tat turut mengajukan beberapa soalan, antaranya jika Talam telah menyerahkan segala aset yang bernilai RM676 juta, kenapa Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) perlu memohon pinjaman sebanyak RM230 juta dan menanggung faedah RM86 juta?

Dalam perkembangan lain, Tuan Tat berkata, peletakan jawatannya dalam parti DAP berkuat kuasa hari ini.

Jelas beliau, surat peletakan jawatan akan diserahkan ke pejabat DAP Malaysia di Jalan Pudu bagi tindakan selanjutnya.

"Peletakan jawatan ini adalah disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAP yang kini dilihat mengamalkan diskriminasi, kroni dan tidak jujur," katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pantai Sepang Putera, Sungai Pelek, R. Vellasamy yang sebelum ini dipecat DAP akibat kelantangan bersuara berkata, DAP langsung tidak mengambil berat soal kebajikan rakyat terutamanya kaum India di negeri itu.

Katanya, kelantangannya menyuarakan hak penduduk di Sungai Pelek mendapat bantahan sehingga digelar pengkritik kepimpinan parti.

"Apa yang saya buat adalah untuk rakyat tetapi mereka langsung tidak sensitif dan menjaga kebajikan penduduk terutamanya di Sungai Pelek," katanya.

RUMAH TERBUKA SERENTAK -13,000 PENDUDUK BERPELUANG HIMPUN SEMPENA MERDEKARAYA


TANJONG KARANG - Kesemua 32 kampung di Parlimen Tanjong Karang di sini akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri secara serentak pada 30 0gos ini sekali gus merangkap sambutan detik ulang tahun kemerdekaan negara ke-55.

Anggota Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) telah dimaklumkan berhubung perkara itu.

"Kita mahu penduduk kampung berkumpul dan sama-sama meraikan sambutan hari raya, seterusnya dapat meneruskan budaya pemimpin mendekati masyarakat," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Umno dan Barisan Nasional (BN) Parlimen Tanjong Karang di Sungai Sireh di sini, hari ini.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Timbalan Pengerusi BN Selangor, berkata rumah terbuka itu dapat memupuk semangat gotong-royong menganjurkan kenduri yang menjadi amalan masyarakat kampung.

Beliau berkata tujuan kenduri itu juga bagi meraikan mereka yang tidak dapat menghadiri jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Umno Tanjong Karang yang dijadualkan pada 25 Ogos ini.

GEMPAR!!!! AISHAH SURUH AZMIN PULANG JUMPA MAK TOM


Mak Tom Yahaya, 78 tahun, ibu kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya


SEMPENA AIDILFITRI AISHAH BUAT LAGU PULANGLAH KHAS UNTUK AZMIN ALI




Taubatlah azmin. Pulanglah kepangkuan ibu. Tinggalkanlah anwar yang telah membawa kamu jauh tersesat.

Sunday, 19 August 2012

Krisis Air Selangor - Khalid Ibrahim Cakap Guna Kepala Lutut


Ramai yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014. Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.

Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas. Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.

Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor. Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang. Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan.

Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan. Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.

Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya. Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri. Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini. Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.

Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid? Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?

Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat. Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan. Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan Barisan Nasional semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.
-cucu tok selampit-

Khalid Beli Bas Khas untuk bawa balik Anwar bila PR Tumbang di Selangor Pada PRU 13


Khalid Beli Bas Khas untuk bawa balik Anwar Ke Permatang Pauh bila PR Tumbang di Selangor Pada PRU 13

Najib ucap terima kasih kepada pengunjung rumah terbuka


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terharu dengan kehadiran orang ramai bagi memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh beliau dan menteri-menteri Kabinet hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada lebih 100,000 pengunjung, yang membanjiri kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya untuk bertemu dan menyambut lebaran bersama barisan pemimpin negara.

"Terima kasih kepada semua yang telah hadir di rumah terbuka Kabinet hari ini. Saya terharu dengan kemeriahan majlis," katanya dalam tweet terbaharu beliau pada kira-kira 8.40 malam semalam.

Meskipun majlis itu dijadual bermula pada jam 10.30 pagi, namun orang ramai mula beratur seawal 9 pagi di pekarangan Seri Perdana untuk bersalaman dan mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta menteri Kabinet. -

KOLAM UDANG SUWEY BUAT ADUN SEKINCHAN!!!! NG SUEE LIM OTAK UDANG


Adun Sekinchan Ng Suee Lim Reka Cerita Mengaitkan Dato Noh Omar Mempunyai Kolam Udang Kepunyaan Seluar 30 Ekar Namun tuduhan dan serangan secara terus terhadap Noh Omar benar2 tidak mengikut 'kronologi' sepatutnya. Menggunakan tiket 'Projek Udang', nampak gayanya serangan beliau membuktikan perang psywar yang digunakan bakal membunuh dirinya sendiri. Mungkin akal tidak diguna. Otak dia agak kecil laksana Udang

Menurutnya, jawapan yang diberikan pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan mengusahakan projek udang itu.

"Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi. Semuanya jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut,"

"Saya nasihatkan beliau supaya tengok-tengok dahulu projek kondominium di Sekinchan," kata2 'hint' Noh Omar buat Ng meronta2 minta tolong Anwar.